Thursday, February 18, 2010

Tahniah Elia Suhana - 18.02.2010

Tahniah kepada Elia Suhana kerana telah mendapat Perintah Mahkamah Syariah Kota Baharu untuk membenarkan beliau melawat KDYMM Sultan Ismail Petra yang sedang mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Mount Elizebth, Singapura. Perintah yang dikeluarkan pada 04 Februari 2010 itu telah membenarkan Elia Suhana melawat dan bersama Sultan Kelantan di hospital Mount Elizebth, Singapura bermula jam 07:00 pagi Sabtu hingga Jam 07:00 pagi Isnin setiap minggu secara eksklusif tanpa gangguan pihak lain. Perintah tegahan turut dikeluarkan terhadap KDYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid atau wakil-wakil Baginda daripada menggangu proses berkenaan dan waktu melawat ditentukan menerusi hak giliran. Mahkamah juga turut memerintahkan semua kerjasama perlu diberikan oleh agensi kerajaan seperti polis dan imigresen bagi melancarkan perjalanan perintah itu. Berita Harian keluaran 13 Februari 2010 melapurkan bahawa peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan menegaskan pihaknya cuba menghantar perintah berkenaan petang semalam (12 Feb 2010) tetapi gagal selepas dihalang pengawal peribadi Raja Perempuan Kelantan. "Kami hanya mahu serahkan perintah ini supaya Cik Puan (Elia Suhana) dapat melawat Baginda Sultan, tetapi kami tidak dapat menyerahkan kerana pengawal memberitahu Raja Perempuan tiada, dan kami akan datang semula pagi esok (13.02.2010) untuk menyerahkannya semula." Katanya lagi, ini adalah kali pertama pihaknya datang untuk menyerahkan perintah itu dan beliau ditemani seorang kakitangannya dan seorang anggota polis.
Shukur Alhamdulilah Atas Perintah Mahkamah Ini.
Syah Doakan Semuga Elia Suhana Akan Mendapatkan
Hak Yang Sama Sebagai Isteri Kepada
KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni
Almarhum Sultan Yahya Petra
Sultan Kelantan.
AMIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.