Hari ini dan esok Syah cuti kerana anak Kak Ngah Faziah, Hafiz kahwin. Hafiz Safwan Aminordin dan pasangannya Nurartikah Tan Sri Dato' Seri Ilyas diijab kabulkan pada hari ini jam 11:00am manakala majlis resepsi diadakan malam esok 10.06.2010 jam 07:45pm di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab , Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis akad nikah diadakan di Bilik Dewan Perdana 2, Dewan Perdana Felda.
So jam 06:30am Syah dah bangun dan streka baju melayu. Syah inform Muss, Cd call suruh pakai baju melayu dan Muss pun pakailah baju melayu. Sebenarnya bukan Cd call saja Syah cakap macam tu supaya Muss pakai baju melayu. Majlis resepsi Kak Ngah Faziah pula akan diadakan di Dewan Puspanita, Kuala Lumpur berhadapan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur bermula jam 12:00 tengahari hingga 04:00pm.
So jam 06:30am Syah dah bangun dan streka baju melayu. Syah inform Muss, Cd call suruh pakai baju melayu dan Muss pun pakailah baju melayu. Sebenarnya bukan Cd call saja Syah cakap macam tu supaya Muss pakai baju melayu. Majlis resepsi Kak Ngah Faziah pula akan diadakan di Dewan Puspanita, Kuala Lumpur berhadapan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur bermula jam 12:00 tengahari hingga 04:00pm.
Sampai rumah Kak Ngah lebih kurang jam 09:30am. Semua sudah ada termasuk keluarga Kak Long Fadilah, datuk dan kawan-kawan Hafiz. Breakfast disediakan tapi Syah tak makan kerana perut macam meragam jer. Majlis dijangka bermula jam 11:00am.
Sebelum berangkat, bapa tiri Kak Ngah Faziah, uncle Nordin membaca doa selamat supaya dipermudahkan segala urusan kami pada hari ini dan diberkati Allah. Datuk sempat bergurau mengatakan lepas ini giliran Muss pula. We all bertolak lebih kurang jam 09:20am dengan masing-masing membawa hantaran.
Syah sempat berposing dihadapan Dewan Perdana 2 dimana majlis akad nikah akan diadakan. Jamuan makan tengahari pula diadakan di foyer Dewan Perdana 2.
Transit............... We all kedua belah pihak melepak di ruang legar utama Dewan Perdana Felda sementar menunggu majlis dimulakan. Masing-masing mengambil peluang berposing dengan berbagai aksi tetapi tak leh nak masuk semua dalam blog nie yer kengkawan semoa....... sowie,
Inilah Tok kadi tukang Nikah Tu. Ok orangnya sempoi dan tak banyak tanya, dan hanya cakap apa yang perlu disampaikan sebagai jurunikah tak macam sesetengah jurunikah tu masa nilah mereka menduga pengantin. Dibuatnya pengantin tu mengelabah nak jawap atau tak tahu nak jawab kan naya memalukan pengantin jer wal hal hari ini hari bahagia mereka.
Akad Nikah - Dengan sekali henjut dan lafaz Artika menjadi milik Hafiz sebagai suami isteri yang sah. Syah doakan semuga Hafiz dan Artika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal abadi sehingga ke anak cucu. AMIN.
Doa dibaca sebagai tanda keshukuran majlis berjalan lancar seperti yang dirancang oleh keduabelah pihak.
Tanda keshukuran seorang ayah dimana anak lelaki sulungnya bergelar seorang suami. Abang Amin mengaminkan doa selepas majlis akad nikah diadakan.
Hafiz menyerahkan Mas Kahwin berjumlah RM1,000.00 kepada Artika dengan hantaran sebanyak RM18,000.00 beserta sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak Artika.
Simbolik - Ciuman mesra seorang Suami kepada Isteri yang sah. Zaman dahulu kita panggil nie upacara membatalkan air sembahyang dimana seorang lelaki bergelar suami pertama kali menyentuh secara sah seorang wanita bergelar isteri.
Selepas upacara akad nikah selesai, sessi photography bersama keluarga dan kawan-kawan telah diadakan. Selepas tu makannnnnnnnnnnnn time. Lauknya memang sedap ala-ala kampung - daging salai masak lemak, ayam masak kicap, telur masin, sambal belacan, ikan sweet & sour, dan sayur goreng - sayur tu tak tahu nama apa yang Syah tahu itu makanan jawa coz ada soohon, kacang panjang, tempe dan lain-lain.
Beginilah keadaan bilik Dewan Perdana 2, Dewan Perdana Felda dimana upacara akad nikah diadakan dengan keemasan bak singgahsana balairong seri untuk raja sehari Tuanku Hafiz dan Raja Permaisuri Artikah.
Salah satu gambar sessi photography bersama keluarga :- dari kiri Muss, Kak Ngah Faziah, Hafiz, Artika, Kak Long Fadilah dan suaminya Abang Aziz.
Inilah bapa pengantin perempuan. Busy sungguh Syah lihat dia hari ini. Walaupun orangnya nampak tegas tapi hatinya lembut. Semasa disuruh berucap selepas akad nikah dia kelihatan sebak. Uncle ini namanya Laksamana Tan Sri Dato' Sri Ilyas bin Haji Din (B).
syah, nk tanye, kire dewan dan bilik perdana tu asing-asing ye? pelamin nye di dewan perdana or bilik perdana? =)
ReplyDelete