Monday, July 5, 2010

Budaya Membaca - 05.07.2010

Sekarang nie memang tengah hangat diperkatakan mengenai membaca sebagai satu budaya masyarakat Malaysia. Berbagai-bagai kempen dan iklan diadakan oleh pihak bertanggungjawab supaya menarik minat masyarakat menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam rutin kehidupan harian masyarakat. Sekarang ini memang banyak orang membaca terutamanya didalam public transport dan nampak gayanya usaha kerajaan untuk membentuk budaya ini dalam masyarakat kita sudah nampak keberkesanannya. Semasa balik ke Rawang Residence pada 01.07.2010 lepas, Syah sempat merakamkan gelagat seorang pemuda cina sedang membaca surat khabar semasa dalam barisan menunggu ketibaan train. Membaca semasa dalam barisan adalah perkara biasa tetapi yang jadi luar biasanya pemuda ini membaca sambil duduk ditengah-tengah orang ramai sambil makan ice cream. Deia nampak sungguh selesa dengan keadaan sebegini. So ini maknanya membaca nie dah jadi amalan orang Malaysia tak kira dimana sahaja dan mereka mengimplementasikannya dalam berbagai bentuk dan rupa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.