Saturday, January 16, 2010

Solat Jumaat bersama YBM Raja Nong Chik - 15.01.2010

Selepas majlis perpisahan Kak Umi di TMTC Syah dan Abg Razak singgah solat di Sentul berdekatan dengan rumah parents Abg Razak. Abg Razak inform katanya Masjid nie selalu VVIP datang terutamanya Yang Di-Pertuan Agong. Senyum Syah dengar dan dalam hati kata kalau ada rezeki boleh jumpa Agong atau lain-lain Raja/anak Raja. Hehehhehehe. Sempat berangan tu.

Imbang PenuhInilah Masjid Amru Ibni Al-As di Sentul. Besar juga masjidnya dan ramai jemaah yang datang untuk sokat Jumaat.
Waktu Syah Sampai sudah masuk waktu - Azan. Beginilah keadaan didalam Masjid yang telah dipenuhi oleh para jemaah untuk menunaikan kewajipan masing-masing.
Haa ada VVIP rupanya. Mulanya Syah tak tahu siapa agaknya Menteri nie. Tak berapa lama kemudian ada announcement memaklumkan tetamu berkenaan adalah Datuk Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan. Bertuahnya Syah dapat berjumpa dengan anak raja kelahiran Perak ini. Itu Rezeki namanya. Allah makbulkan juga keinginan Syah.Inilah dia Yang Berhormat Mulia (YBM) Datuk Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin. Dilahirkan di Perak pada tahun 14 Februari 1953. Lahir sempena hari Valentine. Beliau dilantik menganggotai kabinet oleh Datuk Seri Najib pada 09 April 2006. Mula berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuaan pada 10 April 2006. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Nafesah dan dikurniakan sepasang cahayamata iaitu YM Raja Farhana dan YM Raja Hamzah.Syah solat sebelah Bro nie. Nampak semacam jer dan dalam hati syah mungkin orang-orang YBM ..... Syah ingat pemandunya tapi bodyguard dia rupanya, Patutlah ada macam lencana polis kecil kat kolar bajunya. Syah lihat diambilkan sandel YBM.

YBM dihadapan Masjid selepas menunaikan solat Jumaat.
Sedang memperkatakan sesuatu sebelum menaiki keretanya.
Walau bagaimanapun tiba-tiba datang sesorang menarik tangan beliau dan mengajaknya menaiki kereta beliau. Tak tahulah siapa beliau, mungkin sahabatnya kerana bodyguard YBM tak buat apa-apapun.
Agaknya YBM perasaan Syah mengambil gambarnya. Macam biasa YBM tak lokek dengan senyumannya. Nampak very friendly. Agaknya bertuah semua pekerja dibawah pentadbirannya kerana dapat boss macam nie. Senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.