Saturday, May 15, 2010

Aktiviti Pagi Sabtu - 15.05.2010

Pagi ini Syah tumpang Azrin balik Rawang kebetulan dia keluar clubbing dengan member-member dia. Jam 06:20am dia sampai Rumah KL. Sampai jer area Selayang masuk ke Rawang jalan dah Jem. Azrin sampai tertidur dalam kereta. Mana nak kencing lagi. tension tul. Rupa-rupanya ada lori terbalik - Habis batu-batanya bertabur ditengah jalan tu yang menyebabkan kesesakan. Pengguna kena take turn ambil laluan dengan bantuan polis. Biasanya 30 minit sudah sampai tapi hari ini hampir satu jam setengah.
Sampai rumah Syah macam biasa basuh kereta dan depan rumah, cuci kain dan ke kedai beli akhbar. Ingat tak Syah ada cerita pasal lembu dalam entry lepas. Hari ini lembu-lembu tu datang lagi sampai depan rumah Syah pula, minggu lepas Syah nampak mereka diseberang jalan besar jer. Dia sempat minum lagi depan rumah Syah. hehehehe nak marah tak boleh sebab dia lembu tapi orang yang jaga dia tulah lembu sangat nape?

Jam 10:00am Shah anai-anai datang nak buat semburan serangga kat rumah Syah. Syah memang minta dia sembur racun serangga untuk jauhkan semut, lipas dan seumpamanya. Alamak ada kesan anai-anai kat frame atas kiri pintu depan pula. Bila cek kata Shah ada nampak seekor. Mulanya dia nak letak ubat dalam minggu depan tapi dia tukar fikiran dan spray kayu tu. katanya anai-anai nie mungkin balance dulu dan tak banyak pun. Jangan riasau katanya coz tak akan ada dalam tanah lagi kerana dia dah tanam ubat dalam tanah. Dia minta Syah perhatikan seminggu lagi jika ada sarang lagi baru dia akan betulkan semula. Dia kata keadaan sebegini memang ada berlaku tapi evverything going to be ok dan jangan risau. Oklah sejuk sedikit hati kalau tidak tak tau nak cakap apa coz dah beribu habis buat treatment anai-anai nie. Semburan serangga dia caj RM7o.00. Sesiapa nak perkhidmatan beliau boleh call talian 012 6643837, 016 3352312 dan 012 3689109. Ada tiga nombor dia. Call jika perlukan bantuan mengenai anai=anai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.