Sunday, May 9, 2010

Sultan Kelantan berangkat pulang ke Istana Mahkota - 09.05.2010

Syukuralhamdulillah, sukacita dimaklumkan Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Al-Marhum Tuanku Yahya Petra telah selamat tiba di Istana Mahkota lebih kuurang jam 05:10 petang tadi. Baginda telah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia dengan perkenan Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra. Baginda diiringi keluar dari wad Diraja oleh Raja Perempuan Kelantan, DYMM Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, puteri bungsu Baginda, YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri, Pengarah HUSM Profesor Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan anggota kerabat diraja lain. Tuanku Sultan yang berkerusi roda berangkat ke tempat persemayamnya meniki kenderaan Toyota Alfard dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa. Baginda dilaporkan dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim dalam sidang akhbarnya petang tadi memaklumkan bahawa pihak Polis Kelantan telah melaksanakan tugas dengan baik tanpa sebarang insiden sepanjang Tuanku Sultan berada di HUSM untuk mendapatkan rawatan susulan atas pilihan Pemangku Raja Kelantan. Pendapat peribadi Syah, memang Polis Kelantan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah diamanahkan oleh Pemangku Raja Kelantan walaupun dilemparkan dengan berbagai-bagai tomahan oleh pihak-pihak tertentu seperti bertindak kasar terhadap Baginda Sultan dan Raja Perempuan semasa dibawa ke HUSM, mengasari kerabat diraja dan lain-lain lagi. SYABAS POLIS KELANTAN. Rakyat Malaysia masih waras dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang salah dan tidak mudah terpedaya dengan niat tertentu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.