Today bangun tidur jam 05:30am........guling-guling kejap 05:45am mandi. Siap dan pastikan beg yang nak dibawa balik KL ada dan cukup isinya. Jam 06:30am keluar rumah dan tunggu bas tepi jalan dekat rumah Azrin. Sampai stesyen Train dah ada.
Perjalanan pagi nie lancar kecuali train berhenti agak lama di Stesyen KL mungkin kerana nak beri laluan train lain kot. Pagi-pagi lagi Nash inform ada briefing Dr. Zainal nak bagi. So jam 08:45 semua berkumpul dan Dr ingatkan mengenai program CSR. Hari nie kerja banyak dan tak menang tangan mana Acc Closing, asset dan macam-macam lagi. Satu hal pula kena sediakan Purchase Request untuk flight ticket bagi program TM Award Nite.
Yang nak termuntahnya bukan apa, ticket ditempah dengan Air Asia dan setiap tempahan kena buat PR yang berasingan. Berpuluh-puluh temphan kena disiapkan PRnya. Tak per tulah kerja namanya kan dan kalau tak ada masalah buka kerja namanya kannnnn.......... Syah inform Dik No (my Boss) nak balik awal coz ada saudara masuk hospital. Ayah Muss admit ke HKL. Ingat nak keluar jam 04:00pm tapi ding dong ding dong jam 04:25pm baru keluar office. Yang peliknya masa di Stesyen Kerinci tren yang tiba kosong jer tak ada orang sorangpun. Syah dan dua tiga orang penumpang lain naik di stesyen nie barulah nampak ada orang. So Scarry.................
bMuss fetch Syah di Stesyen Dang Wangi dan kemudiannya ambil CD di Ampang Point. Sampai hospital tengok Kak Long Fadilah dan hubby dah ada disana. Uncle Shariff masuk wad kerana ada masalah dalam perutnya. Ada ulser tapi bukanlah kanser. So sekarang dalam perubatan. Kak Long beri dia Cellfood. Adik Muss jaga dia Malam nie di HKL.
Kebetulan nenek Etty, adik ipar Muss pun masuk wad di tingkat yang sama. Sebelum balik we all singgah menjenguk Mak Hitam. Menurut Etty neneknya menghadapi masalah pada bahagian lehernya yang menjadi sempit sehingga sebesar straw, masa nak masukkan campun tak boleh. kerana terlalu sempit. Tak boleh makan apa-apa dah hampir 3 bulan. Kena tebuk dibahagian perut untuk salurkan makanan tak silap Syah. Kesian Nenek Etty. Dulu Nenek nie gemuk tapi sekarang kurus. Syah lihat tangannya lebam-lebam coz kata Etty kesan ambil darah kerana uratnya macam dah tak nampak. Jadi sukar untuk nurse ambil darah itu yang cucuk sana sini tu.
Masa balik dari HKL, Muss dah tak larat nak jalan ke Car Park. Biasalah masalah kakinya tu dan sikap manjanya bila sakit. So CD ambil kereta dan fatch we all di bahagian emergency HKL. By the way nak inform hari tu CD ambil ujian memandu tapi gagal jalanraya. Khamis nie dia test lagi. On the way balik Muss ajak makan cendol di Restoran Wahab - The Best Cendol In Town, dia tulis kat papan iklannya. Restoran nie terletak di Rampai Business Center., Taman Seri Rampai. Asalnya dia nie jual cendol tepi jalan jer. Dinner malam nie Tiga cendol, mee rebus untuk Syah dan meggi untuk CD. Muss diet tapi dia belanja malam nie. Semuanya RM14.70. Sambil tunggu pesanan Muss macam biasa ke kedai CD. Masa nak bayar Syah tengok ada nasi ayam dan tanya toke tu mengapa tadi tanya nak nasi ayam kata tak ada. Dia tanya siapa kata dan Syah tunjukkan staffnya. Lepas tu dia marah staffnya. Actually CD yang nak makan nasi ayam tu.
Malam nie tangan Syah luka masa nak kupas buah epal. Tak tahu dah nak kena kan. Tu pemotong buah yang kena kat tangan Syah. Sakit dan bisa. Syah sapu minyak gamat. dan dah ok dah. Jam 1041pm ayahanda call tanya khabar. Selain dari itu dia kata tengah tengok filem melayu di TV2 - Musang Berjangut. Katanya cerita tu tahun 1968 dan ada budak berlakon katanya budak tu sekarang berumur 44 tahun lebih kurang umur Syah. Tu yang dia teringat dan call Syah. Tapi mungkin Ayahanda tak ingat tarikh birthday Syah, Sabtu lepas. Hehhehe Abah... Abah.... dan actually dalam family kami memang jarang yang sambut birthday.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.