Hari ini waktu balik jam 05:00pm dan bukannya 05:30pm macam biasa, Jumaat special sedikit. Dari office terus ke Midvalley dengan LRT ke Bangsar dan Shuttle Bus Bangsar ke Midvalley. Sampai awal lebih kurang 05:40pm, appointment di NY jam 06:30pm dan Syahpun ke food court di aras 3 untuk dinner. Mula-mulanya nak makan meehon soup tapi tukar fikiran makan young tau foo. Syah ambil sayur sahaja iaitu bracoli, cendawan butang dan cendawan leper tu (nama tak tahu) dan sayur baby kailan kot atau fat choy. Biasalah Midvalley kan ........ RM10.00 macam tu jer. Hehehhehehe kena makan sebelum pukul 07:00pm. Tapi balik rumah tadi Muss offer salad dan anggur Syah bedal juga tapi sehelai jer salad tu dan beberapa biji anggur.Lepas tu Syah minum natural Clenx Tea Muss punya. Esok mesti kerap buang air besar PUNYA........Hehehhehe
Jam 06:15 Syah terus ke NY di The Boulevard, Midvalley dan May Wan memang ada di counter masa tu. So May suruh Syah masuk dan dia buat preparation untuk eye treatment Syah. Lihat gambar tu dan macam tulah eye treatment Syah step by step. Adalah satu jam setengah buat benda allah nie bermula dengan dia bersihkan muka, letakkan hydrating mask, hot & cold eye treatment - yang macam ultraman tue, Letakkan serum dan akhir sekali hot & cold mask - mola-mola sejuk lepas tu panas dan kena pakai selama 15 minit dan rasa gelap gelita lama-lama ok bila mask tu dah nak kering.
Inilah gambar terbar Syah............ Dah lama Syah tak tunjukkan muka dalam blog semenjak berdiet Jusmate 5 nie. Tang badan nantilah yer ........ TUNGGU dan LIHAT hasil Jusmate 5 Dr Rozmey.............. memang Syah dah banyak turun berat badan dan kawan-kawan dan my borthers & Sisterspun perasan yang Syah semakin comel dan cute kata mereka...... Hehhehh Nite semua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.