Sunday, June 16, 2013

Beli Buku Royal Weddings In Vouge (1922 -1981)

16 Jun 2013, Ahad :-

AmCorp Mall di Petaling Jaya memang terkenal dengan jualan barang-barang lama dan antik seperti perhiasan, duit, rekod/piring hitam dan buku-buku. Brother Syah, Muss selalu datang kesini untuk mencari piring hitam lama yang ada dijual disini. Kebetulan hari nie Syah kerja kerana ada payment yang harus disiapkan sebelum Account Closing bagi bulan Jun pada hari rabu ini. Balik dari kerja tadi Syah terus ke AmCorp Mall naik LRT untuk melihat jika ada buku-buku lama mengenai raja-raja.  Jalan punya jalan akhirnya Syah jumpa gerai yang menjual buku lama RM10.00 untuk tiga buku.  Syah terumpa buku bertajuk Royal Wedding In Vouge (1922-1981). Hanya satu nie jer buku berkenaan raja-raja dan Syah tanya Auntie tu kalau nak beli satu sahaja berapa dan dia jual buku nie dengan harga RM5.00 pada Syah.  Buku ini mengenai Perkahwinan Diraja Britain yang dimuatkan dalam majalah Vouge semenjak 1922 hingga 1981.

Jalan kedepan sedikit,Syah jumpa gerai jual 4 buku mengenai kerabat Diraja Britain tetapi kena beli semua sekali dengan harga RM80.00 dan Syah rasa tak worth it. Penjual tu tanya berapa harga Syah hendak dan Syah informed dia yang Syah cuma bertanya sahaja. Bertambah lagi koleksi buku di Maharum Bugis Syah Mini Royal Library.  Shukur Alhamdulillah.

Putera dan Puteri Bungsu Sultan Brunei Sertai Larian Amal Sun Tan PSI


16 Jun 2013, Ahad :-

Pagi tadi Putera dan Puteri Bungsu kepada Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia  Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah telah berkenan menyertai Larian Amal anjuran Sun Tan PSI atau Sun Tan PSI Charity Run. Larian yang diadakan di Kampung Tungku ini bermula awal pagi tadi lebih kurang jam 06:30hrs. Untuk menyertai larian amal ini, BD $20.00 dikenakan sebagai yuran dan hasil kutipan larian amal ini akan didermakan kepada Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (Masjid RIPAS) di Kampung Rimba. Penyertaan untuk larian amal ini dibuka kepada orang ramai kecuali mereka yang pernah memenangi larian maraton tempatan atau luar negara dan seumpamanya.

Pengiran Muda 'Abdul Wakeel

Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Saturday, June 15, 2013

Al-Sultan Kelantan Sempurnakan Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56

15 Jun 2013, Sabtu :-

Malam tadi Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenaan menghadiri Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56.  Majlis yang diadakan di Dewan Komplek Balai Islam Darulnaim, Lundang di Kota Baharu Kelantan ini turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia  Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail ; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Al-Sultan Kelantan juga telah berkenan menyampaikah hadiah kepada para pemenang Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56.  Johan Tilawah al-Quraan bagi tahun ini menerima sebuah kereta Proton Preve, wang tunai RM15,000.00, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.  Naib Johan pula menerima wang tunai RM10,000.00, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM7,000.00, cenderamata dan sijil penyertaan.

Qari dari Perak, Anuar Hasin dan Qariah dari Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56.  Mereka akan mewakili negara pada Tilawah al-Quraan Peringkat Antarabangsa yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 29 Jun hingga 06 Julai 2013 nanti. Naib Johon pula disandang oleh Amirahman Abas dari Negeri Sembilan dan Nor Azrah Ayub dari Johor manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamad Hafas Ali dari Terengganu dan Marizan Mohd Deli dari Kedah.  Negeri Perak telah diumumkan Johan keseluruhan dengan markah 87.17 peratus.

Sumber :- Kosmo / Bernama / Berita Harian

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-47 Kepada Tengku Zalila


15 Jun 2013, Sabtu :-

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-47 kepada Datin Seri Tengku Zalila binti Tengku Kamarul Zaman semuga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.  Amin.  Satu majlis countdown birthday untuk beliau telah diadakan malam tadi di Holiday Villa Hotel & Suites Subang di Subang Jaya, Selangor. Turut serta dalam majlis ini adalah kaum keluarga dan kenalan rapat beliau. Datin Seri Tengku Zalila diputerikan pada 15 Jun 1966 di Kota Baharu, Kelantan. Ayahanda Datin Seri Tengku Zalila, Tengku Kamarul Zaman Tengku Ismail merupakan kerabat diraja Patani manakala bonda beliau, Hajah Maheran Haji Omar berasal dari Kelantan.


Datin Seri Tengku Zalila merupakan isteri kepada Yang Amat Mulia Dato' Seri Raja Jamil Ariffin Ibni Almarhum  Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Shah (Marhum Afifullah Shah - Paduka Seri Sultan Perak ke-33).  YAM Dato' Seri Raja Jamil Ariffin merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Shah dan Almarhumah Yang Maha Mulia Raja Perempun Muzwin Perak. Pasangn diraja ini bertemu jodoh pada 01 Jun 1991 dan dikurniakan dengan tiga orang putera iaitu Raja Rafiuddin Ariff Shah berusia 21 tahun (22 Julai 1992), Raja Idris Iskandar Shah berusia 18 tahun (15 September 1995) dan Raja Muhammad Hazim Shah berusia 10 tahun (19 Mac 2003).

Sumber :- TS / TZ / Royalark

Friday, June 14, 2013

Sultan Selangor Ziarahi Makam Diraja Kota Melawati

14 Jun 2013, Jumaat :-

Baru-baru ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan menziarahi Makam Diraja Kota Melawati di Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor.  Didalam makam ini terdapat tiga orang Sultan Selangor dimakamkan iaitu Sultan Selangor Pertama, Almarhum Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu) yang memerintah pada 1745 hingga 1778 ; Sultan Selangor Kedua, Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang memerintah pada 1778 hingga 1826 dan Makam Sultan Selangor Ketiga, Almarhum Sultan Muhammad Shah yang memerintah pada 1826 hinggan 1857. Turut serta mengiringi baginda adalah Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi dan kerabat diraja Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj merupakan Sultan Selangor ke-9 menaiki tahta sebagai Sultan Selangor pada 21 November  2001 dan memerintah hingga sekarang.

Sumber :- Selangor Kini

Thursday, June 13, 2013

Raja Permaisuri Agong Berhijab

13 Jun 2013, Khamis :- 

Berhijab adalah satu kewajipan bagi kaum wanita dan merupakan satu ibadah dimana seorang wanita yang berhijab bermakna dia telah melaksanakan perintah Allah seperti mana bersolat dan berpuasa. 

Allah  berfirman :
Artinya : ‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].

Allah  berfirman:
Artinya : ‘Hai anak Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa itulah yang paling baik.’ [Qs. al-A'raaf 26]

Tahukah anda bahawa terdapat tiga orang Raja Permaisuri Agong yang berhijab sewaktu memegang jawatan berkenaan apabila paduka suami baginda  dilantik sebagai Ketua Negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara kebetulan, ketiga-tiga mereka ini pada asalnya bukan dari keluarga Diraja.  

Raja Permaisuri Agong pertama yang berhijap adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong Ke-11.  Baginda berada diatas singahsana negara pada 26 April 1999  sehingga 21 November 2001 dan tidak sempat menghabiskan tempoh perkhidmatan baginda selama lima tahun berikutan kemangkatan paduka suami baginda.

Lima tahun kemudian sekali lagi Raja Permaisuri Agong yang memakai hijab berada diatas singahsana negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri dan sempat menghabiskan tempoh lima tahun lantikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Ke-13 bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.  

Manakala yang terakhir sekali setakat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang berada diatas singahsana negara mulai 13 Disember 2011 hingga kini.  pada mulanya baginda tidak berhijab tetapi setelah kembali dari mengerjakan ibadat haji pada tahun 2012, baginda telah memakai hijab. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ke-14.

Shukur Alhamdulillah...........Amin.

Sumber : Bernam 

Wednesday, June 12, 2013

Bekas Al-Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Dalam Keadaan Sihat

12 Jun 2013, Rabu :-

Melihat gambar diatas tentu kita masih ingat siapakah individu berkenaan kan?  Baginda adalah Bekas Al-Sultan Kelantan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.  Keadaan baginda sekarang ini dilaporkan dalam keadaan sihat dan  sudah boleh bercakap sedikit terutamanya bahasa Kelantan.  Seorang kerabat diraja menceritakan sewaktu mengadap baginda tidak berapa lama dahulu, dia bertanya Tuanku sudah santap (makan) dan baginda menjawab "Santap Doh".  Shukur Alhamdulillah dan Syah mendoakan agar DYMM Sultan Ismail sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Amin.

Setelah turun dari tahta kerana gering (sakit) baginda bersemayam di Istana Mahkota di Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan. Gambar diatas diambil sewaktu baginda berada didalam penerbangan sewa khas untuk bercuti disamping mendapatkan rawatan susulan di Singapura sempena sambutan tahun baru 2013 pada Disember tahun lepas.  Disebelah baginda adalah anakanda saudara baginda manakala di kiri sekali adalah anakanda saudara  kepada Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis. Manakala gambar dibawah semasa baginda berada di Marina Bay Sand, Singapura.


Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan

Tuesday, June 11, 2013

Duke of Edinburgh Sambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-92 Di Hospital

11 Jun 2013, Selasa :-

Suami kepada baginda Queen Elizabeth II, Duke of Edinburgh terpaksa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 92 di hospital kerana menjalani pembedahan dibahagian abdomen baginda semalam.  Duke of Edinburgh diputerakan pada 10 Jun 1921 di Greece.  Istana Buckingham dalam kenyataannya semalam memaklumkan baginda berada dalam keadaan stabil dan akan mendapat rawatan dihospital dalam masa dua minggu manakala tempoh dua  bulan diperlukan untuk baginda sembuh sepenuhnya. Baginda dimasukkan ke hospital pada hari Khamis 06 Jun 2013 sebagai persediaan sebelum pembedahan dilakukan. Analisis berhubung keputusan pembedahan dijangka siap dalam minggu ini.  Syah berharap agar baginda cepat sembuh dari pembedahan berkenaan.

Sumber :- Royaltynu / The Guardian 

Monday, June 10, 2013

Kad Perkahwinan Tengku Amalin A'ishah Putri dan Pengiran Muda Abdul Qawi

10 Jun 2013, Isnin :-


Hari ini Syah ingin berkongsi maklumat  berhubung Kad Perkahwinan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. So.......... tak perlu hendak diceritakan dan anda boleh baca kadnya seperti dibawah :-


Sila Click Entry Syah terdahulu berhubung pasangan diraja ini Hantaran dan Berita Pertunangan

Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan

Pengiran Anak Datin Setia Hajah Saerah Mangkat

10 Jun 2013, Isnin :-

Takziah diucapkan kepada kaum keluarga Allahyarhamah Y.A.M. Pengiran Anak Datin Setia Hajah Saerah Binti Almarhum Y.A.M. Pangiran Muda Haji Muhammad Hashim diatas kemangkatan Allahyarhamah pagi tadi. Allahyarhamah mangkat kerana sakit tua dikediamannya dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja Brunei. Kelihatan jenazah Allahyarhamah sedang dibawa keluar dari kediamannya di Telanai.  Al-Fatihah semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin

Sumber :- Danny

Sunday, June 9, 2013

Perkahwinan Princess Madeleine of Sweden Dan Mr. Chris O'Neill

Gambar Rasmi Perkahwinan Her Royal Highness Princess Madeleine of Sweden dan Mr Chris O'Neill.

09 Jun 2013, Ahad :-

Her Royal Highness Princess Madeleine of Sweden  telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya seorang rakyat biasa warga Amerika, Chris O'Neill semalam 08 Jun 2013 dalam satu istiadat yang berlangsung di Royal Chapel, Royal Palace of Stockholm.  Majlis bermula jam 16:00hrs itu dihadiri oleh 600 orang kerabat diraja Eropah dan sosialit dari seluruh Atlantik. Princess Madeleine merupakan pewaris tahta ke 4 Sweden dan merupakan puteri bongsu kepada Raja Sweden, His Majesty King Carl XVI dan Her Majesty Queen Silvia. Sebelum bertunang dengan Chris O'Neil, beliau telah putus tunang dengan kekasihnya pada tahun 2010 kerana lelaki berkenaan didapat curang kepada beliau. Selepas berkahwin, beliau dan pasangannya akan menetap di Amerika Syarikat dan beliau akan terus bekerja di World Childhood Foundation iaitu sebuah yayasan kebajikan kanak-kanak yang diasaskan oleh bondanya, HM Queen Silvia.


Pakaian pengantin Princess Madeleine direka khas oleh seorang pereka Itali, Valentino Garvani manakala tiara yang digunakan adalah koleksi peribadi beliau yang dihiasi dengan motif bunga orange.  Bunga tangan yang digunakan adalah hasil kreatif dari Court Florist Carlsson. Sila click link berikut untuk detail berhubung busana Princess Medeline The Bride.

Entry Syah terdahulu berhubung pasangan ini Bakal Suami Princess Madeleine

Sumber :- Kosmo / MBS / Swedish Royal Court / Royaltynu

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Mendapat Ugutan Bunuh

09 Jun 2013, Ahad :-


Semalam Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang merupakan seorang kerabat diraja Kedah dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi DAP (Democratic Action Party) telah membuat laporan polis berhubung satu ugutan bunuh terhadap beliau. Menurut Tunku Abdul Aziz, pada hari Jumaat 07 Mei 2013 lebih kurang jam 22:10hrs  beliau telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali melalui telefon bimbit.  Lelaki berkenaan berkata "I Will Kill You" (Saya akan bunuh awak) dan terus memutuskan talian apabila beliau bertanya siapakan individu berkenaan. 

Kerana bimbang akan keselamatan keluarganya, beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam. Dalam kenyataannya, Tunku Abdul Aziz memaklumkan bahawa beliau tidak mahu menuduh sesiapa tetapi percaya iannya ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik DAP khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 05 Mei lepas.

Diantara kenyataan Tunku Abdul Aziz kepada pemberita selepas membuat laporan polis :-
  • Perbuatan tersebut hanya beberapa saat.  Saya cuba bertanya siapa dia tetapi lelaki itu terus memutuskan talian.  Saya risau tentang keselamatan keluarga dan mengambil keputusan membuat laporan polis.
  • Saya sangat pasti, kejadian ini bermotifkan politik kerana sejak akhir-akhir ini saya bukan sahaja dikritik tetapi diarah tutup mulut. 
Walaupun mendapat ugutan bunuh seperti ini iannya tidak mematahkan semangat beliau dan  beliau memaklumkan tidak akan berhenti membuat komen berhubung isu politik dalam Malaysia. Pada 17 Mei 2013 beliau mendedahkan kepada umum bahawa Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin dalam e-mailnya pernah membayangkan demonstrasi Bersih 3.0 adalah permulaan Malaysia Spring. Selain daripada itu beliau juga dengan lantangnya mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap Read Bean Army yang merupakan tentera siber DAP yang giat menabur fitnah sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni dikalangan rakyat. Selain daripada itu, beliau mendedahkan bahawa DAP gagal memaklumkan kepada 743 ahlinya bagi menghadiri pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEDC) parti berkenaan pada 15 Disember 2012 lepas. 

Menurut pihak polis, kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengugut.

Sumber :- Kosmo

Saturday, June 8, 2013

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong



08 Jun 2013, Sabtu :-

Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Istiadat ini diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XIV dan ianya merupakan satu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan cemerlang ATM kepada negara.

Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada jam 09:00hrs disambut oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan diikuti lagu Negaraku serentak dengan tembakan 21 das meriam. Tuanku Abdul Halim kemudiannya menaiki pentas khas bagi menerima Tabik Hormat Diraja daripada pasukan kawalan kehormat yang dianggotai pegawai dan anggota dari tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia.


Dalam masa yang sama Kelihatan lima buah helikopter milik ATM iaitu tiga pesawat Nuri, satu Agusta dan satu Fennec membawa bendera Malaysia dan bendera ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM  berlegar diruang udara Dataran Merdeka melakukan upacara lintas hormat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kemudiannya diiringi oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menaiki kenderaan khas untuk melakukan pemeriksaan pasukan kawalan kehormat yang terdiri daripada 22 pegawai dan 540 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Mohd Rosli Abu Bakar.


Setelah selesai pemeriksaan barisan, Gabungan Pancaragam Pusat ATM dibawah pimpinan Leftenan Kolonel Muhammad Nor Azizan Yahya memainkan lagu-lagu patriotik. Selepas itu Istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong bermula dengan penuh istiadat kententeraan dalam tempo kawad perlahan dan cepat diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali menandakan istiadat akan berakhir. Kemudiannya Kolonel Haji Nawawi Daud dari Kor Agama ATM membaca doa dan berakhirlah Istiadat ini.  

Akhir sekali Tuanku Abdul Halim menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat dan lintas hormat kelima-kelima pesawat ATM sebelum baginda berdua berangkat meninggalkan majlis serentak dengan alunan lagu Negaraku.


Turut serta dalam Istiadat ini adalah  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang ATM, diplomat asing, atase pertahanan beberapa Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan asing di Malaysia serta masyarakat umum.  

Sumber :- Bernama

Friday, June 7, 2013

Sultan Pahang Berangkat Ke Perbarisan Bersama Panji-Panji Skuadron


07 Jun 2013, Jumaat :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Shah telah berkenan berangkat ke Perbarisan Bersama Panji-Panji Skuadron Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Diraja Malaysia ataupun TUDM yang ke 55.  Majlis diadakan di Pengkalan Udara Kuantan ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Yaakob.

Sumber :- Bernama

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Berangkat ke Majlis Forum Perdana Diraja


07 Jun 2013, Jumaat :-

Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun  telag berkenan berangkat ke Majlis Forum  Perdana Diraja yang diadakan di Dewan Santapan Istana Negara. Forum bertajuk "Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mendaulatkan Institusi Diraja" dianjurkan oleh Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.  

Forum Perdana yang kebiasaannya keudara secara langsung setiap malam Khamis jam 21:00hrs agak istemewa pada malam semalam kerana ianya diadakan di Istana Negara dan diberi lebihan masa selama 30 minit dari kebiasaannya.  Rancangan khas ini diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Forum dikendalikan oleh tiga panelis terdiri daripada Prof Madya Dr Sharifah Syed Ismail dari Universiti Malaya, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dan Don Danial Don Biyajid atau Ustaz Don.

Forum khas ini antara lain mengupas peranan penting institusi raja sebagai tunjang dalam membangunkan negara serta memastikan rakyat terus hidup aman dan harmoni dibawah sistem Raja Berpelembagaan.  Turut serta menyaksikan Forum Perdana Diraja ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta 800 tetamu jemputan.

Sumber :- Bernama

Thursday, June 6, 2013

Raja Muda Perlis Rasmikan Majlis Penutup Seminar Institusi Raja

06 Jun 2013, Khamis :-

Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan majlis penutup Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Canselor UniMAP diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Seminar dua hari ini bermula pada 05 Jun 2013 dan berakhir hari ini manakala perasmian seminar telah disempurnakan oleh Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail .

Sila click Entry Syah berhubung Perasmian Seminar Institusi Raja

Sumber :- Bernama

Raja Dr.Nazrin Shah Ziarahi Jenazah Bapa Tiri Menteri Besar Perak

06 Jun 2013, Khamis:-

Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menziarahi jenazah bapa tiri kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di Kampung Masjid, Pangkor. Allahyarham Jaafar Long berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhir malam semalam jam 19:50hrs di Hospital Angkatan Tentera di Lumut.  Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Pangkor.

Takziah diucapkan kepada Datuk Seri Zambry dan keluarga diatas pemergian orang yang disayangi. Al-Fatihah semuga roh Allahyarham Jaafar Long ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Menerima Mengadap Timbalan Presiden Vietnam dan Presiden Kosovo


06 Jun 2013, Khamis :-Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap Timbalan Presiden Vietnam, Nguyen Thi Doan dan Presiden Kosovo, Atifete Jahjaga. Perjumpaan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dalam majlis yang berasingan.


Sumber :- Bernama

Wednesday, June 5, 2013

Tuanku Syed Sirajuddin Rasmikan Seminar Institusi Raja

05 Jun 2013, Rabu :-

Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan merasmikan Seminar Institusi Raja yang berlangsung di Lanai Kijang, Bank Negara, Kuala Lumpur. Seminar ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP. Turut serta dalam majlis  ini adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Seminar ini merupakan satu usaha untuk memertabat dan melestarikan Institusi Raja di negara kita. Sehubungn dengan itu, UniMAP telah menganjurkan seminar yang berteraskan kepada menghayati peranan Raja dalam Sistem Raja Berpelembagaan disamping berkongsi corak pemerintahan beraja di negara-negara jiran yang turut mempunyai institusi yang sama.

Diantara objektif seminar adalah untuk :-

  • Menghayati peranan Institusi Raja dalam Sistem Pemerintahan di Malaysia dan Antarabangsa
  • Memperkasakan Institusi Raja dalam memartabatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam berdaulat
  • Menzahirkan ketaatan rakyat Malaysia kepada Raja-Raja Malaysia melalui perkongsian ilmiah dalam pelbagai sudut kehidupan seharian antara Rakyat dan Raja
  • Memartabatkan dan membawa Institusi Raja ke abad baru dengan memperkasakan Sistem Raja Berpelembagaan yang seiring dengan pencapaian dan iltizam kerajaan serta rakyat

Sumber :- Bernama / SiRaj 

Wanita Menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ditangkap

05 Jun 2013, Rabu :-

Pepatah Melayu ada menyatakan "Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali", begitulah nasib yang menimpa seorang wanita bernama Melissa Gooi yang ditahan oleh pihak Polis berhubung kes menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya mengesahkan bahawa pemilik akaun facebook diatas nama Melissa Gooi berusia 32 tahun telah ditahan dalam satu serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).  Melissa dipercayai berkerja sebagai pengurus pemasaran sebuah syarikat produk kecantikan telah menyembunyikan diri setelah semenjak identitinya didedahkan oleh beberapa lama blog. Beliau ditahan semalam lebih kurang jam 09:30hrs berhampiran kediamannya di Taman Nirwana, Ampang. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada lewat petang semalam manakala telefon bimbitnya dirampas untuk tujuan siasatan.

Melissa ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook pada 01 Jun 2013.  Melissa dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata penghinaan di Facebook ketika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong  bertitah melalui siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia atau RTM. Dalam Titah berkenaan, baginda mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditentukan oleh mereka sendiri. Titah ini telah dikomen oleh Melissa sehingga mencetuskan bantahan orang ramai dan berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat.

Tangkapan dibuat selepas pihak Polis dan SKMM menerima laporan dari seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan ke atas titah Seri Paduka Baginda sempena Hari Keputeraan Baginda. Selain daripada itu pihak Polis juga sedang membuat siasatan lanjut terhadap empat lagi individu yang merupakan kenalan facebook  Melissa yang turut memberikan komen berbentuk penghinaan. Mereka yang dicari adalah Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam kenyataannya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat individu berkenaan supaya menghubungi Rakan Cop Polis Kontijen Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau datang kemana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

SKMM dalam kenyataannya pula memaklumkan Melissa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja negara ini.

Sumber :- theSun / Berita Harian / Mazidulakmal.com

Tuesday, June 4, 2013

Raja Permaisuri Agong Raikan Anak-Anak Yatim


04 Jun 2013, Selasa :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan meraikan Anak-Anak Yatim dalam majlis Jamuan Mesra Bersama Anak-Anak Yatim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.  Turut serta dalam majlis yang diadakan di Istana Negara adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.  

Raja Nazrin Rasmikan Kelinik Kesihatan Teluk Intan

04 Jun 2013, Selasa :-

Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang berada di Teluk Intan, Perak telah berkenan mencemar duli merasmikan Kelinik Kesihatan Teluk Intan. Turut serta mengiringi baginda adalah Duli YangTeramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. Kelihatan DYMM Raja Dr. Nazrin Shah menjadi tumpuan dimana para jururawat tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama baginda yang memang terkenal dengan  ketampanannya.

Sumber :- Bernama 

Sultan Pahang Menerima Mengadap Pegawai Tertinggi PDRM


04 Jun 2013, Selasa :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan menerima mengadap pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia di Istana Abu Bakar, Pekan,Pahang.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Sumber :- Bernama

Tunku Jalil Hadiri Majlis Ramah Mesra Rakan Facebook Tunku Abdul Jalil

04 Mac 2013, Selasa :-

Petang semalam lebih kurang jam 16:30hrs, Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah berkenan menghadiri Majlis Ramah Mesra Rakan Facebook Tunku Abdul Jalil. Majlis diadakan di Gerai Nasi Lemak Jeekeys Burger di Stualang Walk, Johor Baharu.  Dalam majlis ini gerai berkenaan telah berbesar hati memberikan burger secara percuma kepada para hadirin yang hadir ke majlis ini. Selain daripada itu diadakan juga 10 cabutan bertuah. Dengarnya gerai ini merupakan salah satu tempat favourate Tunku Jalil dan rakan-rakannya.

Sumber :- Ismail Woon

Monday, June 3, 2013

Perkahwinan Puteri Kepada Raja DiHilir Perak


03 Jun 2013, Isnin :-


Pada Malam Sabtu 01 Jun 2013 telah diadakan Istiadat Pertunangan dan Akad Nikah puteri kepada Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Almarhum Raja Muda Musa. Istiadat diadakan di Istana Raja DiHilir Perak di Ipoh. Pada 03 Jun 2013 pula telah diadakan Majlis Persandingan dan Santapan ditempat dan waktu yang sama. Turut serta dalam majlis ini adalah KDYMM Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Raja Perlis, DYMM Raja Perempuan Perlis, DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan serta Perdana Menteri Malaysia dan Isteri. Hari ini pula telah diadakan Istiadat Bersiram Sampat untuk pengantin Diraja. Air daripada tujuh kuala sungai Perak telah digunakan untuk Istiadat Mandi Sampat ini. Majlis bermula seawal jam 16:00hrs dengan Majlis Jamuan Teh.  Lebih kurang jam 17:15hrs pengantin diraja diarak ke Panca Persada untuk Istiadat Bersiram Sampat. Upacara bercuak mengakhiri majlis ini lebih kurang jam 18:00hrs.

Upacara Bercuak  atau dalam bahasa mudah untuk difahami "siram air kepada orang lain" :-)


Inilah dia Pengantin Diraja Lelaki, Christopher Daud Grant seorang lelaki dari New Zealand  suami kepada  YM Raja Nor Azwina binti Raja Jaafar.



Sumber :- Azman / Ku Duya

Hantaran Pertunangan Pengiran Muda Abdul Qawi Kepada Tengku Amalin


03 Jun 2013, Isnin :-

Inilah dia gambar rombongan diraja daripada Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pertunangan diantara Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.  Istiadat diadakan di Istana Negeri di Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan sekitar bulan April lepas.  Ini adalah sebahagian daripada hantaran pertunangan daripada Pengiran Muda Abdul Qawi kepada Tengku Amalin yang dapat Syah kongsi untuk tatapan anda semua.

Sila click Enty Syah sebelum ini berhubung pertunangan Pertunangan Diantara Kerabat Diraja Brunei & Kelantan






Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan

Sunday, June 2, 2013

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Jamuan Teh Diraja

Tuanku Abdul Halim memotong Kek Hari Keputeraan Sambil Diperhatikan oleh Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Isteri masing-masing dalam Majlis Jamuan Teh Diraja.
02 Jun 2013, Ahad :-

Petang tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Seramai 2500 tetamu jemputan khas menghadiri majlis ini termasuk Perdana Menteri dan Isteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri dan Isteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Majlis diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sumber :- Bernama

60 Tahun Pertabalan Baginda Queen Elizabeth II

02 Jun 2013, Ahad :-

Hari ini genaplah 60 tahun pertabalan Her Majesty Queen Elizabeth II dan sambutan sempena 60 tahun pertabalan baginda akan diadakan pada 04 Jun 2013 di Westminister Abbey. Baginda Queen Elizabeth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh serta keluarga diraja lainnya akan menghadiri majlis berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada jam 11:00hrs.  Queen Elizabeth II ditabalkan dengan penuh adat istiadat diraja di Westminister Abbey pada 02 Jun 1953 iaitu selepas hampir lapan bulan baginda menaiki tahta menggantikan ayahanda baginda King George VI. Westminister Abbey merupakan Gereja Pertabalan Raja-Raja Britain semenjak pemerintahan William the Conqueror pada 1066.  Sehingga kini sebanyak 38 istiadat pertabalan telah disempurnakan di Westminister Abbey manakala Coronation Chair atau Kerusi Pertabalan yang digunakan dalam istiadat ini digunakan buat pertama kalinya oleh Edward I yang memerintah pada 1272 hingga 1307.  Semenjak abad ke-14 kebanyakan raja-raja Britain dimahkotakan diatas kerusi ini kecuali Edward V dan Edward VIII yang tidak pernah di mahkotakan dan Mary II yang dimahkotakan diatas kerusi replika (sekarang berada di Muzium Abbey) sebagai "joint monarch" (kedua-duanya menjadi Raja) bersama-sama suami baginda, William III.  Sebelum istiadat pertabalan baginda Queen Elizabeth pada 1953, Gereja ini telah ditutup selama lima bulan untuk kerja-kerja penyediaan istiadat pertabalan.

Sumber :- British Monarhcy / Royaltynu