Office makin berkecah. Pening kepala dibuatnya dan dalam masa yang sama semua kerja nak urgent dan diselesaikan secepat mungkin siap ada bagi target time kena siap pukul berapa. Mana nak cari dokumen lagi yang dah disimpan dalam kotak yang dah bercampur-campur dengan kotak orang lain kerana pekerja-pekerja renovation alihkan sesuka hati mereka.
Kami terpaksa mengambil tempat yang separa siap sebagai transit untuk buat kerja. Ialah ada yang kena on-line, ada yang kena buka e-mail dan yang paling kritikal pengguaan telefon. Kita orang main duduk sahaja dulu yang penting kerja jalan.
Itulah tensi punya penangan sampai ada salah seorang colleague Syah yang menangis teresak-esak (of course lah wanita) kerana bebanan kerja yang banyak dalam keadaan office yang kelam kabut. Syah nak sedih pun ada tengok dia. Apa-apapun awak kena sabarlah yer.... sian kat awak. Saya pun sebenarnya lagi tension exspecially dengan perangai kakitangan di office nie terutamanya berkaitan payment... Dah buat program baru hulur invoice rasa macam nak sepak jer....huahuahua. Account closing dah makin hampir dan Syah dapat rasakan kelam kabutnya nanti dengan keadaan office yang macam ini. Doakan Syah berjaya laksanakan tugas yer walaupun dalam keadaan macam nie.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.