Pagi Nie Syah Ingat Nak Cuti Tapi Tak Boleh Ada Kerja Kena Selesaikan DiPejabat Coz Besok Syah Ada Kursus Di TMTC. Kebetulan Ayahanda Ada Appointment Di HKL. So Syah Keluar Sekejap Untuk Lihat Dia Jam 10:30hrs.
Dari Office Syah Naik LRT Ke KL Central dan Naik Monorail Ke Chow Kit. Gambar Tu Syah Dalam Monorail Dekat Dengan Driver. Sampai Di Chow Kit Syah Jalan Kaki Ke HKL. Bila Sampai DiKelinik Pakar Ortopedik, Intan Inform Ayahanda Di Dermatology.
Dari HKL Ke Gerai Makan Dekat Stadium TPCA, Belakang HKL Sahaja. Kalau Dah Kat Sini Favouritenya Apa Lagi Ayam Goreng Kampung Lah. So Minta Intan, Ayahanda dan Bonda Pilih Lauk Lain Sebagai Tambahan.
Bonda & Intan. Mereka Ambil Udang Masak Lemak, Kentang Goreng Berlada, Kacang Panjang Goreng, Gulai Lemak Pucuk Ubi, Telur Masin dan Sambal Belacan.
Bonda & Intan. Mereka Ambil Udang Masak Lemak, Kentang Goreng Berlada, Kacang Panjang Goreng, Gulai Lemak Pucuk Ubi, Telur Masin dan Sambal Belacan.
Syah dan Ayahanda. Dia Nampak Gembira Bila Anak-Anak Ada Walaupun Dia Kata Tak Payah Datang. Sebab Itulah Syah Datang Juga.
Masing-Masing Tengah Lapar Nie. Makan Dulu Walaupun Ayam Goreng Kampung Belum Sampai Lagi Coz Syah Minta Dia Goreng Yang Baru. Makan Panas-Panas Baru Sedap Tapi Kena Tunggulah.
Awal-Awal Tadi Dah Minta Mereka Kira Berapa Harga Makanan. Bila Time Bayar Macam Biasalah Syah Nak Bayar Tapi Ayahanda Kata Tak Apa Kali Ini Dia Belanja. Dia Beri Intan RM100.00 dan Bila Bil Sampai Hanya RM57.00. Dalam Masa Yang Sama Syah Beri Intan RM310.00 Kerana Masa Beli Peralatan Semasa Pembedahan Ayahanda Vendor Refund RM600.00++ Kerana Ayahanda Pesara Kerajaan. Rezeki.....
Jam 12:45 Tgh Sampai Office.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.