Wednesday, March 31, 2010

Raja Nazrin Rasmi Persidangan ADUN - 31.03.2010

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah telah berkenan berangkat ke istiadat pembukaan rasmi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan yang Ke-12 semalam 30.03.2010 pada jam 09:30am di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Turut mengiringi Baginda adalah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda berdua telah disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli. Sepertimana biasa, Sebelum berangkat masuk ke dewan persidangan, Baginda melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta sambil diiringi Pancaragam Polis Diraja Malaysia Cawangan Kedah.
Keadaan diluar dan dalam dewan adalah terkawal. Wakil-wakil media tidak dibenarkan berada didalam dewan persidangan dan telah diletakkan didalam senuah bilik khas. Walau bagaimanapun terdapat satu insiden di mana ADUN Tronoh, V. Sivakumar bangun dan berjalan menuju ke tempat duduk Speaker, Datuk R. Ganesan. Walau bagaimanapun beliau terpaksa kembali semula ke tempat duduknya sebaik sahaja bentara mengumumkan kemasukan Pemangku Raja Perak bagi menyampaikan titah ucapan perasmian. Sivakumar sebenarnya mengacah mahu merampas kerusi Speaker DUN Perak semasa Datuk R. Ganesan menjemput Pemangku Sultan Perak dan Tuanku Zara bagi upacara perasmian. Walau bagaimanapun tindakan Sivakumar itu ditegur bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar (Pas-Pasir Panjang) yang bimbang ia dilihat oleh baginda berdua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.