Hari ini balik kampung di Sabak Bernam, Selangor. Mus, CD dan Syah. Sebelum tu singgah rumah rawang coz nak ambil ubat ayahanda. Sebelum sampai Sabak Muss singgah Sg Hj Dorani untuk beli seafood yang jadi favourate dia. We all lunch sekali di D'Muara, Sg Hj Dorani. sampai sudah petang ke kampung. Malam tu kami semua keluar ke Sg Besar coz Kak Ngah nak beli peralatan dapur rumah dia. Semua pergi dan serahkan kunci rumah pada Haziq kat kedai takut kita orang balik lewat. Muss ingat nak cari tempat makan di Sg Besar masa balik dulu tapi tak jadi coz tak jumpa kedai tu. So makan di Sabak Bernam sahaja.
Pagi Ahad Syah, Haziq dan Kak Ngah berurut dengan Mak Cik nie. Perut Syah ada problem. Sakit macam dulu semula. Rasa sakit dan senak. Mak Cik tu kata Angin berkumpul di bahagian kiri perut Syah tapi katanya biasanya ia terjadi di atas bahagian perut - sudu hati tapi Syah lain pula. Heran Makcik tu. Actually Syah tak boleh angkat berat kalau buat kerja berat-berat mesti rasa sakit dibahagian perut. Ingatkan dulu angin pasang dan ke Hospital tapi katanya bukan. Tak tahhulah. Ada dia bagi petua untuk urut sendiri katanya patunya 3 kali tapi disebabkan Syah kerja susahlah nak cuti. di suruh tuam perut Syah. Thanks Mak Cik.... rasa macam ok sedikit tapi masih sedikit senak. Lepas tu Syah ke rumah Ayahanda dan makam laksa kat pekan Sabak. Kak Ngah masak lunch untuk kami. Bertolak sebelum Asar dan singgah ke Makam nenda. On the way balik KL singgah rumah Kak Long di Bistari Jaya. Sampai lebih kurang jam 09:00pm.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.