Untuk diet lunch today, macam biasa Syah ke Aras 3 untuk beli makanan dan Kak tu dah biasa dengan menu Syah tapi kali ini Syah tukar pula dengan Sup Sayur sahaja tapi minta dia guna air biasa dan bukannya stock ayam/daging. Syah bawa bracoli, kubis bunga dan cendawan dan inform Kak tu yang campur sahaja sayur yang tiada. Syah minta dia tambah tomato, carrot dan bawang tapi bila masak Syah tengok tak da pun tomatonya. Dia caj RM3.00. Syah makan dengan roti gardenia wholegrain fibermeal. Sekarang Syah ada problem................ Syah kan pelupa tapi seingat Syah, Syah beri dia RM10.00 tapi dia balikkan RM 47.00. Syah kena ingat semula jumlah duit Syah tapi Syah tak pernah kira ada berapa duit dalam dompet Syah. Nantilah Syah ingat betul-betul dan jika confirm Syah beri RM10.00, Syah kena pulangkan ballancenya.
Cakap pasal Jusmate 5, malam tadi my sister Kak Lang Ella datang rumah bersama suami dan anaknya Ku Chik. Mereka tak masukpun coz dah jam 10:00pm dan suaminya hendak cepat. Kak Lang ambil JM5 dan DRII yang dia beli tempohari tapi dihantar ke office Syah. Syah dulukan duit Syah dan dia bayar malam tadi RM450.00. Kak Lang Ella complain mukanya keluar gatal-gatal dan merah. Sekarang dia guna ubat sapu yang doktor beri. Sebab itu dia nak cuba DR II Formula Dr Rozmey. Syah doakan semuga kulit Kak Lang jadi gebu seperti sediakala.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.