Tuesday, December 18, 2012

Putera Hisahito Akan Memulakan Alam Persekolahan Pada April 2013

18.12.2012,  Agensi Istana Diraja Jepun memaklumkan bahawa pewaris ketiga tahta Chrysanthemum, Prince Hisahito dilaporkan akan memasuki sekolah rendah  bermula April 2013.  Prince Hisahito yang berusia 6 tahun akan memasuki Sekolah Rendah Universiti Ochanomizu sebuah sekolah rendah di Tokyo yang bergabung  dengan Universiti Ochanomizu.  Selepas perang dunia kedua, kebiasaannya setiap anggota keluarga diraja akan bersekolah di Sekolah Rendah Gakushuin di Tokyo tetapi Putera Hisahito telah memecah tradisi ini. Sekolah ini dipilih kerana beliau mendapat pendidikan pra sekolah di sekolah berkenaan semenjak musim bunga 2010 lagi. Dengan ini beliau juga akan dapat belajar bersama-sama dengan kawan-kawannya semasa menuntut di pra sekolah tersebut.  Pada Jumaat lepas bersamaan 14.12.2012 pihak sekolah telah mengesahkan kemasukan Prince Hisahito setelah berjaya dalam ujian kelayakan berdasarkan pemerhatian tingkah laku yang diadakan selama dua hari di sekolah berkenaan.

Prince Hisahito merupakan anak kepada adik Putera Mahkota Jepun, Prince Akishino dan isterinya Princess Kiko.  Prince Hisahito menjadi pewaris ketiga tahta Chrysanthemum selepas Putera Makhota Jepun dan Ayahandanya Prince Akishino.  Putera Mahkota Naruhito tidak mempunyai zuriat lelaki hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja iaitu Princess Aiko yang kini berumur 11 tahun.

Sumber :- The Japan TImes Online

Monday, December 17, 2012

Gunting Rambut

17.12.2012, Isnin - Semalam Syah ke Sungai Wang Plaza macam biasa untuk gunting rambut sebab rambut sudah panjang dan lari dari bentuk asalnya ala..............  bak kata orang untuk mengekalkan gaya.  Beberapa bulan kebelakangan ini, Syah selesa dengan style nie.  Syah keluar dari Rawang Residence jam 10:00hrs dan balik semula macam hari kerja biasa iaitu sebelum Insyak.  On the way ke BB masa dalam bas nampak anak saudara Syah Haziq dan Firdaus.  Lepas gunting rambut Syah solat Zohor  di Bukit Bintang Plaza dan kemudiannya ke KLCC naik bas Go KL yang percuma tu.  Tak sangka kat BB Plaza tu ada surau, selama nie ingatkan tak ada.  Suraunya di tingkat atas. Sampai KLCC Syah Solat Asar sebelum ke Rasa Food Court untuk dinner.  Malam nie terlebih makan pula seperti dalam gambar tu.  

Meehon sup tu tak habis mungkin kenyang sebab menunya banyak dari biasa kot? Ok lah semua sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya dan Syah hendak sambung kerja coz sudah hampir jam dua petang.  Byeeeeeeeeeee.............

Anda Dijemput Menghadiri Majlis Sambutan Pemain Malaysia ke pasukan Johor dan Sidang Media Khas Tunku Mahkota Johor

17.12.2012, Isnin - Ini adalah berita baik bagi peminat bolasepak negara terutamanya orang-orang Johor.  Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menjemput peminat setia pasukan bolasepak Johor untuk menghadiri majlis sambutan pemain Malaysia ke pasukan Johor dan Sidang Media Khas Tunku Mahkota Johor.  Majlis akan diadakan pada hari ini 17.12.2012 jam 15:00hrs di Hotel Thistle, Johor Baharu.  Sempat lagi nie pada yang berminat untuk menghadirinya.  Sila hubungi pihak pengurusan Johor Fan Club,  Encik Ghazali (017-7234574) / Azmin (019-7642422) untuk maklumat lanjut.

Sumber :  Kesultanan Johor

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Makan Malam Gala 'Red Tee Golf Invitation 2012

17.12.2012, Isnin - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri Majis Makan Mala Gala 'Red Tee Golf Invitation 2012'. Dalam majlis ini juga Tuanku Hajah Haminah telah menerima piala kerana menjadi Juara Keseluruhan 'Red Tee Golf Invitation 2012'.  Kelihatan Tuanku Hajah Haminah sedang menerima piala berkenaan daripada Menteri Pelancungan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sambil diperahatikan oleh Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia, YAM Tunku Puteri Datuk Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Jaafar.

Sumber :- Bernama

Sunday, December 16, 2012

Aktiviti Semalam dan Hari Ini

16.12.2012, Ahad - Pagi nie Syah basuh lagi pakaian tetapi cuaca macam semalam juga, mendung sahaja.  Ingatkan hendak ke KL gunting rambut hari nie, tengoklah macam mana.  Semalam Syah ke Kepong Central sebab setiap kali lalu stesyen KTM Kepong Sentral tu Syah nampak macam ada shopping complek dan ingatkah hendak jalan-jalan kat sana petang semalam.  Walau bagaimanapun hampa sangat sebab shopping complex tu macam tempat yang dah ditinggalkan, hanya ada beberapa buah kedai sahaja. Frustrated  betul rasanya dan nak ketawapun ada sebab tak sangka tempat tu jadi macam itew?........ lalu Syah ambil keputusan ke Pasar Malam Jalan TAR dan turun di KTM Bank Negara.  Sempat Solat Asar kat surau KTM sebelum ke pasar malam.  

Hampir jam 18:30hrs Syah balik semula ke Rawang.  Malam tadi Syah makan Mee Segera sahaja campur sayur serta makan buah dan kuih yang Syah beli kat pasar malam. Gambar nie Syah ambil masa di Pekan Rawang on the way ke bas stop.  Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ........... Byeeeeeeeeee

Saturday, December 15, 2012

Nik Aziz Hadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal

15.12.2012, Sabtu - Pada Sabtu lepas bersamaan 08 Disember telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali Ke XIV Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan. Mesyuarat yang bermula sekitar jam 09:00hrs  ini diadakan di Hotel New Pacific, Kota Baharu, Kelantan.  Mesyuarat ini dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Mulia Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan merangkap Penasihat Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan. 

Yang Amat Berhormat Mulia Menteri Besar Kelantan merupakan keturunan Raja Jembal. Mengikut cerita orang dulu-dulu, keturuna  Raja Jembal dilarang memakan rebung buluh betong.  Jika dimakan jua, satu penyakit ganjil seakan kudis besar akan tumbuh diseluruh badan mereka untuk jangkamasa yang panjang, Wallahualam............ 

Walaupun pada suatu ketika dahulu keturunan Raja Jembal ini semakin merosot ketuanannya dan mengalamin zaman kegelapan tetapi ianya berubah setelah kelahiran Raja Banjar iaitu datuk kepada Nik Aziz.  Kelahirannya bukan untuk merebut kembali tahta pemerintahan Kelantan tetapi mengembangkan ajaran Islam melalui dakwah kepada masyarakat. Legasi ini diteruskan oleh anaknya Raja Mohamad atau Nik Mat Alim sebagai seorang ulama tersohor dan sekarang ini diteruskan oleh anak Raja Mohamad atau Nik Mat Alim iaitu tak lain tak bukan Yang Amat Berhormat Mulia Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Sumber :- Khai Nor / Biogafi Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz.

Pusara Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah Telah Siap Dibina

15.12.2012, Jumaat - Semalam Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan seperti biasa jika kesana Syah tak akan lupa ziarah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhumah yang bersemadi di makam ini.  Shukur Alhamdulillah binaan pusara Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hamzah Abu Samah telah hampir siap dibina.  Struktur binaan telah siap cuma batu nisannya sahaja belum dinaikkan.  Syah ambil gambar nie selepas Solat Jumaat dan Syah lihat ada beberapa orang ahli keluarga Allahyarham berada di pusara berkenaan.  Mungkin mereka menunggu untuk upacara menaikkan batu nisan agaknya.  Syah tak sempat hendak bertanya sebab bergesas hendak pulang kepejabat.

Allahyarham dilahirkan pada 05 Januari 1924 dan meninggal dunia pada 04 September 2012. Kebiasaannya orang Melayu akan memasang tanda seperti nisan/binaan diatas kubur selepas 100 hari jenazah dikebumikan.  Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua dalam usia 88 tahun dikediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 15:30hrs 04.09.2012 dan dikebumikan pada keesokan harinya dengan diberi penghormatan negara dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Ini adalah gambar kubur Allahyarham selepas istiadat pengkebumian negara dan Syah tak sempat ziarah jenazah Allahyarham dan menghadiri pengkebumian ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Syah sempat melawat pusara Allahyarham semasa Solat Jumaat dan mengambil gambar ini pada 07.09.2012 iaitu iaitu empat hari selepas Allahyarham dikebumikan.  Apabila melawat ke Makam Pahlawan, Syah selalu bertanya kepada pekerja di Makam Pahlawan bila pusara Allahyarham akan dipasang dan mereka tak ada maklumat berhubung perkara ini.  Bertuah rasanya dapat melihat pusara ini ketika ianya baru siap dibina.

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Makan Malam Olyampian Ke-20

15.12.2012, Sabtu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku  Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan menghadiri Majlis Makan Malam Olyampian ke-20.  Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semenjak tahun 1993 untuk mengiktiraf pencapaian atlet lelaki dan wanita negara.

Pada tahun ini Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak melalui acara badminton persorangan lelaki dalam Sukan Olimpik London 2012 Julai lepas telah terpilih  untuk menerima Anugerah Olympian Malaysia 2012 bagi kategori lelaki manakala kategori wanita dimiliki oleh ratu terjun negara Pandelela Rinong yang memenangi pingat Gangsa menerusi acara 10 meter platform dalam Olimpik London 2012.  Pingat dan wang tunai berjumlah RM10,000.00 telah disampaikan oleh Tuanku Abdul Halim kepada kedua-dua atlet berkenaan.

Turut serta dalam majlis ini adalah Presiden Majlis Olimpik Malaysia, YAM Tunku Muda Serting Tan Sri Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Sumber :- Bernama


Friday, December 14, 2012

Tengku Abdulah Kurniakan DIMP Kepada 173 Penerima

14.12.2012, Jumaat -  Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  telah berkenan menghadiri majlis Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena Hari Keputeraan ke--84 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Majlis diadakan di Balairong Seri Istana Abu Bakar di Bandar Diraja Pekan, Pahang.  Pada hari ini seramai 173 orang menerima anugerah DIMP yang membawa gelaran Dato'.  Kelihatan Tengku Abdullah mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said.

Sumber :- Bernama

Hospital Keluang Kini Dikenali Sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom

14.12.2012, Jumaat - Hospital Kluang, Johor kini telah diberi nama baru sempena mengambil nama Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah. Pada 12.12.2012 lepas telah diadakan satu Majlis Perasmian Pengisytiharan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom oleh Bonda Tuanku Ibrahim sendiri.  Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Tengku Puan Panglima Diraja Selangor Tunku Kamariah Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim. 

Hospital ini mula beroperasi pada 30 Disember tahun lepas bagi menggantikan Hospital Kluang yang lama berusia 80 tahun dengan kos pembinaan sebanyak RM390 Juta  di atas tapak seluas 16 hektar.  Hospital ini didatangkan dengan 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggota.  Seramai 789 anggota kesihatan bertugas di hospital ini yang terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan teknikal.  

Diantara perkhidmatan yang diberikan di hospital ini adalah unit rawatan pesakit luar yang melitupi kelinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis, bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.  Selepas majlis Perasmian, YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom telah dibawa melawat wad dan pameran yang diadakan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom sempena majlis perasmian pengisytiharan hospital ini.

Sumber :- Kesultanan Johor / Bernama

Salam Pagi JumaatnSemua

14.12.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua dan apa khabar anda pagi nie? Perjalanan kepejabat hari nie berjalan lancar dan tiba agak awal sedikit dari biasa walaupun bas agak lambat sampai hari nie tetapi driver ganti bawa laju dan sempat naik komuter jam 07:00hrs dan komuter pula jalan lancar tanpa berhenti lama disatu-satu stesyen atau landasan.  Keadaan sakit dalam perut Syah tu semakin ok tetapi ada masa-masanya terasa sakit sedikit.  Tengoklah macam mana nanti jika berlarutan sakitnya Syah buat pemeriksaan dikelinik. Pagi nie breakfast macam biasa cuma pagi nie dalam cereal tu Syah campurkan buah orange.  By the way pada kaum Adam jangan lupa Solat Jumaat hari nie yer .........  Insyallah gerak hati hendak solat di Masjid Negara hari nie tetapi jika keadaan cuaca tak mengizinkan Syah solat Jumaat di Menara TM sahaja. Oklah semua Syah hendak sambung tugas dan hingga berjumpa lagi dilain entry. 

Thursday, December 13, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal-Bakal Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara

13.12.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal-Bakal Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara.  Istiadat diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyerahkan watikah perlantikan Ketua Perwakilan Malaysia ke luar Negara kepada Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Tajul Aman Mohammad.

Sumber :- Bernama

Prince William Keseorangan

13.12.2012, Khamis - Malam semalam Duke of Cambridge, Prince William yang telah dijemput sebagai tetamu undangan khas bagi menghadiri Tayangan Perdana dan Majlis Amal filem The Hobbit  di Licester Square, London kelihatan bersorangan tanpa isteri tersayang Duchess of Cambridge atau lebih dikenali dengan pangillan Kate.  Beliau terpaksa meninggalkan isterinya kerana masalah morning sikness atau alahan/pembawakaan budak yang kronik. Keberangkatan tiba Prince William disambut dengan hamparan karpet hijau oleh Pengurus Besar panggung berkenaan, Tessa Street.  Pada malam Sabtu lepas, Prince William yang menghadiri Centerpoint Winter White's Gala tanpa Kate sempat memberi komen dan bergurau mengenai keadaan isterinya dengan berkata "Saya tidak tahu mengapa mereka memanggilnya morning sickness - mereka sepatutnya menyebut all day and night sickness."  Kebelakangan ini Prince William kelihatan berseorangan tanpa ditemani oleh Kate dalam acara-acara rasmi kerana masalah "pembawakan budak" ini.  

Kate menghadapi masalah "Hyperemesis Gravidarun" dimana pengidapnya akan muntah secara berpanjangan dan tidak boleh dikawal.  Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan air dalam badan yang membawa kepada kekeringan (dehydrated) yang teruk dan boleh mengakibatkan penurunan berat badan. Pada 03.12.2012 lepas beliau dimasukkan ke Hospital King Edward VII untuk mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang pada 06.12.2012.  Kini beliau sedang berehat dikediaman rasminya di Istana Kensington. Alahan/pembawakaan budak seperti ini dihidapi oleh tiga daripada seribu orang wanita mengandung dan juga ada kalanya dikaitkan dengan kehamilan bayi perempuan.

Sumber :- Royaltynu

Wednesday, December 12, 2012

Dalam Perut Syah Sakit

12.12.2012, Rabu - Sekarang jam 20:22hrs dan hujan lebat mula turun sekarang nie di Rawang Residence. Daripagi tadi sampai sekarang ada masanya dalam perut sebelah kiri Syah rasa sakit. Sakit tu dari perut membawa kebawah hingga ke testis Syah. Ada masanya bila tekan bahagian perut akan rasa sakit ada masanya tak. Kadang kala kalau pegang perut ada masa-masanya akan sendawa. Pernah juga jadi macam nie dulu tetapi sekejap sahaja tetapi kali nie dari pagi tadi rasa tu kejap ada kejap tak ada.  Tak tahulah mengapa........  Hehehehe ada-ada sahaja sakitnya kan.  Tak apalah dugaan dari Allah dan mungkin ada kebaikan disebaliknya.  Minta-minta oklah tu nanti. Doakan Syah sihat yer semua ......... Amin.

By the way hari nie busy sangat exspecially pagi tadi ada account briefing untuk proses penutupan akaun 2012 di TM Convention Center dari jam 09:00hrs hingga jam 13:00hrs.  balik dari briefing Syah beli lunch dengan menu biasa Syah tu.  Kemudian uruskan perolehan Towers Watson International dan Petty Cash.  Untuk mudahkan kerja dalam hujan Syah jumpa vendor F&B untuk buat payment sebab nak segerakan petty cash recoupment memandangkan   last submission untuk dokumen pada 19 Disember nie. Petang tadi juga ajen insuran Syah, Saidah datang ambil bill yang Syah hendak claim dengan pihak insurance semasa mendapatkan rawatan di Assunta lepas operation pertama hari tu.  Tengoklah berapa yang Insurance boleh bayar balik dari bill dari berjumlah RM490.30 tu.  Kalau dapat shukur alhamdulillah dan kalau tak dapatpun shukur alhamdulilah juga.

Ok lah semua Syah nak rehat nie coz dah dua kali rumah Syah trip.  Biasalah kalau hujan selalu tak ada elektrik dan Syah kena onkan semula, macam ada yang tak kena dengan wiring rumah nie kot.  Syah takut wiring yang kontraktor Indon tu buat masa renovation luar rumah Syah hari tu ada problem kot? Tapi dulu kalau guruh selalu automatik tu jatuh tetapi sekarang nie taklah kuat sangat guruh tetapi automatik tu jatuh juga. Masa buat Entry nie tengah bergelap dan sekarang Syah nak onkan automatik tu semula. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry............ Selamat Malam

Tuanku Ahmad Shah Hadiri Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

12.12.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah telah berkenan menghadiri Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kelihatan Tuanku Ahmad Shah sedang melihat model hospital yang akan dibina awal tahun depan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.  Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Hospital ini akan dibina dan diuruskan oleh Penisular Medical Sdn Bhd (PMSB) melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta.  Hospital ini bernilai RM412.6 juta dan dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2015.  PMSB telah diberi konsesi pembinaan dan pengurusan hospital ini untuk tempoh 25 tahun.  Majlis menandatangani perjanjian konsesi Hospital Pengajar UIAM telah diadakan pada 26 September lepas diantara UIAM dan PMSB  di Hotel Merriott, Putrajaya.

Hospital ini akan menempatkan 300 katil dengan memberi ruang pengajaran kepada 735 mahasiswa.  Dengan terbinanya hospital ini, bukan sahaja memberi kemudahan pembelajaran kepada para pelajar perubatan UIAM tetapi juga akan memberi manfaat kepada penduduk Kuantan khasnya dan Pahang Amnya untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang moden dan terkini pada kos yang mampu dibiayai oleh semua peringkat masyarakat.

Sumber:- Bernama/Utusan

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah Meninggal Dunia

12.12.2012, Rabu - Inna lillahwainna lillahirojiun.  Dukacita dimaklumkan bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah yang berusia 80 tahun telah meninggal dunia di Hospital Pakar Selayang malam tadi lebih kurang jam 20:30hrs. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.  Anak kelahiran Besut, Terengganu ini dilahirkan pada 15.04.1932 telah memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu selama 22 tahun mulai tahun 1989 hinggalah Allahyarham bersara pada tahun 2011 dan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Tengku Zahab Tengku Abdullah dan enam orang cahayamata terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.  Kelihatan Tengku Zahab sedang menyiran air mawar diatas kubur Allahyarham selepas jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kira.  Teringat Syah semasa kecil hingga dewasa setiap kali bermula Puasa dan pengistiharaan Hari Raya Allahyarhamlah orang yang akan membuat pengumuman di kaca TV. 

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah semuga kalian tabah dengan dugaan ini.  Marilah kita sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Al-Fatihah ...................

Sila Click Entry Syah berhubung Persaraan Allahyarham
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/01/penyimpan-mohor-besar-raja-raja-bersara.html


Sumber :- Kosmo/Bernama

Tuesday, December 11, 2012

Sultan Selangor Mencemar Duli Turun Dari Singahsana Untuk Sampaikan Pingat Kebesaran Kepada Seorang Atlet Paralempik

11.12.2012, Selasa - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke-67 tahun berlangsung hari ini di Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Dua atlet paralempik negara yang masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik London 2012 baru-baru ini telah diberi penghargaan oleh Tuanku Sultan Selangor. Pemenang Pingat Perak, Hasihin Senawi dan Pemenang pingat Gangsa Muhammad Ziyad Zolkefli menerima Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).  Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan telah berkenan mencemar duli turun dari Singahsana untuk menyampaikan pingat kepada Hasihin Senawi yang berkerusi roda. Hasihin yang berusia 29 tahun dalam kenyataannya hari ini berkata penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan Tuanku Sultan Selangor kepada Orang Kurang Upaya  atau OKU. Beliau amat terharu atas keperihatinan Tuanku Sultan Selangor yang sanggup turun dari singahsana untuk menganugerahkan pingat berkenaan kepada beliau.  Tambah beliau lagi pingat tersebut amat bernilai bagi dirinya kerana ini adalah pingat pertama yang diterimanya daripada seorang Raja Melayu.

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Malam Amal "The Royal Patron's Night" Yayasan Sultanah Bahiyah

11.12.2012, Selasa - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan menghadiri Majlis Santapan Malam Amal "The Royal Patron's Night" Yayasan Sultanah Bahiyah.  Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby ini adalah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-85 tahun pada 28 November lepas.  Majlis ini juga bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Yayasan meneruskan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan untuk tahun 2013.

Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan penaung bagi Yayasan ini telah berkenaan memotong kek hari keputeraan dan melancarkan bas unit derma darah bergerak yayasan yang diusahakan bersama Hospital Sultanah Bahiyah. Turut serta dalam majlis ini adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr  Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Dalam majlis ini juga Tunku Puteri Intan Shafinaz  telah menerima sumbangan sebanyak RM1.9 Juta hasil kutipan jualan meja untuk majlis ini yang telah diadakan semenjak pertengahan Oktober.  Tunku Puteri Intan Shafinaz dalam kenyataannya memaklumkan bahawa setiap tahun Yayasan membelanjakan sebanyak RM2 juta untuk menjayakan pelbagai program dan aktiviti kebajikan bagi rakyat Kedah termasuk program pendidikan dan kesihatan. Diantara projek yang berjaya dihasilkan adalah Titian Bistari iaitu program kelas tuisyen secara percuma yang telah dinikmati oleh 2,880 orang murid tahun 4,5 dan 6 di 24 buah pusat pembelajaran seluruh negeri Kedah.  Tambah beliau lagi, pusat hemodialisis kedua Yayasan Sultanah Bahiyah  telah ditubuhkan di Daerah Kulim dan akan beroperasi pada tahun hadapan. Pusat hemodialisis ini adalah hasil kerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Sumber :- Bernama

Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-67 Tahun

11.12.2012, Selasa  - Patik merafak sembah dan menjunjung kasih sembah tahniah kehadapan  Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan dan jajahan takluknya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke-67 tahun pada hari ini Selasa, 11 Disember 2012 bersamaan 27 Muharram 1434 Hijrah.


Sembah Takzim Daripada :-
Maharum Bugis Syah

Monday, December 10, 2012

Tak Sihat Malam Nie

10.12.2012, Isnin - Salam dan apa khabar semua.  Malam nie Syah rasa macam penat sangat dan sakit-sakit badan exspecially bahagian belakang Syah serta sakit kepala.  Pipi kanan Syah pula selalu tergigit bila makan dan sekarang nie sakit sebab luka tergitit.  Hehehe.. ada-ada jer kan?   Tak tahulah mengapa, selalu juga rasa macam nie.  Dalam train masa balik tadi Syah rasa letih dan tertidur. Malam nie Syah dinner dengan cereal+ susu sahaja sebab malas nak masak, tak larat.  Gambar nie Syah ambil pagi tadi on the way ke office dalam komuter. Esok Selangor cuti sempena Birthday Tuanku Sultan dan masalahnya kalau public holiday/Ahad bas biasanya lambat masuk, kadang-kala jam 08:00hrs baru sampai. Syah pula duduk Selangor kerja KL........... nasiblah esok macam mana.  Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ........ Byeeeeeeeeee.......

Sultan Pahang Hadiri Majlis Memperkenal dan Melancarkan Buku Biografi Rosmah Mansor

10.12.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Memperkenal dan Melancarkan  Buku Biografi Rosmah Mansor.  Buku biografi isteri Perdana Menteri ini didatangkan dalam 164 muka surat dan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia. Buku ini menceritakan pengalaman dan liku-liku kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor semenjak dari zaman kanak-kanak hingga kini. Majlis diadakan di Hotel Grand Hyatt di No. 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberikan cenderahati kepada Tuanku Ahmad Shah dalam majlis ini sambil diperhatikan oleh Sultanah Hajjah Kalsom, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia,   Shamsulbaharin Ludin.

Sumber :- Bernama/Utusan Online

Sunday, December 9, 2012

Cucunda Saudara Syah, Ainul Mardiah Bertandang Ke Rawang Residence

09.12.2012, Ahad - Tengahari tadi my sister Kak Long Zainab call Syah informed dia hendak bawa cucunda dia Ainul Mardiah, anakanda dia Hafis dan menantunya Intan yang masih dalam maternity leave datang ke Rawang Residence Syah. Mereka sampai selepas solat Zohor.  Gambar nie diambil didalam bilik tidur utama Syah. Sebelum nie jarang Syah keluarkan gambar bilik tidur Syah dalam blog, boleh tunjuk sket sahaja tau..... Insyallah next time kalau keadaan mengizinkan untuk bilik tu disiarkan dalam blog mengikut cerita yang sesuai, Syah akan tunjukkan but for the time being belum lagi.  Heheheheh...........  Kak Long, Hafis dan Intan Solat zohor kat sini.

Lepas Solat Kak Long ajak kami semua ke AEON Rawang untuk lunch dan dia minta Syah beli stock mineral water since mereka dah datang dan tak perlulah Syah bawa botol besar tu naik bas.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang stock air mineral 10 liter Syah hanya tinggal satu botol sahaja.  Sampai AEON Rawang Kak Long belanja kami makan Piza dan selepas makan kami window shopping sebelum masuk Jaya Jusco beli keperluan dapur Syah. Kami sampai Rawang Residence hampir Maghrib dan hari sudah hujan since di AEON Rawang lagi tadi.  Selepas tolong punggah barang Kak Long, Hafis, Intan  dan Ainul pun balik dan selepas Solat Insyak tadi Kak Long call informed dia sudah sampai rumah.

Inilah dia Cucunda Saudara Syah Ainul Mardiah.  Tomei tak ? Mestilah tomei macam Atuk Syah dia kan? Heheheh ........... Lebih baik masuk bakul angkat sendiri daripada suruh orang angkatkan ? Ahaks........

King Bhumibol Melawat Wat Anongkharam dan Taman Peringatan Princess Mother Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-85 Tahun

09.12.2012, Ahad - Pada hari Jumaat lepas His Royal Highness King Bhumibol  Adulyadej telah melawat kuil Wat Anongkharam dan Taman Peringatan Princess Mother yang terletak di daerah Klong San, Bangkok.  Lawatan ini sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-85 tahun pada 05 Disember lepas.  Baginda dan rombongan diraja kelihatan meninggalkan tempat persemayaman baginda di Bangunan Chalermphrakiat, Hospital Siriraj sekitar jam 15:00hrs untuk kelokasi berkenaan. Beribu-ribu warga Bangkok berbaris disepanjang jalan dengan berpakaian kuning bagi menyaksikan keberangkatan baginda. Setelah melawat Wat Anongkharam,  baginda dan rombongan melawat Taman Peringatan Princess Mother yang terletak Somdet Phraya Road yang terletak bersebelahan dengan Wat berkenaan.  Taman Peringatan ini dibuka oleh baginda sendiri pada 1997 dan merupakan tempat bonda baginda, Mendiang  HRH Princess Srinagarindra, the Princess Mother dilahir dan dibesarkan.     Asalnya kawasan ini dipunyai oleh pasangan Daeng dan Lek Nana dan telah disumbangkan kepada baginda dan kemudiannya baginda menyerahkannya kepada Chaipattana Foundation untuk diuruskan sebagai Taman Peringatan Princess Mother. Bangunan-banguna ditempat ini masih dikekalkan sebagai memento kepada Princess Mother.  Kelihatan baginda menikmati keindahan Taman Peringatan Princess Mother bersama anjing kesayangan baginda, Khun Thong Daeng.

Sumber :- The Bangkok Post / Wikipedia

Mendiang Jacinta Saldana Mangsa Panggilan Palsu Sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles

09.12.2012, Ahad - Inilah dia wajah mendiang Jacintha Saldanha, Jururawat berusia 46 tahun dari Hospital King Edward VII yang bertanggungjawab menyambungkan panggilan palsu 2 DJ dari Sydney's 2Day FM Station yang menyamar sebagai Baginda Queen Elzabeth II dan Prince Charles kepada jururawat di Wad yang merawat Duchess of Cambridge sehingga membawa kepada kebocoran maklumat mengenai tahap kesihatan Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Jacintha berketuruna India dan suaminya Benedict Barbonza atau dikenali sebagai Ben yang juga berketurunan India berusia 49 tahun dan bertugas dihospital yang sama sebagai Akauntant. Mendiang meninggalkan sepasang cahayamata,  Junal berusia 16 tahun dan Lisha 14 tahun. Mendiang merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan telah membahagikan masa diantara keluarga dan tugas.  Untuk memudahkan tugasnya, mendiang menginap dikauters hospital yang terletak berhampiran tempat kerjanya manakala keluarganya tinggal di rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh pasangan ini pada 2004 dengan harga 130,000.00 pound di Bristol.  Mendiang mendaftar sebagai jururawat pada 2003 dan berhijrah dari Mangalore, India 10 tahun yang lepas dan sebelum ini pernah bekhidmat di Timur Tengah. Mendiang berkhidmat di Hospital King Edward VII hampir empat tahun lebih. 

Suami Mendiang, Ben menyuarakan luahan hatinya dalam laman sosial facebooknya memaklumkan, 'I am devastated with the tragic loss of my beloved wife Jacintha in tragic circumstances, She will be laid to rest in Shirva, India. Manakala anak perempuan Mendiang, Lisha dalam laman sosial facebooknya memaklumkan ‘I miss you, I loveeee you.’   

Sebab-sebab kematian masih dalam siasatan tetapi kes ini disyaki sebagai membunuh diri.  Mayatnya masih lagi dalam siasatan polis dan hospital King Edward VII, manakala suami serta anak-anaknya masih belum lagi  dibenarkan melihat mayat Jacintha   dan mungkin akan diserahkan kepada keluarganya sebelum Isnin ini. Mayat Mendiang akan dibawa balik ke India untuk disemadikan. Jiran-jiran Mendiang menyifatkan beliau sebagai seorang wanita yang baik dan berbudi bahasa serta dikenali dengan panggilan sebagai "Nurse to The Queen" Jururawat kepada Baginda Queen kerana bertugas di hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain semenjak dari dahulu lagi. 

Kaum keluarga Mendiang di India merasa terkejut dan tidak menyangka perkara seperti ini terjadi kepada Mendiang. Ibu mertua Mendiang memaklumkan bahawa telah menjadi satu rutin kepada Mendiang untuk menghubungi beliau melalui telefon pada setiap hari Ahad tanpa gagal melakukannya. Walaupun sebab-sebab kematian Mendiang masih belum diketahui tetapi banyak pihak mengaitkan kematian Mendiang sebagai mangsa daripada panggilan palsu berkenaan. Rentetan peristiwa yang membawa kepada kematian Mendiang seperti berikut :-


  • Duchess of Cambridge atau dikenali sebagai Kate yang sedang hamil anak sulung dimasukkan  ke hospital berkenaan pada Isnin (03.12.2012) kerana menghadapi Hyperemesis Gravidarun iaitu alahan / pembawakaan budak yang serious dimana Kate mengalami muntah-muntah yang berterusan dan tidak boleh dikawal.  Anak yang bakal lahir ini tak kira lelaki mahupun perempuan telah menarik perhatian bukan sahaja pada rakyat Britain malahan diseluruh dunia sebagai pewaris ketiga tahta Britain.
  • Pada awal pagi Selasa (04.12.2012) Dua orang DJ, Mel Greig dan Michael Christian dari Sydney's 2Day FM Station telah membuat panggilan palsu ke hospital dengan menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles untuk mencungkil rahsia mengenai tahap kesihatan Kate.  Jacintha adalah jururawat yang bertanggungawab menerima panggilan tersebut dan menyambungkannya kepada jururawat yang bertugas di wad Kate ditempatkan. Status tahap kesihatan Kate telah dimaklumkan kepada dua DJ yang menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II  dan Prince Charles.
  • Sydney's 2Day FM Station telah memuat naik klip perbualan telefon berkenaan dalam laman web mereka dan dua DJ berkenaan begitu bangga dengan hasil kerja mereka yang dianggap berjaya sebelum orang lain mengatahui perkembangan kesihatan Kate.
  • Panggilan palsu ini telah memalukan pihak Hospital King George VII dan juga Kerabat Diraja Britain.  Pihak hospital telah dapat diperbodohkan sehingga status kesihatan pesakitnya yang dianggap sulit itu boleh dimaklumkan kepada orang yang tidak berkenaan. Hospital ini merupakan sebuah hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan rawatan perubatan semenjak dari dahulu lagi. Baginda Queen Elizabeth II sendiri merupakan penaung kepada hospital ini.
  • Pada 06.12.2012 (Khamis) Kate telah dibenarkan keluar dari Hospital King Edward IIV dan kembali kekediaman beliau bersama suaminya Duke of Cambridge, Prince William ke Istana Kensington.
  • Pada 07.12.2012 (Jumaat) Kota London digemparkan dengan berita kematian Jacintha Saldanha.  Mendiang dijumpai tidak sedarkan diri di kuarters Hospital King Edward VII dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.
Sumber :- Mailonline / The Guardian / 

Tunku Jalil Tidak Setuju Pakaian Baju Istiadat Polis atau Tentera Disalahgunakan

09.12.2012, Ahad - Selepas Solat subuh tadi Syah buka Facebook dan terbaca post Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim dilaman sesawang itu yang menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju penggunaan Baju Istiadat Polis atau Tentera disalahgunakan untuk majlis perkahwinan yang melibatkan bukan anggota Polis atau Tentera.    Tunku Jalil yang juga merupakan salah seorang Pegawai Pasukan Polis Diraja Malaysia   menyatakan penderian beliau seperti berikut :-

  • Baju Istiadat Polis atau Tentera tidak patut dipakai oleh mana-mana artis untuk majlis perkahwinan.  Sword bearer PDRM juga tidak patut digunakan untuk acara terebut kecuali perkahwinan Pegawai PDRM sendiri! Pegawai dan Anggota Tentera bersusah payah melalui latihan berat untuk kejar cita-cita mereka supaya digelar sebagai seorang Tentera, kini baju Istiadat dipermainkan untuk publicity! You've got to earn it .....



Saturday, December 8, 2012

Aktiviti Hari Sabtu

08.12.2012, Sabtu - Minggu nie Syah tak kerja pada Sabtu dan Ahad kerana semuanya under control. Shukur Alhamdulillah dapat berehat dirumah. Bila tak kerja aktiviti dirumah Syah macam biasa cuci baju dan jemur, basuh kereta dan cuci  depan rumah dan yang paling afdal sekali sapu sampah dan habuk serta mop lantai yang dah lama tak buat sebab Syah kerja on weekend. Sambil berkemas sambil cari passport Syah yang misplaced tu.  Tension dah berminggu cari tak jumpa samada di Rawang Residence mahupun di kL Residence Syah.  Syah tak ingat letak kat mana tetapi yang Syah ingat Syah letakkan dalam satu kotak/folder dan simpan sambil kata dalam hati kalau letak kat sini sure tak hilang.  Malangnya Syah tak ingat kat mana tempatnya Syah letak. Syah memang cepat pelupa. Tadi sempat beberapa kali Syah berdoa agar Allah bantu Syah jumpa passport tu.

Akhirnya Syah ke MBS Mini Royal Library Syah ditingkat atas Rawang Residence dan Syah ambil sebuah beg kertas dan mula selongkar satu persatu. Nampak macam ada file kotak dan Syah buka.  Macam ada passport kat dalamnya dan bila Syah tengok passport tu sudah dipotong sedikit means itu passport lama yang sudah expired. Selak lagi ada jumpa passport  lagi dan kali nie adalah passport yang Syah cari tu.  Terus ala-ala sujud shukur dan ucap terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana makbulkan doa Syah.  Terus Syah sms by brother, Muss informed dia passport dah jupa supaya dia tak mencari di KL Residence lagi.

Lepas Asar tadi jam 16:50hrs Syah tunggu bas yang sepatutnya tiba jam 17:00hrs untuk ke Pekan  Rawang. Malangnya bas tak muncul-muncul dan tiba satu jam kemudian.  Adoiiii ........ sejam menunggu bersama penumpang-penumpang lain tetapi kebanyakan mereka tunggu bawah pokok  sebab kat bas stop panas.  Cuaca panas hari nie tetapi malam nie hujan sedikit. Sampai pekan Rawang Syah terus ke Giant Hypermarket dan beli tahu, carrot, broccoli, cereal dan susu omega.  Sebelum tu Syah ketingkat atas Giant beli tempat alas kaki untuk bilik air bawah Rawang Residence Syah.  Malam nie inilah juadah Syah Mee Sup Sayur yang Syah guna mee kering tanpa goreng dan sedikit fruit.  Syah masak sebelum solat Insyak dan makan lepas solat. Masa nak habis makan tadi Syah tergigit macam benda keras dan bila Syah tengok macam dawai lembut dan tak tahu dari mana datangnya dan syah buang, mungkin melekat kat sayur kot? Minta-minta tak ada yang tertelan dan rasanya tak. Oklah semua Syah hendak berehat sekejap dan sehingga berjumpa lagi dilain entry ........... 

Mulai Tahun Depan Pintu Gerbang Istana Negara Lama Akan Dikawal Oleh Dua Hulubalang

08.12.2012, Sabtu - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kenyataannya hari ini di Istana Negara Lama memaklumkan bahawa mulai 01 Januari 2013, pintu gerbang Istana Negara Lama akan dikawal oleh dua pengawal berpakaian tradisional Melayu bagi memperlihatkan kepada umum mengenai amalan tradisi berkawal di Istana pada zaman Kesultanan Melayu lampau dengan mengekalkan "ambient persekitaran' di Istana Negara Lama.  Mulai tahun depan juga beberapa buah bilik didalam Istana Negara Lama akan dibuka untuk lawatan bagi memberi maklumat kepada masyarakat berhubung fungsi serta kegunaan bilik-bilik berkenaan semasa persemayaman 13 Yang di-Pertuan Agong di Istana berkenaan sebelum ini. Pemandu pelancung akan disediakan untuk memberi penerangan melalui visual berhubung kegunaan bilik-bilik berkenaan yang digunakan oleh Ketua Negara kita untuk menerima lawatan duta, tetamu asing serta menerima watikah dan mengadakan majlis keramaian diraja.

Menyentuh berhubung Pameran Raja Kita sempena Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang berlangsung semenjak 15 April lepas, beliau memaklumkan mengikut statistik sehingga semalam seramai 314,757 pengunjung tempatan dan luar negara telah mengunjungi pameran ini. Pameran ini tambahnya akan diteruskan berikutan sambutan hangat daripada masyarakat. Apalagi? ............  pada anda semua marilah kita bersama-sama membawa anak-anak / adik-adik kita terutamanya pada musim cuti sekolah ini untuk melawat Pameran Raja Kita bagi melihat sendiri kebesaran dan peranan institusi Raja Berpelembagaan di Negara kita serta dapat mendedahkan generasi muda untuk menghargai signifikasi institusi diraja kepada negara. Barulah nanti mereka lebih faham mengenai sistem  Raja Berpelembagaan yang diamalkan oleh Malaysia. 

Hari ini Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf menyaksikan Persembahan Hulubalang di hadapan pintu gerbang Istana Negara Lama  oleh  20 orang ahli Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia.  Tambah beliau lagi Istana Negara Lama ini mampu menjadi salah satu daripada daya tarikan bagi produk pelancungan dinegara kita.

Sumber :- Bernama

Duke & Duchess of Cambridge Terkejut dan Bersedih Dengan Kematian Jacintha Saldanha

08.12.2012, Sabtu - Duke and Duchess of Cambridge menzahirkan rasa sedih dan terkejut mereka berikutan berita kematian   Jacintha Saldanha, jururawat wanita yang menerima panggilan palsu dua orang DJ dari Sydney's 2Day FM Station berhubung kesihatan Duchess of Cambridge ketika mendapat rawatan di Hospital King George VII. Pada pagi semalam (Jumaat 07.12.2012) Pihak polis telah menerima panggilan pada jam 09:25hrs berhubung penemuan seorang wanita yang dijumpai tidak sedarkan diri dialamat Weymouth Street,WI.  Pihak polis  telah ketempat kejadian dan wanita tersebut yang dikenal pasti sebagai Jacintha Saldanha disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian oleh paramedik. Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian ini.  Gambar diatas menunjukkan ambulan membawa mayat mendiang untuk siasatan lanjut dari tempat kejadian manakala gambar dibawah adalah Hospital King George VII yang terletak di Beaumont Street, London.  Hospital ini diasaskan pada 1899 oleh Agnes Keyser yang merupakan gundik kepada King Edward VII yang ketika itu bergelar Prince of Wales. Asalnya hospital ini sebuah rumah kepunyaan Agnes Keyser yang digunakan oleh beliau dan adiknya yang merupakan seorang jururawat untuk merawat askar-askar yang sakit dan cedera semasa Perang Boer.  Hospital ini menjadi pilihan utama keluarga diraja semenjak ianya dibuka untuk mendapatkan rawatan dimana Baginda Queen Elizabeth II merupakan Penaung bagi Hospital ini.

Duchess of Cambridge dimasukkan ke Hospital King George VII pada hari Isnin lepas bersamaan 03.12.2012 kerana masalah "Hyperemesis Gravidarun" iaitu alahan/pembawakan budak  yang jarang berlaku kepada ibu mengandung dimana pengidapnya akan muntah secara berterusan tanpa dapat dikawal. Sehari selepas dimasukkan ke hospital, dua orang DJ dari Sydney 2Day FM Station yang beribupejabat di Sydney telah membuat panggilan palsu dengan menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles untuk mengetahui status kesihatan Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate. Jacintha Saldanha yang menjawab panggilan  tersebut pada pagi selasa jam 05:30hrs telah terpedaya dan beranggapan dia sedang bercakap dengan Baginda Queen dan telah  menyambungkan pangillan berkenaan kepada jururawat yang bertugas di wad dimana Duchess of Cambridge ditempatkan.  Hasil daripada sambungan telefon ini, jururawat diwad berkenaan telah mendedahkan  status  kesihatan Duchess of Cambridge kepada penyamar berkenaan.  

Gambar disebelah ini adalah dua DJ Sydney's 2Day FM Station iaitu Mel Greig dan Michael Christian. Kebocoran rahsia mengenai satus kesihatan yang dianggap sulit untuk setiap pesakit  ini amat memalukan pihak Hospital King George VII mentelah hospital ini terkenal sebagai pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.  Mel Greig dan Michael Christian  telah meminta maaf diatas kejadian ini. Kedua-dua mereka telah mendapat teguran/komen di twitter serta internet dan mahukan mereka dipecat. Selepas berita kematian ini, twitter mereka telah ditutup dan stesyen radio berkenaan telah membuang klip berhubung panggilan ini dari laman webnya yang sebelum ini menjadi kebangaan kedua-dua DJ berkenan untuk membincangkannya dilaman web tersebut. Teringat Syah satu stesyen radio di negara kita yang suka mengenakan orang dengan panggilan telefon mereka, So hati-hati lah yer jangan sampai jadi perkara seperti ini yang menyusahkan semua pihak walaupun pada asalnya hanya berniat untuk suka-suka sahaja.  Belajar dari apa yang berlaku ........

Sumber :- Theguardian / Royaltynu / Sinarharian .com / King Edward VI Website / Suara Pembaruan / The Daily Beast 

Sultan Selangor Rasmikan Masjid Al-Hidayah

08.12.2012, Sabtu - Semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan merasmikan Masjid Al-Hidayah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Masjid ini mula beroperasi pada 08 Disember 2009. Sebagai simbolik perasmian, Tuanku Sharafuddin telah menandatangani plak perasmian dan kemudiannya menunaikan Solat Jumaat dimasjid berkenaan.  Tuanku Sultan Selangor sempat beramah mesra dengan para jemaah selepas menunaikan solat jumaat sebelum berangkat pulang.  Turu mengiringi baginda, adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan adinda baginda, Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sumber :- Bernama

Friday, December 7, 2012

Hari Ini

07.12.2012, Jumaat - Salam semua dan Syah minta maaf sebab hari nie busy dan tak dapat nak update blog macam biasa.  Tengahari tadi sebelum Solat Jumaat Syah busy uruskan hal file di tingkat 14 bersama kak Rose dan lepas tu terus Solat Jumaat.  Lepas Solat Jumaat Syah makan buah nenas dan duku langsat sahaja dan tak lunch pun.  lepas tu ke TM Annex 2 untuk proses payment.  Semasa hendak ke TM Annexe tu tekak Syah rasa sakit macam orang sakit tekak dan baru Syah ingat mungkin terkena getah duku langsat tu.  Balik dari TM Annexe Syah beli gula-gula dan baru rasa lega.  Lepas tu Syah naik office ambil IC dan turun semula ke kelinik,  Doktor kata tak ada apa-apa dan dia minta Syah minum air banyak dan kumur-kumur dengan air suam campur garam dan bagi ubat hisap sakit tekak.  Lepas tu tekak Syah beransur-ansur ok dan tak perlu buat kumur-kumur tu. Setengah jam sebelum balik ada satu lagi problem.......problem besar punya.  Secretary one of the Vice President call informed Unifi kat rumah bossnya sudah dipotong.  Alamak ................ petanda tak baik dan dipendikan cerita Syah dapat selesaikan isu nie dan minta mereka sambung semula unifi yang telah dipotong tu.  Keadaan nie menyebabkan Syah balik lewat hari nie....... hahahah tapi tak mengapa sebab puas hati dapat selesaikan satu masalah.

Sampai KTM Rawang jam 19:00hrs dan disebabkan tak lunch tadi Syah singgah ke gerai Lambaian Seafood kat depan KTM Rawang untuk makan Meehon Tomyam Putih dan Air Barli.  Lepas makan syah  bertolak ke bas stop dan tak lama lepas tu bas datang.  On the way balik rumah hari hujan dan driver bas ganti hari nie.  Disebabkan Syah tak petik loceng masa nak turun dan hanya bangun sahaja bas tu terlajak berhenti agak jauh dari tempat biasa Syah turun tu.  Syah tak tekan loceng sebab loceng kat dalam bas tu macam dah rosak, punat tempat tekannya dah tak ada. Terpaksalah meredah hujan sedikit tetapi hujannya tak lah lebat sangat.  Sekarang nie Syah rasa sedikit mengantuk coz baru lepas makan ubat,  Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry.  Selamat Malam Semuga Dibuai Mimpi Yang Indah.