1st day puasa Syah berbuka di KL Residence. Sampai rumah hampir jam 07:00pm dan Syah terpaksa ketuk tingkap bilik Cd coz Syah terlupa bawa kunci rumah. Syah lihat Cd buat nasi goring dan ada sardine siap standby keropok goreng satu balang lagi. Syah berbuka dengan Jusmate 5 dan lepas tu minum air banyak-banyak dan selalulah ke toilet tapi taklah sampai menggangu solat terawikh Syah, means kena cari masa sesuai bila nak ke toilet dalam waktu terawikh tu. Surau Al-Amin di KL Residence Syah buat solat terawikh 8 rakaat sahaja dan lepas to morei. Syah sempat beri sumbangan dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak surau. Habis terawikh hampir 10:15pm. Sampai rumah, Syah malas nak masak pula dan Syah buat sandwich dan makan kurma, ambil sedikit sardine Cd, hiris kobis dan tomato kemudiannya makan sambil menonton TV. Syah gunakankan roti gardenia yang boleh turunka kolestrol tu. Sahur tadi Syah kejutkan Cd dan kebetulan Muss pun call Syah kejutkan untuk sahur. Bila nak makan Cd kata nasi goreng yang dia buat semalam tu sudah basi dan Syah kata makanlah bubur lambuk yang Syah bawa dari office tu tapi Syah tengok dia makan kuih morei yang Syah bawa dari surau (Syah tak makan kuih tu dan memang bawa balik untuk Cd). Bubur lambuk tu Syah simpan dalam petisejuk. Syah makan buah betik dan kurma sambil minum air kosong.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.