Sunday, March 7, 2010

Raja Perempuan Kelantan Kemuka Bantahan - 07.03.2010

Peguam DYMM Raja Perempuan Kelantan, Zainul Rijal hari ini mengemukakan bantahan terhadap arahan tunjuk sebab kerana ingkar perintah mahkamah membenarkan hak lawatan kepada isteri kedua Sultan Kelantan, Che Puan Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu hari ini bagi pihak ketiga-tiga defendan iaitu DYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, Muhammad Shahrizan Zainal dan Zaiton Husin Merican. Walau bagaimanapun ketiga-tiga responden tidak hadir ke Mahkamah.

Keadaan ini berlaku apabila Mahkamah Tinggi Syariah pada 04 Februari 2010 telah membenarkan Cik Puan Elia Suhana melawat suaminya yang menerima rawatan di hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu. Bagaimanapun Che Puan Elia Suhana mendakwa dihalang oleh ketiga-tiga defendan bertemu suaminya dan pada 21 Februari 2010 mahkamah telah mengarahkan ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab engkar perintah mahkamah.

Fakhrul Azman yang juga Peguam Che Puan Elia Suhana mempertikaikan ketidakhadiran ketiga-tiga defendan di mahkamah hari ini kerana menurutnya mana-mana pihak perlu hadir jika diperintah oleh mahkamah.

Disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini, Hakim Syarie Mohd Yusof Awan menetapkan 04 April 2010 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. Sama-samalah kita lihat bagaimana kuasa mahkamah menyelesaikan isu ini yang melibatkan DYMM Raja Perempuan Kelantan. Yang pasti kebenaran akan memihak kepada YANG BENAR, BETULLAH KAN?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.