Monday, November 2, 2009

Kenangan Di Istana Besar Seri Menanti

Pada 26.10.2009 Lepas Syah Ke Istana Besar Seri Menanti Sempena Pertabalan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir Sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 Menggantikan Al-Marhum Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Yang Mangkat Pada 27.12.2008.
Syah Di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti

Di Belakang Syah Tu Tahta Kerajaan DiMana DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Bersemayam. Beginilah View Dalam Balai Rongseri. Kerusi DiSebelah Syah Tu Untuk Para Jemputan. Kerusi DiKiri dan Kanan Tahta Menempatkan YTM Undang Yang Empat, Wakil-Wakil Raja-Raja Melayu, TYT, Wakil Sultan Brunei dan Kerabat-Kerabat DiRaja.

Dua Buah Kerusi DiKiri dan Kanan Tu Adalah Untuk Putera Yang Empat Iaitu YAM Tunku Besar Seri Menanti, YAM Tunku Laxamana, YAM Tunku Muda Serting dan YAM Tunku Panglima Besar. Mereka Ini Adalah Waris Tahta. Nak Tahu Siapa Mereka Ikutilah Blog Syah ini Nanti.
Shukur Alhamdulilah Akhirnya Sampai Juga Syah Ke Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Pertama Kali Dalam Hidup Syah Menyaksikan Sendiri Di Depan Mata Pertabalan Seorang Raja.

Masa Nie Istiadat Pertabalan Telah DiSempurnakan dan Semua Tetamu Beredar Ke Banquet Hall Istana Besar Seri Menanti untuk Majlis Santapan Tengahari.

Syah DiHadapan Tahta Rencana (Royal Carriage). Kenderaan Ini DiGunakan Untuk Membawa Baginda Berdua Pergi/Balik Dari Istana Besar Seri Menanti Ke Panca Persada (Ceremonial Dais) Bagi Menyempurnakan Istiadat Bersiram Pada 25.10.2009. Kenderaan Ini DiTarik Oleh Pegawai 99. Malangnya Syah tak Sempat Menyaksikan Istiadat Ini Kerana Masih Ada Di KL Atas Sebab-Sebab yang Tidak Dapat Di Elakkan.
Syah DiHadapan Istana Besar Seri Menanti. DiBelakang Syah Tu Adalah Tempat Dimana DYMM Tuanku Muhriz Akan Melakukan Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormat Sebelum masuk Ke Balairong Seri Untuk DiTabalkan.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.