Friday, July 2, 2010

JM5 :- Lunch - 02.07.2010

Disebabkan hari ini jangkaannya ada training, jadi Syah tidak naik tangga ke office dan menggunakan lif sahaja sebab nak cepat tapi malangnya training tak jadi. Heheheh padan muka........... Sebelum solat Syah ambil sepotong tembikai dan sedikit ulam kacang botol kebetulan ada ballence group Ruzauddin meeting tadi. Hari nie solat diluar surau dengan Rohizad dan Ruzauddin. Lepas solat Ruzauddin balik kerana ada appointment dengan vendor dirumahnya manakala Rohizad lunch dengan kawan-kawannya. Syah macam biasa ke food court Aras 3, Menara TM untuk order Tom Yam Sayur Putih tak mo pedas - Kakak tu dah biasa dah, cakap jer kak....... tom yam sayur macam biasa dia dah faham dah. Disebabkan tak ada mangkuk di office Syah minta dia polystyrene tempat isi nasi untuk dijadikan mangkok. Nak makan di food court macam tak selesa kerana ramai sangat orang.

Tom Yam Sayur Putih dengan Roti Gardenia Wholegrain Fibermeal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.