Wednesday, January 13, 2010

Mata Syah Merah - 13.01.2009

Pagi tadi masa nak bersiap ke pejabat tiba-tiba Syah nampak mata sebelah kanan Syah merah, macam ada satu line. Terperanjat Syah coz tak sakit tapi macam orang kampung kata pecah darah. Tapi malam tadi masa sapu eye cream Syah rasa macam terkena mata dan gatal sedikit. Syah tak ingat samada Syah garu atau tidak.
Tak jadi nak ke kolej dan Syah terus ke Pusat Perubatan Menara di Bangunan TM Annexe 2. Doktor inform kapalari darah kat mata Syah pecah. Dr kata kalau tak sakit ok sebab tak banyak bleeding. Tapi katanya merah tu mungkin akan membesar dan mengambil masa untuk pulih. Tapi jika merah tu merebak atau pandangan kabur dia minta refer semula kepadanya untuk direfer kepada doktor mata. Dr juga surah Syah becarefull dengan blood presure kerana berada ditahap border 139/92
Inilah ubat yang Dr bagi. Ubat titik - Colircusi Gentadexa (Eye and ear drops) . 3 kali sehari. Minta semua doakan agar mata Syah cepat sembuh dan tak jadi apa-apa yang memudaratkan. Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.