Thursday, September 20, 2012

Istiadat Akad Nikah YTM PSPAP Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Akan Berlangsung Hari ini

20.09.2012, Khamis - Istiadat Berbedak Pengantin Diraja berjalan dengan penuh adat istiadat Diraja Brunei malam tadi di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.  Hari ini pula lebih kurang jam 12:15 hrs nanti akan diadakan pula Istiadat Akad Nikah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannuya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub.  Istiadat Akad Nikah akan berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Ser Bagawan.  Istiadat Akad Nikah ini akan disiarkan secara langsung melalui Radio 90.4fm (Brunei) manakala siaran ulangan (rakaman) akan dapat disaksikan di TV Brunei malam esok pada jam 23:00hrs. Manakala malam ini pula akan diadakan ulang siar Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada jam 23:00hrs.  Sila semak jadual siaran RTB  jika ada sebarang pertukaran.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan sebuah masjid yang diiktiraf sebagai masjid yang terunik di Asia Pasifik serta menjadi tarikan pelancung dan merupakan mercutanda Brunei Darussalam.  Masjid yang siap dibina pada 1958 ini telah diberikan nama sempena nama Sultan Brunei ke-28 iaitu Sultan Omar 'Ali Saifuddien III. Masjid yang dibina dengan senibina moden Islam ini dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei.  Menaranya diperbuat daripada mamar dan kubah utamanya bersalut emas. Masjid ini dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air.  Bentuk "kalat" (tali tebal) yang menerapkan unsur tempatan boleh didapati pada tiang luar masjid. Terdapat Sebuah jambatan yang menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran. Masjid ini terletak dalam kawasan seluar 5 ekar dan boleh menempatkan 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Syah mendoakan agar Istiadat Akad Nikah diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Amin


Sumber :- Naning / Wikipedia

Wednesday, September 19, 2012

Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Brunei Berjalan Lancar

19.09.2012, Rabu - Istiadat Berbedak Pengantin Diraja berjalan dengan penuh adat istiadat Diraja Brunei malam ini. Istiadat diadakan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam ini dihadiri oleh kerabat diraja Brunei dan tetamu-tetamu khas. Istiadat didahului dengan upacara berbedak YTM Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.  Kemudiannya tiba pula giliran bakal pengantin diraja YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub  mengambil tempat bagi istiadat Berbedak Diraja. Kelihatan Sultan Brunei tertawa ketika bakal menantunya terus hendak duduk tanpa menjunjung sembah kepada Baginda berdua.  Walau bagaimanapun belum sempat beliau duduk, beliau bangun semula dan menjunjung sembah kepada kebawah duli baginda berdua.  Biasalah tu nervous atau darah gemuruh bakal pengantin.

Insyallah esok akan diadakan Istiadat Akad Nikah yang dijadualkan berlangsung pada jam 12:15 tengahari. Syah rasa bertuah kerana dapat menyaksikan istiadat ini secara langsung melalui RTB 4.  Anda boleh menyaksikan Istiadat seterusnya secara langsung melalui website www.rtb.gov.bn 

Sumber :- RTB4 / Naning

Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Brunei

19.09.2012, Rabu - Pada malam ini akan diadakan Istiadat Berbedak Pengantin Diraja di Balai Singahsana Indera Buana Istana Nurul Iman sempena perkahwinan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Istiadat-Istiadat Sempena Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Yang Dijalankan Pada 18.09.2012

19.09.2012, Rabu - Dalam Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub terdapat beberapa istiadat yang dijalankan mengikut adat istiadat diraja Brunei. Diantara istiadat yang dijalankan pada  hari Selasa bersamaan 18.09.2012 lepas adalah secara ringkasnya seperti berikut :-
ISTIADAT MENGHANTAR TANDA DIRAJA DAN PERTUNANGAN DIRAJA DI KAMPONG BERIBI 

ISTIADAT MENERIMA TANDA DIRAJA DAN PERTUNANGAN DIRAJA DI ISTANA NURUL IMAN

MAJLIS ISTIADAT MALAM JAGA JAGA DI ISTANA NURUL IMAN

MAJLIS ISTADAT MALAM JAGA-JAGA RUMAH PENGANTIN LELAKI DIRAJA

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei

Azam Masuk Metro dan Syah Tak Sihat

19.02.2012, Rabu - Semalam anak saudara Syah Firdaus balik dari kelas dia terus tunjukkan akhbar Harian Metro kepada kami.  By the way sehari dua lepas keluar hospital nie Syah stay di rumah Kak Lang Ella di Ampang. Rupa-rupanya gambar bapa dia Azam keluar dalam paper tu.  Kebetulan Azam ke Tanah Suci untuk mengerjakan Ibadat Haji pada tahun ini dan bertolak pada 17.09.2012 lepas, kira hari pertama penerbangan dengan KT03.  Kami semua menghantarnya ke Tabung Haji Kelana jaya jam empat pagi pada hari berkenaan. Jika tiada halangan, Insyallah Azam dijangkan balik semula ke Kuala Lumpur pada 02.11.2012.  Gambar Azam adalah yang palig hadapan sekali sebelah kanan yang menundukkan mukanya tu.  Biasalah dia nie memang low profile sket.  Agaknya dia tahu ada  camera nak ambil gambar tu yang dia tundukkan muka tu............hehehehhe.  Malam tadi dia ada call Kak Lang Ella informed dia sudah selamat sampai ke Madinah.  Syah doakan agar Azam selamat pergi ke Mekah dan selamat kembali semula ke Kuala Lumpur semuga mendapat Haji Yang Mabrur dan dipermudahkan segala urusan beliau di Tanah Suci, Amin.

Yang paling sedih adalah anak bungsunya, Ku Chik dan semalam dia tak ke sekolah kerana malam tu dia asik menangis teringatkan ayahnya dan hanya boleh tidur jam 02:00hrs dan pagi tu dia nampak letih sangat tak cukup tidur dan Kak Lang Ella kata tak perlu ke sekolah cuma petang tu sahaja dia ke sekolah agama. Malam tadi Kak Lang Ella rasa risau gak takut dia buat hal lagi tetapi shukur alhamdulillah dia dah ok dan boleh tidur awal cuma semua orang bangun lewat pagi nie hampir jam 07:00hrs.  Subuh tadi pula lutut Syah luka sedikit sebab terjatuh kat tikar (tersagat) tak tahu macam mana boleh jatuh masa nak bangun.  Ingat kan hendak ke office sekejap hari nie tetapi Syah tak sihat dan demam malam tadi, so tak jadi pergilah hari nie. Mulai petang semalam Syah sudah rasa tak sihat dan lemah-lemah badan serta rasa sejuk dan hidung tersumbat. Ok lah semua .......hingga berjumpa lagi dilain Entry.

Apa itu Gendang Jaga-Jaga

19.09.2012, Rabu - Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub terdapat pelbagai Istiadat yang dijalankan mengikut Adat Istiadat Diraja Brunei.  Salah satunya adalah Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga.  Apa itu Gendang Jaga-Jaga agaknya yer? ....................

Gendang jaga-jaga adalah menjadi gendang kebesaran diraja yang digunakan dalam sesuatu istiadat tertentu khususnya dalam musim istiadat. Alat-alat yang terkandung di dalamnya sama juga seperti yang digunakan dalam Naubat, iaitu Nakara, dua buah Gendang Labik dan empat buah Serunai, tetapi ditambah lagi dengan tiga biji Chanang dan dua biji Gong.

Menurut orang tua-tua, diantara semua alat-alat Naubat itu, Nakara lah yang tertinggi sekali kedudukannya. Sebab itulah ia diletakkan ditempat yang tinggi daripada alat-alat Naubat lain dan sentiasa membawanya pun diusung di atas kepala oleh juru (pengual Nakara atau Ketua Pengendang), dan tempat menyimpannya juga diistemewakan daripada yang lain, iaitu diletakkan di atas kaban (peti) Mahkota.

Dikatakan juga sahap Nakara ini dibuat daripada kulit Tuma (sejenis binatang ganjil).  Alat-alat Naubat yang ada ini dikatakan semuanya diwarisi oleh Sultan-Sultan Brunei turun temurun, hanya diperbaiki sedikit-sedikit kerosakannya (jika ada).

Apabila sesuatu istiadat khas yang memerlukan Gendang jaga-jaga diadakan, maka sebagai menandakan istiadat itu telah dimulakan, Gendang Jaga-Jaga itu akan dibuka dengan rasminya dalam satu istiadat yang diadakan di Lapau atau di tempat yang disifatkan sedemikian dan diiringi dengan tembakan meriam kebesaran diraja sebanyak 21 das, kemudian diikuti pula dengan pemasangan perhiasan diraja.

Jika Gendang Jaga-Jaga dikurniakan kepada seseorang yang dimaksudkan, sekali lagi diadakan pembukaan rasminya dirumah atau tempat kediaman orang yang dikurniai itu dan diikuti dengan tembakan meriam kebesaran diraja menurut bilangan yang layak kepada yang dikurniakan itu, dan ia diikuti dengan pemasangan perhiasan diraja di kawasan yang bersesuaian.

Istiadat ini dinamakan Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga.  Setelah sempurna Gendang Jaga-Jaga dibuka, maka kesempurnaan itu akan disembahkan kepada yang dikurnai itu.

Setelah sempurna istiadat berkenaan, makan Gendang Jaga-Jaga ini akan ditutup dengan satu istiadat juga yang termasyhur dengan sebutan Istiadat Menutup Gendang Jaga-Jaga atau Istiadat Membaca Doa Selamat sebagai menandakan istiadat tersebut telah sempurna.

Dari waktu Gendang Jaga-Jaga itu dibuka hingga Gendang Jaga-Jaga ditutup, dinamakan musim istiadat. Maka dalam musim tersebut Gendang Jaga-Jaga ini akan dititirkan (dilagukan) menurut peraturannya pada waktu yang ditetapkan untuk menandakan pada masa itu ialah musim istiadat.

Istiadat yang memerlukan Gendang Jaga-Jaga ini lazimnya ialah Istiadat Berpuspa, Istiadat Memasyhurkan Pengiran Muda Mahkota, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Mengurniakan Gelaran (Istiadat Mengarak Wazir), Istiadat Berkhatan Putera Diraja, Istiadat Berkhatan dan Bertindik Puteri Diraja, Istiadat Meluaran dan seumpamanya.

Gendang Jaga-Jaga yang digunakan dalam Majlis Berjaga-Jaga Diraja ini adalah dikhaskan untuk Sultan, tetapi jika dengan perkenan Baginda, alat kebesaran ini boleh juga dikurniakan kepada keluarga Diraja atau Pengiran yang akan diarak menjadi Pengiran Perdana Wazir atau Wazir.

Sumber :- Media Permata / Petikan Buku Adat Istiadat Diraja Brunei 

Tuesday, September 18, 2012

Istiadat-Istiadat Sempena Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Yang Dijalankan Pada 17.09.2012

18.09.2012, Selasa - Dalam Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub terdapat beberapa istiadat yang dijalankan mengikut adat istiadat diraja Brunei. Selain daripada Istiadat Bersuruh Diraja di Istana Nurul Iman, terdapat banyak lagi istiadat-istiadat lainnya sehinggalah selesai kedua mempelai menjadi suami isteri yang sah. Diantara istiadat yang dijalankan pada 17.09.2012 lepas adalah secara ringkasnya seperti berikut :-


MAJLIS ISTIADAT BERSURUH DIRAJA BAGI PENGANTIN LELAKI  DI KAMPUNG BERIBI


MAJLIS ISTIADAT MEMBUKA GENDANG JAGA JAGA DI LAPAU 


ACARA PEMASANGAN BENDERA PISANG-PISANG DAN PEMAJANGAN SEMPENA ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA

MAJLIS ISTIADAT MENJUNJUNG KURNIA GENDANG JAGA JAGA  BAGI PIHAK PENGANTIN LELAKI


MAJLIS ISTADAT MALAM JAGA-JAGA RUMAH PENGANTIN LELAKI DIRAJA


MAJLIS ISTIADAT MALAM JAGA-JAGA DI ISTANA NURUL IMAN BAGI PENGANTIN PEREMPUAN

Titah Baginda Sultan Brunei Pada Majlis Istiadat Bersuruh Diraja

18.09.2012, Selasa - Berikut adalah teks ucapan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang diadakan pada 16.09.2012 lepas sempena perkahwinan Puteri Baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.  Istiadat Bersuruh Diraja ini berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Brunei di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

"Beta dengan sukacita mengalu-alukan kedatangan biskita kerana membawa hasrat akan menyerahkan anak biskita Pengiran Haji Muhammad Ruzaini kepada Beta.

Beta dan keluarga dengan ini menerima baik hasrat tersebut sambil berdoa semoga Allah akan sentiasa meluruskan serta memberkati.

Sebagaimana dimaklumi istilah Istiadat Bersuruh adalah permulaan untuk menyusun rancangan-rancangan Istiadat Perkahwinan yang mana dengan ini Beta sukacita mengurniakan Gendang Jaga-Jaga kepada biskita yang akan dipangku oleh Paduka Adinda Duli Pengiran Bendahara. Miatutah saja dari Beta."

Sumber :- Pelita Brunei / Jabatan Penerangan Brunei

Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Bermula

18.09.2012, Selasa - Istiadat perkahwinan puteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pada 16 September lepas dengan penuh adat istiadat diraja Brunei didahului dengan Istiadat Bersuruh Diraja yang diadakan di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Anakanda Baginda Sultan Brunei iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah akan disatukan dengan pasangannya Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd Yakub. Gambar disebelah ini merupakan gambar lama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah yang ada dalam simpanan Syah

Dalam istiadat ini, Baginda Sultan Brunei telah berkenan menerima mengadap rombongan Bersuruh Diraja dan mengurniakan titah penerimaan lamaran Pengiran Haji Muhammad Ruzaini yang disembahkan oleh ayahndanya Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Keberangkatan tiba rombongan pihak lelaki yang diketuai oleh YAM Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith Pengiran Haji Apong di Pintu Besar, Istana Nurul Iman telah disambut  oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab, Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Awang Maidin, Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Awang Osman dan Pegawai dari Pejabat Grand Chamberlain dan seterusnya.  Kemudiannya rombongan telah dibawa masuk ke Baitur Rahmah.

Setelah rombongan berada didalam Baitur Rahmah,  Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain memaklumkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Shaibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa majlis Istiadat Bersuruh Diraja akan dimulakan.  YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah memaklumkan kepada Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja untuk mengadap kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia dan seterusnya menjunjung Baginda Sultan Brunei berangkat masuk.

Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja kemudian menyembahkan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bahawa majlis Istiadat Bersuruh Diraja sudah siap sedia dan Baginda Sultan Brunei kemudiannya menitahkan supaya istiadat dimulakan.

Majlis ini diteruskan dengan Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith mengadap kehadapan Majlis Baginda Sultan diikuti oleh Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub bin Pengiran Haji Othman (sebelah kanan dalam gambar ini) bagi menyembahkan hajat dan hasrat keluarganya  untuk menyunting puteri Baginda Sultan Brunei.  Selepas itu, Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub berdatang sembah melahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih atas kurnia perkenan Baginda Sultan Brunei menerima beliau dan rombongan mengadap. Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub kemudian berdatang sembah untuk menyerahkan anaknya iaitu bakal pengantin Pengiran Haji Muhammad Ruzaini ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya menyembahkan hajat rombongan tersebut.

Selesai sahaja kurnia titah perkenan Baginda Sultan Brunei , Pengiran Dr. Haji Mohd Yakub bagi pihak keluarganya kemudian menyembahkan ucapan menjunjung kasih kehadapan Majlis Baginda sebelum majlis selesai sepenuhnya.  Setelah majlis selesai, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Turut berangkat dalam majlis ini adalah YAM Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan-timbalan menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pendalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha-setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan serta para jemputan.



Sumber :- Pelita Brunei/Jabatan Penerangan Brunei

Monday, September 17, 2012

Syah Sudah Keluar Hospital


17.09.2012, Isnin - Salam dan apa khabar semua.  Syah keluar hospital Assunta pada Ahad 16.09.2012.  Syah masuk hospital hari Khamis tengahari dan petang tu hampir jam 16:00hrs pembedahan kecil tu berjalan tak sampai 30 minit dalam keadaan Syah sedar dalam OT (operation theatre) dan hanya dibius sahaja.  Mak aii............ sakitnya masa dia cucuk kat bahagian tempat buang air besar tu untuk injek ubat bius, Allah sahaja yang tahu sakitnya.   Lepas keluarkan darah beku tu Dr. Vijay jahit supaya benda tu tak jadi semula tetapi jika masa pass motion keras atau meneran,  kemungkin akan jadi semula.  Masa buat operation tu kaki kena naik keatas sejenis peralatan dan senang kata macam orang hendak bersalin tu ler.......heheheh Adoi letih dibuatnya dan nurse semuanya friendly dan taklah malu sangat rasanya dan by the way mereka pun tak heran coz dah macam-macam orang punya mereka dah tengok kan? hahahhaha.......

 Lepas operation mereka tolak Syah naik ke wad semula dan lepas tu barulah terasa sakitnya bila bius dah habis.  Tak lah sakit gila tetapi sakitlah rasanya dan sampai sekarang ada masanya sakit tu terasa lagi dan Syah tak boleh duduk dengan betul. Actually hari Jumaat tu Syah dah boleh balik dan kebetulan my brother Muss datang dan Syah minta dia bawa beg pakai Syah balik dahulu dan ingat hendak balik "lengang kangkung". Tiba-tiba ada bleeding kat tempat jahitan Syah dan refer kat nurse dan akhirnya kena tahan sebab mereka nak observe takut bleeding tu berlarutan dan doktor arahkan Syah berpuasa. Alamak ......... seriau bila suruh puasa takut kena operation semula tetapi akhirnya pendarahan tu semakin berkurangan.

Masalah pula Syah kat hospital coz beg Muss dah bawa balik dan beberapa peralatan mandian dan ubat-ubat Syah dalam beg tu. Muss pula malam tu dah bertolak ke Kuantan. Untung baju balik rumah Syah dah keluarkan dan di wad Syah pakai baju hospital dan Syah minta dari nurse towel sahaja. Antara yang melawat Syah adalah Muss, Mamat dan Izah, Kak Lang & family dan Hafis & family.  manakala Ayahanda, Kak Long Zainab, Kak Ngah Normah serta my lill sis Intan selalu call Syah di Assunta bertanya khabar sebab mereka tak dapat hendak ziarah Syah.  Macam biasa banyak dapat buah tangan seperti buah-buhan dan biskut.  Mamat bawakan Syah ubat dan berus gigi ......... selamat sedikit ada penyelamat coz semuanya keperluan harian ada dalam beg yang Mus dah bawa balik tu  Manakala ubat pula Syah minta dari Dr dan Nurse kecuali supplement  jer mereka tak ada.

Syah dibenarkan keluar tenghari Ahad dan terus ke KL Residence.  Dari hospital naik teksi ke LRT Taman Jaya untuk ambil LRT ke Stesyen Melati dan dari Melati naik teksi ke KL Residence coz tak larat nak jalan kaki. Dr bagi Syah berehat seminggu tetapi mungkin Syah akan on and off ke office  untuk settlekan kerja-kerja urgent kerana Kak Rose operation kaki dan my boss Dek Nor tunggu hari nak bersalin dan hanya tinggal Big boss Syah Saiful dan Abang Talib sahaja. Kesian pula mereka kalau Syah tak datang terus dan kalau nak terus kerja tak boleh sebab Syah tak selesa duduk lama-lama coz terasa sakit kat tempat jahitan tu. Nak buat macam mana kan? dah nak jadi macam nie dan Syah tak rancangpun nak masuk hospital lama-lama.  Walaupun  pembedahan Khamis lepas kecil sahaja tetapi sakitnya lebih daripada laser operation yang Syah buat beberapa bulan lepas yang hampir tak sakit langsung. 

Jutaan Terima Kasih Syah ucapkan kepada keluarga dan rakan taulan serta teman-teman FB dan last but not least para pembaca blog tengkusyah yang mendoakan agar Syah cepat sembuh. Syah juga mendoakan agar kalian dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Amin............ Ok lah Syah gtg dan hingga berjumpa lagi dilain Entry dan doakan agar Syah cepat sembuh yer.

Wednesday, September 12, 2012

Syah Masuk Assunta Sekali Lagi Esok

12.09.2012, Rabu - Salam semua buat apa tu?  Dah hendak tidur yek................... Just hendak informed anda semua bahawa esok Syah akan masuk Assunta Hospital semula kerana ada procedure yang perlu dilakukan berhubung masalah piles Syah hari tu.  Ini adalah gambar masa Syah operation piles tempohari. Esok Syah akan masuk semula kesini, Hemmmmm ....................... hahahaha.. So esok tak ada entry dari Syah untuk tatapan anda semua. Insyallah keluar nanti Syah akan update blog.  Doakan everything going to be ok yer ........... 

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Adakan Majlis Sambutan Aidilfitri Di Istana Negara

12.09.2012, Rabu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha  Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota kabinet dan perwakilan asing di Istana Negara. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis sambutan Aidilfitri ini merupakan yang pertama kalinya diadakan di Istana Negara baru di Jalan Duta. Turut menyerikan majlis adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.  Diantara menteri kabinet yang hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelancungan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.  Diantara diplomat asing yang hadir adalah dari Arab Saudi, Kuwit, Tanzania, Afghanistan, Iraq, Indonesia, Brunei dan Jordan.

Sumber :- Bernama

Tuesday, September 11, 2012

Duke and Duchess of Cambridge Berada Di Singapura

11.09.2012, Selasa - Sekarang  Duke  and Duchess of Cambridge berada di Singapura untuk lawatan rasmi sempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Baginda Queen Elizabeth. Baginda berdua dalam rangka lawatan rasmi sembilan hari ke Asia Tenggara dan Pacific Selatan sempena sambutan Jubli Intan Baginda Queen Elizabeth. Pada hari Khamis ini pula, pasangan diraja ini akan melawat negara kita dan akan berada di Kuala Lumpur dan Sabah selama 3 hari sebelum bertolak ke Kepulauan Solomon.  Di Singapura, Duke and Duchess of Cambridge menginap di Hotel Raffles.

Raja Muda Perlis dan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Hadiri Majlis Sambutan Merdeka Aidilfitri AUCMS

11,09.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Merdeka Aidilfitri Allianze University Collage of Medical Sciences(AUCMS) di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kelihatan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersamaYang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas serta Presiden AUCMS Prof Dato' Dr Zainuddin Md Wazir.  Turut serta adalah Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merupakan Chanselor AUCMS. Majlis ini juga meraikan anak-anak Yatim daripada Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas.  Seperti kebiasaannya, Kanak-kanak ini telah diberi "ampau".

Sumber : Bernama

Pengawal Peribadi Kerabat Diraja Johor Didapati Bersalah Ugut Kontraktor Didenda Mahkamah Majistret Johor Baharu

11.09.2012, Selasa - Seorang pengawal peribadi kerabat diraja Johor, Ahmad Asri Mohd. Redzuan berusia 35 tahun dan masih bujang telah didapat bersalah oleh Mahkamah Majistret Johor Baharu semalam atas pertuduhan didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang kontraktor, Zainal Awang berusia 53 tahun ditempat letak kereta Perling Mall, Johor Baharu, Johor diantara pukul 3 hingga 4 petang pada 21 September 2012.   Beliau telah mengugut  Zainal untuk mendedahkan hubungan sulit Zainal dengan wanita lain kepada keluarga Zainal dan mendorong Zainal menyerahkan dua keping cek berjumlah RM40,000.00.  Sehubungan dengan itu, Ahmad Asri telah didakwa mengikut seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. 

Setelah hampir dua tahun kes berjalan, semalam Majistret Noor Aisyah Ahmad telah memerintahkan agar Ahmad Asri membayar denda sebanyak RM10,000.00 kepada Mahkamah dan RM40,000.00 kepada En Zainal sebagai pampasan. Majistret Noor Aisyah juga memerintahkan Ahmad Asri dipenjara masing-masing 36 bulan dan lapan bulan sekiranya gagal membayar denda kepada mahkamah dan pampasan kepada mangsa.  Keputusan telah dibuat setelah Majistret Noor Aisyah berpuashati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah. Seksyen 426 Kanun Acara Jenayah telah digunakan untuk mengarahkan Ahmad Asri membayar wang pampasan berkenaan.

Majistret Noor Aisyah Ahmad juga telah menolak permohonan peguam kepada Ahmad Asri, Roy Angau Anak Gingkoi yang telah membuat permohonan kepada mahkamah mengurangkan denda dan menanguhkan perlaksanaan hukuman.

Sumber :- Kosmo

Monday, September 10, 2012

Melawat Pusara dan Keluarga Allahyarham Pak Hitam

10.09.2012, Isnin - Salam dan Selamat Malam semua dan maaf tak ada entry berhubung raja-raja hari ini kerana Syah baru sahaja sampai dari kampung dengan anak saudara Syah, Mamat jam 22:00hrs tadi.  Hari ini Syah balik kampung ziarah pusara Pak Hitam.  Syah sampai ke Sungai Haji Dorani selepas jenazah dikebumikan dan Syah terus ke tanah perkuburan dan kemudiannya baru berjumpa dengan keluarga Allahyarham terutamanya Kak Nisah.  Masa Syah sampai keluarga Allahyarham masih lagi ramai dan Allahyarham sebenarnya tinggal bersama Kak Nisah.  Syah sempat bertanya Kak Nisah sebab-sebab kematian Allahyarham, Adalah lebih kurang setengah jam Syah di rumah Kak Nisah dan kemudiannya kami bertolak balik ke Sabak Bernam berjumpa Bonda Ejon serta Ayahanda.  

Nampak tak kayu yang terpacak tu? Inilah dia lokasi jenazah Allahyarham dijumpai oleh anaknya, Kak Nisah.  Sebenarnya kehilangan Allahyarham disedar semenjak pagi lagi dan mereka menjalankan usaha mencari tetapi tak berjumpa.  Senja semalam Kak Nisah berdoa supaya ditemukan Ayahandanya dan selepas sahaja berdoa hatinya tergerak kekawasan pokok kekabu disebelah rumahnya.  Alangkah terperanjatnya Kak Nisah apabila melihat Ayahandanya terbaring kaku dalam posisi terlentang dengan kedua belah tangannya seperti orang Azan. Allahyarham sudah tidak bernyawa lagi dan ada kesan terbakar sedikit di badannya begitu juga dikawasan persekitarannya.  Yang anihnya orang yang mencari tu ada datang kekawasan ini tetapi tidak menjumpa jenazah Allahyarham. Adalah dipercayai Allahyarham kekebun dan membakar lalang.  Syah tengok surat mati Allahyarham ditulis Sesak Nafas.

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Pak Hitam sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ...............................

Al-Fatihah Allahyarham Pak Hitam

10.09.2012, Isnin - Dukacita dimaklumkan salah seorang ahli keluarga Syah telah kembali ke Rahmatullah semalam 09.09.2012.  Allahyarham merupakan suami kepada sepupu Nenda Syah dan kami panggilnya Pak Hitam.  Berita ini disampaikan oleh Kak Long Zainab selepas solat Maghrib semalam. Pak Hitam nie sudah agak tua dan tinggal bersama anaknya Kak Nisah selepas kematian Isterinya Mak Hitam.  Semalam, seharian anaknya mencari Allahyarham tetapi tak jumpa dan akhirnya petang semalam orang kampung yang mencari menjumpainya disalah satu kebun kepunyaan Allahyarham.  Semasa dijumpai Allahyarham dalam keadaan badannya tertumus ke tanah dan sudah tidak bernyawa lagi. Allahyarham tinggal di Sungai Haji Dorani dan berusia dalam lingkungan 80an. Gambar ini diambil sewaktu Kak Lang Ella ke rumah Allahyarham Pak Hitam semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Pak Hitam sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ...............................

Sunday, September 9, 2012

Sultan Johor Batalkan Projek Laguna Mersing

09.09.2012, Ahad -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam titahnya sempena majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Mersing semalam memaklumkan bahawa projek pusat peranginan mega Laguna Mersing terbatal dengan sendirinya berikutan kegagalan pihak pemaju memenuhi syarat asa perjanjian projek berkenaan.  Projek bernilai RM22 Billion ini terbatal apabila pihak pemaju induk, Radiant Starfish Development Berhad didapati gagal meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta dalam masa enam bulan sepertimana yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani pada 25.02.2012 diantara syarikat berkenaan dengan Kerajaan Negeri Johor.  Pada 14 April lepas, Tuanku Sultan Johor sendiri merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan.  Sehubungan dengan itu, Tuanku Sultan Johor menasihatkan pihak Kerajaan Negeri agar lebih berhati-hati apabila menerima cadangan pembangunan dan menilainya dengan teliti agar pemaju yang benar-benar komited dan berkemampuan sahaja diberikan projek berkenaan

Diantara Titah Baginda :-
  • Namun sehingga hari ini setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.  Ekoran kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal.
  • Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menegguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ketempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Starfish Development Berhad berhubung isu ini.  Walau bagaimanapun Naib Presiden Hal Ehwal Korporat Starfish Development Berhad, En Kamaruddin Abdullah memaklumkan kepada Kosmo bahawa pihaknya masih belum bersedia mengeluarkan kenyatan berhubung perkara ini ekoran daripada kematian Ketua Pegawai Eksekutif nya, Allahyarham Ungku Safian Abdullah kelmarin akibat komplikasi kesihatan di Kuala Lumpur.

Pemaju induk projek ini adalah Radiant Starfish Development Berhad dengan kerjasama dua syarikat Cina, Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd dan Shengrong International Group Co. Limited serta YPJ Holdings Sdn Bhd dan CIMB Insurance Brokers Sdn Bhd.  Projek ini bernilai RM22 billion dan dibangunkan diatas tanah seluas 809 hektar yang merangkumi 22 buah hotel, 4000 buah vila dan pangsapuri servis, kemudahan marina seperti pengkalan khas tempat kapal layar, bot persiaran berlabuh dan beberapa pusat komersial. Projek ini juga mempunyai tiga pulau buatan manusia dan hamparan pantai sepanjang 36 kilometer diantara Endau Rompin dan taman marin diluar pantai Mersing.  Projek ini bermula pada Mac 2012 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Sumber :- Kosmo

Saturday, September 8, 2012

Aktiviti Hari ini

08.09.2012, Sabtu - Salam semua dan apa khabar.  hari nie Syah di Rawang Residence dan pagi tadi Syah ke Pekan Rawang untuk beli keperluan dapur dan singgah breakfast di kedai Mamak.  Syah order air Suam dan Horlic O Panas sahaja dan makanan pula Syah makan Apam Balik yang dibeli kat pasar. Lepas sarapan Syah ambil ubat macam biasa dan terus ke Bus Stand untuk balik ke Rawang Residence.  Sampai jer rumah Syah lihat kerja-kerja membersihkan longkang sedang giat dilakukan oleh kontraktor.  

Syah lihat beberapa budak India masuk ke longkang tu dan Syah tanya buat apa dan katanya tangkap ikan dan belut.  Nampak bahaya apa yang mereka buat tu tetapi happy tengok gelagat mereka.  balik rumah Syah makan lebihan apam balik tu dan tak lunch hingga sekarang kerana kenyang.  hari pula mendung dan Syah pula basuh baju hari nie dan esok hendak ke KL Residence pula.  Harap-harap keringlah hendaknya. 

Keadaan kelopak mata Syah yang bengkak tu (ketuit kata Dr) beransur pulih tetapi masih terasa sakit bila kedipkan mata serta ada masanya rasa gatal-gatal sedikit. Pagi tadi bangun jer mata Syah sebelah kanan tu macam kabur jer disebabkan ubat yang Syah letak malam tadi.  Masa mandi Syah lalukan air paip (runningg water) kat mata untuk bersihkan ubat tu dan insyallah rasa kabur tu hilang. Oklah semua ..... hingga berjumpa lagi dilain Entry.

Setiap Kali Hari Keputeraan Sultan Satu Kuala Kangsar Meriah

08.09.2012, Sabtu - Malam tadi Syah menonton My home town di C318 Astro dan nampak Raja Azmi Raja Sulaiman, produser filem dan bekas isteri jaguh badminton negara, Jailani Sidek berkongsi cerita mengenai kampung halamannya iaitu Kuala kangsar yang merupakan Bandar Diraja bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Menurut beliau satu perkara yang tak ada sekarang nie di Kuala kangsar adalah suasa meriah setiap tahun sempena Hari Keputeraan Sultan Perak sewaktu pemerintah Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] Sultan Perak ke-33, Sultan Perak sebelum Tuanku Azlan sekarang ini.  

Menurut beliau setiap kali sambutan Hari Keputeraan Sultan, suasana di Kuala Kangsar begitu meriah sekali dimana akan diadakan pesta di Istana macam Funfair untuk semua golongan masyarakat dan segala permainan tu diberikan secara percuma. Makna kata satu Kuala kangsar akan berpesta sakan macam sambutan Hari Raya. Selain dari itu diadakan juga persembahan bunga api. Menurut beliau lagi, sekarang nie suasana seperti itu sudah tak ada lagi di Kuala Kangsar selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris.

Sumber :-  C318 Astro - My home town 

Friday, September 7, 2012

Aktiviti Hari nie dan Melawat Kubur Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah

 07.09.2012, Jumaat - Salam dan apa khabar semua dan Syah berharap agar anda semua dalam keadaan sihat hendaknya.  Ini gambar Syah pagi tadi dioffice dan syah minta member Syah Noni ambilkan gambar nie kerana kebetulan dia masa tu hendak ke bilik air.  Perjalanan pagi tadi ada problem sedikit kerana bas lambat coz driver biasa cuti.  Supaya tak lambat, Syah naik ETS jam 07:10hrs dan sempat sampai hampir jam 08:30hrs.  Actually setiap hari Jumaat TM benarkan kami pakai jeans dan kemeja T (berkolar) - Smart Casual. Pagi tadi selepas hantar payment ke PCKV di Annexe 2, Syah jumpa Dr. Yanti di Pusat Perubatan Menara kerana nak settlekan form Insuran (bengang jer dengan insuran Prudential BSN nie) dan dalam waktu yang sama minta Dr lihat mata kanan syah yang bengkak kelopak sebelah atas.  

Semalam Dr Rasol minta Syah datang lewat sedikit untuk berjumpa Dr Yanti berhubung urusan mengisi form tu sebab katanya waktu tu patient tak ramai. Syah sampai jam 11:30hrs dan hampir jam duabelas lebih baru dapat masuk.  Selepas isi borang tu dr periksa mata Syah dan sambil berlawak Dr Yanti kata intai siapa sambil ketawa.  Mata Syah macam ada ketumbit. Dr dah bagi antibiotic dan ubat sapu. Ada masanya kelopak mata tu rasa sakit bila Syah kedipkan mata dan ada masanya rasa macam gatal.  Ada ada jew kan/  Heheheheh dugaan .........dugaan ................dugaan............

selepas selesai urusan dengan doktor, Syah turun semula ke tingkat 10, TM Annexe 2 untuk ambil dokumen payment yang Syah tinggalkan dikaunter kerana Syah hendak kekelinik dulu takut lambat dan dokumen Syah tu memang banyak gila dan take time nak diuruskan.  sebab itu Syah naik ke kelinak di tingkat 26 tu sekejap. hari nie Syah Solat Jumaat di Masjid negara dan macam biasa ziarah ke makan.  By the way, inilah dia kubur Allahyarham Tan Sri Hamzah  .Abu Samah yang meninggal dunia kerana sakit tua dalam usia 88 tahun dikediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 15:30hrs 04.09.2012 dan dikebumikan pada keesokan harinya dengan diberi penghormatan negara dan disemadikan di Makam Pahlawan, masjid Negara. 

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ...............................  Selepas solat Syah beli kismis dan badam sebelum beredar semula balik kepejabat.  Hari nie TM habis kerja jam 17:00hrs kecuali hari lain jam lima setengah.  Esok dan lusa kami memang tak kerja.  Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ................ byeeeeeeeee

Raja Chulalongkorn Melawat Terengganu

07.09.2012, Jumaat - Tahukah anda bahawa pada hari ini dalam tahun 1888, Raja Siam, Raja Chulalongkorn (Rama V) telah buat pertama kalinya mengadakan lawatan persahabatan ke Terengganu dan Tanah Melayu. Lawatan rasmi dua hari ini disertai oleh pembesar-pembesar dan pengiring-pengiring baginda dengan menaiki enam buah kapal laut. Baginda dan rombongan memasuki Terengganu melalui pelabuhan Kuala Terengganu.  Baginda dan rombongan telah disambut oleh Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III. Raja Muda Tengku Abbas dan para pembesar Terengganu.

Tetamu diraja telah diraikan dengan majlis santapan diraja dibalai khas yang disediakan disamaping pelbagai acara keraian lainnya dengan penuh warna warni.  Sebagai tanda penghormatan kepada rombongan diraja Siam, tembakan 21 das meram berkumandang diudara. Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar cenderahati dan Raja Thailand telah berbesar hati mengurniakan pelbagai cenderahati kepada kerabat diraja serta para pembesar Terengganu. Rombongan diraja kemudiannya mengadakan lawatan ke Kampung Cina. Bermula daripada lawatan ini, hubungan Siam - Terengganu menjadi bertambah erat dimana Raja Chulalongkorn sekali lagi berkunjung ke Terengganu pada 1890.

Sumber :- Arkib Negara / wikipedia

Thursday, September 6, 2012

Selesai Sudah Puasa Enam dan Esok Hari Raya

06.09.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah habis sudah Puasa Enam Syah hari ini dan Horeyyyyyyyyyy......Esok Hari Raya.  Buka puasa macam biasa dan hari nie Syah buat Mee Sayur as usual cuma tambah ayam yang Syah beli minggu lepas tak habis dan disejuk bekukan.  Rasa macam  dah nak "busuk" tetapi boleh makan lagi lah. Hari nie ada Pasar Malam di Rawang Residence dan tak banyak gerai buka............. apalah depa nie raya lagi ker ?........... dan Syah sempat beli putu piring dan kat pekan tadi beli kuih ketayap. Buka puasa tadi buat Soya Cincau  dan makan kurma, lepas Solat baru Syah masak.  Kenyang makan putu piring dan kuih tu. hari nie Syah balik awal jam 17:00hrs, kalau tak lepas berbuka jawapnya sampai.

Anda bagai mana dah Puasa Enam ?  Jika ada kelapangan buatlah Puasa Enam dan sekalikan dengan Puasa Sunat Isnin & Khamis.  Pada kaum hawa pula, ganti dahulu puasa anda kemudian buat Puasa Enam. Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Mudah sahaja untuk melakukan Puasa Enam ini dan yang afdal atau terbaik adalah secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut dan dibuat berselang seli dan yang penting digenapkan selama enam hari dalam bulan Syawal sahaja. Sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

Syah ambil masa dua minggu untuk habiskan Puasa Enam ini bermula Isnin minggu lepas, Khamis dan Sabtu.  Lepas tu sambung pula pada Isnin dan Selasa, masa nie Syah cuti dua hari dan terakhir hari ini Khamis. Ok lah Syah nak rehat sebentar, sehingga berjumpa lagi dilain Entry.  By the way hari nie tak ada gambar coz kamera tertinggal kat office dan sudah minta member Syah, Rohizad simpankan.... Biasalah Syah nie pelupa.

Gambar Tengku Mahkota Deli, Pengiran Bendahara Deli dan Tengku Mahkota Serdang



06.09.2012, Khamis - Ini adalah gambar kerabat-kerabat diraja dari Indonesia, kini semuanya hanya tinggal kenangan setelah Indonesia menjadi Republik dan sistem berajanya dihapuskan. Dari kiri ke kanan Pengiran Bendahara Deli Tengku Amiruddin, Tengku Mahkota Deli Tengku Osman (kemudiannya Bergelar Sultan Deli XI) dan Tengku Mahkota Serdang Tengku Rajih Anwar. Al-Fatihah ............


Sumber :- koleksi hitam/putih foto2 Sejarah & Budaya-Sumetera

Wednesday, September 5, 2012

1st Day Kerja Hari Nie

05.09.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua dan Syah harap anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. Hari nie merupakan 1st day Syah bekerja setelah bercuti selma dua hari pada Isnin dan Selasa lepas. Syah cuti sebab rasa letih bekerja pada hari Merdeka serta hari Sabtu dan Ahad lepas.  Ada payment yang harus diselesaikan dengan kadar  segera, tu yang Syah kena kerja dan siapkan kerana waktu macam nielah boleh beri tumpuan pada tugasan tu tanpa gangguan daripada internal customer lainnya.    Mulanya rasa macam malas nak kerja tetapi gagahkan juga dan jangan ikutkan rasa malas tu kerana hasutan syiatan sahaja tue.......kan?. heheheh......... Hari nie Syah naik Komuter menggunakan touch-n-go kerana tiket mingguan yang mereka offer sebanyak RM18.00 untuk seminggu perjalanan dari Rawang ke KL Sentral  tu telah habis tempoh offernya. Bas dari Rawang Residence ke KTM on scheduled dan Syah sampai office hampir jam 08:30hrs.

Macam biasa dah lama cuti dan kerjapun melambaklah ................. tetapi tak mengapa kita buat perlahan-lahan, slow and steady baru tak tension.  Ingatkan hendak ke Masjid Negara menyaksikan pengkebumian negara untuk Allahyarham Tan Sri Hamzah bin Abu Samah tetapi terpaksa dibatalkan kerana cuaca agak mendung dan kalau hujan takut tak boleh balik semula ke office.  Apa-apapun takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham semuga mereka tabah menghadapi dugaan ini.  Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham....... Al-Fatihah........ semuga rohnya Allahyarham Tan Sri Hamzah bin Abu Samah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber : Sendiri