Sunday, July 4, 2010

JM5 :- Lunch - 04.06.2010

Pagi tadi Syah beli sayur di Pasar Tani Taman Setapak Indah. Today tak jogging coz badan rasa sakit sedikit, mungkin aktiviti petang semalam di Taman Tasik Datuk Keramat. Balik dari Pasar Tani terus syah buat Jusmate 5 menggantikan breakfast. Lunchpun hari ini lewat sedikit, hampir jam 02:45pm. Lunch banyak sedikit hari ini. Syah buat sayur rebus dan Sayur Pindang balance semalam cuma Syah tambah sahaja bahan-bahannya coz Muss dan Cd ada di KL Residence. Masa tengah makan tadi teringat pula kat Cd, lalu Syah tanakkan dia nasi., takkan dia nak makan sayur jer kan? Dia tengah kemas sangkar kucing. Sian pula. Musspun kena diet atas saranan doktor.
Inilah sayur yang Syah rebus dan makan begitu sahaja. Caranya masukkan air dalam kuali dan letakkan sedikit garam. Bila air mendidih masukkan sayur tadi satu persatu dan angkat. Tak perlu lama, lebih kurang seminit sahaja. Angkat dan masukkan dalam air sejuk. Air sejuk nie maksud Syah, ambil ice cube dan letak dalam mangkok dan isi air. Garam tadi untuk memastikan warna sayur tetap segar dan tidak pudar manakala ice tadi akan "stop the cooking process". Maksud Syah disini adalah sayur tadi akan tetap segar dan rangup bukannya layu. Betul ..........tak caya tengok gambar tu nampak freshkan. Walau bagaimanapun daun salad yang syah beli tu paihtlah. So Syah buang jer daun salad tu. Hampeh.........tul.

Ini yang Syah kata hari ini termakan lebih. nie........... Sayur pindang semalam. Ada balance sedikit semalam dan Syah masukkan dalam peti sejuk. Masa lunch tadi Syah tambah air dan bahan-bahan sayurnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.