Pernah dengar masak asam atau ada setengah tempat pangil pindang. Masakan ini berbeza sedikit dengan asam pedas walaupun bahan-bahannya hampir sama. Asam pedas kita kena tumis bahan-bahannya tapi yang ini semuanya main campak jer dalam kuali. Biasanya ikan digunakan sebagai bahan utamanya tetapi disebabkan Syah tengah berdiet dan hanya makan sayur-sayuran buat masa ini, jadi Syah gantikan ikan dengan sayur sahaja. Jika anda berminat cubalah yer. Bagi Syah memang sedap, terasa pedas-pedas dan masam-masanya.
Anda semua nak cubapun boleh, apa salahnya kannnnnn. Syah masak tak ada sukatan dan bahan-bahannya mengikut kata hati Syah sahaja. Bagi Syah cara ini adalah lebih baik kerana kita boleh tambah dan kurangkan bahan ikut citarasa kita. Jom Syah kongsikan bahan-bahan dan cara menyediakannya :-
Cara Menyediakannya :-- Bahan Asas (Bahan A): -Serai, Cili Padi, Hirisan Bawang Merah, Lengkuas, Daun Kunyit dan yang penting kena ada Asam Keping. Kalau tak ada Asam Keping bukan masak Asamlah namanya. Walau bagaimanapu jika tak ada, anda boleh gunakan juga asam Jawa. Jika suka boleh tambahkan Bunga Kantan dan Daun Kesom. Jangan lupa garam, serbuk perasa (jika perlu) dan Kunyit Hidup @ Serbuk. Kunyit kena ada untuk menjadikan kuahnya bewarna kuning keemasan (kononnya ler)
- Sayurnya pula (Bahan B) :- Syah gunakan Tomato, Lobak Merah, Cendawan, Tahu, Putik Jagung, Kobis Bunga dan Brocoli. Macam Syah cakap tadi anda boleh gunakan Ikan Kembung atau Ikan Pari.
- Bersihkan sayur dan Potong mengikut citarasa anda.
- Daun kunyit disiat-siat/potong, halia dihiris, lengkus dipotong besar-besar sedikit, Serai dititik dan cili api ditumbuk.
- Masukkan air dalam kuali dan tuangkan bahan A serta serbuk kunyit dan biarkan hingga merenih (mendidih)
- Masukkan Bahan B. Masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti lobak merah, putik jagung dan kobis bunga. Biarkan seketika dan masukkan sayur selebihnya.
- Letakkan garam dan serbuk perasa (jika perlu). Kacau seketika.
- Angkat dan hidangkan mengikut creativity anda. Pernah tak and terfikir food presentation adalah penting untuk membuka selera kita walaupun makanan tu taklah sesedap mana. Bak kata orang first impression. Betul tak caya cubalah. Apa salahnya kita hiasi makanan kita walaupun dirumah tak rugi apapun malah nanti dapat pujian dari suami. Seronok .... Betul cubalah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.