Friday, May 14, 2010

MSR buat aduan polis - 13.05.2010

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Setia Rakyat (MSR) yang dianggotai oleh rakyat negeri Kelantan telah membuat membuat laporan polis di Balai Polis Kota Baharu, Kelantan, pada 13 Mei 2010 berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan bahawa baginda dikasari oleh pihak polis. Maimun Latif selaku Naib Presiden MSR, telah membuat laporan bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.Beliau tiba di balai polis pada pukul 11:15 pagi ini bersama Presiden MSR, Datuk Azaha Abdul Rani dan kira-kira 30 ahli pertubuhan tersebut.

Dalam komennya kepada pemberita semasa berada di Balai Polis, Maimun berkata Kita sebagai rakyat jelata ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sampaikan baginda dikasari seperti itu. Ia telah dilaporkan oleh media. Oleh itu kami mahu masalah ini diperjelaskan kerana baginda sepatutnya dilayan dengan lebih baik bukannya seperti yang dilaporkan itu.

Datuk Azaha pula berkata, MSR sentiasa memberikan kesetiaan kepada Istana Kelantan dan akan mempertahankannya daripada tercemar. Beliau turut berharap agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa membabitkan kekasaran. Konflik yang berlaku ini telah mencemarkan imej institusi diraja Kelantan sebab itulah kami rakyat jelata berharap ia dapat diselesaikan melalui hubungan kekeluargaan. Rakyat sentiasa mendoakan agar baginda Sultan, Pemangku Raja dan semua kerabat sentiasa hidup dalam suasana harmoni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.