Masa menonton berita @ TV3, handphone Syah berbunyi, Muss telefon rupanya. Dia outstation dan suara dia macam sedih dan kemudian inform Salim dah mati. Terkejut Syah. Muss menangis masa inform berita ini, tak pernah Syah dengar/tengok Muss menangis macam tu coz dia bukan jenis orang yang suka bersedih apatah lagi menangis. Dia kata dia sedih sangat kerana dia memang sayangkan Salim. Salim mati dilangar kereta jam 08:30pm mungkin selepas Syah call Cd tadi kot, Syah call dan Nadia jawap, Syah inform dia tak balik KL malam nie coz masih di Rumah Rawang lagi. Muss inform masa bersihkan sangkar mereka lepaskan Salim dan kebetulan pula dia melompat keluar dari balcony dan merayau-rayau sampai guard room. Cd pergi ambil dia tapi dia lari keluar pagar dan menyorok bawah kereta dan bila Cd nak ambil dia dia lari dan kebetulan ada kereta sedang lalu dan terus langgar dia. Muss macam mengamuk jer dengan Cd dan Nadia. Syah inform perkara dah nak jadi dan sabar sahaja lah. Syah memang sedih tapi tak lah menangis masa Muss inform berita kematian Salim, tapi masa download gambar-gambar dia tetiba air mata Syah mengalir tak henti-henti. Entahlah........ walaupun dia binatang tapi setiap yang kita sayang dan kemudiannya dia hilang dalam hidup kita ianya tentu akan menyentuh hati dan perasaan kita.......... .kan? Lagipun Muss dan Cd selalu merungut dan nak lepaskan tiga ekor kucing yang lain kerana tak larat nak jaga tapi Syah tak bagi. Agaknya dia tahu yang tuannya susah kot nak jaga mereka sebab tu dia pergi dulu untuk meringankan beban tuannya walaupun dia bukan dalam senarai tiga dari sembilan ekor tu.
Ini adalah gambar terakhir Salim masa Syah kemaskan sangkarnya pada 06.05.2010. Hari tu Syah cuti sebab tu Syah bersihkan sangkar dia. Dia nie bila sangkar di buka memang nak keluar jer kerjanya exspecially dia suka masuk rumah.
Gambar ni diambil Jam 12:09 pagi masa celebrate Muss birthday, Muss, Cd, Nadia, Syah dan Salim sama-sama celebrate birthday Muss. So anda semua nampakkan betapa istemewanya Salim tu pada kami.
Yang ini masa dia mula melahirkan anak. Dia beranak dalam almari TV di ruang tamu kemudiannya dia bawa anaknya masuk dalam bilik Syah dan letakkannya bawah katil. Syah curi-curi ambil gambar dia bawah katil Syah masa nie. Wahhhhhh dan dan dia tak bagi usik anaknya. Bila Syah keluarkan anaknya di gongongnya semula masuk bilik Syah
Macam nielah gelagat Salim, masa ini dia jadi mandor memerhatikan CD mengemaskan sangkarnya. Tak taulah apa yang difikirkan oleh Salim masa tu...........kan Alim.
Yang ini masa dia mula melahirkan anak. Dia beranak dalam almari TV di ruang tamu kemudiannya dia bawa anaknya masuk dalam bilik Syah dan letakkannya bawah katil. Syah curi-curi ambil gambar dia bawah katil Syah masa nie. Wahhhhhh dan dan dia tak bagi usik anaknya. Bila Syah keluarkan anaknya di gongongnya semula masuk bilik Syah
Macam nielah gelagat Salim, masa ini dia jadi mandor memerhatikan CD mengemaskan sangkarnya. Tak taulah apa yang difikirkan oleh Salim masa tu...........kan Alim.
Inilah anak-anak Salim, empat ekor semuanya tapi dua dah mati tinggal dua sahaja.
Aksi manja Salim. Dia kalau duduk atas lantai memang inilah style dia semenjak dari kecil lagi.
Aksi manja Salim. Dia kalau duduk atas lantai memang inilah style dia semenjak dari kecil lagi.
Yang depan nie anak angkat Salim. Syah bawa dari Rumah Rawang. Dua ekor semuanya dan yang seekor dah mati. Dari enam ekor sekarang anak Salim tinggal tiga ekor sahaja. Walaupun dah besar kadang kala anak-anak dan anak angkatnya menyusu lagi dengan dia. Tak tahulah lepas nie macam mana. Mesti mereka merindui Salim.
Salim masa dalam bilik Muss. Masa bunting Salim memang dapat keistemewaan duduk dalam rumah. Makan, minum dan berak semuanya dalam rumah dan kami sediakan pasirnya sekali. Bila anak-anaknya dah besar Muss letakan semula dia dalam sangkar di balkony. Dia macam tak nak jer duduk sangkar tu. Selalu mengmeow-meow nak masuk rumah.
Haa inilah enam ekor anak Salim. Emapat ekor ananya dan dua lagi anak angkat. Anaknya dua ekor mati dan anak angkatnya pula mati seekor. Sekarang anak-anaknya tinggal tiga ekor sahaja. Mereka main-main di balkony Rumah KL.
Masa nie bukan kami sahaja yang sedih malah Salim juga sedih dan cium anaknya yang dah mati tu sambil memanggil-manggil anaknya. Kini tiba pula masa Salim meninggalkan kami semua. Syah tak call pun Cd kerana tak mahulah sedih-sedih coz perkara dah berlakukan. Anggap jer dah masa dia meninggalkan kita semua. Tentu Muss rindu kat Salim masa balik outstation nanti coz dia selalu panggil Alim.......Alim........Alim...... tak kira siang atau malam macam orang mengagah anak.
SELAMAT JALAN SALIM DAN SYAH DOAKAN SALIM BAHAGIA DISANA. JANGAN LUPAKAN KITA ORANG DI SINI YER ALIM.
Muahhhhhhhh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.