Thursday, April 15, 2010

Tuanku Mizan serah surat perlantikan 13 Hakim - 15.04.2010

Semalam 14 April 2010 Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli menyerahkan suratcara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Hakim Mahkamah Tinggi. dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Negara. Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Wahab Patail, 61, Datuk Clement Allan Skinner, 63, Datuk Mohamed Apandi Ali, 60, dan Datuk Zaharah Ibrahim, 58.Manakala Hakim Mahkamah Tinggi ialah Datuk Mariana Yahya, 51, Dr Badariah Sahamid, 56, Azman Abdullah, 49, Mohd Yazid Mustafa, 54, Zainal Azman Ab. Aziz, 53, Yew Jen Kie, 57, Datuk Ahmadi Asnawi, 56, Datuk Zamani A.Rahim, 60 dan Vernon Ong Lam Kiat, 54.

Turut serta dalam upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.