Tahniah kepada Raja Muda Johor, YAM Tunku Ismail atas perlantikan sebagai Tunku Mahkota Johor oleh Paduka Ayahandanya pada hari Khamis bersamaan 28.01.2010 dalam satu istiadat yang dijalankan di Istana Besar Johor Baharu. Pemasyuharan dilakukan oleh Sultan Ibrahim pad jam 03:20pm berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895. Mengikut Jabatan Diraja Johor, Istana Besar Johor Baharu, gelaran baru YAM Tunku Ismail adalah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Syah bertanya mengapa didalam akhbar ada ditulis nama Tunku Mahkota sebagai Tunku Ismail Idris dan dimaklumkan bahawa nama yang diberi tadi adalah yang sebenarnya.
Gambar DYAM Tunku Mahkota Johor semasa Istiadat Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti pada 26.10.2009 - Pic by Tengkusyah.
DYAM Tunku Ismail merupakan putera sulung Tuanku Ibrahim dan dilahirkan pada 30hb Jun 1984. Dilantik sebagai YAM Raja Muda Johor oleh Almarhum Paduka Nendanya pada 08.04.2006. Turut hadir dalam istiadat ini adalah Kerabat Diraja, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, barisan EXCO dan Anggota Dewan Undangan Negeri Johor, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin dan Kakitangan Kerajaaan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam tuan.. tumpang tnyer, saya nak tau kenapa ada kerabat diraja gunakan tengku, tunku, engku, ungku pada nama masing2?
ReplyDeleteadakah berkaitan status?
Salam Amy. Tengku, Tunku tu cuma perbezaan ejaan sahaja tapi membawa maksud yang sama iaitu keturunan raja. Ada yang menyatakan ejaan Tunku tu lebih menggunakan style ejaan bahasa Inggeris. Ialah kan kita dulu pernah dijajah oleh British.Engku dan ungku tu juga geleraan yang ada kena mengena dengan keturuna raja. kadangkala engku digunakan sebagai ganti nama sebagai contohnya katakan nama kamu Tengku Amy, bila saya bercakap dengan awak saya akan kata apa khabar Engku Amy atau Ku Amy. Biasanya jika ibu keturunan raja dan ayahnya kebanyakan (commoner) anak akan menggunakan gelaran didepan namanya seperti megat, puteri, tun, wan, nik dan banyak lagi mengikut kebiasaan negeri berkenaan. Tapi sekarang nie ada juga yang tak menggunakan style ini lagi.
ReplyDeletezaman sekarang ni, walau anak raja sekali pon, banyak lagi kene belajar bab adat dan budaya. selalu kita buat silap bile rase terlampau selamat atau sempurna
ReplyDeletesemoga menjalankan tugas dgn sempurna