Sunday, January 3, 2010

Tiada Gelaran - 03.01.2009

Petang tadi Syah menelefon Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan bertanya mengenai gelaran untuk isteri kedua Al-Sultan Kelantan KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Elia Suhana bt Abdul Hamid. Menurut bahagian Protokol Istana, buat masa ini tidak digazetkan apa-apa gelaran untuk beliau.

YMM Pemangku Raja Kelantan
Manakala gelaran bagi Pemangku Raja Kelantan adalah Yang Maha Mulia. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 25hb Mei 2009 oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Pelantikan itu bagi membolehkan YTM Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Perlantikan ini adalah sehingga Al-Sultan Kelantan sembuh sepenuhnya dari gering (sakit). Gelaran baru YTM adalah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

2 comments:

  1. Salam Tengku...

    Terima kasih kerna sudi ziarah ke blog saya. Selamat berkenalan di alam blog. Sudi2kanlah membaca pos sy. Blog u pun menarik sakan...

    ReplyDelete
  2. harap-harap nanti adalah gelaran untuk isteri kedua kepada kebawah duli....paling tinggi pun Yang teramat mulia(YTM)DAN janganlah pula nanti ada pandangan sinis bahawa rakyat biasa tidak boleh bergelar....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.