Tuesday, January 5, 2010

Al-Sultan Kelantan Akan DIBawa Pulang - 05.01.2009

KDYMM Al-Sultan kelantan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat ini untuk mendapatkan rawtan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL). MB Kelantan dalam kenyataannya menyatakan HKL dipilih kerana hospital itu mempunyai pelbagai kemudahan termasuk pakar, ahli-ahli terapi serta peralatan yang mencukupi untuk merawat Baginda. Syah menyokong penuh kenyataan Nik Aziz berhubung kemampuan HKL berdasarkan pengalaman Syah sendiri di HKL semasa menemankan Ayahanda Syah yang menjalani pembedahan spine di Kelinik Pakar Ortopedik, HKL. Gambar diambil dari Akhbar KOSMO. Kunjungan Perdana Menteri Malaysia dan Isteri di Hospital Mount Elizabeth, Singapura baru-baru ini.

Keputusan ini dibuat berdasarkan laporan yang diterima pada 24hb Disember 2009 oleh Ahli Panel Doktor yang dilantik oleh EXCO kerajaan negeri yang melaporkan bahawa Sultan Kelantan masih tidak dapat mengerakkan tangan dan kaki, daya penglihatan kurang dan percakapan terjejas. Baginda diberi makan melalui tiub diperut dan diberi rawatan intensif dari segi ubat-ubatan, fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan. Menurut Nik Aziz Baginda telah menunjukkan kemajuan dari hasil rawatan intensif tersebut.

MB Kelantan
YB Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Ahli Panel Doktor berkenaan dilantik pada 18hb November 2009 dianggotai oleh enam pakar perubatan terdiri daripada doktor pakar dari Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Akhbar KOSMO melapurkan hari ini kos perbelanjaan perubatan Baginda dianggarkan berjumlah lebih dari RM 1 Juta bermula dari rawatan di HUSM pada 14hb Mei 2009 hingga ke Hospital Mount Elizabeth, singapura bermula 24 Mei 2009 sehingga sekarang. Walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan negeri berhubung kos berkenaan. Bersama-samalah kita doakan agar Baginda Sembuh Sepenuhnya, DiPanjangkan Umur dan Dapat Memerintah Negeri Kelantan Semula.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.