Ini adalah kad Hari Raya terakhir daripada Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar. Kad ini Syah terima daripada Almarhum Baginda pada Hari Raya tahun lepas. Syah nak kongsi memori ini bersama anda semua kerana pada tahun ini mungkin Sultan Ibrahim akan menggunakan Kad Hari Raya yang berlainan dan jika Baginda menggunakan kad yang sama, ianya tetap berbeza kerana tandatangannya adalah individu yang berlainan. Untuk makluman semua, tiap-tiap tahun Almarhum menggunakan kad yang sama dan ini adalah tandatangan terakhir Almarhum untuk Kad Hari Raya sebagai Sultan Johor ke 4 dalam era moden pada tahun 2009 bersamaan 1430Hijrah. Semuga Allah mencucuri rahmatnya keatas Almarhum Sultan Iskandar dan menempatkan Baginda bersama-sama orang yang soleh. Amin.
saya tak pernah dapat kad raya dari almarhum tuanku..kebannyakkan yang hantar ialah dari Tuanku raja perlis,sultan perak dan Yang dipertuan agong...bertuah abg....
ReplyDelete