Wednesday, November 18, 2009

Baby Girl - 18.11.2009

Waktu lunch hari ini Syah ke Prince Court Medical Center. Syah ke sana kerana melawat rakan sekerja, Dilla yang baru melahirkan anaknya pada hari Isnin lepas. Empat (4) hari Dilla di wad dan esok dia keluar. Lepas tu balik Kelantan - pantang kat sana.

Kami bertolak dari Menara TM lebih kurang jam 11:30 tengahari. Cantik betul hospital nie. Hubby Dilla kerja Petronas dan company dia support medical expenses kat sini without limit. Bertuah Dia.

Prince Court Medical Center nie terletak di no. 33, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur. Lokasinya berhampiran Istana Terengganu. Dengar cerita Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong baru lepas discharge dari medical center ini. Cantik macam hotel 5 star. Syah ambil gambar masa dalam kereta Nani.

Syah ke sana tumpang kereta Nani. Parking disini taklah mahal sangat. RM2.50 bagi jam pertama dan RM1.00 untuk setiap 1/2jam berikutnya. Maksimum caj RM8.00. Bila lihat plate No. Nani teringat kereta Syah, Sama nombornya. Bila tanya dia napa 67 katanya satu family (parents dia) guna 67 untuk untuk kenderaan mereka.

Inilah ahli rombongan Cik Kiah dari Telekom Malaysia, dari kiri Hasmah Mohd Ali, Nany Haryani Lokman (tuan punya kereta), Fatin Farhana Mohd Azemi dan Laili Mohd Hali.

Inilah baby yang menjadi tanda tanya kita orang masa dalam kereta itu. Baby girl nie namanya Nur Arissa Damia bt Rozaini anak kepada Nor Adila Abdul Rahman.


Arisa Lahir jam 11:02hrs tanggal 16 November 2009 dengan berat 3.31kg melalui pembedahan caesarian kerana walaupun Dilla telah diinduce tetapi keadaan tidak mengizinkan dia melahirkan baby secara normal. Dilla beritahu kami doktor juga inform yang bahu anak Dilla lebar (macam ayah dia), memang tak sesuai lahir normal takut tersangkut atau bahunya mungkin patah.

Sebelum itu, Dilla juga menggunakan teknik pembiusan epidural. Teknik ini digunakan untuk menghilangkan rasa sakit sewaktu bersalin (normal) terutamanya pada wanita yang pertama kali melahirkan baby. Caranya ubat bius akan disuntik kedalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus dimasukkan kedalam lapisan lemak epidural tadi. Tujuannya supaya ubat bius tadi akan dapat disalurkan berterusan sehingga ibu bersalin.

Kaedah ini akan dapat membantu minda ibu menghilangkan rasa sakit dibahagian rahim dan vagina kerana bius ini akan menghilangkan kesakitan yang dirasai oleh ibu dibahagian pinggang dan kebawah. Scary bunyikan. Bonda Syah juga meninggal sewaktu melahirkan adik Syah. Dua-dua sekali pergi. So.......... anda semua hormatlah ibu anda (bapa juga) yang melahirkan kita kedunia ini. Kenang jasa mereka terutamanya ibu yang menyabung nyawa melahirkan kita kedunia ini.
Waktu kami di Prince Court tadi ada doktor datang melawat Dilla dan babynya.

Begitu juga ada nurse yang memeriksa blood pruser dan suhu badan Dilla. Memang dijaga macam seorang puteri.

This is the best part bila bersalin kat hospital swasta. Baby buang air besarpun ada yang tolong bersihkan. Kebetulan baby Dilla buang air besar dan minta nurse check dan dia inform baby baru berak dan biarkan seketika baru dia bersihkan.

Ini adik perempuan Dilla datang dari kampung temankan dia. Muka ada iras-iras Dilla. Agaknya Dilla masa kecil dulu macam ini kot.
Disini juga ada disediakan minuman, kan dah kata tadi macam hotel. Yang depan tu "pad" kot. Biasalah orang bersalin juga guna pad bukan waktu sebulan sekali tu je tau.

Yang ini ingatkan tadi periuk nasi elektrik tapi jika dilihat betul-betul pam susu rupanya. Pertama kali tengok yang elektrik punya. Biasanya tengok kawan-kawan pakai pam manual yang bila dipam berbunyi chrit...chrit...chrit...

Kenang-kenangan bersamya Baby Arissya dan Mama Dilla. Bilalah agaknya giliran Fatin (kiri sekali) nak jadi macam tu. Kak Hasmah (sebelah Fatin) dah tutup kilang.......kilang dia dah bengkrap. hehehe gurau jer.....

1 comment:

  1. i google name kwn primary i,nany haryani lokman then jmpe kat blog u..can u pls ask her,betul ke dia dulu ada school kat sacred heart convent melaka..n kalo ye get me her email addrss okay..thanks a lot
    from : haslinda

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.