Thursday, July 22, 2010

Sultan Kelantan Kembali Ke Kota Baharu - 23.07.2010

Keberangkatan Pulang Al-Sultan Kelantan dan Rombongan DiRaja dari Singapura Semalam 22.07.2010 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Cepa, Kota Baharu, Kelantan.
:-Gambar diambil dari Utusan Malaysia

Shukur Alhamdulillah kerana Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuaku Ismail Petra ibni Al-Marhum Sultan Yahaya Petra telah selamat berangkat pulang dari Singapura ke Kelantan Darul Naim semalam 22.07.2010. Baginda ke singapura untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth pada hari Khamis bersamaan 15.07.2010. Baginda dan rombongan berangkat pulang menaiki pesawat khas Kerajaan Malaysia dari Changi Airport, Singapura dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 01:20pm. Turut mengiringi baginda adalah Raja Perempuan Kelantan, DYMM Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid, Putera-Putera Baginda, YTM Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan YTM Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.


Turut kelihatan berada di lapangan terbang bagi menyambut kepulangan Al-Sultan Kelantan adalah kekanda baginda, Tengku Salwani, Tengku Merjan, Tengku Rozan dan kerabat diraja kelantan yang lain kecuali Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra, Menteri Besar Kelantan, barisan exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri


Beberapa kenyataan individu dan akhbar telah dikeluarkan berhubung keberangkatan pulang Al-Sultan Kelantan seperti berikut :-


  • Tengku Muhammad Fakhry menggangap ketidakhadiran Menteri Besar, exco-exco negeri Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, Pengelola Istana Diraja, atuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri untuk menyambut keberangkatan pulang baginda adalah sebagai tindakan yang biadap dan diharap tidak akan berulang lagi.


  • Al-Sultan Kelantan telah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa baginda melalui Tengku Muhammad Fakhry berhubung ketidak hadiran individu-individu berkenaan dan kenytaan ini telah dimaklumkan oleh Tengku Fakhry kepada pihak media lewat petang semalam melalui fax.


  • Melalui Tengku Fakhry juga, Al-Sultan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan kesihatan baginda supaya segera sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan tersebut.


  • Tengku Fakry memaklumkan Keadaan kesihatan Al-Sultan Kelantan berada pada tahap yang amat baik dan berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor-doktor pakar di Singapura, Tuanku mempunyai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat apa-apa keputusan dengan sendiri.


  • Dalam Utusan Malayusia hari ini memaklumkan banyak pihak menuding jari kepada Nik Abdul Aziz kerana gagal melaksanakan tugas memberikan nasihat kepada institusi diraja tersebut untuk menyelesaikan kemelut itu sehingga ia berlarutan. Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bagaimanapun menjawab ‘senyap adalah nasihat’, disebabkan itu beliau mengambil sikap mendiamkan diri kerana menganggap isu tersebut hanya melibatkan masalah kekeluargaan.


  • Kosmo melaporkan Pakar Perubatan Al-Sultan Kelantan, Kolonel Dr. Amir Ramli menasihatkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan Sultan Kelantan. Beliau mendakwa arahan ini adalah titah Tuanku kepada beliau semasa di singapura. Beliau juga memaklumkan Datuk Halim bukanlah seorang doktor dan ada sesetengah kenyataanya melanggari Etika Perubatan Pesakit dan mengaibkan Al-Sultan Kelantan dan kerabat baginda.

Walau apapun kenyataan yang dikeluarkan samada oleh pihak akhbar atau idividu tertentu, Adakah anda semua menyedari bahawa tidak ada seorang pemberitapun dapat menemubual Al-Sultan Kelantan yang dikatakan semakin pulih itu, malahan semua kenyataan yang dikeluarkan adalah berdasarkan Titah Al-Sultan Kelantan atau dalam bahasa yang mudah difahami "Sultan Kelantan Beritahu Saya macam ini.... macam itu...... Samada titah itu benar atau tidak hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.