Tahukan anda semua bahawa buat masa ini hanya terdapat tiga orang isteri sultan di Malaysia yang memakai tudung lengkap sepenuhnya semasa suami mereka memerintah negeri. Secara kebetulan dua diantaranya telah diangkat mertabatnya sebagai isteri utama Sultan dan seterusnya sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia. Ketiga-tiga mereka adalah warga Malaysia. Jika ada masa, Syah akan cuba memperkatakan mana-mana anak-anak Sultan yang memakai tudung lengkap pula.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke X1
Tuanku Siiti Aishah
D.K. (Selangor), D.M.N., D.A. (Sarawak)
Diputerikan pada 18 November 1971 di Kuala Lumpur sebagi Siti Aishah bt Abdul Rahman. Selepas berkahwin dengan Sultan Selangor, DYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 03 Mei 1990 dalam usia 19 tahun, Baginda menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Besar Selangor Siti Aishah. Pada 24 Oktober 1998 Baginda telah dilantik sebagai Tengku Permaisuri Selangor dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah dalam satu istiadat perlantikan yang diadakan di Balai Rongseri Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Pada 26 April 1999 dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong X1, Tuanku Siti Aishah. Walau bagaimanapun Baginda tidak dapat menghabiskan tempoh lima tahun sebagai Raja Permaisuri Agong kerana Suaminya, KDYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mangkat pada 21 November 2001. Baginda sempat menjadi Raja Permaisuri Agong selama tempoh dua tahun enam bulan sahaja. Baginda tidak dikurniakan sebarang zuriat bersama Al-Marhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor
Siti Aishah D.K. (Selangor), D.A. (Sarawak)
**************************
Tuanku Nur Zahirah
D.M.N., D.K. (Terengganu), S.S.M.Z., S.S.M.T. (Terengganu)
Diputerikan pada 07 Disember 1973 di Kedah sebagai Cik Rozita bt Aidil Bakri. Berkahwin dengan KDYMM Tuanku Mizan pada 28 Mac 1996. Pada waktu ini Tuanku Mizan adalah Yang DiPertuan Muda Terengganu. Dimasyhurkan sebagai Permaisuri Terengganu pada 12 Julai 1998 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Nur Zahirah, Permaisuri Terengganu. Walau bagaimanapun gelaran berkenaan telah ditukar kepada gelaran yang baru pada 05 Jun 2006 dan Baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Pada 13 Disember 2006 dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XIII, Tuanku Nur Zahirah hingga sekarang dalam tempuh lima tahun. Baginda telah dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.
DYMM Permaisuri Terengganu Nur Zahirah
D.M.N., D.K. (Terengganu), S.S.M.Z., S.S.M.T (Terengganu)
***************************
Puan Elia Suhana bt Ahmad
Puan Elia Suhana merupakan isteri kedua KDYMM Tuanku Ismail Petra, Al-Sultan Kelantan. Berusia 31 tahun. Beliau berkahwin dengan Tuanku pada 23 November 2007 di Kota Baharu dengan Emas Kahwin berjumlah RM20,000.00 dengan diwalikan oleh ayahandanya sendiri. Buat masa ini tidak ada digazetkan sebarang gelaran untuk beliau oleh pihak Istana Kelantan. Imej yang Syah lihat setakat ini mengambarkan beliau memakai tudung lengkap. Sila maklumkan jika Syah tersilap. Setakat ini beliau belum dikurniakan cahayamata bersama Tuanku.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete