Saturday, June 19, 2010

Tengku Indera Petra, Mantan Raja Muda Kelantan - 19.06.2010

Sudah lama Syah mencari gambar ini, Syah pernah meminta dari Kerabat DiRaja Kelantan tetapi tak siappun mahu membantu malah memberi berbagai alasan. Akhirnya gambar ini sebenarnya ada dalam simpanan MBS Mini Royal Library Syah di Rawang Residence. Tentu anda tidak mengenali individu yang Syah ingin perkatakan disini tetapi ia cukup dikenali dikalangan kerabat diraja Kelantan dan pihak Istana Kelantan. Beliau adalah YAM Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tengku Besar Indera Petra atau Tengku Indera Petra. Apa yang terjadi kepada beliau merupakan salah satu titik hitam dalam perjalanan sejarah kesultanan Kelantan dan iannya tidak boleh dilupakakan begitu sahaja kerana Sejarah Tidak Boleh Diubah cuma kita tidak perlu membangkitkan cerita lama ini untuk kepentingan diri sendiri.

  • Dari Kiri ke Kanan :- Raja Muda Kelantan, Tengku Indera Petra bersama adindanya Tengku Yahaya Petra (Sultan Yahaya Petra) yang ketika itu menjadi Tengku Bendahara Kelantan.

Tengku Indera Petra dilahirkan pada tahun 1916 di Kota Baharu, Kelantan. Beliau merupakan Putera Sulung Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim. Bondanya adalah Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Zainab binti Tengku Ahmad Zainal Abidin. Apabila menjadi anak sulung lelaki seorang Sultan sudah tentu beliau merupakan pewaris pertama tahta kesultanan Kelantan. Selepas ayahandanya ditabalkan sebagai Sultan Kelantan, beliau pula telah dilantik sebagai Raja Muda Kelantan (sekarang gelaran itu dikenali sebagai Tengku Mahkota Kelantan) pada 25.10.1944. Tengku Indera Petra merupakan seorang yang mendapat pendidikan Barat dan agak sosial. Walau bagaimanapun apabila terjadi perbalahan diantara beliau dan ayahandanya, Sultan Ibrahim, Tengku Indera Petra terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pewaris tahta. Tengku Indera telah menulis surat perletakan jawatan pada 25.11.1947 sebagai Raja Muda Kelantan dan keturunannya tidak akan menuntut tahta dan menjadi raja. Sehubungan dengan itu Sultan Ibrahim melantik putera kedua baginda, Tengku Yahya Petra iaitu ayahanda Sultan Kelantan sekarang menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 01.02.1948 . Bonda Tengku Yahya adalah YM Che Puan Besar Che Embung binti Daud yang merupakan salah seorang isteri Sultan Ibrahim dan bukan anakanda Sultanah Zainab. Memang pernah terjadi didalam sejarah kesultanan Kelantan, Tengku Mahkota dilucutkan dari jawatannya dan diambil alih oleh Tengku Bendahara Kelantan sebagai Sultan Kelantan.

  • Kiri ke kanan :- Sultan Ibrahim dan Sultan Yahaya Petra.
Apabila dilucutkan dari gelaran Raja Muda Kelantan, beliau telah menceburi bidang politik sebagai wakil rakyat di Ulu Kelantan, pernah menjadi duta di Sri Langka, Jepun dan Pakistan, beliau juga pernah memangku jawatan Yang Di-Pertua Besar Negeri Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan seorang perempuan British, Annette Edith Olive Wheller pada tahun 1939 dan kemudiannya bercerai pada 23.05.1949 di London. Isteri kedua beliau adalah Puan Sri Zainab bt Ali. Tengku Petra mangkat pada 1983. Salah seorang anakanda beliau, Tengku Ibrahim Petra pernah membuat tuntutan terhadap tahta Kelantan tetapi tidak berjaya.
  • Duduk dari kiri ke kanan :- YTM Tengku Ismail Petra (Sekarang Al-Sultan Kelantan), DYMM Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab, KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra, YAM Tengku Rohani
  • Berdiri dari kiri ke kanan :- YAM Tengku Rozan, YAM Tengku Salawani dan YAM Tengku Marjan.
Gambar kenangan Tuanku Yahya Petra sekeluarga. Kanak-kanak lelaki disebelah kiri sekali merupakan DYMM Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Peta ibni Al-Marhum Sultan Yahaya Petra.

3 comments:

  1. I would like to exchange links with your site tengkusyah.blogspot.com
    Is this possible?

    ReplyDelete
  2. Erm, akhirnya aku berjaya gak tahu sedikit tentang apa yang berlaku dulu2 dalam kerabat raja Kelantan.

    ReplyDelete
  3. dengar ceritanya dia dimurkai ayahanda nya kerana bermukah dengan ibu tirinya sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.