21.11.2012, Salam dan Selamat Pagi. Kejap sahaja masa berlalu dan sudah hari Rabu. Hari nie Syah dari Rawang Residence dan perjalanan macam biasa as scheduled dan sampai awal kat sket kat office sebab tu boleh update pagi-pagi nie before 08:30hrs. Nampak tak beg sebelah Syah tu.heheheh Syah beli petang semalam gantikan beg lama yang dah tanggal pemegangnya kerana bawa barang overload dan climaxnya Ahad lepas sebab Syah beli coffee table book dua dan memang berat. Syah beli beg sekolah Power sebab ada offer kat Parkson Rawang sempena musim cuti sekolah nie, murah jer RM29.99 dan bayar guna credit card. Pagi nie Syah dah planned dengan beberapa orang member untuk melawat Kak Sal dirumahnya di Rawang. Kak Sal bercuti panjang kerana sedang menjalani Kimo di Hospital Selayang kerana disahkan mengidap canser tahap 3. We all akan bertolak jam 10:00hrs nanti. Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain entry .......... Selamat menjalankan tugas kepada semua tak kira samada anda bekerja dipejabat, bekerja sendiri atau suri rumahtangga kerana masing-masing ada tugas yang perlu disempurnakan setiap hari kan? Byeeeeeeeeee
Wednesday, November 21, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Rasmikan Persidangan DUN Negeri Kedah Ke-12
20.11.2012, Selasa - Hari ini Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah ke-12 dan Pembentangan Budget 2013 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Kelihatan YTM Dato' Seri Utama Tunku Anuar berkenan memeriksa perbarisan kehormat Polis Diraja Malaysia.
Sumber :- Bernama
Tuanku Ibrahim Menerim Mengadap Ketua Setiausaha Negara
20.11.2012, Selasa - Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menerima mengadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Dr Ali Hamsa. Istiadat mengadap diadakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor. Ketua Setiausaha Negara yang dalam rangka lawatan kerja ke Johor kemudiannya menghadiri Majlis Perjumpaan dan Makan Tengahari bersama guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Aris Bendahara dan Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Majlis diadakan di Institut Tadbir Awam (INTAN) Kluang, Johor.
Sumber :- Bernama
President Obama Mengadap Raja Thailand di Hospital
20.11.2012, Selasa - Pada hari Ahad lepas bersamaan 18.11.2012, President Amerika Syarikat, Barack Obama yang berada di Thailand untuk lawatan rasmi negara telah mengadap Raja Thailand His Royal Majesty King Bhumibol Adulyade di Siriraj Hospital, Bangkok. Tentu anda tertanya-tanya mengapa Mister Prisedent mengadap baginda di hospital bukan di Istana Diraja?. Keadaan berlaku kerana Siriraj Hospital adalah tempat persemayaman baginda semenjak tahun 2009 lagi hingga sekarang. Baginda terpaksa bersemayam di hospital ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh baginda. Jika berlaku sebarang kecemasan, rawatan segera akan dapat dilakukan kepada baginda dengan kemudahan terkini yang disediakan di hospital ini. His Royal Majesty King Bhumibol Adulyade akan menyambut hari ulangtahun keputeraan baginda yang ke-85 tahun bulan hadapan.
Sumber :- Royaltynu / Pattaya Mail
Jemput Makan Semua
20.11.2012, Selasa - Salam dan Selamat Tengahari Semua dan Jemput Makan....... Inilah juadah lunch Syah hari nie Sayur dan Tempe Goreng. Apa menu anda semua hari nie ? Pagi nie Syah dari Ampang dan perjalanan berjalan lancar dan hari nie balik ke Rawang dan esok ke Ampang semula sebab Bonda Ejone akan berada seminggu di Residensi Kak Lang Ella. Pagi tadi sempat exercise jalan kaki dari Ampang Park ke KLCC. Syah turun bas di Ampang Park dan kemudiannya jalan kaki ke LRT KLCC bukan apa sebab nak exercise.ceritanya begini ......... pagi tadi Bonda Ejone kata badan Syah dah berisi sedikit daripada terlalu kurus masa Syah masuk hospital hari tue............ Alamakkkkkkkkkk...... kena exercise nie, tu ler jalan kaki jap sebab nak beriadah mana ada masa coz sampai rumah jer dah malam.
Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry........Byeeeeeeeeeeee
Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry........Byeeeeeeeeeeee
Monday, November 19, 2012
Aktiviti Hari Ini
19.11.2012, Isnin - Salam dan Selamat Malam semua....... Malam nie Syah di Residensi Kak Lang Ella because Bonda Saudara Syah, Bonda Ejone baru sahaja sampai dari kampung semalam. Esok dia ada appointment di HKL. Dah lama Syah tak jumpa Bonda Ejone since Hari Raya Aidilfitri lepas sebab Syah tak balik kampung semenjak raya hari tue. Waktu beginilah Syah gunakan untuk bersama Bonda Ejone sebab itu Syah datang kesini. Esok Syah akan balik semula ke Rawang dan Hari Rabu nanti Syah datang lagi ke Residensi Kak Lang Ella untuk bersama-sama Bonda Ejone. Penat rasanya hari nie dan malam tadi Syah ratah Kari Kepala Ikan yang Kak Lang buat sebab Syah tak makan nasi.
Gambar kat atas tu adalah lunch Syah tengahari tadi. Syah turun food court agak lewat hari nie hampir jam 12:30hrs dan orang sudah penuh beli makanan kerana mereka malas nak makan kat lur sebab hari hujan. Jadi dah tak banyak pilihan lalu Syah beli jer sayur nie. Petang tadi Syah ke TM Annexe 2 dan on the way balik Syah beli Roti Kacang Merah. Pagi tadi Syah masuk office lewat sedikit....... Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ....Selamat Malam semua.
PM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Putera Norodom Sihanouk
19.11.2012, Selasa - Hari ini Perdana Menteri yang amat kita kasihi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Phnom Penh sempena Sidang Kemuncak Asean ke-21 telah meluangkan masa memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Bekas Raja Kambodia, Putera Norodom Sihanouk di Istana Diraja. Mendiang Putera Norodom Sihanouk mangkat di Cina pada 15.10.2012 lepas dalam usia 89 tahun. Jenazah mendiang akan diletakkan di Istana berkenaan untuk penghormatan terakhir selama tiga bulan.
Sumber :- Bernama
Pemangku Raja Perak Hadiri Majlis Perasmian Muzakarah Ulama dan Cendikiawan Islam 2012
19.11.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menghadiri Majlis Perasmian Muzakarah Ulama dan Cendikiawan Islam 2012 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Dalam majlis ini juga, baginda telah melancarkan buku Lu'lu'lil Mu'minin yang disusun oleh Dr Muhammad Zulkifli Al-Bakri dan buku Dirinya Sendiri Menjawab karya Mokhtar Jamil. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Mufti Besar Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Sumber :- Bernama
Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah, Tengku Ampuan Selangor
19.11.2012, Isnin - Ini adalah Makam kepada Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshiidul Aadzam Shah. Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Sir Alaaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor Kelima yang memerintah dari tahun 1898 - 1938. Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah diputerikan sekitar tahun 1899 merupakan puteri kepada Sultan Perak ke-28 iaitu Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar. Bonda Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah adalah Almarhumah Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah yang merupakan isteri kedua Almarhum Sultan Idris. Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah dilantik sebagai Tengku Ampuan Selangor pada 11 Januari 1922. Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah mangkat pada 08 April 1983 dan telah dimakamkan didalam Kompleks Makan untuk Tengku Ampuan di Makam Diraja Selangor, Klang. Gambar Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah ini Syah dapat daripada Sam, salah seorang kerabat diraja Perak dalam facebooknya manakala gambar makam ini Syah ambil sendiri sewaktu ziarah ke Makam Diraja Kelang beberapa tahun lepas.
Sunday, November 18, 2012
Aktiviti Hari Ahad
18.11.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua. Sekarang waktu rehat dan anda semua lunch apa hari nie bersama tersayang atau keluarga ? Syah makan Mee Segera sahaja coz hari nie Syah buat kerja sedikit kat office. Perjalanan dari Rawang Residence ke KL berjalan lancar cuma Syah termengah-mengah mengejar bas. Syah keluar rumah jer .......... bas sudah datang lalu Syah kena berlari kat tempat laluan bas seterusnya kerana sekarang nie bas tu tak patah balik untuk keluar sebab dia guna jalan lain. Dulu senang sedikit, kalau bas terlepas masuk taman, Syah akan tunggu sahaja kat jalan depan rumah kerana dia berpatah balik untuk keluar tetapi sekarang tak lagi. Tak apalah exercise pagi kan? Gambar kat sebelah nie diambil dalam Komuter pagi tadi khas untuk anda semua.... Ewahhhhh....Heheheh.
By the way semalam my Lill Sister Intan dan hubbynya datang melawat Syah kebetulan mereka ada function kat taman depan Rawang Residence Syah. Syah ke Pekan Rawang selepas Asar. Masa Intan call tu Syah baru nak ke Giant beli groceries. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Syah pun belilah mineral water 10 liter tu 3 botol dan lain-lain keperluan sebab dia nak fetch Syah kat Pekan Rawang. Jika naik bas, Syah beli satu jer sebab berat nak bawa banyak dan tak sesuai naik bas. Satupun orang dah pelik tengok Syah bawa botol air besar............. Hehehhe "Kelako Kata Ko?" tetapi itulah hakikatnya. Nak buat macam mana kereta ada tetapi tak boleh bawa sebab tak ada lesen.
Pagi tadi Ayahanda call informed Bonda Saudara sebelah Almarhumah Bonda Syah sakit begitu juga dengan suaminya. Esok Ayahanda dan Bonda Tiri Syah akan menjenguk mereka di Bagan Datoh, Perak. Syah doakan agar Mak Anjang dan Suaminya agar cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin. Ok lah semua............. Selamat berhari Minggu yer dan habiskan waktu hari rehat nie untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara anda dan keluarga, orang tersayang mahupun jiran tetangga. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee
Saturday, November 17, 2012
Adinda Sultan Pahang, Ku Tik Faridah Gering
17.11.2012, Sabtu - Hari ini adinda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Yang Amat Mulia Tengku Hajah Faridah binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang berusia dalam lingkungan 62 tahun itu telah menjalani pembedahan pada 01 November lepas dihospital yang sama. Walau bagaimanapun, hari ini YAM Tengku Hajah Faridah atau lebih dikenali dikalangan kerabat diraja Pahang sebagai Ku Tik Faridah mengalami sedikit komplikasi dan dimasukkan ke wad ICU. Petang tadi Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan menziarahi adinda baginda di Hospital Gleneagles. Gambar diatas merupakan gambar Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah bersama Ku Tik Faridah beberapa minggu lepas selepas beliau menjalani pembedaan.
Keadaan Ku Tik Faridah masih lagi tidak stabil dan marilah kita bersama-sama mendoakan agar Ku Tik Faridah sembuh dari kegeringannya. Amin. Ku Tik Faridah mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan Allahyarham Yang Mulia Ungku Abdul Hamid bin Ungku Mohsin. Selepas YM Ungku Abdul Hamid meninggal dunia, Ku Tik Faridah berkahwin dengan En Omar bin Abdullah atau nama asalnya Jean Paul dan tidak dikurniakan sebarang cahayamata.
Sumber : Tengku Dzulkarnain / Sendiri
Jenazah Bekas Raja Albania Dibawa Pulang Ke Albania
17.11.2012, Sabtu - Bagai sirih pulang ke gangang itulah yang berlaku kepada Jenazah (Rangka) Bekas Raja Albania, Raja Zog yang mangkat dalam buangan tetapi akhirnya dapat juga dibawa kembali ke Albania untuk dimakamkan dan mendapat penghormatan negara selepas kemangkatannya 50 yang tahun lepas. Rangka Raja Zouk digali semula daripada Tanah Perkuburan Thiais pada hari Selasa lepas dan telah selamat sampai semalam 16.11.2012. Jenazah tiba di Lapangan Terbang Tirana di ibu negara Albania dan disambut oleh bekas kaum kerabat diraja Albania serta pegawai kerajaan serta mendapat penghormatan daripada pasukan tentera. Jenazah akan dimakamkan pada hujung minggu ini dikawasan permakaman khas untuk kerabat diraja yang baru dibina.
Tahun ini Albania meraikan 100 tahun kemerdekaannya daripada Empayar Uthmaniyyah. Raja Zog atau nama asalnya Ahmet Muhtar Bej Zogolli mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Albania pada 1928 tetapi melarikan diri pada tahun 1939 apabila tentera Fasis Itali dibawah pemerintahan diktator Benito Mussolini menawan Albania. Sebelum ini baginda merupakan Presiden pertama Albania dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri Albania ke-16 sebelum mengistiharkan dirinya sebagai Raja Albania. Semasa dalam buangan, baginda menetap di England untuk beberapa tahun, kemudiannya ke Mesir sebelum bermastautin di Perancis. Baginda mangkat pada 09.04.1961 dalam usia 65 tahun dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Thaisi yang terletak di Selatan Perancis.
Kerajaan komunis Albania memansuhkan sistem pemerintahan beraja di Albania pada tahun 1946. Satu-satunya putera baginda, Crown Prince Leka yang telah kembali semula ke Albania cuba mengembalikan semula pemerintahan beraja di Albania tetapi gagal dalam usahanya dan telah mangkat dalam usia 72 tahun akibat serangan jantung pada 30.11.2011. Cucunda baginda pula, Prince Leka merupakan penisahat politik kepada Presiden Albania, Bujar Faik Nishani.
Kerajaan komunis Albania memansuhkan sistem pemerintahan beraja di Albania pada tahun 1946. Satu-satunya putera baginda, Crown Prince Leka yang telah kembali semula ke Albania cuba mengembalikan semula pemerintahan beraja di Albania tetapi gagal dalam usahanya dan telah mangkat dalam usia 72 tahun akibat serangan jantung pada 30.11.2011. Cucunda baginda pula, Prince Leka merupakan penisahat politik kepada Presiden Albania, Bujar Faik Nishani.
Sumber : BBC News / Wikipedia
Rakyat Jordan Tunjuk Perasaan Mahukan Raja Abdullah Turun Tahta
17.11.2012, Sabtu - Semalam 16.11.2012 Beribu-ribu orang menunjuk perasaan dan berarak beramai-ramai di Amman, Jordan menuju Istana Diraja Jordan untuk mengesa Raja Abdullah II meletakkan jawatan dan turun tahta ekoran kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak baru-baru ini. Pihak berkuasa terpaksa mengadakan kawalan ketat untuk menghalang penunjuk perasaan yang berang daripada berarak dari Masjid Husseini ke Istana Diraja yang jaraknya hanya 5 batu sahaja. Mereka berarak dan memegang kain rentang dengan slogan "Bermain dengan harga bermakna bermain dengan api", " Ini adalah pemberontakan sebenar menentang rasuah" dan "Tidak ada pembaharuan tanpa perubahan dalam politik dan ekonomi".Agensi berita AFP menganggarkan 10,000 orang terlibat dalam demonstrasi ini tetapi pihak penganjur menganggarkan seramai 25,000 menyertai tujuk perasaan ini. Timbalan Ketua Pembangkang Ikhwan Muslimin, Zaki Bani Rsheid dalam kenyataannya kepada AFP memakklumkan bahawa semakin ramai akan menyertai tunjuk perasaan ini kerana dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menolak tuntutan rakyat. Katanya keadaan ini tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan Raja Abdullah dan perubahan harus dilaksanakan segera sebelum iannya terlambat.
Para penunjuk perasaan menyatakan mereka telah merancang satu lagi tunjuk perasaan pada jam 19:00hrs berhampiran Kementerian Luar tetapi apabila tiba masanya hanya 100 orang sahaja yang hadir. Kawasan berkenaan telah dikawal ketat oleh 2000 anggota polis anti rusuhan manakala 200 orang penyokong setia kerajaan beraja Jordan bertembung dengan kumpulan perusuh anti kerajaan menyebabkan kumpulan perusuh bersurai. Tunjuk perasaan bukan sahaja berlaku di ibu negara Jordan, Amman tetapi juga berlaku di beberapa tempat lainnya seperti di Kem Pelarian Palestin di Baqaa, Bandar Tafileh, Karak dan Selatan Maan serta Irbid dan Jerash hingga ke kawasan utaranya. Rasa tidak puas hati ini berpunca daripada pengumuman kenaikan 53% harga gas isi rumah dan 12% harga minyak Petrol. Gambar diatas menunjukkan para penunjuk perasan mengibarkan bendara yang tertera gambar Wira Revolusi Cuba, Che Guevara.
Disebabkan masalah yang melanda Jordan ini, Raja Abdullah telah membatalkan lawatan rasminya ke Britain yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan dan perkara ini telah disahkan oleh Menteri Luar Britain. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hallary Clinton pula telah membuat panggilan telefon kepada Raja Abdullah untuk menyatakan pendirian Amerika yang berdiri teguh dibelakang Jordan. Menurut pihak istana diraja, Clinton juga telah memberikan pelan cadangan reformasi politik dan ekonomi untuk Jordan serta menekankan betapa pentingnya perkongsian diantara Jordan-USA. Pihak Washinton yang membuat pantauan terperinci berhubung isu ini menasihatkan agar warganegaranya menjauhkan diri daripada penunjuk perasaan. Arab saudi pula mengesa agar rakyatnya yang berada di Jordan agar tidak terlibat menyertai sebarang perhimpunan awam yang dianjurkan oleh pihak perusuh.
Sumber :- Agensi Berita AFP
Pagi Sabtu Di Rawang Residence
17.11.2012, Sabtu - Salam dan Selamat Pagi semua. Hari nie Syah di Rawang Residence dan tak kerja sebab hendak berehat kerana letih rasanya asik bekerja jer pada waktu cuti dan shukur alhamdulillah berkat usaha Syah tu kerja-kerja berkenaan hampir siap dan macam biasalah lepas nie ada benda lain hendak dikejarkan pula sebab Account Closing pada Khamis depan dan bayaran peserta Skim Latihan 1 Malaysia yang harus disettlekan sebelum due date nya......... Hehehehhe dah kerja nak buat macam mana dan Syah happy dengan kerja Syah. Apa-apapun kita kena happy dengan apa yang kita buat baru kita tidak tension walaupun terpaksa buat banyak kerja. Pagi nie untuk breakfast Syah buat Sandwich Sardin sahaja kerana itu jew yang ada dan sardin tu ballance malam tadi. Tak lupa macam biasa ubat-ubat Syah tu ler. Syah kan dah lama jarang ada di Rawang Residence lately sebab tu Syah tak beli banyak stock. Lepas nie kenalah beli barang-barang dapur sebab Syah dah mula stay di Rawang Residence seperti biasanya. Lunch nanti mungkin Syah buat Mee Segera sahaja dan petang nanti ingatkan hendak ke Pekan Rawang beli groceries apa yang patut .
Pagi tadi Syah bangun lewat sedikit dan selepas Solat Subuh Syah bersihkan Car Porch dan siram bunga serta pokok-pokok. Lepas tu bersihkan AEL 67 Syah. Pagi tadi panas dan Syah jemur baju yang Syah basuh malam tadi. Sekarang jam 10:32hrs dan cuaca mula mendung dan best juga sebab redup sedikit Syah, kerana Syah mentenet kat luar rumah nie kat kerusi yang anda lihat dalam gambar tu sambil mendengar radio. Ok lah semua sehingga bertemu lagi dilain entry................. Byeeeeee
Friday, November 16, 2012
Obama Akan Mengadap Raja Thailand
16.11.2012, Jumaat - Menteri Luar Thailand, Surapong Tovichakchaikul dalam kenyataannya dari London memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan dijadualkan mengadap Raja Thailand His Royal Majesty King Bhumibol Adulyade pada hari Ahad ini sempena lawatan rasmi beliau ke Thailand. Obama dijangka mengadap Raja Bhumibol ditempat persemayaman baginda di Hospital Siriraj pada jam 17:00hrs sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra. Pada hari Isnin pula Obama akan melawat Myanmar.
Sumber : Bangkok Post
Semalam & Istambul Kami Datang Lagi
16.11.2012, Jumaat - Salam dan Selamat Pagi semua. Apa khabar dan harap anda semua sihat hendaknya. Maaf malam tadi tak sempat nak update blog. Lepas kerja petang semalam Syah ajak anak saudara Syah Firdaus jalan-jalan kat KLCC. Sampai jer KLCC Syah minta dia ke Stesyen Kg Baru tetapi katanya tak tahu nak beli tiket. Rupa-rupanya 1st time beli tiket sendiri hehehehe.......... sebelum nie orang lain belikan. By the way dia selalu guna bas pun jarang LRT nie. We all lunch kat Kg Baru. Apa dia? siapa belanja.......... Pak Sedara dialah yang belanja siapa lagi. Trty to sms anak saudara yang stay kat Kg Baru tetapi tak berjawab sampailah kehari nie. Tak per lah, biasalah orang muda busy dengan aktiviti exspecially dihari cuti nie.
Moral of the story ..........Jodoh, ajal, maut dan pertemuan tu Allah yang tentukan kita cuma merancang sahaja. Jika bercinta bagai nak rakpun kalau itu bukan jodoh kita makan iannya takkan menjadi. Jika kita kehilangan sesorang terima hakikat itu bukan jodoh kita dan Allah akan temukan jodoh yang terbaik untuk kita nanti. Satu lagi jika kita bercinta dalam jangkamasa panjang dan berjauhan lebih baik berterus terang tentang hati masing-masing. Jangan sesekali berlaku curang dibelakang pasangan kita walaupun lelaki boleh kahwin empat tetapi bukan main kayu tiga dibelakang orang yang kita berjanji untuk sehidup semati. Bila bercinta jangan menilai pasangan kita secara negative and be positive kerana jika kita terlepas cakap, kita tak boleh nak berpatah balik and things are not going to be the same. Jangan terlalu mengharap dan memberikan seratus peratus hati dan perasaan kita untuk pasangan kita dan sanggup buat apa sahaja untuk dia kerana jika ditinggalkan kita akan merana, for sure punya tak caya cuba ler. Apa-apapun dalam perhubungan kena ada persefahaman. Lagi satu, bagi kaum hawa adalah elok jika nak kahwin, kahwin dengan orang yang hendakkan awak bukan awak yang hendakkan dia. Syah bagi LIma Bintang untuk filem Istambul Aku Datang Lagi. Pada yang belum menonton, ambil peluang cuti sekolah nie untuk menonton bersama keluarga sambil memberikan sokongan pada industri filem Melayu kita. Apa-apapun Istambul Aku Datang Lagi memang Best Giler ............
Thursday, November 15, 2012
Salam Maal Hijrah Dari Syah
15.11.2012, Khamis - Salam Maal Hijrah Syah ucapkan kepada semua dan bershukur kita kehadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya kita semua dapat menyambut Maal Hijrah 1434 pada tahun ini. Apa azam tahun baru anda semua ? dan Syah berharap sempena tahun baru ini kita semua akan menanam azam baru yang lebih baik daripada azam tahun lepas. Mana yang kurang kita perbaiki dan mana yang baik kita jadikannya yang terbaik lagi pada tahun ini. Apa perancangan cuti anda hari ini. Syah masih lagi ditempat kerja dan petang nanti selepas kerja Syah nak ajak anak saudara Syah Firdaus jalan-jalan kat KLCC. By the way semalam Syah bercukur sebab tu nampak togel jer hari nie......Hahahahah . Perjalanan ke office pagi tadi as scheduled dan sekarang nie tak ada orang lain hanya Syah seorang jew? Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ............ malam nantilah yer, Insyallah
Wednesday, November 14, 2012
PM Hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434
14.11.2012, Selasa - Malam ini Anak Bugis Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah 1434 esok. Majlis yang diadakan di Masjid Negara ini turut dihadiri oleh kira-kira 4,000 umat islam. Turut hadir adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dauk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Polis Negara Tan Sri Omar serta beberapa perwakilan asing.
Majlis bermula petang tadi dengan forum bertajuk "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" yang disiarkan secara langsung di RTM1. Majlis diteruskan dengan bacaan doa akhir tahun 1433 Hijrah dan doa awal tahun 1434 Hijrah oleh Imam Masjid Negara Ustaz Mohd Hosni. Selepas itu para jemputan menunaikan Solat Maghrib berjemaah, membaca Yasin, tahlil, doa selamat dan Solat Isyak berjemaah. Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" dan sambutan diperingkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sumber :- Bernama
Tuanku Zara Hadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak
14.11.2012, Selasa - Sempena sambutan Perayaan Deepavali yang disambut oleh kaum India yang beragama Hindu semalam, satu Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat Negeri Perak telah diadakan dikediaman rasmi Menteri Besar Perak. Turut memeriahkan majlis adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Dalam majlis ini Tuanku Zara telah berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim. Kelihatan Tuanku Zara sedang mendengar apa yang diperkatakan oleh K. Darshana dari Precious Gift Home sambil diperhatikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Putera Raja Arab Saudi Dihantar Pulang Dari Britain ke Arab Saudi Untuk Jalani Baki Hukuman Penjara
14.11.2012, Rabu - Seorang kerabat diraja Arab Saudi yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh pekerjanya di London akan dibenarkan pulang ke Arab Saudi. Putera Saud Abdulaziz bin Nasser Al Saud sedang menjalani hukuman penjara di London selama dua tahun itu akan menyambung semula hukuman berkenaan di Arab Saudi. Perkara ini berlaku kerana adanya Perjanjian Pertukaran Banduan diantara Britain dan Arab Saudi bermula Ogos lepas, Putera Saud merupakan salah seorang diantara 11 banduan Arab Saudi yang akan dihantar pulang ke negara berkenaan untuk menjalani baki hukuman penjara mereka manakala lima banduan British yang merengkok dalam penjara di Arab Saudi akan dihantar pulang ke Britain dan akan menghabiskan baki hukuman penjara mereka di penjara Britain.
Pada Oktober 2010, Putera Saud yang berusia 36 tahun itu didapati bersalah membunuh pekerjanya yang berbangsa Sudan, Badar Abdulaziz berusia 32 tahun disebuah Hotel Lima Bintang di The Landmark Hotel, Marylebone. Kejadian berlaku pada 15 Februari 2010 dimana beliau yang dalam keadaan mabuk telah menumbuk Badar Abdulaziz sebanyak 37 kali dibahagian mukanya seperti orang menumbuk "punch bag". Pada mulanya Prince Saud cuba menutup kes pembunuhan ini dan menyatakan kepada pihak polis bahawa kecederaan yang dialami oleh Badar Abdulaziz adalah kerana diserang disebatang jalan di London beberapa minggu sebelumnya. Walau bagaimanapu helah putera raja itu tidak menjadi kerana rakaman CCTV hotel berkenaan menceritakan segala-galanya perbuatan yang beliau lakukan kepada Badar Abdulaziz sehingga membawa kepada kematiannya. Beliau juga tidak mendapat immunity sebagai keluarga diraja Arab Saudi dalam kes ini.
Tak tahu apakah nasib akan menimpa Putera Saud bila dihantar semula ke Arab Saudi kerana mungkin akan berhadapan dengan hukuman yang lebih berat lagi dibawah Undang-Undang Islam kerana kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan semasa berada di luar negara. Gambar diatas menunjukkan Putera Saud disebelah kiri sekali manakala disebelah kanan adalah Allahyarham Badar Abdulaziz. Al-Fatihah ......... Semuga Roh Allahyaham Badar Abdulaziz ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- The Telegraph/BBC
Tuesday, November 13, 2012
Tak Sihat dan Rasa Sedih Hari Nie
Sebenarnya hari nie banyak yang menyedihkan Syah, Pertama mengenangkan banyak kawan-kawan Syah yang sudah tak sihat, ada sahaja penayakit yang datang. Izat ada masalah piles, Semalam member Syah Kak Sal call informed dia confirmed brest cancer stage 3 dan sedang menjalani rawatan kimo, dalam lif terjumpa member yang informed Kak Zah sudah meninggal kerana masalah kesihatan yang dialaminya, Semalam pula Kak Bedah jumpa Syah informed dia last day kat TM sebab dah pencen dan macam-macam lagilah............. Ialah dulu tak ada masalah seperti ini pada kawan-kawan Syah kerana masing-masing masih muda dan bila usia semakin meningkat macam-macam jadi? Apa-apapun itu sudah takdir yang ditentukan untuk kita tetapi kita harus berusaha berbuat sebaik mungkin untuk diri kita dan jangan cepat mengalah. Syah mendoakan agar semua kawa-kawan Syah berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan mereka, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan disembuhkan dari segala penyakit dan diberikan kesihatan yang baik. Al-Fatihah untuk Kak Azizah Rahmat semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Ok semua ........... sehingga berjumpa lagi dilain entry. Selamat Malam, semuga dibuai mimpi-mimpi yang indah.
Tuanku Abdul Halim Sampaikan Anugerah Kepada Michelle Yeoh
13.11.2012, Selasa - Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Gala Diraja Seni Persembahan. Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan Anugerah Pencapaian Seni Sepanjang Hayat kepada Datuk Seri Michelle Yeoh yang merupakan seorang pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais yatim dan isteri.
Sumber :- Bernama
Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan
13.11.2012, Selasa - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara. Seramai 278 penerima menerima penghargaan masing-masing sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Jun lepas. Kelihatan Tuanku Abdul Hamlim mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Hi Chi Kok.
Sumber :- Bernama
Monday, November 12, 2012
Syah & Hamster
12.11.2012, Isnin - Salam dan selamat tengahari kepada semua. Lunch apa tadi, Syah Ayam Goreng, Sayur Kobis dan Bayam, kemudian beli cokodok. By the way inilah Hamster yang selalu Syah cerita tu dan untuk menunjukkan betapa besarnya dia Syah ambil gambar dia dan Syah malam tadi di KL Residence menggunakan self timer kat kamera Syah. Hamster nie lahir pada February 2010 dan sekarang umurnya dah nak hampir tiga tahun. Memang berat, seriouse cakap dan malam tadi Syah lepaskan dia dalam rumah. Macam biasa dia akan main-main dengan Noami dan Blackie dan tak lama lepas tu dia akan masuk semula sangkar dia.
Agaknya penat tak larat disebabkan saiz badan kot? Hahahahah ..........Hamster nie nama asalnya bukan hamster, dia ada dua beradik dan dilahirkan di Rawang Residence Syah. My brother Mus bawa dua beradik nie balik KL Residence. Walau bagaimanapun yang seekor lagi tu mati mungkin kena pijak dengan kucing lain dalam sangkar. Sebenarnya yang mati tu nama Hamster dan Syah tak tahu macam mana Muss tukarkan semula panggil dia nie Hamster. Syahpun dah tak ingat nama asal Hamster. Badan Hamster nie menjadi semakin tembam apabila Muss sunatkan dia.
Malam nie Syah akan stay di Residensi Kak Lang Ella di Ampang coz nak temankan anak dia yang tinggal seorang coz malam tadi dia, Ku Chick dan suaminya Haji Azam balik ke Terengganu. Seminggu Syah berkampung kat sini nanti dan mana kerja-kerja yang boleh dibuat manual Syah akan bawa balik ke Ampang untuk disiapkan sempena cuti panjang nie. TM tutup pejabat tiga hari iaitu sempena Deepavali esok dan hari Rabu dipanggil Cuti 1 TM (cuti yang wajib diambil semua staff) dan hari Khamis sempena Awal Muharam. Cuti 1 TM nie kena tolak cuti rehat tahunan. Dalam bahasa lainnya ia dipanggil "force leave". Ok lah semua Syah nak sambung kerja nie dan kepada anda yang bercuti panjang diluar sana tu berhati-hati di jalanraya dan memandu dengan berhati-hati untuk memastikan keselamatan kita semua.
Mengapa Raja Nazrin Jadi Pemangku Raja Perak
11.11.2012, Ahad - Pagi semalam ada teman di faebook Syah bertanya bagaimana keadaan Sultan Azlan Shah sekarang kerana beliau berasa risau takut sesuatu yang tak kena berlaku kepada Tuanku Azlan Shah yang berusia 84 tahun itu kerana Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak. Syah pun tak tahu mengapa dan Syah janji akan bertanyakan hal ini kepada salah seorang kerabat terdekat keluarga diraja Perak. Syah menelefon individu berkenaan petang tadi dan dia maklumkan bahawa Tuanku Azlan keluar negara untuk mendapatkan rawatan di bahagian bahunya kerana baginda terjatuh baru-baru ini. Selain daripada itu katanya Tuanku masih lagi bersedih diatas kemangkatan puteranya Allahyarham Raja Dato' Seri Ashman Shah pada 30 Mac Lepas. Tuanku agak lebih rapat dengan Allahyarham. Kata beliau lagi sekarang Tuanku sudah kembali ke tanahair tetapi tak pasti samada baginda bersemayam di Kuala Lumpur atau Ipoh. Itulah yang disampaikan kepada Syah ........... Wallahu'alam bissawab.
Jika benar Syah doakan agar Tuanku Azlan cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Begitulah mulianya Raja-Raja Melayu pada pandangan rakyat jelata yang begitu mengambil berat tentang hal Raja-Raja Melayu dan salah seorangnya seperti rakan Faebook Syah tu..
Sunday, November 11, 2012
Catatan Hari Ini
11.11.2012 Ahad - Salam dan Selamat Pagi semua. Syah harap anda semua sihat dan menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah bagi mengeratkan lagi silaturrahim diantara keluarga, kawan-kawan atau orang tersayang. Pagi tadi Syah lewat sedikit bertolak ke LRT kerana hari Ahad mereka buka jam 08:00hrs. Kebetulan setiap Ahad pagi di area KL Residence Syah diadakan Pasar Tani Danau Kota dan Syah singgah sekejap untuk tapaw breakfast dan lunch kat office nanti. LRT Station dan Pasar Tani nie diarah yang berbeza tetapi takapalah jalan kaki lebih sedikit pagi nie kira exercise lah. Pagi tadi Noami dan Blackie buat hal pula. Bangun jer Syah tengok ada macam najis kucing kat atas lantai. Alamak terpaksalah Syah cuci dan mop. Sebentar tadi Muss call dan katanya itu bukan najis kucing tetapi muntahnya.
Pagi nie juga Syah bagi Noami, Blackie dan Hamster makan dan bersihkan najis mereka sebelum Syah mandi tadi. Inilah dia kucing Syah si Hamster, kucing jantan yang obes....hehehhehe. memang besar Hamster nie dan kalau tengok live memang terperanjat kerana saiznya tak seperti kucing biasa. Hamster nie jarang dikeluarkan coz my brother Muss letakkan dia dalam sangkar sebab dia nie nakal sedikit manakala Noami dan Blackie Muss lepaskan dalam rumah. Pagi tadi disebabkan tak ada orang lain kat rumah nie dengan tiga ekor kucing nielah Syah bercakap. Betul, kalau anda bela kucing tentu anda faham apa yang Syah cakapkan nie. Budak hitam dua ekor tu kucing betina dan kalau Syah bercakap dengan dia Syah akan panggil mereka Kakak, e.g Kakak dah makan dah? ha cam tu ler.
Inilah dia breakfast Syah pagi nie yang beli kat Pasar Tani Danau Kota pagi tadi. Syah beli Keropok Lekor dan Meehon Goreng manakala buah tu standby untuk kudap-kudapan bila perut rasa lapar nanti. Lunch nanti Syah dah beli Bubur Lambuk Kampung Baru kat Pasar Tani tu juga tadi. Sat lagi baru nak mamam. Oklah semua time to sambung kerja semula dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............. Byeeeeeeeeeeeee
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
11.11.2012, Ahad - Patik merafak sembah dan junjung kasih sembah tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim dan jajahan takluknya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke-43 tahun hari ini Ahad, 26 Zulhijjah 1433H bersamaan 11 November 2012.
Secara ringkasnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad Ke-V merupakan putera sulong kepada bekas Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahaya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Tuanku Sultan Muhammad ke-V diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Baharu, Kelantan. Bakal pewaris tahta ini diberi nama Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra. Selepas dimasyurkan Sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 pada 13.09.2010 kerana menggantikan Ayahanda baginda yang turun tahta kerana masalah kesihatan, baginda menggunakan gelaran KDYMM Sultan Muhammad ke-V. Pada 13.12.2011, KDYMM Sultan Muhammad ke-5 telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
KDYMM Sultan Muhammad ke-V pernah berkahwin satu ketika dahulu dengan seorang wanita siam daripada keturunan sebelah bonda baginda dari keluarga Diraja Patani bernama Kangsadai Pipitpakdee atau nama melayunya Tengku Zubaidah bt Tengku Norudin pada 15.11.2004. Walau bagaimanapun jodoh yang diaturkan ini tidak bertahan lama dan baginda kembali bujang hingga kehari ini.
Saturday, November 10, 2012
Sultan Pahang Saksikan Konsert Solo Siti Nurhaliza
10.11.2012, Sabtu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenaan mencemar duli menghadiri konsert solo penyanyi nombor satu Malaysia Dato' Siti Nurhaliza yang diadakan di Taman Tema Bukit Gambang, Kuantan, Pahang. Konsert ini berlangsung selama dua jam dan disaksikan hampir 5,000 penonton termasuk dari Singapura dan Indonesia. Kelihatan Tuanku Ahmad Shah memberi tepukan semangat dan penghargaan kepada Dato' Siti Nurhaliza dalam konsertnya malam tadi. Dato' Siti Nurhaliza menyampaikan 20 buah lagu dalam konsert ini. Hujung tahun ini, beliau akan dijadualkan mengadakan konsert diempat lokasi di Indonesia iaitu dua di Jakarta, Pekan Baru dan Banjar Jaya.
Sumber :- Bernama
Aktiviti Hari Ini
10.11.2012, Sabtu - Salam dan apa khabar semua dan Syah harap everyting going to be as scheduled. Keadaan di luar Rawang Residence Syah mula cerah dengan pancaran matahari mula bersinar yang menandakan tak akan hujan pagi nie tetapi tak tahulah petang nanti. Hari ini anak saudara Syah dan sepupu Syah ada buat majlis Akikah untuk baby mereka yang baru lahir tetapi dua-dua majlis Syah tak dapat pergi. Pagi nie bawah ketiak Syah macam bengkak dan sakit sedikit, malam tadi Syah rasa macam gatal dan garu dan bangun pagi nie rasa sakit pula. Ada masanya bawah ketiak Syah memang macam nie. Sekarang nie hidung Syah tersumbat macam nak selsema mungkin jangkit dengan member-member office yang ada dua orang selsema. Mungkin nanti nak ke kelinik dan kalau ikut plan hendak kerja hari ini, tengoklah macam mana nanti. Minggu depan cuti panjang dan Syah tak cuti dan ambil waktu cuti tu untuk settlekan kerja-kerja Syah. Bukan apa ............... mudah sikit bila buat kerja waktu cuti nie coz tak ada orang nak ganggu dan kerja kita berjalan lancar. Kalau hari biasa, belum habis satu, masalah lain pula yang datang dan kena disettlekan dan kerja yang kita buat tergendala. Memanglah kalau tak ada masalah bukanlah kerja namanya, so kita kena bijak mencari alternatif lain supaya kerja kita itu "jalan". Apa-apapun Syah happy dengan kerja Syah sekarang walaupun busy giler tetapi syok pula rasanya terutamanya jika masalah yang rumit tu dapat diselesaikan.
Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
Friday, November 9, 2012
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei
09.11.2012, Jumaat - Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Perkahwinan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Pasangannya Wong Mew Choo. Majlis diadakan di Kuala Lumpur Convention Center, Kuala Lumpur. Kelihatan Tuanku Abdul Halim berangkat masuk ke majlis diiring oleh Tuanku Hajah Haminah dengan imej terbaru baginda yang kini berhijab. Tidak ketinggalan kelihatan Perdana Menteri yang amat kita kasihi, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut serta menhgadiri majlis ini adalah Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet lainnya seperti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Pasangan pengantin memasuki Dewan KLCC hampi jam 20:30hrs dengan diiringi lagu romantik "colours of the Wing" nyanyian Vanessa Williams. Pengantin kemudiannya menjalankan upacara memotong kek dengan menggunakan busana berbeza dimana Chong Wei mengenakan suit bewarna biru manakala Mew Choo bergaun warna merah. Video pendaftaran perkahwinan mereka juga ditayangkan dalam majlis ini walaupun pasangan ini sebelumnya merahsiakan tarikh pendaftaran perkahwinan mereka kepada umum. Majlis yang bertemakan warna keemasan serta dihiasi bunga-bunga putih ini dihadiri oleh 1,000 orang tetamu dan berakhir jam 22:00hrs. Tahniah Syah ucapkan diatas perkahwinan dua selebriti sukan negara ini semuga kekal abadi hingga keakhir hayat.
Pasangan pengantin memasuki Dewan KLCC hampi jam 20:30hrs dengan diiringi lagu romantik "colours of the Wing" nyanyian Vanessa Williams. Pengantin kemudiannya menjalankan upacara memotong kek dengan menggunakan busana berbeza dimana Chong Wei mengenakan suit bewarna biru manakala Mew Choo bergaun warna merah. Video pendaftaran perkahwinan mereka juga ditayangkan dalam majlis ini walaupun pasangan ini sebelumnya merahsiakan tarikh pendaftaran perkahwinan mereka kepada umum. Majlis yang bertemakan warna keemasan serta dihiasi bunga-bunga putih ini dihadiri oleh 1,000 orang tetamu dan berakhir jam 22:00hrs. Tahniah Syah ucapkan diatas perkahwinan dua selebriti sukan negara ini semuga kekal abadi hingga keakhir hayat.
Sumber :- Bernama
Tengku Fakhry Gagal Dalam Saman RN150 Juta
09.11.2012, Jumaat - Pada 07.11.2012 lepas Adinda kepada Al-Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah gagal dalam permohonan mengemukakan saman RM150 juta terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan Asisten Superintendan Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Dato' Abdul Rahim Hanafi serta Pihak Polis berhubung penahanan salah (wrongfull detention) terhadap beliau pada Ogos 2009. Lima saksi plantif dan lima saksi defendan telah memberi keterangan sepanjang prosiding yang dijalankan semenjak 08 Oktober lepas. Tengku Fakhry yang diwakili oleh peguamnya telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof untuk membayar kos perundangan RM40,000.00 kepada Mahkamah. Hakim membuat keputusan ini diatas hujah Tengku Muhammad Fakhry tidak pernah dihalang keluar atau masuk Istana Mahkota, Kubang Kerian pada Julai 2009. Isu penahanan hanya membabitkan kereta Bently sahaja atas titah Pemangku Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Muhammad Faris Petra yang kini bergelar Sultan Muhammad Ke-V.
Tengku Fakhry mendakwa bahawa beliau ditahan secara salah pada 30 Ogos 2009 di Perkarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan ketika sedang memandu kereta Bently Brooklands yang menggunakan nombor pendaftaran DBG 1. Beliau mendakwa memandu kenderaan berkenaan atas arahan Sultan Ismail Petra yang mahukan kereta itu dihantar ke Singapura iaitu tempat baginda mendapatkan rawatan perubatan, namun dihalang oleh pihak polis atas arahan Norazman Ismail dan Dato' Abdul Rahim Hanafi. Beliau juga mendakwa telah ditahan selama satu jam oleh pihak polis sebelum dibenarkan keluar daripada Istana Mahkota tanpa membawa kereta berkenaan.
Sumber :- Beerita Harian / The sun
Tak Dapat Update Blog Malam Tadi dan Aktiviti Hari Ini
09.11.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua dan malam tadi tak ada entry daripada Syah sebab Syah letih sangat dan lepas balik daripada pasar malam dan makan Syah baring sekejap dan terus terlelap sampai pagi nie jam 05:00hrs baru bangun. Walau bagaimanapun untung Syah dah solat Insyak sebelum kepasar malam kalau tak Hehehehehhe ............ Sekarang jam 06:09hrs dan Syah nak bersiap dan tunggu bas kat depan Rawang Residence Syah yang akan sampai sat lagi jam 06:30hrs. Ok semua hingga berjumpa lagi dilain Entry dan pada kaum Adam yang berugama Islam jangan lupa Solat Jumaat hari nie yer, Insyallah kalau tak ada halangan ingatkan hendak solat kat Masjid Negara hari nie. Byeeeeeeeeeee
Update : 08:20hrs - Syah baru sahaja sampai ke office dan sempat singgah food court beli breakfast. Pagi nie makan lebih sedikit, Meehon Goreng dan Barli campur Oat. Hari nie Syah pakai baju hitam lagi. Heheheh memang minat hitam tetapi favourate color Syah Kuning dan Merah yang merupakan warna rasmi orang-orang Bugis. Perjalanan dari Rawang ke KL Sentral berjalan lancar pagi nie dengan tambang tiket komuter 50% sehingga Oktober tahun depan, Insyallah. Terima kasih kepada keturunan Raja Bugis yang jadi PM kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional diatas pelbagai kemudahan yang diberikan kepada rakyat.
Thursday, November 8, 2012
Kad Komuter 1 Malaysia
08.11.2012, Khamis - Salam dan Selamat Tenghari semua dan berjumpa lagi kita yer. Lunch apa hari nie dan Syah macam biasa Young Tau Foo dan Wantan Mee Kicap Kosong. Perjalanan ke tempat kerja ada masalah sedikit hari nie. Dari Rawang Residence ke KTM berjalan lancar cuma Komuter jer meragam sedikit pagi tadi. Timing Komuter jam 07:00hrs lari menyebabkan scheduled train berubah dan terpaksa berhenti lama dibeberapa tempat untuk menunggu signal clearance daripada Information Center untuk mereka meneruskan perjalanan. Kalau tak bertembunglah jawapnya. Biasanya jam 08:00hrs Syah sampai KL Sentral tetapi pagi nie 08:20hrs baru sampai KL Sentral dan resultnya lambat masuk kerja. By the way Hari nie Syah hendak ucap jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia kerana dengan inisiatif mereka KTM telah mengeluarkan Kad Komuter 1 Malaysia untuk semua warganegara. Istemewanya pemegang kad nie akan mendapat tawaran potongan harga 50% tambang komuter. Caranya mudah sahaja, apabila and membeli tiket sila tunjukkan sekali kad Komuter 1 Malaysia ini dan anda akan mendapat diskaun 50% harga tiket anda.
Untuk memperolehi kad ini anda perlu mengisi borang Kad Komuter 1 Malaysia di stesyen-stesyen terpilih KTM. Yang Syah tahu ada di Aras 2, KL Sentral dan Kepong Sentral. Untuk stesyen yang lain sila berhubung Stesyen KTM ditempat anda. Syah mohon di Kepong Sentral semalam. Caranya mudah sahaja, anda perlu mengisi borang yang disediakan oleh KTM dan sertakan satu salinan kad pengenalan. Jika tidak membawa salinan kad pengenalan, tak mengapa? dont worry kerana KTM menyediakan perkhidmatan mesin photostate dengan kadar bayaran RM0.40 bagi satu salinan sahaja. Yuran dikenakan sebanyak RM1.00 sahaja seorang. Selepas kita serahkan salinan kad pengenalan dan borang berkenaan mereka akan menyerahkan kad tersebut kepada kita dan kita perlu menulis nama dan no. kad pengenalan kita dibelakang kad tersebut. Tujuannya adalah kerana dari masa ke semasa jika perlu mereka akan membuat pemantuan dan memastikan hanya pemegang kad yang sah sahaja menggunakan kad berkenaan untuk membeli tiket. So jangan berani-berani beri kad anda pada orang lain kerana dibelakang tu ada tertulis nama dan no kad pengenalan anda. Jika nasib baik ok tetapi jika nasib tak baik siapa yang kena nanti.........kan?
Memang menjimatkan, sebagai contohnya tambang Syah sehala dari Rawang ke KL Sentral sahaja RM3.60 dan dengan diskaun ini Syah hanya bayar RM1.80. Jika seminggu tambang Syah dari Rawang ke KL Sentral berjumlah RM36.00 tetapi mulai semalam Syah hanya perlu membayar RM18.00 sahaja. Memang menjimatkan, dari rumah ke pekan tambang Syah RM1.00 manakala dari KL Sentral ke Kerinchi tak silap Syah RM1.60. Syah biasanya gunakan kad touch & go. Ok lah semua Syah nak sambung kerja nie dan sekali lagi terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional yang sudi membantu kami. Lupa nak cerita, Kad ini sah laku digunakan sehingga 31 Oktober 2013. Bayangkan berapa banyak kami pengguna komuter nie boleh berjimat.....
Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun Berhijab
08.11.2012, Rabu - Shukur Alhamdulillah apabila Syah melihat penampilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang berhijab sewaktu menghadiri Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-230 di Istana Negara malam semalam. Tuanku Hajah Haminah baru sahaja kembali daripada mengerjakan ibadat haji baru-baru ini. Sekali lagi Shukur Alhamdulillah dan Tuanku Hajah Haminah merupakan Raja Permaisuri Agong ketiga yang berhijab.
Sumber :- Gambar dari Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)


.jpg)


.jpg)


.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)
