Thursday, April 23, 2009

Kawan Lama

Semalam kebetulan Syah ke MyNews.com tetiba jer terjumpa kawan lama, classmate ITM-TM. Teringat Syah masa tu dlm Kelas Syah sorang jer Lelaki ambil course Kesetiausahaan. Segan Nak Mampus Mula2 tur lepas tu Syah Plak Yang Terlebih Sudah Ngan Diaorang. Kebetulan Diaorang Nak Gi Function Sempena Minggu Kesetiausahaan Nie.
Dulu semua Muda Remaja Sekarang Hemmmmmmmmmmm..................... Semua dah 40an heheheheheheheh.







Tuesday, April 7, 2009

Office Syah

Hari nie Jumaat 04/04/2009 Ain tamat Practicle kat TM. Apa lagi bawa camera ler jawapnya. Heheheheh sempat Syah berposing kat office. By the way thanks Ain for everything.
Alahaiiiiiiiiii 17/04/2009 Intern Student Syah, Nurul pula tamat latihan kat TM, Hemmmmm patah kakilah jawapnya lepas nie coz dah tak ada pembantu. Best of luck Nurul dan Selamat XX (Biarlah Rahsia, hanya kita jer yang tau kan.........).

Syah kat workstation. Hari jumaat kami dibenarkan memakai Jeans.

Syah ngan Sya (Syuhada) secretary Boss - Jangan gossip yek dah ada anak 2 itew orang.

Haaaaaaaaaaa ini lah Ain. Nak tau tak dia guna email nama teddygirl ........BOLEH.

Saturday, March 21, 2009

Jalan-Jalan Ngan Keluarga ke Sarawak

13 - 22 Feb 2009 Syah dan Family ke Kuching, Sarawak. Sempatlah Melawat Semenggoh Wildlife Center, Jong Crocodile Farm, Kampung Budaya Sarawak, Muzium, Makam Sultan Tengah, Poco-Poco di Rumah Ketua Balai Polis Siburan Jaya, sambut birthday Amsyar dan banyak lagi.
Ini adalah lawatan kedua Syah. Kenangan di Sarawak akan tetap kekal dalam hidup Syah. Syah berdoa dan berharap agar lawatan ini bukanlah yang terakhir ................... Ahaks.

Syah dan Adik Syah................ namanya Azrin @ Syazrieadley. Thanks Azrin kerana banyak tolong Abang.
Dalam Bas dari KL Central ke LCCT

Memanjatkan Doa di Makam Sultan Tengah di Santubung. Baginda merupakan Sultan Pertama dan Terakhir bagi Sarawak. Kebanyakan kita tidak tahu yang Sarawak pernah ada Sultan. Kalau Syah ada masa nanti Syah cerita mengenai Al-Marhum ini.
Kampung Budaya, Sarawak. Kekadang Sesekali Pandang Hendsome juga Orangnya Syah Nie. Hehehe

Salah satu keluarga Syah semasa di Semenggoh Wildlife Center - Tengok Orang Utan
Azrin, Firdaus, Bak, Fikri, Mak Unggal dan Azura

Kuching Airport

Saturday, January 31, 2009

Rise Of The Lycans

Januari 28, 2009 Syah jalan-jalan tengok wayang sampai hilang phone CDMA mungkin terjatuh masa kat panggung… sebab duduk tak diam. Tengok ngan ? …. Biarlah rahsia… Ahaks…. Terpaksa report polis untuk security tapi dah dapat ganti balik. Please Feel Free To Call Me Yeahhhh.

Underworld – Rise Of The Lycans mengisahkan pergolakan diantara golongan aristocrat Vampires yang dikenali sebagai Death Dealers dengan werewolves a.k.a Barbaric Lycans mahluk menyerupai manusia dan boleh bertukar menjadi beast. Lycans menjadi hamba kepada Vampires. Dalam usaha untuk membebaskan diri dari menjadi haba muncul seorang wira dikalangan mereka bernama Lucian yang menentang Viktor seorang Raja Vampire yang kejam. Dalam waktu yang sama Lucian menjalani hubungan sulit dengan anak Viktor, Sonja.

Sama-samalah kita tonton cerita ni kat panggung dan kita lihat bagaimana kegigihan seorang wira untuk mendapat kebebasan kaumnya dengan berbagai dugaan dan seksaan disamping menerima hakikat kekasihnya Sonja dihukum bunuh didepan matanya oleh Viktor mengikut cara Vampire kerana telah mengandungkan anak Lucian. Kita juga boleh lihat apa kelemahan vampire dan werewolves, manalah tau jika you all terserempak ngan mereka taulah macam mana nak handle. Vampires juga digambarkan sebagai protector kepada golongan bangsawan Eropah pada masa itu dan sebagai balasan mereka diberikan Silver (sekarang popular org buat rantai tue) sebagai wang perlindungan – Macam Gangster sekarang nie ler.

Ok Jumpe lagi.
Michael Sheen membawa watak Lucian Wira Lycans
Rhona Mitra sebagai Sonja Anak Viktor

Viktor - Bill Nighty
Raja Vampire



Saturday, January 3, 2009

Tuanku Muhriz The 11th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan


My Self - Pouring scanted water on the tomb of Yam Tuan of Negeri Sembilan during my visit to Seri Menanti Royal Mausoleum in the mid of 90’s.



Please Click Picture To Enlarge

Malaysian’s were upset with the news of DYMM Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Died at Tuanku Jaafar Hospital at 12:45 hrs on December 27, 2008 after complaining of dizziness and chest pains. I just put my self into them and I knew what is happening………how to feel when you lost someone that you love. It’s really hurt……. What a great loss. AL-FATIHAH to Al-MArhum Tuanku Ja'afar.

I was wondering who is going to be the successor of Pagar Ruyoung Dynasty because Negeri Sembilan is the only state in Malaysia which doesn’t have a title of Crown Prince - Raja Muda or Putera Mahkota. Tengku Naquiyuddin is only one in my mind to succeed Tuanku Ja'afar but when I red in the news paper on December 29, 2008 there is another 3 candidates in line to the throne – the Four Royal Princes (Putera Yang Empat) which is heir to the throne comprise of Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz Tuanku Munawir, Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja’afar and Tunku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Tuanku Ja’afar.

The first time I saw Tuanku Muhriz name, I was confuse and wondering who is this fellow, because all of this time I was totally wrong, I though the late of 9th Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Munawir don’t have any children. And I can feel something will change, it's not going to be as it is.

By the way, the appointment of the Negri Sembilan ruler is different from that in other states. On the death of a ruler, the Dato’ Undang Yang Empat or the “Four Law Givers” would elect the next ruler in a unique selection method from amongst the Royal Prince holding the title of Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laksamana, Tunku Panglima Besar and Tunku Muda Serting. Frankly speaking, I’m not aware of this selection method (adat istiadat) of Yam Tuan Besar of Negeri Sembilan.

The Undangs namely Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu and Undang Luak Rembau together with the Tunku Besar Tampin held a conference behind close door to make the selection on Disember 28, 2008. The official announcement was made by the Datuk Undang Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak at the Balairong Seri at Istana Besar Sri Menanti at 3.45pm on Disember 29, 2008 before the remains of late Tuanku Ja'afar depart to Seri Menanti Royal Mausoleum.

Actually, Tuanku Muhriz was passed over when his father Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman died as he was deemed to be too young at the age of 18 and his uncle, Tuanku Ja'afar was choosen to succeed him instead.

Born on 14th January 1948, Tuanku received his early education at Sekolah Menengah King George V in Seremban and continued at the Aldenhem School in Britain. Tuanku Muhriz obtained his LLB from the University College of Wales, Aberystwyth, Britain. Tuanku Muhriz is a businessman and a director of Bangkok Bank.

Tuanku Muhriz married to Tengku Datuk Aishah Rohani, daughter of Tengku Seri Utama Raja Tengku Besar Mahmud ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin of Terengganu by his second wife, Y. Bhg. To’ Puan Hajjah Zainun Mariam binti Haji Su Mahmud, daughter of Haji Su Mahmud bin Dato’ Sri Amar Di-Raja Haji Ngah Muhammad. They were blessed with three sons, Tunku Ali Redhauddin 31 - Director of Investment at Khazanah Nasional Berhad, Tunku Zain Al-Abidin 26 - Director and Head of Project to Advance Democratic Institutions (PADI) and also columnist in The Sun and youth weekly Malaysia Today. and Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Rumours said, Tuanku Jaafar's family are said to be devastated with the decision of the Undangs to select Tuanku Muhriz over Tunku Naquiyuddin. They too had several powerful politicians in their corner but the Undang's were not willing to be swayed.

Tuanku Muhriz is the only son out of 6 siblings of Al-Marhum Tuanku Munawir by his wife Tuanku Ampuan Durah Ibni Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Ampuan Durah is a grand daughter of Tuanku Antah, the 6th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan and Daughter of Tunku Besar Burhanuddin by his 1st wife.

There is something unique about Tunuku Burhanuddin which some of us not aware of it. Tengku Besar Burhanuddin is a second son of DYMM Tuanku Antah ibni Al-Marhum Tuanku Nasiruddin, the 6th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan by his wife Cik Puan Besar Halimah. He was conferred with title Tunku Besar Seri Menanti means an heir to the throne. Born in 22nd September 1878 at Seri Menanti and died at Istana Baroh, Seri Menanti on 15th July 1961 and buried at Bukit Serajin Royal Mausoleum.

Tunku Halim Tunku Abdullah in his book Tunku Abdullah A Passion For Life describe Tunku Besar Burhanuddin as “a man as fierce and domineering as Tuanku Muhammad” and also wrote “In 1921, Tunku Abdullah Turn four. His father, than thirty-three, decided to re-marry and his bride, Tunku Kurshiah, was eighteen. This marriage was much encourage by his uncle Tunku Burhanuddin, for two reasons. Firstly, she was of royal standing and, as the intended heir , this would invariably assist Tunku Abdul Rahman’s ascension to the throne. The second reason was more personal – the bride was his daughter.

Firstly married in 1907 with YM Sharifah Alawiyah binti Syed Abdul Hamid (1889 - 18th August 1949) at Seri Menanti. She is the eldest daughter of Syed Abdul Hamid and YM Tunku Ambong Bahiya binti Tunku Besar Daud, daughter of YAM Tunku Daud ibni Al-Marhum Tuanku Nasiruddin. Died at Istana Baroh and burried at Bukit Serajin Royal Mausoleum.

Second married in 1911 with YM Cik Halijah binti Haji Umar (ca. 1884 - 2nd October 1968). Died at Istana Baroh and burried at Bukit Serajin Royal Mausoleum.

They were blessed with nine sons and seven daughters. The most popular in Royal House of Negeri Sembilan is :-

2nd daughter - Tunku Kursiah (daughter of YM Sharifah Alawiyah) Consort of His Royal Highness Tuanku Abdul Rahman the 8th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan and His Majesty the 1st Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong of Malaysia. She was conferred the title Her Royal Highness Tuanku Ampuan Besar of Negeri Sembilan (25/04/1934 – 01/04/1960) and Her Majesty Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (30/08/1957 – 01/04/1960)

5th daughter - Tunku Durah (daughter of YM Sharifah Alawiyah) Consort of His Royal Higness Tuanku Munawir the 9th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan. She was conferred with title Her Royal Highness Tuanku Ampuan of Negeri Sembilan (17/04/1961 – 14/04/1967)

6th daughter - Tunku Najihah (daughter of YM Che Halijah) Consort of His Roal Highness Tuanku Ja'afar the 10th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan and His Majesty the 10th Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia. She was conferred with title Her Royal Highness Tuanku Ampuan of Negeri Sembilan (08/04/1968 – 27/12/2008) and Her Majesty Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (26/04/1994 – 25/04/1999).

On the demise of Tuanku Ja'afar, it's look like the end of the era of Tunku Besar Burhanuddin descendants as a Queen Consort to Negeri Sembilan Ruler since April 21, 1934. BUT it’s not the end of it, the legacy continued with his grand son announced as 11th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan. By the way, All the potential heirs to the throne of Negeri Sembilan refer to the Four Royal Princes (Putera Yang Ampat) are his grand son - Son of Tuanku Durah and Tuanku Najihah. Whoever choose by Undangs is not a big deal. I really respect of this Tunku and it reminds me to Her Majesty Queen Victoria of England who marring her daughter with some of European ruler. If Tunku still alive, I believe he is the happier man I ever known in this world.

The other siblings of Tuanku Muhriz are :-

YAM Tunku Munawirah (16/06/943 – 09/10/1991). Birth at Istana Besar, Seri Menanti, died at Universiti Hospital, PJ and burried at Seri Menanti Royal Mausoleum. Married with Kelantan Royal Family, YM Tengku Noone Aziz bin Tengku Mahmud (17/12/1938 – 02/08/2002) son of YBM Tengku Mahmud ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV. They were blessed with 3 sons - Tengku Muadzam Sadruddin, married with Pn Anizah binti Baharuddin. He has issue, two sons - Tengku Amran Sharif (27th February 2004) and Tengku Amir Mahmud (20th November 2005), Tengku Munawir Islahuddin and Tengku Muamir Izzuddin.

YAM Tengku Puan Sharif Bendahara Tunku Mudziah, (22nd August 1944 - 14th September 2004) Birth at Seri Menanti, died at National Heart Institute (IJN), Kuala Lumpur and burried at Bukit Serajin Royal Mausoleum. Married on 08th March 1969 to Tengku Syed Bendahara of Perlis, YAM Datuk Seri Di-Raja Syed Badarudin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, 2nd son of the late Raja of Perlis. They were blessed with 1 son and 3 daughters - Sharifah Basma Alawiyah, Syed Mashafuddin, Sharifah Bahiyah Ablah and Sharifah Bashirah Asma.

YAM Tunku Datin Anne Dakhlah (29th August 1951). Birth at Kuala Pilah. Married to YBhg Dato' Abdul Malik bin Tan Sri Shaikh Abu Bakar. They were blessed with 3 daghters - Siti Mazeera, Siti Mazlin & Siti Mazlynda.

YAM Tunku Deborah (08th March 1953). Birth at Kuala Pilah. Married to En Fuad bin Abdul Rahman. They were blessed with two daughters.

YAM Tunku Deannah (22 November 1954). Birth at Kuala Pilah. Married to YM Tengku Amran bin Tunku Muhammad Yusuf (12th May 1950) on 10th August 1974. Tengku Amran is a Grand Children of Y.A.M. Tunku Nambul bin Tunku Abdullah, the 5th Yang di-Pertuan Muda of Jelebu. They were blessed with 3 daughters -Tengku Amera Nafisah (30th September 1976), Tengku Nadia Azrina (21st March 1979) and Tengku Dahira Azirah (06th March 1983).

Congratulation to DYMM Tuanku Muhriz , May Good Bless You and The Royal Family of Negeri Sembilan.

DIRGAHAYU TUANKU.

DAULAT TUANKU….. DAULAT TUANKU….. DAULAT TUANKU

Thursday, September 27, 2007

Maharum Bugis Syah Royal Crest

Persamaan Masjid Zahir & Masjid Aziz

Masjid Zahir

Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas kegigihan Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak Masjid ini merupakan tanah perkuburan wira-wira Negeri Kedah yang telah gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari serangan Siam sekitar tahun 1821. Rekabentuk Masjid ini adalah diilhamkan dari Masjid Aziz, Bandar Langkat, Sumetera Utara. Lima buah kubah utama menghiasi Masjid ini melambang lima rukun islam. Masjid ini di rasmikan pada hari Jumaat 15 Oktober 1915 bersamaan 06 Zulhijjah 1333 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halinm Shah dimana baginda sendiri mengimamkan solat jumaat pada hari berkenaan manakala YTM Tunku Mahmud membacakan khutubah Jumaat.

Masjid Aziz
Masjid ini didirikan diatas tanah seluas 18,000 meter persegi dan dibina semasa pemerintahan KDYMM Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah, Sultan Langkat ke-7 (1897-1927). Masjid ini disiapkan dalam tempoh 18 bulan sahaja dengan kos RM200,000.00. Pada masa ini ekonomi Kesultanan Langkat begitu pesat membangun hasil daripada pendapatan minyak dan penanaman tembakau di era Hindia Belanda. Bangunan utamanya menerapkan rekabentuk Timur Tengah dan India dengan lebih dari sembilan buah kubah. Di dalamnya terdapat bangunan bersegi sembilan dengan tiang menjulang ke atas. Tempat khatib berkhutbah berbentuk mihrab berundak yang cukup tinggi seperti pelaminan raja.

Syah pun tak tahu bagaimana boleh berlakunya persamaan ini. MUNGKIN kerana hasil dari ikatan perkahwinan diantara Kerabat DiRaja Kedah dengan Sultan Langkat seperti kisah dibawah nie.


Isteri pertama Tuanku Sultan, Tengku Mahsuri Tengku Alautiah binti Raja Muda Tengku Sulaiman dari Kerabat Diraja Deli telah mangkat pada di Tanjung Pura, Langkat pada 31/10/1897. Sebagai pengantinya pada Januari 1898, Sultan Abdul Aziz telah berkahwin dengan YTM Tengku Aisha binti Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II kemudianya ditabalkan dengan gelaran Tengku Permaisuri. Tengku Permaisuri merupakan puteri Sultan Kedah Ke-24 dari bondanya YTM Tengku Miriam binti Tengku Ziauddin atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin.


Interior Masjid Zahir

Pintu Gerbang Masjid Zahir
Masjid Zahir

Kubah Masjid Aziz, Langkat, Indonesia

Masjid Aziz, Pandangan luar


Mimbar Masjid Zahir

Mimbar Masjid Aziz
Mimbar Masjid Aziz

Masjid Aziz, Langkat, Indonesia


Masjid Zahir, Alor Star, Kedah, Malaysia


DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-21
























KDYMM Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah ibni Al-Marhum Sultan Haji Musa Al-Khalid Al-Mu'azzam Shah (1897-1927), Sultan Langkat ke-7

Thursday, December 28, 2006

MAKAM DIRAJA LANGGAR, KEDAH DARUL AMAN

Pada penghujung tahun 2006, 15 - 18 Disember aku mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti rehat tahunan ke kawasan Utara. Distinasi pilihan adalah Pulau Pinang dan Kedah. Di Pulau Pinang aku menginap di City Bayview, Georghtown manakala di Kedah Hotel Seri Malaysia menjadi sasaran aku coz murah.... Ahaks............. Dari Kuala Lumpur aku bertolak dengan AEL67 bersama Azrin kemudiannya Faiz di Penang.
Di Butterworth aku sempat berjumpa kawan baik aku semasa bertugas di Kuala Lumpur dahulu, Norhayati Yusof, sudah beberapa tahun saya tidak berjumpa beliau hanya bercakap melalui telefon sahaja. Hilang juga rasa rindu sebagai seorang sahabat.
Di Kedah, macam biasalah aku menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi hobi yang berhubungkait dengan raja-raja. Apalagi tempat yang aku ingin kunjungi adalah Makam DiRaja Langgar. Aku juga melawat Masjid Zahir, Balai Nobat dan Balai Besar. Sayang seribu kali sayang, aku tak ada rezeki melawat Istana Pelamin (Muzium DiRaja) kerana kerja-kerja ubahsuai sedang giat dilaksanakan. Hemmm........ Awat lah hang nieee bila aku mai sini baru tulah hang nak buat renovation nor.....
Disini aku ingin berkongsi pengalaman semasa lawatan ke Makam DiRaja Langgar, Kedah Darul Aman melalui gambar-gambar yang diambil.


Makam Al-Marhumah KDYMM Tuanku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Sultanah Negeri Keah Darul Aman. Baginda mangkat pada 27 Ogos 2003. Baginda merupakan puteri kepada Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan dan KDYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pertama. Dengan kemangkatan ini, Baginda Sultan menabalkan isteri kedua baginda, sebagai Sultanah Kedah dengan gelaran KDYMM Sultanah Haminah Hamidun. Sehingga tarikh lawatan saya ke Makam DiRaja tiada sebarang binaan didirikan untuk makam baginda Al-Marhumah.
Makam Tengku Kasim ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Tengku Laksamana Kedah. 11/12/1894 - 23/12/1974.

Potrait KDYMM Al-Marhum Sultan Badlisyah ibni Al-MArhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Baginda mangkat pada 13 Julai 1958.

Gambar atas menunjukkan bentuk batu nisan Al-Marhum manakala gambar bawah memperlihatkan binaan kesuluruhan makam.


Gambar atas dan bawah : YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama selepas kemerdekaan pada tahun 1957 mulai 31/08/1957 sehingga 22/09/1970. Tunku diputrakan di Istana Tiga Tingkat atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak lelaki ke 7 dan anak ke 20 bagi KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah dengan isteri baginda bernama Che Manjalara binti Long Naraburi Rak, anak seorang Pegawai Daerah Thailand. Semasa kelahiran Tunku, Kekandanya Sultan Badlisyah (ketika itu Tunku Badlisyah) baru berusia 30 tahun.

Tunku mula melanjutkan pelajarannya ke Luar Negara seawal umur 10 tahun di Bangkok dan pada usia 16 tahun beliau dihantar ke England untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Disebabkan peperangan dan perkara yang tidak dapat dielakkan Tunku terpaksa berulang-alik ke England untuk menghabiskan pengajiannya sehingga tahun 1949.

Tunku berkahwin dengan Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas itu, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Ekoran dari peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan sebarang wanita Inggeris. Pemangku Raja Kedah ketika itu menitahkan agar Tunku menceraikan Violet.
Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh dan perkahwinan ini direstui kerana beliau berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Perkahwinan ini tidak dikurniakan sebarang cahayamata lantas mereka mengambil empat orang anak angkat. Telah dipercayai bahawa Tunku berkahwin sekurang-kurangnya empat kali. Beliau juga berkahwin dengan Leela Murugesu, seorang guru India.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 di Kuala Lumpur, dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah dengan penuh adat istiadat penghormatan Negara.


KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah ibni Al-MArhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah. Mangkat pada 08 Jamidulawal 1362H bersamaan 13/05/1943.

Makam Al-Marhum KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Gambar atas menunjukkan Batu Nisan Al-Marhum manakala gambar dibawah menunjukkan binaan makam berkenaan.


Makam Al-Marhumah Sharifah Seha binti Syed Hussin. Isteri kepada KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Mangkat pada 10/07/1940.

Makam Sharifah Fatimah binti Syed Idrus. Isteri KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Mangkat pada 08/09/1949.

Makam Che Manjalara binti Long Naraburi Rak. Bonda YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Mangkat pada 23/04/1941.

Makam YM Tengku Sofiah binti Tengku Mahmud. Isteri Tengku Badlisyah. Mangkat pada 28/02/1935

Makam DYMM Tengku Mahmud Ibni Muazam Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah. Regent Negeri Kedah. Mangkat pada 01 Ramadhan 1356H jam 05:45am

Makam YM Tengku Ibrahim ibni Al-Marhum Muazam Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Regent Kerajaan Negeri Kedah

Makam YTM Tengku Muhamad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Raja Muda Kedah

Makam Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Perdana Menteri Malaysia 1.

Makam Che Mariam. Isteri Perdana Menteri 1, Mangkat 25/07/1352H

Makam Al-Marhumah Tun Syarifah Rodziah Syed Alwi Barkabah. Isteri Perdana Menteri Malaysia 1. Mangkat pada 12/03/2000

Makam YTM Tunku Sarina binti Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah Mangkat 31 Ogos 1991