Hari ini Azrin minta Syah temankan dia dan keluarga ke UITM Lendu, Melaka sebab nak ambil adiknya Fikry yang akan bercuti mulai hari ini. Bertolak dari Rawang lebih kurang jam 12:00hrs.Sampai sahaja di Kolej terus naik ke asramanya ambil barang dia, rehat sekejap dan ke bandar Alor Gajah sebab Fikry nak tunjukkan tempat makan best katanya di area stesen bas.
Inilah gerainya. Mereka jual Pasembor. Memang laku banyak orang beli. Mereka pack siap-siap bila customer datang mereka hanya tanya hendak berapa orang makan. Semua sudah siap di pack.
Inilah kawasan food court tu. Ramai juga pelanggan hari ini, mungkin hari minggu, orang ramai keluar bersama keluarga. Kita orang makan pasambor untuk 2 orang makan 2 set dan order popia basah. Syah nak cari asam pedas tapi dah habis. Orang kata asam pedas orang Melaka sedap.
Dari Melaka terus ke Cheras. Kami melepak rumah Din, rakan sekerja Bak. Cantik dan kemas rumah budak bujang nie. Rumah sendiri rupanya patutlah cantik tatariasnya. Siapa kahwin dia nie cuci kakilah kiranya sebab semua dah ada disediakan.
Dari Melaka terus ke Cheras. Kami melepak rumah Din, rakan sekerja Bak. Cantik dan kemas rumah budak bujang nie. Rumah sendiri rupanya patutlah cantik tatariasnya. Siapa kahwin dia nie cuci kakilah kiranya sebab semua dah ada disediakan.
Inilah dia Din, orang Terengganu. Kita orang mandi dan solat kat rumahnya. Lepas Maghrib kami termasuk Din dan cousinnya yang kebetulan datang buat demo air Alcon ke restoran steamboat di kawasan rumah Din coz Bak nak belanja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.