Monday, May 3, 2010

Makan Malam Mesin Basuh - 03.05.2010

Hari ini tidak sihat coz dekat langit-langit Syah rasa sakit dan rupa-rupanya ada ulser. Ke kelinik Zarif tadi jumpa doktor dan ambil ubat. Rasa ok sedikit sekarang nie. Tengahari tadi jam 12:21 ada incoming call dari unknown number, ingat tidak hendak jawab tapi tak per lah angkat jer. Masa tu Syah dilobi Menara TM baru balik dari TM Annexe untuk hantar Direct AP urgent coz hendak sediakan cheque bayar elaun peserta yang akan menyertai perhimpunan hari buruh 2010 pada hari Sabtu nie - RM 40.00 x 160 peserta. Orang yang minta tupun satu ....... hantar permohonan pada 28.04.2010 account dah closingpun jadi terpaksalah mengadap orang Akaun minta simpati proses bayaran nie. Untung kenal dengan mereka jadi senanglah sikit kerja. Mereka maklumkan tak boleh keluarkan cek tapi akan masukkan terus wang tu kedalam akaun requester melalui TT atau telegraphic transfer. Hari Rabu nanti Syah kena semak dengan bahagia akaun semula. Berbalik pada cerita phone tadi ...Hehehhehe.... delivery man dari Sengheng call nak hantar mesin basuh waktu lunch. Naik darah kita dibuatnya. Syah cakap dengan dia janji petang dan pukul 08:00pm baru ada rumah.Dia kata tak boleh ker balik kejap atau balik pukul 06:00pm Syah kata tak boleh dan Syah tipu dia kata kerja kat Putrajaya. Dia terus letak phone. Kurang Asam !!!!!! Petang tadi Syah call baik pula dia jawap tak jadi nak marah dia.Cd begitu excited nak jemur baju kerana selama nie rasa nak nangis dengan mesin lama tu, mana taknya kadang kalan kita pulak kena perah sendiri. Tensi..... Tensi.....

Masa Syah sampai di guard room lebih kurang waktu Maghrib, nampak lori Sengheng. Confirm mapplay tu dah sampai. Memang diapun. Muss dan CD dah ada dirumah. Dia tanya kat Muss jauh kerja yer Putrajaya, terus Syah sampuk Saya yang kerja Putrajaya. Minta dia hati-hati angkat mesin tu takut kena barag-barang dalam rumah maklumlah Rumah KL nie dah macam kedai antik - My bro punya pasallah tu. Kemudian Syah suruh dia bawa balik kotak mesin basuh tu. Malas nak buang. Lepas tu terus kita orang basuh baju. Masa balik tadi Cd masak untuk dinner. Dia masak Pari Asam Pedas, kemudian dia minta Syah tolong goreng telur sebab dia nak bersihkan sangkar kucing. Lepas goreng telur Syah tengok ada pucuk paku dan tumisannya. Syah tanya Cd nak masak macam mana dia kata tumis bahan dan masukkan jer pucuk paku tu. Kesian dia tengah bersihkan sangkar Syah tolong gorengkan sekali. Lepas tu Syah goreng tahu buat tambah lauk. Ulam pun ada tadi. Cuaca panas sekarng niekan............ Berpeluh-peluh dibuatnya. Masa buat blog nie Cd dan Muss kat ruang tamu tengok TV dan Syah updat log dalam bilik sambil menonton AFC @ Astro. Panas tapi depa kat luar tu sejuk coz ada aircond kat ruang tamu. Pakai towel jer nie coz panas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.