Syah Balik Rumah Garing Pada 24.09.2009. Bila Dah Masuk Rumah Syah Dengar Bunyi Anak Kucing Kat Luar. Syah Buka Wet Kitchen Jumpa Seekor Anak Kucing. Sudahhhhhhhhhh. Alamak Anak Kucing Lah Pulak.
Nak Letak Kat Luar Tak Sampai Hati Takut DiMakan Anjing Nak Simpan Masalah Pula. Bila periksa Rupanya Ada 3 Ekor. Ada Ibunya Sekali Menyorok Bawah Kabinet Dapur. Wet Kitchen Syah Kat Luar dan Hanya Ada Pintu dan Jeriji
Inilah Anak-Anak Kucing Tue. Mata Tak Buka Lagi, Tak Kuat Melalak Kadangkala Jer.
Ibu Dia. Menyorok Bawah Kabinet Dapur.
Malam Tadi Selepas Balik Dari KFC Syah Pergi Beli Meggi Mee dan Minta Kotak Kat Kedai Runcit. Dapat. Bukan Apa Untuk Letakkan Anak Kucing Tu, Kesia Atas Simen Je. Bila Sampai Rumah Macam Kecil Pula Kotak Tu. Syah Ke Belakang Rumah dan Jumpa Bakul Empat Segi Plastik dah Rosakpun. Syah Letak Surat Khabar dan Letakkan Anak Kucing Tu.
Jam 1:00am aan 2:00am Syah Buka Pintu Tak Nampakpun Ibu Kucing Tu. Jam 6:30am Bangun Untuk Solat Subuh dan Buka Pintu Dapur Nampak Ibu Dia Dalam Bakul Tu Menyusukan Babynya. Tak Taulah Mana Dia Merayap. Cari Ubat Kot.... Dari Rumput-Rumput.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.