Saturday, January 9, 2010

Kenali Keluarga DiRaja Kelantan - 09.01.2009

Semenjak kebelakangan ini kita sering didedahkan dengan pelbagai isu mengenai kerabat diraja kelantan yang selama ini lebih bersikap low profile. Mula-mula kita dikejutkan dengan kisah seorang putera dari Kelantan yang dikatakan telah mendera isterinya seorang model dari Indonesia, kemudiannya cerita mengenai kegeringan Sultan Kelantan, kes saman Tengku Fakhry kepada isterinya Manohara, Pengesahan JHEAIK berhubung perkahwinnan kedua Al-Sultan Kelantan dan pengakuan Ilia Suhana kepada media berhubung statusnya sebagai isteri kedua Al-Sultan Kelantan, pemecatan Tengku Temengong Kelantan dari menjadi Pewaris Tahta oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan, kes saman Tengku Temengong Kelantan kepada Pemangku Raja Kelantan & Kerajaan Negeri dan penafian Tengku Fakhry terhadap lapuran kesihatan Al-Sultan Kelantan oleh Ahli Panel Doktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Syah nak kenalkan secara ringkas kepada anda semua Keluarga DiRaja Kelantan:-
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darulnaim
Tuanku diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Baharu Kelantan oleh bondanya Tengku Zainab bt Tengku Seri Utama, Tengku Muhammad Petra. Baginda merupakan putera bungsu dan tunggal DYMM Sultan Yahaya Petra. Dikurniakan gelaran Tengku Mahkota kelantan pada 11 November 1967 sewaktu berusia 18 tahun oleh Ayahanda Baginda. Ditabalkan menjadi Sultan Kelantan keduapuluh lapan pada 30 Mac 1979. Baginda seorang yang suka membaca, berminat dengan muzik, fotografi dan menembak. Baginda di masukkan ke HUSM pada 14hb Mei 2009 dan 24 Mei 2009 hingga sekarang ke Hospital Mount Elizabeth, singapura kerana serangan angin ahmar. Baginda dilapurkan beranusur pulih.
Duli Yang Maha Mulia
Tengku Anis bt Almarhum Tengku Abdul Hamid
Raja Perempuan Kelantan
DYMM Tengku Anis diputerikan di kediaman nindanya di Palam Manor pada tahun 1949. Ayahandanya Tengku Abdul Hamid adalah orang Patani, Siam dan mangkat disana pada tahun 1960. Baginda semenjak dari kecil diasuh oleh nenendanya., Tengku Seri Maharaja. Bonda Baginda adalah Tengku Azizah bt Tengku Sri Maharaja, Tengku Mohd Hamzah. Tengku Seri Maharaja adalah bekas Menteri Besar Kelantan dan juga merupakan ayahanda kepada Tengku Razali Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang. Berkahwin dengan Tuanku pada 04 Disember 1968 di Istana Kota Lama. Dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota pada pada 01 Januari 1969. Menunaikan fardhu haji pada tahun 1983 bersama-sama Tuanku. Baginda merupakan seoang yang mempunyai perwatakan lemah lembut dan mudah mesra. Baginda dikurnikan tiga orang putera dan seorang puteri.

Puan Elia Suhana bt Abdul Hamid
Isteri Kedua Al-Sultan Kelantan

Masih tidak banyak yang diketahui mengenai beliau. Keadaan ini adalah satu kebiasaan bagi Isteri kedua yang mana mereka tidak memainkan peranan dalam urusan rasmi Baginda Sultan. Bukan sahaja rakyat malahan pihak istana juga tidak mengethaui secara detail mengenai isteri kedua bukan sahaja di Kelantan malah di negeri-negeri lain juga. Berlainan dengan di Brunei dimana Isteri Kedua mendapat tempat dalam urusan rasmi Sultan Brunei dan mendapat gelaran DiRaja. Buat masa ini tiada gelaran rasmi yang digazetkan untuk beliau. Puan Elia Suhana berkahwin dengan Tuanku pada 23 November 2007 di Kota Baharu, Kelantan dengan mas kahwin RM20,000.00. Buat masa ini beliau tidak dikurniakan cahayamata lagi.

Yang Maha Mulia
Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
Pemangku Raja Kelantan

Dilahirkan pada 06 Oktober 1969 di Kota Baharu, Kelantan. Dilantik menjadi Tengku Mahkota dengan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 06 Oktober 1985. YTM telah dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 25hb Mei 2009. Pelantikan itu bagi membolehkan YTM menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Perlantikan ini adalah sehingga Al-Sultan Kelantan sembuh sepenuhnya dari gering (sakit). Perlantikan ini membawa gelaran Yang Maha Mulia (YMM).

Yang Amat Mulia
Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Bendahara Kelantan
Beliau merupakan Anakanda kedua Tuanku Ismail. Tidak banyak yang diketahui mengenai Tengku Bendahara Kelantan.

Yang Amat Mulia
Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Temenggong Kelantan

Dilantik sebagai Tengku Temengong Kelantan oleh Ayahandanya pada tahun 2001. Berkahwin dengan seorang model Indonesia Manohara Odelio Pinot pada 26 Ogos 2008 dengan mendapat gelaran Cik Puan Temengong. Walau bagaimanapun pada 31 Mei 2009 Manohara melarikan diri dengan bantuan pihak Singapura semasa melawat Tuanku Sultan yang mendapatkan rawatan di Singapura. Manohara mendakwa telah didera oleh suaminya. Perkahwinan ini tidak dikurniakan cahayamata. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah dan kes ini dimenangi oleh Tengku Fakhry. Ibu Manohara pula mendakwa akan membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa. Pada 13 September 2009 beliau telah menerima surat perlucutan sebagai pewaris tahta kerajaan Kelantan dari Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Kerana tidak berpuashati dengan keadaan ini, pada 18 Disember 2009 beliau telah menfailkan saman kepada Pemangku Raja Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri kelantan, Mufti Negeri Kelantan dan empat orang kerabat DiRaja. Pada Disember 2009 beliau telah telah membuat kejutan dengan mengeluarkan surat penarikan balik darjah kebesaran bergelar datuk kepada tujuh orang tokoh. Surat berkenaan telah dihantar kepada setiausaha kerajaan negeri kelantan, Datuk Mohd Asri Alias dan salinan kepada Nik Aziz. Keadaan ini seolah-olah membelakangkan kekandanya sebagai Pemangku Raja. Beliau juga akan berbincang dengan panel peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri kerana tidak berpuas hati terhadap Ahli Panel Perubatan yang membuat laporan kesihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan. Beliau mendakwa Raja Perempuan tidak dimaklumkan berhubung penubuhan panel ini dan tiada sebarang lawatan dan pemeriksaan dilakukan oleh panel ini keatas Tuanku sejak menerima rawatan di Singapura.


Yang Amat Mulia
Tengku Amalin A'ishah Putri bt Sultan Ismail Petra
Beliau merupakan puteri tunggal dan bungsu Tuanku. Dilahirkan pada tanggal 26 Jun 1985. Mendapat pendidikan dari University Islam Antarabangsa dalam bidang undang-undang. Pada 20 Jun 2006 beliau memulakan tugasnya sebagai majistret di Kelantan. Dengan perlantikan ini bermakna Beliau telah melakar sejarah sebagai Majistret Wanita pertama di Kelantan.

Ayahanda Tuanku Ismail Petra
KDYMM Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Al-Marhum Tengku Yahaya Petra diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan. Naik tahta pada 10 Julai 1960 dan dikenali sebagai Sultan Yahya Petra. Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri kelantan yang ke 27. Baginda adalah anak lelaki kedua Sultan Ibrahim. Berkahwin dengan Yang Mulia Tengku Zainab pada 04 Jun 1939 dan dikurniakan dengan tujuh orang cahayamata iaitu seorang putera dan enam puteri tetapi 2 daripada puteri-puterinya mangkat sewaktu kecil. Dikurniakan gelaran Tengku Temenggong pada 21 Julai 1939, Tengku Bendahara pada tahun 1945 dan Tengku Mahkota Kelantan pada 01 Febuari 1948. Dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong pada 22 Julai 1970 dan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke VI (keenam) pada 19 Jun 1975. Baginda mangkat secara mengejut semasa menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia di Istana Negara pada tanggal 29 Mac 1979 jam 03:45pm dalam usia 61 tahun, 3 bulan dan 19 hari. Jenazah Baginda dibawa ke Kelantan dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Kota Baharu, Kelantan dengan penuh adat istiadat DiRaja Kelantan.
Bonda Tuanku Ismail
DYMM Tengku Zainab bt Almarhum Tengku Muhammad Petra
Raja Perempuan Kelantan
Diputerikan pada 07 Ogos 1917. Ayahandanya adalah Tengku Seri Utama Raja, Tengku Muhammad Petra manakala bondanya Tengku Kembang Petri bt Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan. Dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota pada 09 Ogos 1956, Raja Perempuan Kelantan pada 10 Julai 1910. Dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 19 Jun 1975. Baginda mangkat pada 10 Januari 1993 dalam usia 75 tahun di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Kota Baharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.