Tuesday, July 20, 2010

Update Kak Lang Masuk Hospital - 20.07.2010

Semalam Kak Lang dimasukkan ke wad di Pantai Cheras Medical Center, No1, Jalan 1/96A, Taman Cheras Makmor, Cheras, Kuala Lumpur berhampiran MRR2. Dia di direffer ke Pantai kerana sudah lebih seminggu demam tapi tak baik-baik lagi. Ingatkan denggi tapi selepas pemeriksaan didapati tiada denggi. Bllod pressure (BP) pula turun naik dan bacaan sugarnya 7.8. Start malam tadi doktor minta dia puasa makan/minum. Pagi tadi masa tunggu bas di Rawang Residence, Syah sempat call dia jam 06:25am. Dia inform dah bangun kul 04:00am tadi masa misi ambil BP dia dan lepas tu dia tak boleh tidur. Masa Syah call ada misi masuk dan hentikan percakapan. Jam 08:45am Syah call lagi dan dia inform masa Syah call tadi misi ambil darah. Sebelum Jam 07:00am tadi misi beri glukos kerana jam 09:00am nanti nak ambil darah lagi buat test gula dalam badan. Mungkin Dr nak tengok perbezaan bacaan sebelum/selepas minum glukos tadi kot untuk tentukan ada kencing manis atau tidak. Kak Lang inform Syah asik nak balik jer sebab dia rimas tinggal dihospital kerana asik ambil darah sahaja. Jam 09:05pm tadi Syah call lagi dan Kak Lang inform doktor nak buat X-ray paru-paru dan bahagian muka ke atas pula sekejap lagi. Harap-harap Kak Lang sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit merbahaya. AMIN.


Ini cerita anak-anak dia pula. Biasanya Kak Lang hantar mereka ke Sekolah tapi nampak gayanya hubby dia kena hantar sekolah pagi manakala sekolah petang mereka dicutikan kerana tiada orang hendak fetch mereka. Ku Cik petang sekolah agama manakala Abangnya Firdaus ada tution. Masa admit kat hospital Kak Lang bawa wayar-wayar laptopnya tapi laptopnya ada dirumah coz dia buat begitu kerana tak hendak anak-anaknya asik main laptop jer masa dia tiada. Pagi tadi hubby dia datang melawat dan serahkkan Kak Lang seutas rantai emas. Kak Lang kata mana jumpa coz benda tu, sebab sudah bertahun hilang. Azam beritahu anak-anak mereka jumpa sebab mereka selongkar satu bilik cari wayar laptop malam tadi. Heheheh lawak...lawak.. budak-budak nie.

Monday, July 19, 2010

Kak Lang Warded - 19.07.2010

Petang tadi Syah balik ke Rawang Residence dan shukur alhamdulillah perjalan seperti yang dijadualkan dan tiada sebarang halangan. Today gunakan shuttle train ke Ipoh. Sampai rumah on time as scheduled .............. penat tapi best. Jam 11:08pm tadi call Kak Lang Ella di Pantai Medical Center, Cheras dan dia masih belum tidur lagi malah mengadu rimas kat hospital dengan Syah berhubung ujian-ujian yang dijalankan dan dia boring seorang jer dalam bilik yang sepatutnya berdua. makanannya pun dia tak larat nak makan kerana tak ada yang pedas katanya....... dia inform nak balik esok. Katanya tadi doktor maklumkan bacaan gula dalam badannya 7.5 dan inform agak tinggi sedikit. Baru tadi Kak Lang inform mereka suruh puasa dan minumpun tak boleh hingga esok kerana hendak ambil darah lagi buat test. Syah ada tanya pasal hubby dan anak-anaknya dan Kak Lang beritahu mereka balik jam 09:00pm tadi. Razak dan Familypun ada datang ke wad tadi katanya. Apa-apapun Syah doakan agar Kak Lang cepat sembuh. AMIN

Sultan Kelantan Selamat Menjalani Rawantan - 19.07.2010

Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni AL-Marhum Sultan Yahaya Petra dilaporkan telah selamat menjalani prosidure rawatan jantung angiogram dan angioplasty oleh pakar-pakar perubatan di Hospital Mounth Elizabeth, Singapura pada 18.07.2010. Angiogram merupakan satu teknik X-Ray yang digunakan untuk melihat saluran darah dan perjalanan darah ke jantung manakala angioplasty pula adalah merupakan teknik membesarkan salur darah yang kecil atau tersumbat secara mekanikal bagi membolehkan perjalanan darah ke jantung menjadi lancar. Pemangku Raja Kelantan, telah mengadakan solat hajat dibeberapa buah masjid di Kelantan dan berharap agar rakyaat meneruskan solat hajat berkenaan sebagai ikhtiar untuk memulihkan keadaan Al-Sultan Kelantan. Satu sikap yang terpuji bagi seorang anak. Berita baik berhubung tahap kesihatan Al-Sultan Kelantan adalah daripada kenyatan pakar-pakar perubatan di Mounth Elizabeth yang menyatakan kekaguman mereka terhadap tahap kesihatan Tuanku Sultan yang cepat sembuh dan memaklumkan kebarangkalian ini berlaku satu dalam sejuta pesakit. Doktor peribadi baginda, Kolnel Dr Amir Ramli memaklumkan Tuanku Sultan kini berada dalam keadaan gembira dan ceria semenjak berada di Singapura. Bersama-samalah kita mendoakan agar Al-Sultan Kelantan kembali pulih semula seperti sediakala dan dapat memerintah semula Kelantan Darul Naim dan Jajahan Takluknya sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan. Akhir kalam DIRGAHAYU TUANKU PATIK.

Polis Tiada Kuasa Tahan "Sultan Melaka" - 19.03.2010

Raja Nor Jan Shah bin Raja Tuah Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka ke 44 dengan gelaran D.Y.M.M. Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah, Raja Kesultanan Melaka Daru Islam muncul semula setelah sekian lama menyepikan diri daripada sebarang kontroversi. Walau bagaimanapun baru-baru ini "baginda" mencul semula dalam satu majlis perasmian sebuah bangunan syarikat hartanah global di Bandar Puteri, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Disamping merasmikan bangunan tersebut "baginda" juga telah mencemar duli menganugerahkan bintang darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada Pengarah syarikat berkenaan. Supritenden Abd Razak Elias, Ketua Polis Daerah Serdang dalam kenyataannya akhbarnya memaklumkan bahawa pihak polis tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengambil tindakan terhadap gelaran DiRaja yang digunakan oleh "baginda". Tindakan sepatutnya diambil oleh badan lain yang mempunyai hubung kait dengan hal ehwal diraja dan bagi Syah yang paling tepat adalah Majlis Raja-Raja.

Sultan Melaka ke 44 bersama salah seorang prmaisurinya , Cik Puan Muda Datin Puteri Zaidatul Mardiah binti Syed Yusuff Ahmad.

Walau bagaimanapun pihak polis tetap akan mengambil kenyataan "baginda" dalam waktu terdekat ini berhubung penggunaan nama "baginda" pada kenderaan Rolls Royce menggunakan plate pendaftaran D.Y.M.M Raja Nor Jan Shah ibni Al-Marhum Raja Tuah Shah, Raja Kesultanan Melaka Darul Islam. Sebenarnya mengikut rekod polis, kereta berkenaan belum didaftarkan lagi dengan JPJ dan dipandu diatas jalan raya. Kesalahan "baginda" adalah menggunakan plate nama dan cukai jalan palsu pada kereta Rolls Royce yang dianggarkan bernilai RM2.85 Juta itu.

Training & Kak Lng Medical Check Up - 19.07.2010

Pagi ini Syah ada trainning Shopping Cart di Aras 50, Menara TM. Training yang kami tungu-tungu selama ini untuk proses perolehan di TM. Sistem baru menggantikan yang lama ................. Dalam train tadi Kak Lang Ella call inform dia akan buat medical check-up di Pantai Cheras tak silap Syah, coz demamnya lama tak baik-baik. Syah doakan agar tak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Kak Lang Ella. Pagi nie pula tergesa-gesa buat order meeting Dr. Zainal dan F&B hendaklah dimasukkan dalam bilik mesyuarat. Call Hartono dia inform cuti nak balik Indonesia, so call boss dia. untung dapat seperti yang dikehendaki sebelum jam 09:00am. Tiba-tiba secretary boss call nak sebelum 08:30am .... adoi call Jaafar semula dan sekarang jam 08:39am makanan dah sampai. Tapi sebelum tu Syah tersalah masuk food dalam bilik Dr, food orang lain rupanya. We all sudah alikan (puteri dan kawan dia tolong) . Huhhhhhhhh settle semua. Ok chow........nak gi kursus.

Sunday, July 18, 2010

Muss Outstation - 18.09.2010

Approx jam 04:20pm tadi my Boss Dik Nor datang office dengan Hubby nya. Dia inform esok cuti. Muss pun baru call inform nak outstation ke Felda Sering Hilir, Bahau, Negeri Sembilan dengan kawannya Irman. Dijangka keluar jam 05:00pm dan sekarang Syah call Muss dia sedang tunggu kawannya datang. Mereka outstation guna kereta Muss. Hari Jumaat nanti baru balik ke KL. By the way Muss inform camera tu vendor sudah ambil untuk diperbaiki kerana under warranty lagi tapi tempohnya sebulan baru siap dan kalau nak cepat vendor minta hantar ke KL Central tapi Muss kata susah nak cari, so dia beri kepada vendor di Low Yatt, Bukit Bintang tu sahaja. Kalau hantar terus ke KL Central 1 minggu siap. Tak apa lah.......................

Kenali Adinda Lelaki Sultan Brunei :- 18.07.2010

Tahukan anda bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mempunyai tiga orang adinda lelaki sahaja daripada ibu yang sama iaitu KDYMM Paduka Suri Sri Begawan Raja Pangiran Anak Damit binti Al-Marhum Y.A.M. Pangiran Anak Abdul Rahman. Adinda-adinda perempuan Baginda Sultan adalah seramai enam orang. Dibawah adalah photo terbaru adinda-adinda lelaki Baginda Sultan bersama isteri masing-masing.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Isteri Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah. Diputerakan pada 27 Ogos 1947 di Istana Darussalam, Kampong Sumbiling Lama, Bandar Brunei atau sekarang dikenali sebagai Bandar Seri Bagawan. Berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah bt Y.A.M. Duli Pangiran Pemancha Sahibul-Rai’ wa ul-Mushuarat Pangiran Muda Haji Muhammad Alam pada 09.07.1970 hingga sekarang. Dikurniakan lima orang putera dan lima orang puteri.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Isteri Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah. Diputerakan pada 31.07.1951 di Istana Darul Hana, Kampung Tumasik, Bandar Brunei (Bandar Seri Bagawan). Berkahwin sebanyak empat kali iaitu pertama - Pangiran Anak Istri Pangiran Anak Salma bt Pengiran Anak Muhammad Salleh (14.07.1971 - 1981), kedua -Dayang Hajjah Siti Ruhaizah binti Ibrahim (20.02.1982 - 1986), ketiga - Dayang Hajjah Mazuin binti Hamzah (11.02.1987 - 2003) dan akhir sekali Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato' Hj Nasir (1999 - sekarang). Hasil daripada empat perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh puteri.


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati. Diputerakan pada 06.11.1954 di Istana Darul Hana, Kampung Tumesik, Bandar Brunei (Bandar Seri Bagawan). Berkahwin dengan Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati bt Y.A.M. Pangiran Jaya Negara Pangiran Haji Abdul Rahman (31.08.1972 - sekarang). Pernah berkahwin dengan empat orang wanita lagi. Hasil daripada perkahwinan pertama dikurniakan dua putera dan seorang puteri dan seorang putera dari Isteri keempatnya Ayen Munji. Christopher Buyers dalam datanya ada menyatakan Pengiran Jefri mempunyai 17 orang anak - Waalah hu Alam.

Tahniah Pak Lah Terima DK - 18.07.2010

Tahniah kepada Pak Lah yang telah dikurniakan Bintang Darjah Kebesaran Negara Brunei Darussalam daripada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 15 Julai 2010 bersamaan 03 Syaaban 1431 Hijrah sempena Sambutan hari Keputeraan ke 64 Sultan Brunei. Gambar menunjukkan Pak Lah menerima bintang Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama. Anugerah ini hanya dikurniakan kepada kerabat diraja atau ketua kerajaan berdasarkan hubungan dua hala yang rapat. Tun Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah merupakan dua orang pemimpin Negara Malaysia yang pernah menerima Bintang Darjah Kebesaran ini.

Tun Abdullah & Isteri Lawat Tamu Kianggeh - 18.07.2010

Terlanjur berada di Brunei sebagai tetamu negara berkenaan sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei dan menerima Darjah Kebesaran dari Baginda Sultan, Pada hari jumaat lepas, 16.07.2010 Mantan PM Kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jane Abdullah telah mengambil kesempatan ini untuk membuat lawatan singkat ke Tamu Kianggeh, Bandar Seri Begawan. Tamu Kianggeh memang terkenal dan menjadi salah satu distanasi yang sering dikunjungi oleh pelancung asing yang datang ke Brunei. Tun ingin melihat dengan lebih dekat lagi keadaan di tamu berkenaan disamping meninjau ke tempat jualan kuih-kuih kering, jualan perubatan tradisi orang-orang Brunei dan tempat jualan ikan kering dan lain-lain hasil usaha kampung.

Teks Ucapan Sultan Brunei Sempena Hari Keputeraan Baginda ke 64 - 18.07.2010

Bersama ini disertakan teks penuh Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-64 Tahun. Titah ini dibawa oleh Baginda Sultan pada Istiadat Perbarisan Kehormat pagi 15.07.2010 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
  • Titah Ucapan

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan izin dan limpah kurnianya juga, istiadat pada pagi ini dapat berlangsung dengan baik dan sempurna.
Beta sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu khas Beta yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang ke-64.


Kita juga bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepada negara dan rakyat serta penduduk dengan pelbagai nikmat berupa keamanan dan kemakmuran. Ini semua memerlukan kita menanai dan memeliharanya dengan konsisten. Bagaimanakah kita menanai dan memelihara itu? Tentu saja dengan berusaha demi kelangsungan dan kemantapannya. Keamanan yang bertahan lama dan mantap adalah segala-galanya. Demikian juga kemakmuran yang berterusan adalah menjadi idaman kepada semua.


Kedua-dua ini adalah asasi akan menentukan rebah-bangun negara. Negara yang aman adalah negara yang selesa: selesa untuk berkembang dan membangun. Di tambah lagi kalau ia makmur akan menjadikannya lebih mudah pula untuk melakar kemajuan. Inilah rahsia keamanan. Kerana itu adalah menjadi kewajipan utama bagi agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil tanggungjawab penuh terhadapnya. Sementara rakyat pula hendaklah memberikan kerjasama yang padu.


Dalam usaha untuk mengekalkan kemakmuran pula, kita boleh memakai dasar dan kaedah-keadah biasa. Kalau orang lain bersaing, kita pun juga bersaing. Orang lain melabur, kita juga melabur. Orang lain mempelbagaikan ekonomi, kita juga mempelbagaikan ekonomi. Pendeknya, kita boleh saja mengharung apa jua cara yang sesuai untuk kelangsungan kemakmuran itu. Tetapi dalam pada itu, elakkan cara dan tabiat yang tidak sihat seperti tabiat suka berhutang tanpa menghiraukan risiko bebanan hutang.


Tahukah kita, ada kajian menunjukkan bahawa krisis kewangan dunia turut dilihat sebagai berpunca dari bebanan hutang. Satu fenomena yang menggerunkan telah dapat dikesan bahawa bukan saja individu, keluarga dan syarikat perniagaan menanggung beban hutan malah terdapat juga negara yang membuat pinjaman berlebihan sehingga menjadikan kestabilan ekonomi dan kewangan negara tersebut tergugat dan bahkan kestabilan ekonomi dan kewangan dunia juga.
Menyedari lebih awal akan bahaya inilah, makanya Kerajaan Beta semenjak beberapa tahun kebelakangan lagi telah pun mengamalkan dasar berhemah dan berjimat cermat di dalam berbelanja dengan menekankan value for money serta menabung lebihan pendapatan kerajaan demi agar kemakmuran yang ada sekarang dapat terus dinikmati oleh generasi demi generasi.


Alhamdulillah, satu berita memberangsangkan berdasarkan The World Economic Forum's (WEF) Global Competitiveness Report 2008-2009, negara kita telah menduduki tempat teratas dari sudut pengurusan hutang kerajaan dengan mengambil kira negara ini tidak mempunyai hutang awam. Sementara itu, negara juga menempati kedudukan kedua daripada 134 buah negara dari aspek kekukuhan makroekonomi.


Insya Allah, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan Beta juga akan melakar satu sejarah baru dalam hal ehwal kewangan dengan penubuhan sebuah autoriti monetari yang digelar Authoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) atau Monetary Authority of Brunei Darussalam yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2011. Badan ini akan bertanggungjawab termasuk ke atas dasar-dasar monetari pengawalseliaan institusi kewangan dan pengurusan mata wang.


Di arena antarabangsa, kita akan terus mengamalkan dasar saling hormat-menghormati serta bekerjasama bagi kebaikan semua pihak. Di peringkat ASEAN, komitmen kita adalah di pandu oleh hala tuju Piagam ASEAN sendiri. Sementara di peringkat lebih jauh melalui keahlian kita di dalam pertubuhan antarabangsa yang lain termasuk APEC, OIC, Komanwel dan lain-lain, kita juga akan mengekalkan peranan membina di dalamnya.


Beralih kepada perkara yang tidak kurang utamanya iaitu Perkhidmatan Awam. Ia memerlukan peningkatan baik di segi produktiviti mahu pun etika kerjanya. Beta mahu Perkhidmatan Awam itu secara berterusan akan menilai kekuatan dan kelemahannya berasaskan Key Performance Indicators yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, dapatlah kita menyukat setakat mana Perkhidmatan Awam itu dapat melaksanakan tanggungjawabnya pada memenuhi harapan negara dan orang ramai.


Sejajar dengan keperluan-keperluan utama, Kerajaan Beta telah dan sedang menangani bagaimana untuk mempercepatkan lagi penyediaan perumahan awam yang bersesuaian. Ke arah ini, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan akan menetapkan sasaran dan langkah untuk memenuhi permintaan termasuk rancangan pembinaan rumah-rumah yang diungkayahkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.
Melalui langkah-langkah berkesan, Beta berharap pengagihan perumahan itu akan lebih dapat dipercepatkan.


Kita juga bergerak dalam pembangunan yang lebih kondusif bagi pelaburan dengan meningkatkan pemeliharaan alam sekitar dan kualiti kehidupan. Sehubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang mengungkayahkan pembangunan Bandar Seri Begawan melalui penyediaan Pelan Induk Bandar Seri Begawan.


Di bidang perkhidmatan kesihatan, Kementerian yang berkaitan amatlah perlu untuk mengukuhkan lagi dasar-dasarnya menilai sistem dan pengurusan kesihatan khasnya kapasiti dan kualiti sumber tenaga kedoktoran dan profesional lain. Kita tidak mahu rumah sakit kita menjadi bayang-bayang yang menakutkan hanya kerana doktor-doktor selalu gagal dalam memberikan khidmat mereka.


Di bidang pemakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama akan terus melipatgandakan usaha untuk menghampiri sasaran sara diri yang kita cita-citakan itu.
Di samping jangan juga lupa tentang keselamatan makanan sama ada yang bersumber daripada dalam mahu pun luar negara. Langkah-langkah penilaian dan kawalan perlu dipastikan meliputi semua aspek: kehalalan, kebersihan dan keselamatan makanan. Walaupun hanya bahan-bahan yang biasanya dianggap selamat seperti sayur mayur dan ikan, namun kita juga pernah mendengar tentang sayur mayur yang beracun dan ikan yang diawet dengan bahan pengawet yang memudaratkan. Ini belum lagi bahan-bahan daging yang tidak halal yang dibawa masuk melalui jalan penyeludupan dan lain-lain. Ini semua turut menjadi tanggungjawab kita memedulinya.


Bidang paling utama lagi mencabar pula ialah pendidikan. Kementerian berkenaan memalui sistem pendidikan akan menangani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah-kaedah baru yang maju tetapi bukanlah dengan mengabaikan kepentingan-kepentingan besar nasional. Subjek-subjek teras dan pengisiannya hendaklah terus diutamakan. Ini juga turut menyakut pendidikan agama di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama. Kita mesti melihat kepentingan Sekolah-Sekolah Rendah Agama selaku keperluan dan tuntutan zaman. Keperluan di sini ialah untuk menjadikan semua anak-anak orang Islam di negara ini celik agama.


Bagaimanakah caranya?

Tentu saja melalui sistem pendidikan yang dominan mendaulatkan agama. Di mana tempatnya? Bukanlah di rumah atau di lain-lain tempat tetapi di Sekolah Ugam itu sendiri. Kita melihat ini bukanlah untuk masa setahun dua, tetapi bagi jangka panjang demi survival bangsa. Kerana tanpa agama atau lemah agama akan menghumbankan kita kepada bencana. Liat saja kepada beberapa episod permasalahan dalam masyarakat yang menjangkiti banyak peringkat terutama peringkat muda mudi dan juga anak-anak sekolah. Mereka terjerumus ke dalam pelbagai kancah seperti kancah pergaulan bebas, jenayah dan dadah sehingga ada yang telah ditangkap dan dipenjarakan di negara asing kerana terlibat dengan sindiket dadah. Ini tidak boleh dipandang sepi. Selaku bangsa yang sedar, kita mestilah mengubatinya dan satu-satunya ubat itu ialah agama.


Akhirnya, Beta dengan ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk termasuk warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta yang telah memberikan pelbagai khidmat dan sumbangan mereka kepada Kerajaan dan negara. Beta juga merakamkan ucapan yang sama kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan di semua peringkat atas usaha padu mereka menjayakan perayaan Hari Ulang Tahun Beta ke 64 ini. Semoga Allah memberkati semua.

Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sambutan hari Keputeraan Sultan Brunei - 18.07.2010

Patik Merafak Sembah Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke 64 Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dirgahayu Tuanku Patik.

Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam dalam era penjajahan British di Brunei. Baginda merupakan anakanda sulung kepada KDYMM Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan KDYMM Al-Marhumah Paduka Suri Seri Begawan Raja Pangiran Anak Damit binti Al-Marhum Y.A.M. Pangiran Anak Abdul Rahman. Menaiki tahta pada 05 Oktober 1967 menggantikan ayahandanya yang turun tahta secara sukarela. Selepas turun tahta Sultan Omar menggunakan gelaran Kebawah Duli (Yang Maha Mulia) Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan memegang jawatan Menteri Pertahanan sehinggalah baginda mangkat pada 7 September 1986. Hasil daripada perkahwinan dengan tiga orang isteri, Baginda Sultan dikurniakan dengan 12 orang putera/puteri. Isteri-Isteri baginda adalah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Hajah Mariam dan Azrinaz Mahzar Hakim. Hajah Mariam dan Azrinaz sudah diceraikan oleh Baginda Sultan.

Bermula pada hari Khamis lepas bersamaan 15 Julai 2010 Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Keputeraan Sultan Brunei dengan berbagai-bagai aktivit selama sebulan. Disini Syah hendak beritahu secara ringkas sambutan kemuncak Hari Keputeraan Baginda Sultan yang diadakan pada 15.07.2010.

Majlis sambutan Keputeraan dimulakan pada malam 14.07.2010 dimana KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bersama-sama rakyat, kerabat Diraja dan tetamu-tetamu kehormat ke Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah bagi menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah, membaca surah yaasin, tahlil dan doa kesyukuran bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-64. Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah telah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis bermula dengan solat fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Yahya Haji Ibrahim, disusuli dengan solat sunat hajat diimamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Salim Haji Besar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan membaca surah yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Suhaili Haji Mohidin. Doa Kesyukuran pun dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Dr Haji Abdul Aziz Juned. Majlis diakhiri dengan solat fardu Isyak berjemaah yang telah diimamkan oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid Bakal. Turut bersama dalam majlis ini adalah Mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.


Pada keesokan harinya, 15.09.2010 pagi KDYMM Baginda Sultan berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-64, di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan. Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat-kerabat Diraja disambut oleh YTM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Setia Haji Aminuddin Ihsan Haji Abidin dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pehin CP Dato Paduka Seri Zainuddin Jalani. Baginda Sultan kemudian berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan Tembakan Meriam sebanyak 21 das dan seterusnya berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan. Upacara diteruskan dengan pasukan-pasukan perbarisan dan panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Panji-Panji Pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Panji-Panji Pasukan Polis Diraja Brunei berjalan lalu di depan Pentas Diraja dalam gerak perlahan dan cepat sebelum beratur semula yang diikuti dengan laungan tiga kali daulat untuk Baginda Sultan. Pasukan-pasukan Perbarisan kemudian mara ke hadapan dan memberi tabik hormat diraja dan diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.

Kemudiannya pada hari yang sama 15.07.2010 KDYMM Baginda Sultan berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-64. Turut mengiringi Baginda Sultan di atas Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman itu ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Raja Isteri adalah satu-satunya permaisuri Baginda Sultan buat masa ini selepas penceraian Baginda Sultan dengan Azrinaz Mahzar Hakim baru-baru ini.

  • Istiadat dimulai dengan pengurniaan bintang Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama kepada YAM Pengiran Bini Hajah Faizah Dato Haji Nasir (isteri Pengiran Sufri yang pernah berkahwin dengan Maziun Hamzah) dan bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
  • Bintang Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri Setia kepada tiga orang penerima iaitu Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral TNI Djoko Santoso, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan Haji Abidin.
  • Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.) kepada Rodman R. Bundy dari Evershade (Frere Cholmedely) Perancis dan Profesor Alan Vaughan Lowe dari Universiti Oxford, United Kingdom.
  • Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka kepada 23 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Haji Bahrin Abdullah, Duta Negara Brunei ke luar negeri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai kanan kerajaan lain.
  • Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.) kepada 10 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar.
  • Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) kepada 41 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Hajah Adina Othman, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan individu dari sektor swasta.
  • Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Ketiga (S.L.J.) kepada Kichinosuke Sada dari Jepun.
  • Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Pangkat Pertama (P.H.B.S.) kepada 13 orang penerima termasuk 6 orang yang berjawatan menteri.

Majlis berakhir dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned.

Baginda Sultan menerima mengadap Princess Basma Talal
Memang terlalu padat jadual Baginda Sultan Sempena Hari Keputeraan ke 64 ini. Pada hari yang sama juga Baginda Sultan telah berkenaan menerima mengadap tetamu-tetamu negara sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan. Diantaranya ialah mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan lain-lain pembesar / wakil-wakil ketua negara asing.

Baginda Sultan menerima mengadap Mantan Perdana Menteri Kita, Tun Abdullah Hj Ahmad Badwi dan Isteri, Tun Jane Abdullah.

Pada sebelah malam 15.07.2010 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Memperingati Hari Puja Usia (Birthday) Baginda Sultan ke-64 tahun di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah. DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Dato Laila Utama Pengiran Bini Hajah Faizah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, serta kerabat-kerabat Diraja yang lain dan tetamu negara. Ketibaah Baginda Sultan dan Kerabat DiRaja Bacaan didahului dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Aziz Juned.

Teman Syah Sakit - 18.07.2010

Alahai............ Teman Syah sakit la pulak. Dialah yang selalu ada disini Syah bila Syah memerlukannya, Dialah teman Syah dalam LRT/Komuter untuk menghilangkan rasa bosan, Dia jugalah yang membantu Syah capture photo-photo untuk blog Syah, dia jugalah yang download foto-foto Syah dalam PC. Tanpa dia disini rasa kehilangan sesuatu. Dia sakit lah pula pagi tadi. Dia bukan nya manusia tapi dia adalah camera Samsung kesayangan Syah. Actually camera tu Muss punya dan dia tak pernah pakaipun, Syah yang jadi tuannya. Pagi tadi masa nak ambil gambar tiba-tiba screennya jadi warna purple dan bergoyang-goyang. Jika ambil gambar, gambarnya pun blur. Tak tahu mengapa. Pagi tadi sebelum Syah keluar, Muss balik dari rumah Kak Ngah Faziah dan Syah inform dia. Biasalah dia ............ buat muka sket ........ tapi Syah inform Syah akan bayar maintenancenya jika ada charge tapi masih under warranty coz dia beli bulan Disember 2009. Syah inform jika cam tu rosak Syah bayar jer kat dia coz Syah yang guna. Hari ini atau minggu depan dia akan refer cam tu kat kedai yang dia beli. Minta-minta everything going to be ok. Sayang sangat dengan cam tu coz selain ambil gambar, kita boleh dengar lagu dan menonton video clip sekali tapi kena download dahulu. Selalu Syah guna masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau balik rumah.

Lepak-lepak di KLCC - 18.07.2010

Keluar office lebih kurang jam 05:30pm. Dari Pantai Baharu terus ke KLCC untuk lepak-lepak disana sambil nak dinner meehon sup kegemaran Syah difood courtnya. Syah minta meehon sup dan hanya letakkan sayur sahaja. Sekali lagi pekerja tu macam pelik jer. Lepas makan Syah ronda-ronda satu KLCC sampai penat baru balik KL Residence. Mus dan Cd tidur rumah Kak Ngah Faziah, masa di KLCC tadi Muss inform Syah. Sampai KL Residence Syah on line, solat dan basuh baju. Approx jam 11:00pm Syah cuci baju dan lepak-lepak atas katil. Sekarang jam 01:40pm Syah terjaga terus update blog nie tadi. Tertido tadi .............penat sangat kot.

Saturday, July 17, 2010

"Sultan Melaka" buat Press Conference - 17.07.2010

Raja Nor Jan Shah dengan pakaian rasminya Sebagai Sultan Melaka

Individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka ke 44, Raja Nor Jan Shah telah mengadakan satu sidang akhbar disebuah rumah kedai di Batu Caves yang dikenali sebagai Balai Seri Melaka berhubung isu serbuan polis ke atas sebuah syarikat hartanah global pada 15.07.2010. Beliau yang membahasakan dirinya sebagai “Tuanku” dan bukannya “Beta” dalam sidang akhbar ini memaklumkan mendapat jemputan untuk merasmikan bangunan syarikat berkenaan dimana pengarahnya adalah kenalan beliau dan menafikan mempunyai seberang kepentingan dalam syarikat berkenaan. Dalam sidang akhbar ini juga beliau banyak memperkatakan mengenai susurgalurnya sebagai pewaris Kesultanan Melaka. Kereta Rolls Royce berkenaan adalah sebagai gimik kepada pelabur asing sahaja dan beliau tidak menggunakan kenderaan berkenaan. Mengenai plate kereta bertulis DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah. Raja Kesultanan Melaka Darul Islam, beliau memaklumkan ianya hanya sebagai simbolik mengagungkan Sultan Melaka dan menggangap itu bukan satu kesalahan. Semasa serbuan dibuat beliau telah meninggalkan majlis berkenaan. Tengku Bendahara kepada Raja Norjan, Yahya Abdullah memaklumkan bahawa Raja Nor Jan telah menganugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada pengarah syarikat berkenaan semasa majlis perasmian yang dihadiri oleh Pelabur-pelabur asing dari Vietnam, Taiwan, China dan Hong Kong.

Cinta Itu Buta - 17.07.2010

Pernah dengar ungkapan Cinta Itu Buta. Sudah tentu anda semua pernah Bercinta..... di Cintai dan Mencintai. Pernah tak kita dengar cerita wanita lari mengikut lelaki sampai ke Lombok atau Selatan Thailand untuk berkahwin. Cerita artis berkahwin dengan ahli politik tanpa kebenaran walaupun mereka tahu apa implikasinya terhadap undang-undang negara kita. Membunuh kerana putus Cinta atau cuba membunuh diri kerana cintanya ditolak. Membelasah orang lain kerana cemburukan cinta walaupun yang dibelasah itu kawan baiknya atau saudara mereka sendiri. Bercinta sesama jenis iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sehingga berkahwin. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cinta sperti membunuh, melanggar undang-undang, berhabis harta benda, menderhaka kepada kedua ibubapa, memutuskan silaturahim sesama saudara dan seumpamanya sebab apa ? kerana perasaan cinta yang mendalam itu telah membutakan mereka dari berfikir secara waras walaupun mereka tahu apa yang dilakukan itu adalah salah dari segi hukum agama atau lumrah kehidupan manusia. Sebab itulah kita katakan Cinta Itu Buta. Setuju atau tidak setuju dengan ungkapan itu bukan persoalanya kerana setiap individu mempunyai pendapatnya sendiri. Sebagai manusia kita harus berfikiran waras sebelum membuat sesuatu keputusan dengan mempertimbangkan buruk baiknya keputusan kita akan tetapi sudah menjadi fitrah manusia, kita selalu menyesal dikemudian hari dan mana ada orang menyesal dahulukan?

Ini adalah gambar Wook Kundur yang berumur 108 tahun diatas riba suaminya, Mohd. Noor Che Musa, 38 tahun yang baru sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut, Terengganu semalam 16.07.2010. Mereka berkahwin lima tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan ke 23 Wook Kundur. Inilah yang dikatakan Cinta Itu Buta. Jika anda menjadi Mohd. Nor, anda hendak tak anda berkahwin dengan perempuan tua dan tidak kaya raya seperti Wook Kundur ini dengan perbezaan umur 70 tahun. Dan jika anda menjadi Wook Kundur hendak tak anda berkahwin dengan seorang penagih dadah dan setia menunggunya selama 12 bulan 8 hari hingga dibebaskan dari Pusat Pumilihan Dadah. Tentu jawapannya TIDAK Bukan ............... Tetapi kenapa perkara ini berlaku kepada mereka, Selain daripada Jodoh yang telah ditentukan oleh Yang MAHA ESA perkara ini berlaku kerana CINTA ITU BUTA yang menyebabkan mereka membuat sesuatu tindakan yang luar dari jangkaan kita. Masih tak percaya lagi dengan Istilah Cinta Itu Buta?

Kerja Hari Sabtu - 17.07.2010

Salah seorang pekerja sedang membuat tampalan didinding sebelum proses mengecat dilakukan.

Hari ini Syah datang kerja sebab hendak memantau kerja-kerja ubahsuai di office Syah. Sampai office lebih kurang jam 09:00am tadi. Hampir pukul sepuluh kontraktor dan security datang. Security tanya Syah lama ker di office dan Syah inform sampai petang. Dia kata sebab Encik ada saya tak tunggu jika Encik tiada saya terpaksa awasi mereka, katanya. So Syah inform dia, jika kerja mereka tidak siap dan Syah hendak balik Syah akan inform Security Room dan dia kata ok. Sebenarnya semenjak petang semalam kontraktor start kerja buat bilik filing untuk dokumen-dokumen sulit Yayasan TM dan hari ini mereka mengecat pula.

Al-maklumlah hari Sabtu tak banyak kedai makan buka, so Syah sempat buat pindang sayur pagi tadi. Jam 05:45am Syah sudah bangun dan sediakan sayur carrot, kobis bunga, bracoli dan tahu disamping bahan-bahan asanya seperti serbuk kunyit, serbuk perasa, bawang, lengkuas, serai, asam keping dan daun kunyit. Container tak ada dan Syah masukkan sayur tadi dalam bekas plastik kuih raya untuk dibawa ke pejabat. Sebelum keluar rumah tadi Syah ambil Jusmate 5 sebagai breakfast.

Kucing pula tinggal empat ekor sahaja sekarang. Mona Muss lepaskan bebas sekitar apartment di KL Residence. Si hitam dua ekor tu blackie dan nomi dan yang Cd pegang tu Baby Hamster - Kucing dari Rawang Residence Syah. Muss inform nak berikan Baby Hamster kepada kawannya tapi tadi dia kata tak jadi coz nak bela pula. Tak tau lah Muss nie. Sebelumkeluar Syah beri Muss RM50.00 sebab dia minta donation nak mandikan kucing.

Meeting & B'day Party - 16.07.2010

Hari ini jam 09:30am Syah ada meeting mengenai CSR Program TM dengan working committee team di bilik Mesyuarat Kristal. Pihak TM ingin mengadakan program BI (English Language) untuk unemployed graduate sebagai persediaan mereka terutamanya untuk menghadapi temuduga yang mana kebanyakan syarikat-syarikat besar di Malaysia menjadikan bahasa berkenaan sebagai syarat untama pengambilan pekerja mereka. Kebiasaannya, boleh dikatakan agak ramai juga graduan yang lemah atau tidak boleh mengusai Bahasa Inggeris, sehubungan dengan itu TM mengambil kesempatan ini untuk membantu mereka menguasai bahasa berkenaan. Program kemasyarakatan ini dulu dikenali sebagai Certificate in Business English Communnication Skills atau CIBEC. Sudah sembilan kali TM menganjurkan program ini. Kali ini pihak TM akan mengadakan program yang sama tetapi program title telah ditukar kepada Graduate Employability Outreach Programme atau singkatannya GEOP. Kali ini program akan diuruskan oleh Multi Media Universiti dan akan dijalankan dikedua-dua cawangan secara serentak iaitu di Kampus Cyberjaya dan Bukit Beruang, Melaka. Program dijangka berlangsung pada bulan November 2010.
Untuk program-program yang lepas ianya diuruskan oleh consultant yang dilantik oleh TM. Sekarang ini pula kita beri peluang kepada MMU sebagai salah satu dari TM Subsidiary untuk mengendalikan program ini dengan kepakaran yang ada pada mereka. Senarai nama peserta biasanya kami perolehi daripada pendaftar dari IPTA/IPTS. Anggaran peserta adalah seramai 100 orang. Makan minum (6 kali sehari), tempat tinggal, duit saku (RM250.00), dan course fees ditanggung oleh TM. Para peserta hanya perlu menguruskan perjalanan mereka ke lokasi sahaja dan iannya tidak ditanggung oleh pihak kami. Program akan dijalankan selama sebulan dengan tujuh module yang disediakan. Kelas dari pagi hingga malam dari Isnin hingga Jumaat, manakala hari Sabtu dan Ahad akan diisi dengan aktiviti-aktiviti seperti lawatan ke premis TM, gotong royong, sukan dan pelbagai aktiviti yang memberi faedah. Satu majlis graduasi akan diadakan dimana para peserta akan diberi sijil (certificate) sebagai bukti telah menghadiri program ini disamping memberi anugerah penghargaan kepada peserta yang berjaya mengikut beberapa kategori yang telah pihak kami tentukan. Majlis graduasi ini kebiasannya akan dihadiri oleh TM Group Chief Executive Officer atau Pengerusi TM.
Selepas meeting kami semua meraikan hari jadi Kak Rohana yang ke-50 tahun. Kak Rohana ni merupakan salah seorang executive dari Yayasan TM. Actually birthday girl nie tarikh lahirnya jatuh pada 15.07.2010 dan hari ini Yayasan TM meraikannya. By the way Happy Birthday Kak Rohana, Semuga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki. AMIN. Gambar diatas menunjukkan Kak Rohana menerima hadiah daripada Director Yayasan TM, Tuan Haji Mizan. WOW Ice Cream Cake rupanya. Tapi Syah tak boleh Mamam. Untuk jamuan ini mereka order meehon goreng dan minuman. Kebetulan Syah order Nasi Lemak, Sambal Sotong dan Ayam Goreng Berempah untuk meeting Dr. Zainal dan Executive Yayasan TM untuk 15pax tapi meeting tu tak jadi dan makanan tu Syah beri untuk birthday party nie. Dalam masa yang sama juga Syah lihat ada dua jenis kuih untuk 15pax. Tak tahu siapa order coz nak kata meeting tadi tak mungkin kerana Syah tak orderpun dan orang lain pun tak tahu untuk meeting apa kuih tu........... akhirnya kuih tupun sekalilah diraikan dalam jamuan nie.

Friday, July 16, 2010

Rolls Royce DiRampas Polis - 16.07.2010


Gambar diambil dari Kosmo
Bandar Puteri, Puchong, Selangor gempar apabila sepasukan polis daerah Serdang melakukan serbuan dalam majlis perasmian sebuah syarikat perniagaan hartanah global di sebuah bangunan rumah kedai dikawasan berkenaan semalam (15.07.2010). Semasa serbuan dilakukan lebih kurang jam 01:30pm itu, terdapat seramai lebih kurang 150 pelabur asing dari Hong Kong, Cina, Vietnam dan Taiwan menghadiri majlis berkenaan. Selain daripada majlis perasmian, pihak penganjur juga mengadakan istiadat anugerah kebesaran seperti gelaran "Datuk" kepada beberapa pelabur berkenaan. Selain daripada itu pihak polis juga merampas sebuah kereta Rolls Royce berharga RM2.85 bewarna hitam dengan plate DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah. Raja Kesultanan Melaka Darul Islam.


Raja Nor Jan

Pihak polis membuat serbuan ini hasil daripada makluman orang ramai. Pihak polis percaya kereta berkenaan digunakan sebagai gimik bahawa syarikat itu merupakan sebuah syarikat yang besar dan berjaya disamping disokong oleh kerabat diraja. Hasil siasatan polis mendapati kereta berkenaan :-

  • Menggunakan nombor pendaftaran palsu
  • Disewa dari sebuah kedai kereta terpakai dengan kadar sewa lebih RM600.00 sehari beserta seorang pemandu
  • Pemandu kereta berusia 35 tahun merupakan kakitangan kedai berkenaan dan didapati positif dadah syabu

Selain daripada menahan kereta berkenaan, pihak polis juga menahan tiga individu iaitu dua orang penganjur majlis ini dan pemandu kereta berkenaan. Buat masa ini pihak polis masih menyiasat samada Raja Nor Jan terlibat dalam majlis berkenaan dan kaitannya dengan syarikat tersebut.

Gambar menunjukkan Raja Nor Jan (Hadapan kiri sekali berbaju melayu kuning) di Karaton (Istana) Surakarta Hadiningrat sebagai tetamu kehormat dalam satu istiadat yang dianjurkan pada 27.12.2008

Raja Nor Jan merupakan seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai waris kesultanan Melayu Melaka pada tahun 2006 selepas 477 tahun kesultanan Melayu Melaka dihapuskan oleh penjajah Portugis. Beliau telah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak. Sehubungan dengan itu beliau menggunakan gelaran DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah, Sultan Melaka ke-44.

Sultan Kelantan Berangkat ke Singapura - 16.07.2010

Semalam 15.07.2010 Al-Sultan Kelantan telah selamat berangkat ke Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizebth, Singapura. Rombongan diraja dilihat memasuki Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, kelantan sekitar jam 10:45am. Turut kelihatan adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dif-dif kenamaan, Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry, Kekanda baginda, Tengku Marjan Sultan Yahya Petra, kerabat diraja serta doktor peribadi baginda, Kolonel Dr. Amir Ramli. Baginda menaiki pesawat khas Kerajaan Malaysia M53-01 yang berlepas pada jam 11:10am. Baginda dijangka menerima rawatan selama seminggu dan kembali semula ke Kelantan pada 21.07.2010. Rawatan seperti ini akan diadakan dua hingga tiga bulan sekali. Baginda juga dijangka akan menjalani ujian untuk menilai tahap kekuatan jantung seperti ujian Echocardiogram dan Non-Invasif Multislice CT Coronari Angiogram. Baginda dan rombongan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Changi pada jam 12.30 tengah hari dan disambut oleh pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sebelum dibawa ke tempat persemayaman baginda di sebuah hotel dibandaraya berkenaan.

Gambar Lama : Sultan Kelantan kelihatan ceria dalam Majlis Santapan Petang yang diadakan di Istana Mahkota pada 03.04.2010. Dalam majlis ini baginda sempat merai dan menyampaikan sumbangan zakat kepada kira-kira 150 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Puteri Harapan dan Taman Sabariah Pengkalan Chepa.

Tersalah Coach - 16.07.2010

Pagi ini bas lambat sedikit, kebiasaannya jam 6:30am sudah sampai tapi agak tersasar sedikit waktunya hari ini. Mungkin malam tadi malam Jumaat dan drivernya tidur lambat sedikit kot sebab itu terbabas bangun pagi nie. Hehehehe. Sampai sahaja di Stesyen KTM Rawang komuter ke KL sudah sedia ada. Tanpa membuang masa kami semua berlari-lari anak masuk takut train jalan. Bila masuk sahaja coach tu Syah berdiri sekejap dan hendak betulkan seluar dan ada seorang Indian women inform Syah........... ADIK INI TRAIN PEREMPUAN PUNYA ......... Alamakkkkkkkkkkkk......... Malunya baru Syah ingat komuter sekarang sudah ada coach untuk wanita. Tu lah nak cepat punya hal. Syah senyum dan terus keluar. Kelakarnya untug Aci tu inform kalau tak alamat sorang-soranglah Syah tercongok dalam gerabak tu, Thorn Among The Roses.

Inilah Coach yang Syah sepatutnya naik. Cantikkan sejuk mata memandang deco dalam gerabak nie. Gerabak nie Lelaki, Perempuan, Gay, Lesbian, Mak Nyah dan lain-lain sewaktu dengannya semua boleh masuk. Kalau hendak dilihat di negara-negara Islam lain mungkin ada pengasingan sebegini tetapi lelaki dan perempuan totally diasingkan. Ini tidak kalau komuter penuh perempuan naik juga coach yang lain dan terhempet juga mereka oleh lelaki-lelaki terutamanya pendatang tanpa izin yang kadangkala ambil kesempatan. Tapi apa-apapun inisiatif KTM ini haruslah mendapat pujian.

Thursday, July 15, 2010

Shuttle Service KL Central - Ipoh - 15.07.2010

Hari ini syah balik Rawang Residence tapi tidak menggunakan perkhidmatan Komuter tetapi Syah menggunakan alternatif lain iaitu menggunakan perkhidmatan Shuttle Services KL Sentral - Ipoh. Syah memang jarang naik shuttle nie dulu adalah. Masa nak masuk tadi tanya security train nak ke Ipoh dan nak turun Rawang. Mereka macam tak bagi jer ......... dan kata nape tak guna komuter dan Syah cakap dulu ada naik train nie turun Rawang dan dia tanya kawan dia train nie ada turun Rawang tak? Kawan dia kata Yer............ belakonlah tue. Jika dilihat daripada schedule mereka perjalanan KL-Ipoh memakan masa hampir 3 jam. Nak juga cuba sekali sekala jalan-jalan ke Ipoh.

Keadaan dalam shuttle service KL Central - Ipoh

Nak naik shuttle nie problemnya satu jer........... actually kena beli ticket dan macam we all yang turun di stesyen tertentu nie yang tak ada ticket cuma akan duduk jika seat tu kosong. We all gunakan tiket Komuter atau Touch n Go. Jika next station ada orang dah beli seat yang kita duduk tu kita kena berdirilah. Tu jer bezanya dengan komuter. Kalau komuter kita berhimpit tapi shuttle nie tak ada masalah macam tu. Sebab tu agaknya mereka tak galakkan naik shuttle takut penumpang berticket mereka tidak selesa. kalau anda lihat dalam gambar di atas yang berdiri di belakang tu adalah penumpang yang tiada menggunakan tiket shuttle nie. Bertuah Syah hari ini kerana seat yang Syah duduk today tak ada penumpang sampailah ke Rawang. Dari KL Central bertolak jam 06:05pm dan sampai rawang approx 06:50pm. Dari KL Central ke Rawang shuttle ini hanya berhenti di stesyen Kuala Lumpur, Kepong Central dan Sungai Buluh sebelum berhenti di Stesyen KTM Rawang. Sebab tu sampai cepat. Syah naik bas ke Rawang Residence jam 07:30pm dan sampai lebih kurang jam 08:00pm. Shukur Alhamdulilah perjalanan hari ini berjalan dengan lancar seperti yang Syah doakan. AMIN.

JM 5 :- Lunch Today - 15.07.2010

Buat masa terdekat nie, Inilah botol air yang Syah jadikan shaker untuk Jusmate 5. Biasanya setiap pagi Syah sediakan JM5 dan minum sambil jalan ke Stesyen LRT di KL Residence atau semasa menunggu Bas di Rawang Residence. Sekarang nie Syah dah lali dengan minum JM5 setiap pagi. Syah ambil JM5 dua kali sehari walaupun berat badan asalnya kurang dari 80kg. Berat Syah masa tu 79 sahaja. So Syah ambil dua kalilah. What does make it different, Dr Rozmey pun inform Syah via facebook boleh ambil dua kali sehari walaupun berat kurang 80kg. Gambar diatas tu adalah jalan menuju ke LRT Station dari KL Residence. Segarkan pemandangan nya dipagi hari.

Untuk lunch pula, Syah beli Meehon Sup Kosong di food court Menara TM. Tuan punya kedai istilahkan meehon sup kosong sebab Syah tak mahu ayam atau fish ballnya, Syah cuma inform dia bagi meehon sup letak sayur sahaja. Bawang gorengpun jangan letak. Hari nie Syah lihat ada berminyak sedikir supnya. Rupa-rupanya Syah perasaan minyak tu datangnya dari sayur, coz dia rebus sayur tu dengan minyak sedikit. Syah campurkan bracoli dan tahu yang Syah bawa dari rumah. Rasa macam banyak pula lalu Syah buang sedikit meehonnya.



Hari ini Syah order lunch Set Nasi Minyak, fruit dan Sirap Bandung untuk meeting Dr. Zainal. Actually mereka makan awal tapi lepas tu lepak-lepak sembang dengan ahli-ahli mesyuarat yang lain dan hampir jam 02:00pm baru beredar. Banyak balance dan Syah invite member-member makan sekali tapi kebanyakannya sudah lunch. Syah mana boleh makan benda-benda macam nie lagi. Syah temankan mereka makan sama dan Syah ambil fruit sahaja - Tembikai dan Honeydew. Untung makananya habis dan adalah seorang manager tu (perempuan) puasa dia bawa balik sedikit. Untuk dinner malam nie Syah mamam betik dan apple hijau. Betik Syah beli di KL Central masa naik train ke Rawang. Kena makan betik kerana ada masalah sembelit pula dan so far buang air besar ok pula.

Layanan LRT Staff - 15.07.2010

Pagi-pagi lagi dah rasa macam nak marah ………….. tapi sket jer taklah marah sangat. Bukan nak mengata tapi sekadar hendak berkongsi dengan anda semua. Pagi tadi sewaktu hendak kepejabat Syah nampak ada seekor kucing mati yang diletakkan atas corridor dalam kawasan Stesyen LRT Putra Taman Melati. Ada orang langgar kot dan letakkan disitu dan ditutup dengan suratkhabar. Sian kucing tu tapi dah takdir dia macam tu. Apabila masuk ke stesyen dan Syah berjumpa dengan security yang menjaga di entrance gate dan inform dia mengenai bangkai kucing tu. Dia macam marah pula dengan Syah dan Tanya kat mana tu? Lepas tu dia beri jawapan yang tak sepatutnya dia keluarkan, katanya kita orang hanya jaga orang keluar masuk sahaja sambil terus beredar ketempat lain. Actually tujuan Syah inform dia bukannya hendak suruh dia ambil bangakai kucing tu tapi surulah cleaner ker atau sesiapa yang berkenaan buangkan bangkai kucing tu. Tue Jer ........ Takut nanti kalau terbiar begitu sahaja kawasan siapa yang kotor…………. LRT juga dapat nama nanti. Tak apalah yang penting Syah sudah inform mereka, terpulanglah pada mereka. Mungkin ini semua miscommunication antara Syah dan dia kot. Syah rasa pihak pengurusan LRT harus memberi latihan secukupnya bagi semua front liner mereka supaya lebih bersikap Positive, proaktif dan responsif terhadap pelanggan disamping mempertingkatkan lagi communication skills mereka. Nak jadi cerita pula, malam tadi masa Syah sedang menonton TV terdengar suara anak kucing. Rupa-rupanya ada seseorang letak anak kucing dekat bakul motor jiran Syah. Apalah punya perangai dia orang nie. Sebelum tu Syah dengar macam bunyi orang berjalan dan bila Syah lihat daripada lubang pintu nampak macam perempuan bertudung. Tak tahulah jika dia yang letak disitu kerana Syah tak namapk dan tak baik pula main tuduh jer kan? Lepas tu anak kucing tu Syah letakkan dibahagian depan Apartment di KL Residence dan pagi nie tak nampak pula mungkin dia dah jalan jauh sebab anak kucing nie suka follow orang.

Wednesday, July 14, 2010

Catatan Ku Hari Ini - 14.07.2010

Malam tadi Syah balik ke Rawang. Shukur Alhamdulilah perjalanan semalam berjalan lancar tanpa sebarang gangguan cuma semasa di LRT Kerinci, Syah terpaksa naik semula ke office kerana handphone tertinggal. Sampai ke Rawang Residence sudah hampir jam 08:00pm. Malam tadi ada Azrin call dan invite keluar dinner dengan member dia Arep tapi Syah inform diet dan tak boleh ambil makanan selepas jam 07:00pm. Dia inform hendak balik semula ke Shah Alam tidur di rumah sewa Arep dan Syah tanya samada dia sudah pindah sekali ke Shah Alam tapi katanya on and off jer kesana. Tapi pagi tadi Syah lihat ada pula kereta dia di rumahnya. Entahlah ...mungkin tak jadi ke Shah Alam kot malam tadi.
Hari ini akhirnya dapat juga Syah sediakan Shopping Cart untuk proses perolehan TM, try and error dan hari Isnin nanti baru nak attend training. Tak fahamlah dia orang nie, dah launch sistem baru baru nak panggil training, sepatutnya sebelum tu lagi train kami semua dan sekarang banyak payment tak dapat proses kerana usser kurang faham dengan sistem baru nie. Mereka minta we all belajar sendiri melalui manual atau secara e-learning.Account Department pula satu hal, Bayaran manual melalui Direct AP tetapi mereka minta register vendor as a TM Vendor - None Purchasing Supplier. Terpaksalah fill up the form yang confuse tuh.

Pagi tadi breakfast dengan Jusmate 5 sambil tunggu bas lebih kurang jam 06:15am. Untuk lunch today Syah beli Meehon Sup Sayur Chinese Style di Food Court. Sedap gak sup dia dan tak berminyak sangat. Untuk dinner plak, baru sat tadi Syah mamam fruits lebih kurang jam 06:00pm :- Carrot, Green Apple dan Buah Betik. Kena makan buah betik kerana lately kerap kena sembelit. Nak kata kurang minum memang setiap sejam sekali Syah minum. Entahlah..............

Tambah Imej

Fatin Last Day - 14.07.2010

Dari Kiri Kak Hasmah dan Kanan Fatin Farhana

Hari ini adalah hari last day Fatin, TAPI jangan salah anggap pula bukannya dia transfer atau berhenti kerja tetapi mulai esok 15.07.2010 hingga 02.08.2010 Fatin akan bercuti panjang kerana hendak mendirikan MASJID. Last Day sebagai Cik Fatin dan bila masuk office nanti dah dapat title baru Puan Fatin. Hehehehehhe................. Fatin akan bertolak balik ke Terengganu esok bersama adik lelakinya Syafiq yang akan melangsungkan perkahwinan seminggu lebih awal daripada Fatin. Majlis resepsi kedua adik beradik ini akan diadakan serentak pada hari Sabtu 24 Julai 2010. Syah ada buat entry mengenai perkahwinan Fatin pada 01.07.2010 bertajuk Fatin Kahwin. Syah sertakan kad perkahwinan dan info mengenai majlis tu sekali.

Apa-apapun, Fatin good luck and all the best for you and your future hubby. Begitu juga Shafiq dan bakal permaisurinya. Hati-hati memandu esok dan Syah doakan agar perjalanan Fatin dan Shafiq selamat tanpa sebarang halangan. AMIN.

Alfatihah Kepada Rosmadi dan Mazlan - 14.07.2010

Allahyarham Rosmadi bin Ramli

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, Rosmadi Bin Ramli, berumur 32 Tahun dan merupakan Penyelia Pentadbiran, TMPoint, Alor Setar, Kedah telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 13 Julai 2010 bersamaan 1 Syaaban 1431, jam 10.10 malam akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada pagi ini hari Rabu 14 Julai 2010 jam 11:00 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Baru sebentar tadi kami di TM dimaklumkan dengan kematian seorang lagi rakan sekerja ia itu Mazlan Bin Abd. Ghani berusia 52 Tahun, merupakan seorang Penyelia Teknik, RNO Zon 6, Kota Tinggi, Johor telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Rabu, 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431, jam 12:30 tengahari di Hospital Pakar, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru akibat Barah Usus. Jenazah Allahyarham di jangka akan dikebumikan Kampung halamannya di P67, Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang pada petang ini juga.

Pemergian kedua-dua arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM & Keluarga arwah dan sukar untuk dicari ganti. Marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Rosmadi Ramli dan Mazlan Abd. Ghani sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah.

AL-FATIHAH.

Raja Fauziah Syed Yaacob Buat Kenyataan - 14.07.2010

Ekoran Keputusan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan yang disampaikan oleh Pengerusi nya, Nik Yusuf Nik Muhamad pada 12.07.2010 yang tidak mengiktiraf Raja Tengku Putri Anis bt Raja Sazali (@ Putri) atau lebih dikenali sebagai Sri Ratu Saadong VII sebagai keturunan Puteri Saadong Ketujuh telah mendapat respond daripada bonda Putri sendiri, Raja Fauziah Syed Yaacob. Kenyataan beliau telah dibuat dirumah salah seorang saudara mereka di Kampung Pek, Macang, Kelantan pada 13.07.2010. Raja Fauziah memaklumkan bahawa Putri sekarang berada di Vietnam kerana menghadiri program amal di negara berkenaan. Raja Fauziah tidak kesal dengan penafian itu malah menggangapnya sebagai satu promosi untuk memperkenalkan anaknya kepada masyarakat.
Salah satu statement beliau :-
  • "Penafian yang dikeluarkan oleh sesiapapun tidak berbekas atau memberi kudis kepada pendirian kami yang mengalir titis darah keturunan Puteri Saadong"

Raja Fauziah menegaskan bahawa permasyuharan putri sebagai Sri Ratu Saadong VII tidak ada sebarang motif tertentu seperti meminta pengurniaan pangkat/darjah kebesaran apatah lagi merebut tahta kerajaan negeri Kelantan. Beliau amat meghormati pendirian pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan terhadap isu ini. Beliau memaklumkan bahawa kaitan Puteri Saadong dan Kerbat Raja Jembal adalah melalui perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah dari keturunan Raja Jembal, walau bagaimanapun mereka tidak dikurniakan sebarang zuriat. Dari kenyataan ini seolah-olah memaklum bahawa keturunan Puteri Saadong tidak ada kaitan dengan Keturunan Raja Jembal.

Gambar Putri (berbaju biru) di Istana Kutai Karanegara, Kutai, Indonesia sewaktu mengadap Sultan Kutai di Istana berkenaan.

Raja Fauziah menekan bahawa Putri berhak untuk memertabatkan keturunannya selepas lebih 10 tahun membelanjakan jutaan ringgit merantau keluar negara untuk melengkapkan pencarian keturunannya. Sekarang beliau berasa bangga kerana usaha keluarganya mencari kebenaran dan kesahihan salasilah Puteri saadong telah membuahkan hasil.

Tuesday, July 13, 2010

Datuk Seri Najib Di Kurnia Darjah Kerabat Brunei - 13.07.2010

  • Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman hari ini.
PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam malam tadi untuk lawatan kerja selama dua hari. Ketibaan Datuk Seri Najib dan rombongan di Brunei International Airport telah disambut oleh Menteri Pembangunan Brunei, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awg Hj Suyoi bin Hj Osman serta Menteri kedua Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awg Lim Jock Seng. Pada hari ini Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah berkenan menerima mengadap Datuk Seri Najib dan delegasi Malaysia di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Baginda juga telah berkenaan mengurniakan Datuk Seri Najib, Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam - Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-64. Gelaran bagi anugerah ini adalah Dato Laila Utama. Anugerah ini hanya dikurniakan kepada kerabat diraja atau ketua kerajaan berdasarkan hubungan dua hala yang rapat. Sambutan ulangtahun Sultan Brunei akan diadakan selama sebulan bermula 15.07.2010 ini. Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badwi akan menerima Bintang Kebesaran yang sama pada 15.07.2010 (khamis) ini. Individu pertama di Malaysia yang menerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) ini adalah mantan PM yang amat kita kasihi iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.


88726639 - mohd afdul - .

Update Kes Kucing Hantar Balik Kampung - 13.07.2010

Pagi tadi Muss inform kucing dah sampai dirumah CD di Felda Pancing, Kuantan, Pahang. Mila dan anaknya Kakak Cd ambil manakala Baby Sawi dan Baby Kailan adik Cd letak dalam sangkar dirumah parents Cd. Awok pula lepas dan berada dibawah pokok dekat rumah parents Cd. Syah balik lewat malam tadi kerana ke KLCC beli apple dan carrot di Isetan KLCC. Syah sampai KL Residence lebih kurang jam 09:00pm dan tengok kucing sudah tiada. Muss call, tanya pasal kucing dan Syah inform dia supaya call Cd tapi Muss kata handphone Cd off. Rupa-rupanya Cd bertolak approx jam 08:00pm dengan dua orang kawannya ke Kuantan menggunakan kereta Muss. Pagi ini Cd balik semula ke KL. Sebelum pergi kerja tadi bagi Blackie dan Nomi makan manakala Mona dan Baby Hamster makanannya masih banyak lagi. Baby Hamster nie sorang-sorangpun boleh bergurau sendiri lari sana sini tapi tengok dia cuak juga dengan Mona dan Syah perhatikan adalah sekali-sekala di gurau dengan Mona.......... tak leh selalu kot, sebab takut kena belasah dengan Mona ye Baby Hamster?

Isu Keturunan Ketujuh Puteri Saadong - 13.06.2010

Kosmo hari ini melapurkan bahawa Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) tidak mengiktiraf Raja Tengku Puteri Anis binti Raja Sazali (24 tahun) sebagai waris sah keturuna ketujuh Puteri Saadong yang berasal dari keturunan Raja Jembal. Kenyataan ini telah dibuat oleh pengerusi PKRJK, Nik Yusuf Nik Muhamad kepada bernama semalam. PKRJK meragui semua dakwaan Raja Tengku Puteri Anis dan memaklumkan bahawa mereka telah mengenalpasti latarbelakang dan nama sebenar Raja Tengku Puteri Anis. PKRJK akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan ini dengan mengambil kira pendapat Persatuan Sejarah Negeri Kelantan dan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan disamping akan mengadakan seminar bagi menentukan kesahihan lagenda Puteri Saadong dan salahsilahnya yang sebelum ini dianggap sebagai mitos dan legenda sahaja di Negeri Kelantan. Syah mengenali beliau melalui facebook dengan menamakan dirinya sebagai Putri.

Sepengatahuan Syah, PKRJK ada mengeluarkan kenyataan kepada sesiapa yang mendakwa sebagai waris Puteri Saadong hendaklah merujuk kepada PKRJK untuk siasatan selanjutnya sebelum mengesahkan dakwaan berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana terdapat beberapa individu pernah mendakwan sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong sebelum ini. Dalam kes Raja Tengku Puteri Anis ini, PKRJK mendakwa beliau tidak merujuk dan mendapatkan nasihat daripada PKRJK berhubung perkara ini dan sebab itu ianya tidak diiktiraf. Abang kepada Raja Tengku Puteri Anis, Raja Putera Edi memaklumkan bahawa pihaknya ada membuat permohonan untuk berjumpa dengan PKRJK tetapi tiada sebarang respond dari PKRJK.

Baru-baru ini telah diadakan satu upacara permasyuharan Raja Tengku Puteri Anis sebagai Seri Ratu Ketujuh Saadong. Upacara ini adalah untuk mengakhiri supahan tujuh keturunan Puteri Saadong yang dihadiri oleh Sultan/Raja dari Indonesia (keturunan sultan/raja-raja di Indonesia sebelum menjadi republik). Mengikut legendanya sumpahan Puteri Saadong berbunyi seperti berikut :-

  • Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.

Semasa upacara ini, ada senaskah buku yang telah diterbitkan mengenai Puteri Saadong dan Putri dalam message Facebook nya kepada Syah memaklumkan bahawa Syah boleh berhubung terus dengan pembantu peribadinya (melalui telefon bimbit yang diberikan kepada Syah) mengenai buku berkenaan. Harganya RM 100.00 dan selain daripada itu terdapat juga buku sejarah kelantan, buku kembara sri ratu saadong vii, cd acara, cd puisi putri berdasarkan manuskrip dan salinan salasilah. Insyallah Syah akan dapatkan buku berkenaan.

Dalam masa yang sama pembantu peribadi Raja Tengku Puteri Anis, Dr. Zahari Mat Ali memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan satu majlis penerangan bagi menyelesaikan isu berbangkit ini dalam waktu terdekat. Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan dan pakar-pakar sejarah juga akan dijemput hadir bersama-sama dalam majlis ini nanti.

Syah tidak berpihak kepada sesiapun dalam isu ini, akan tetapi satu sahaja yang Syah ingin sampaikan, jika kita berada dipihak yang benar, Insyallah satu hari nanti kebenaran itu akan datang kepada kita, cuma kita perlu bersabar dengan segala cabaran dan dugaan. Dalam dunia ini tidak ada seorangpun mahluk Allah yang disukai oleh semua orang termasuklah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W., Baginda perlu berjuang menghadapi segala cabaran dalam menegakkan syiar Islam sehingga Islam itu sendiri diterima oleh masyarakat seluruh dunia sehingga hari ini. Jadikan perjuangan Rasulallah S.A.W. sebagai benchmark untuk kita mencapai apa yang kita impikan.

Monday, July 12, 2010

Selamat Tinggal Meow - 12.07.2010

Ini adalah kali terakhir Syah lihat kucing-kucing nie pagi ini kerana tengahari atau petang nanti Cd nak bawa balik kampong dia di Pahang. Bukan apa, banyak sangat jumlahnya dan tak larat nak uruskan mereka, 13 ekor jumlahnya. Kucing yang hendak dibawa adalah Mila dan anak-anaknya (empat ekor semuanya, sepatutnya lima tapi dah mati satu pagi tadi), Awok, Baby Kailan dan Baby Sawi. Yang tinggal Mona, Blackie, Nomi dan Baby Hamster. Baby Hamster pula Muss nak bagi pada kawannya sebab kawannya memang hendakkan Baby Hamster masa dia kecil dahulu tapi Syah yang tak bagi. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan dah jadi tak terurus lebih baik berikan dia pada orang lain yang akan menjaga dia dengan lebih baik lagi. Memanglah sedih …….. tipulah kalau Syah kata we all saja-saja nak serahkan kucing tu pada orang lain tetapi keputusan perlu dibuat untuk kebaikan semua. Lagipun Muss selalu outstation dan Cd selalu jer kurang sihat. Lepas nie mungkin Blackie dan Nomi yang stay dalam master bedroom akan ditransfer ke sangkar di balkoni dan hanya dilepaskan dalam rumah bila we all balik kerja. So Muss boleh gunakan semula bilik tidur itew.

Anak-anak Mila - Comel nya dear.
Awok - Masa ambil gambar masih tidur lagi dia dan lepas nie tak derlah dengar suaranya bergaduh dengan mona lagi.

Baby Kailan dan Baby Sawi - Sebenarnya sedang tidur dan bila nampak Syah terus bangun, macam tau-tau jer nak ambil gambar dia, siap berposing lagi tue. Dia orang nie suka bergurau dengan Baby Hamster dan macam nak roboh sangkar dibuatnya lari sana sini. Lepas nie tak ada lagilah gurauan tu kannnn..........
Mila - Mila nie bila tengok orang asik mengewau jer. meow...meow...meow...

Anak Mila Mati dan Tertinggal Dompet - 12.07.2010


Pagi ini salah seekor anak Mila mati. Actually dari petang semalam lagi sudah nazak. Sebelum outstation Mus suruh Cd gali lubang depan rumah dan pesan pada Syah jika anak kucing tu mati dia minta Syah tanamkan. Mus ke Pahang dan Cd tidur rumah Kak Ngah Faziah dan Syah berjogging. Balik dari jogging Syah lihat anak kucing tu masih bernyawa lagi dan Syah masukkan semula dalam sangkar. Pagi ini Muss call, ingatkan Syah pasal anak kucing tu dan minta Syah tanam jika sudah mati takut nanti berbau. Akhirnya memang dah mati anak kucing tu dan Syah tanam ditempat yang digali semalam depan KL Residence dan Syah tanamkan pokok atasnya. Selepas tu Syah buang sampah dan berjalan ke LRT Taman Melati. Bila nak beli ticket baru Syah perasan dompet takada, means tertinggal dirumah sebab Syah tukar beg galas. Ingat nak gunakan kad touch & go tapi balance tinggal hanya RM0.50 jer. Nak tak nak terpaksa jalan kami balik rumah semula coz nak naik teksi duit tak ada, nak bayar dengan apa? Jalan kaki sahaja ambil masa 15 minit. Bayangkan Rumah – LRT – Rumah - LRT sahaja sudah mengambil masa 45 minit. Masa sampai di KL Residence uncle guard tu Tanya “balik MC ker”? sambil tersenyum Syah bilang “dompet tertinggal”. Syah sampai office jam 10:00am.

JM 5 :- Timbang Berat - 12.07.2010


Semalam 11.037.2010 bersamaan hari Ahad, Syah ke Jaya Jasco Wangsa Maju untuk timbang berat dekat mesin yang ada di shopping complex tu. Syah berjogging/jalan kaki dari KL Residence, Setapak Indah ke Wangsa Maju. Sampai jer Syah berehat sebentar kerana nak ke mesinpun tak guna nanti tekanan darah mesti tinggi kerana baru lepas jogging. Lepas beberapa minit baru Syah timbang. Inilah hasilnya anda boleh baca analisa mesin berkenaan. Badan Syah masih lagi overweight, walau bagaimanapun terdapat penurunan berat badan. Sebelum ambil Jusmate 5 pada 19.06.2010 berat Syah 79kg. Pada 04.07.2010 lepas, setelah mengambil Jusmate 5 selama 16 hari, berat Syah 72.2kg, bermakna turun 6.8kg. Selepas 22 hari menjambil Jusmate 5, berat Syah semalam adalah 70kg dengan penurunan sebanyak 9kg. Tapi yang Syah heran mengenai mesin nie, 1st time dia baca ketinggian Syah 163 cm tapi semalam 162.5cm pula. Tarikhnya pun lewat 1 hari. Hemmmmmmm………
  • Walau bagaimanapun sebentar tadi Syah ke Kelinik Zarif dan timbang tetapi beratnya 72kg. Rasa tidak puas hati Syah ke Kelinik satu lagi dan timbangannya sama iaitu 72kg. Maknanya timbang di Jaya Jasco tu tak boleh pakai. Sehubungan dengan itu jumlah berat badan Syah setelah mengambil Jusmate5 dalam masa 16 hari adalah 72.00kg dengan penurunan sebanyak 7kg sahaja.
Berbalik pada cerita semalam, Selepas timbang sudah hampir jam 06:45pm dan Syah terus ke food court pesan meehon tom yam dan cakap pada pekerja tu hendak meehon dan sayur sahaja benda lain tak perlu letak. Mereka macam pelik pula dan Syah tanya boleh buat tak dan mereka kata ok. Sedap tom yam nya tapi sayurnya ………….Yang Ado………….

Sunday, July 11, 2010

Muss Outstation - 11.07.2010

Sudah dua minggu My Bro tak keluar outstation dan hari ini macam biasa dia outstation ke Felda Seroja, Temerloh, Pahang hingga hari Jumaat baru balik. Jam 04:00pm nanti dia akan bertolak dan kali ini bawa kereta dia. Tak silap tadi dia ada inform syah yang Cd nak balik kampung dengan kawannya dan bawa separuh dari kucing-kucing tu balik kampung. Ialah mana taknya banyak sangat dah sekarang dan tak ada masa nak uruskannya.


Kucing Kucing sediada Nomi, Blackie, Mona, Mila dan Awok. Anak salim dua ekor Baby Kailan dan Baby Sawi, kucing Rawang seekor Baby Hamster. Beberapa bulan lepas Mila beranak lima ekor dan jumlah semuanya 13 ekor.

Tunku Mahkota Johor Dilantik Pro- Canselor UTHM - 11.07.2010


Duli Yang Maha Mulia
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Johor
D.K., D.K.(Pahang),SPMJ,SSIJ,S.M.N.,S.P.M.T., S.M.P.K., P.I.S.
Canselor
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


DYMM Sultan Johor telah melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM). Pengumuman ini disampaikan oleh baginda sewaktu bertitah dalam majlis konvokesyen kesembilan UTHM pada hari Khamis 08.07.2010. Dengan perlantikan ini UTHM mempunyai dua Pro-Canselor iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Tan Sri Dato' Seri Ir. Shamsudin Abdul Kadir manakala Tuanku Sultan Johor sebagai Canselor UTHM.

DYAM Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim