Tuesday, April 17, 2012

Menteri Besar Selangor Sedia Mengadap Tuanku Abdul Halim Perjelas Isu Pembangkang Persenda Raja-Raja Melayu

17.04.2012, Selasa - Baru-baru nie sibuk diperbincangkan mengenai dakwaan terhadap tingkahlaku tidak sopan beberapa orang ahli politik parti pembangkang yang mempersendakan Sultan-Sultan dan Yang di-Pertua -Yang di-Pertua Negeri semasa mereka memasuki Balairong Seri Istana Negara untuk Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lepas. Hari ini Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataanya kepada Bernama memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk mengadap Tuanku Abdul Halim untuk memberi penjelasan berhubung perkara ini. Beliau menyifatkan isu yang dibangkitkan ini hanyalah merupakan satu isu yang remeh dan sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik. katanya :-

"Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu. Jestru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk mengadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelaskan kedudukan sebenar".

Sumber :- Bernama

Melawat Pameran Raja Kita

17.04.2012, Selasa - Semalam Syah cuti dan Syah ke Istana Negara Lama di Jalan Syed Putra untuk menyaksikan Pameran Raja Kita sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Pameran nie bermula semalam 16.04.2012 dan akan berlangsung selama dua bulan hingga 15.06.2012 manakala perasmiannya dibuat pada Ahad lepas oleh Tuanku Abdul Halim. Banyak masa lagi dan cubalah anda buat perancangan untuk melawat pameran ini bersama keluarga tersayang dan mendedahkan kepada mereka mengenai Institusi Raja Berpelembagaan di negara kita ini. Pameran dibuka bermula jam 09:00hrs hingga jam 17:00hrs. Masuk adalah percuma. Adalah lebih kurang dua jam Syah habiskan masa melawat pameran ini. Memang bagus untuk menambahkan lagi info kita mengenai institusi raja berpelembagaan dinegara kita ini. Jika anda hendak melihat gambar-gambar pameran boleh ke Facebook Syah - Prince Maharum Bugis Syah. Syah dah upload 364photo yang Syah kongsi dengan anda disana. Sudi-sudikan ke FB Syah yer.

Monday, April 16, 2012

Tak Ok Hari Ini

16.04.2012, Isnin - Salam semua syah tak berapa ok hari nie dan tak dapat update blog. Tengoklah lewat malam nanti kalau tak esok yer ? Something happend to me tapi dah ok dah. Mungkin dugaan dari Yang Maha Esa diatas kesilapan Syah. :-(

Sunday, April 15, 2012

Syah Ke Istana Negara Lama @ Muzium Diraja

15.04.2012, Ahad - Hari ini Syah ke Istana Negara lama di Jalan Syed Putra kerana hendak melawat Pameran Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14. Syah jalan kaki dari Stesyen Keratapi Kuala Lumpur ke Istana Negara lama sebab tanya beberapa kaunter Rapid Bus, macam mereka tak pasti bas lalu situ, malas nak fikir Syah jalan kaki jer ikut tanda arah jalan Syed Putra tu. Taklah jauh sangat, mungkin sebab Syah memang selalu jalan kaki kot cuma berpeluh jer sebab cuaca panas. Syah sampai hampir jam 12:00hrs tetapi tak boleh masuk sebab hari ini sebenarnya Perasmian pameran ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Masa Syah sampai Tuanku sudah mahu berangkat pulang. Pengawal Keselamatan inform Syah hari ini perasmian dan esok baru dibuka untuk lawatan. Alamak tak apalah. Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri serta Yang Teramat Mulia-Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Selain daripada itu Istana Negara lama ini telah dijadikan Muzium Diraja. Ianya juga telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Akta ini merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan dibawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan. Berbalik kepada Pameran Raja Kita ini, ianya bermula esok 16.04.2012 hingga 15.06.2012 dan dibuka kepada orang ramai bermula jam 09:00hrs hingga 17:00hrs. Marilah kita bersama-sama mengunjungi pameran ini dan bawalah sahabat handai dan kaum keluarga anda semua untuk menyaksikan pameran ini dan mendedahkan kepada mereka mengenai institusi Raja Berpelembagaan di negara kita ini. Selain daripada itu, inilah masanya untuk anda semua menjejakkan kaki di Istana. Apa lagi Jom Kita ....................................

Keberangkatn pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong diikut kemudiannya oleh YAB Perdana Menteri dan isteri serta YTM-YTM Jemah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Sultan Brunie Minum Petang Bersama Yang di-Pertuan Agong

15.04.2012, Ahad - Petang tadi Keb awah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan menerima kunjungan hormat Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-marhum Pengiran Pemancha Pegiran Anak Haji Mohamed Alam.

Sultan Brunai dan Raja Isteri menghadiri Majlis Santapan Minum Petang bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 11 April lepas. Sultan Brunei dan rombongan berangkat ke Kuala Lumpur dari Brunie semalam (14.04.2012) dengan pesawat peribadi baginda dan mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. Malam tadi baginda dan rombongan menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Turut serta mencemar duli menghadiri majlis ini malam tadi adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sumber : Bernama/Infofoto - Gambar dari Infofoto

Terlepas Bas dan BerCukur .Heheheeh

15.04.2012, Ahad - Salam semua, Syah sebenarnya terlepas bas pukul 10:00hrs tadi sebab bila nak keluar kat pintu jew bas dah keluar so kena tunggu sejam lagi. Tu yang sempat update blog nie. Heheheh .......... Syah tunggu bas sambil duduk kat ruang tamu kerana bila nampak bas nanti baru Syah keluar. Bas tu akan pusing satu taman kat Rawang Residence Syah nie baru keluar semula. Rumah Syah pula dilaluan keluar dan Syah kena tunggu bas dihujung jalan masuk Rawang Residence Syah.

Yang nie lawak sket ............ tadi sewaktu nak bersiap Syah nak trim misai dan bercukur, tiba-tiba pisau tu terkena misai dan tobek. Lalu Syah buang misai dan gotee tinggal janggut jer. Tu sebab lama kat bilik air tadi dan terlepas bas. Tak nak buang semua nanti muka macam remaja lak, Ahaks................... Sekarang jam 10:50hrs dan any time bas akan tiba bila-bila masa. Teringat masa sukan kat sekolah menengah dolu-dolu, On Your Mark....Get Set.... Gooooooooooooooo..............

Pagi Ahad

15.04.2012, Ahad - Assalamualaikum dan Selamat pagi kepada semua. Apa khabar hari ini, Syah berharap anda dan keluarga berada dalam keadaan yang memuaskan dan menghabiskan cuti hari minggu bersama keluarga dan insan tersayang dengan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara kalian. Shukran, Pagi nie cuaca nampak cerah dengan cahaya matahari mula memancarkan sinarnya berbanding semalam yang agak mendung dan hujan sekejap-sekejap dari pagi sampai malam. Semalam Mr Allan datang gantikan motor auto gate Syah dan kebetulan jiran baru sebelah rumah tu Subra datang bawa kontraktor untuk buat sebutharga renovation rumahnya nanti, tak tahu bila dia hendak start. Awal pagi semalam Syah kemas ruang tamu dan mop. Petangnya Syah ke Pekan Rawang makan Laksa di gerai tepi jalan di Bt.18 dan hujan lebat masa Syah makan tu. Sebelum balik Syah singgah Mydin beli Jacob's Low Salt Wheat Crackers satu tin dan Tropicana Twister with Orange dua botol.

Pagi tadi Syah bangun lewat sedikit dan rasa letih. Plan hendak jalan-jalan KL hari nie. Mungkin jam 10:00hrs nanti Syah keluar. Jap lagi nak mandikan sket AEL dan Syah tengah panaskan enjin dia kat luar tu dan jemur sekejap pakaian yang dicuci semalam yang tak kering lagi kerana cuaca tak menentu. Oklah yer semua ................ Syah update blog malam nanti yek? dan sehingga kita berjumpa lagi dilain Entry. Senyum Selalu dan Be Happy semuaaaaaaaaaaaaaa ...................

Saturday, April 14, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadir Pertandingan Golf Sempena Pertabalan Baginda Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14

14.04.2012, Sabtu - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan berangkat ke Pertandingan Golf Diraja yang diadakan sempena Pertabalian baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Keberangkatan tiba Seri paduka Baginda berdua pada jam 07:30hrs di Glenmarie Golf and Country Club disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yasin. Seri Paduka Baginda berdua bersarapan pagi bersama-sama peserta sebelum Tuanku Abdul Halim memulakan pertandingan dengan melakukan pukulan "tee-off".

Sumber :- Bernama

Kena Tahan Dengan Pegawai Yang di-Pertuan Agong

14.04.2012, Sabtu - Nak gelak pun ada dan naik kesianpun ada. Insiden ini berlaku semalam di Masjid Negara semasa keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Actually Syah pernah jumpa budak lelaki nie di Masjid Negara dan dia suka ambil gambar-gambar VIP yang datang ke Masjid menggunakan handphone dia macam Syah jugalah tapi Syah guna kamera.

Masa Syah keluar, Syah nampak dia duduk dihadapan berhampiran karpet merah dan dihadapannya ada kereta remote controll kecil bewarna kuning. Rasanya dia baru beli. Masa orang orang ramai beratur menunggu untuk bersalaman dengan Tuanku, Syah tengok beberapa orang mengelilingi budak nie. Sah pegawai-pegawai Istana yang curiga dengan kereta remote yang dia bawa tu. Orang ramai sibuk menunggu ketibaan Tuanku kat situ tak perasanpun perkara ini. Syah tengok pegawai-pegawai tu periksa kad pengenalan beliau. Ialah dah Sah Ketua Negara ada kat situ dan dia bawa kereta remote control lagi, manalah pegawai-pegawai tak ambil tindakan demi keselamatan Tuanku. ialah mana tahu ada bom ke kan/

Bagi anda semua jika ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja serta PM dan Timbalannya janganlah kita buat-buat aksi yang mencurigakan kerana pegawai-pegawai keselamatan mereka sentiasa ada disekeliling kita dan mereka tu taklah beruniform serta kita tidak akan sedar kehadiran mereka. Heheheh ........... ada-ada jer kan?

Kerabat Diraja Dikatakan Membelasah Penyaniyi dan Pemuzik Hip Hop

14.04.2012, Sabtu - Hari nie buka Fb terbaca post penyanyi dan pemuzik hip hop dibelasah kerabat diraja. Tersentak sekejap ........... so Syah google mengenai perkara ini memang ada entry berkenaannya oleh blogger yang lain. Actually Syah tak kenalpun artis nie. Dari pembacaan Syah mengikut kenyataan media beliau adalah seperti berikut:-

Mikael Mohd Rafee Mikael yang berusia 23 tahun atau lebih dikenali dengan nama SonaOne telah dibelasah oleh anak VIP daripada kerabat diraja yang dikenalinya pada jam 03:50hrs diluar sebuah komplek beli belah di Jalan Bukit Bintang. Menurut beliau ketika kejadian, beliau bersama-sama dua orang kawannya dan lelaki berusia 20an itu muncul dan menariknya keluar dari kereta. Sebaik keluar dia terus dipukul lelaki berkenaan menggunakan tangan sebelum dia terjatuh dan kemudian badan dan mukanya dipijak. Dia hanya mampu menutup muka dan kepalanya sahaja untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk dan akhirnya mukanya berdarah dan dia tidak sedarkan diri. Orang ramai tidak sempat membantu beliau. Laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi.

Kita sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya punca utama dia dibelasah oleh orang yang dikenalinya. Tak ada orang yang hobinya saja-saja membelasah orang tanpa sebab-sebab yang membawa kepada perkara yang tak diingini seperti kes ini berlaku. Apabila iannya melibatkan nama kerabat diraja, isu ini tentu akan jadi lebih hangat diperkatakan dan mesti ada tokok tambahnya nanti. Syah berharap agar anda semua bersikap positive dalam hal ini dan kita lihat sahaja nanti laporan sebenar apa yang berlaku sebelum menunding jari kearah orang lain atas apa yang berlaku tanpa usul periksa.

Syah juga ingin mengingatkan diri Syah sendiri dan kita semua bahawa negara kita ini ada undang-undang dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan janganlah kita sesekali membuat undang-undang sendiri terutmanya jika kita dikalangan orang-orang yang dihormati dan dipandang mulia dalam masyarakat. Memanglah ........................ mana ada manusia yang menyesal dahulu mesti menyesal kemudiankan?. Sebab itulah kita kena berfikiran waras sebelum melakukan sesuatu.

Friday, April 13, 2012

Jamil Khir Baca Khutbah Jumaat Hari Ini Di Masjid Negara Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14


13.04.2012, Jumaat - Hari ini semasa Syah di Masjid Negara untuk solat Jumaat, Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah Menyampaikan Khutbah Jumaat dengan Tajuk SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG TONGGAK PERPADUAN UMMAH. Anak jati kelahiran Yan, Kedah ini juga turut mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ketika mengerjakan solat Jumaat di Masjid Negara. Turut kelihatan adalah Datuk Paduka Maharaja Lela, Encik Azwan Effendy Zairakithnaini dan Syah sempat bersalam dan mengucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong yang berjalan dengan lancar.

Diantara message yang disampaikan dalah khutbah Jumaat hari ini adalah seperti berikut :-

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Sempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang ke 14 pada 11 April 2012 maka tajuk khutbah pada hari ini ialah " Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah " .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Firman Allah SWT di dalam surah Al-An’am ayat 165:
Maksudnya: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al- Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah wawilayatu ad-Diniyah dalam menghuraikan tugas dan tanggungjawab khalifah telah menggariskan beberapa dasar yang wajib dipikul dan dilaksanakan oleh setiap yang bernama pemimpin sesuai dengan kedudukan masing-masing antaranya: Pertama: Memelihara Din al-Islam, mengenai asasnya yang tetap dan juga tentang perkara-perkara yang telah disepakati oleh ulama’. Kedua: Melaksanakan hukum di antara pihak-pihak yang bertelagah serta menyelesaikan setiap perselisihan yang timbul. Ketiga: Melindungi kehormatan wanita supaya masyarakat terus hidup aman damai. Keempat: Menjalankan setiap hukum dan perintah yang Allah SWT amanahkan kepada manusia agar hak Allah tidak diabaikan dan dapat pula melindungi hak manusia dari kerosakan dan kemusnahan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sebagai umat Islam di Malaysia, kita bersyukur kerana struktur kepimpinan di Negara kita berada dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik dari sesetengah Negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya dalam keadaan huru-hara. Sistem pemerintahan Raja berperlembagaan yang menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan ummah telah sebati dikalangan rakyat di Negara ini. Raja berperlembagaan bukan sahaja menjadi lambang sebuah Negara yang berdaulat, bebas dan merdeka tetapi ia juga merupakan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Justeru berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa di Negara kita, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi, sebagai Ketua Negara dan Baginda juga sebagai Ketua Agama Islam.

Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong bukanlah satu jawatan yang diwarisi turun temurun. Dalam perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong terletak pada Majlis Raja-Raja yang telah ditubuhkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Persekutan. Justeru pemilihan Baginda sebagai ketua Negara dan agama menuntut kepada penyempurnaan tanggungjawab yang amat besar. Ini terkandung di dalam lafaz sumpah jawatan Baginda Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang dapat dirungkaikan dalam lima kata kunci iaitu undang-undang, perlembagaan Negeri, Agama Islam, adil dan aman. Sebagai Ketua Negara Baginda hendaklah melaksanakan pemerintahan dengan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa memandangkan status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan. Firman Allah dalam surah al-Maaidah ayat 8:

Maksudnya: ” Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar ingin menyatakan bahawa secara tersiratnya pengekalan Institusi Raja di Negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan melayu Islam di tanah air sebagai warisan bangsa. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetian, kecintaan dan taat setia. Walaupun Negara kita begitu unik dengan berlatar belakang penduduk yang berbilang kaum dan agama, namun proses perpaduan ummah telah memberikan impak besar kepada pembentukan masyarakat. Mimbar percaya bahawa proses mengurus krisis dan pertelagahan dalam masyarakat yang berlangsung dengan pantas lagi tersusun ini adalah berdasarkan kekebalan dan kebijaksanaan pemerintahan Raja-Raja Melayu. Baginda dalam menyempurnakan amanah tersebut akan memastikan perpaduan ummah tidak ternoda, kesucian Agama Islam terjaga, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam terus dilndungi dari sebarang bentuk pencerobohan.

Bagaimanapun pada akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu cuba memecah-belahkan ummah, menuntut kebebasan secara melampau yang melanggari cara tabi’i manusia, mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan menyokong musuh-musuh Islam. Persoalan besar timbul ialah mengapa keadaan ini berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, mimbar yang mulia ini berpendapat keadaan ini berlaku kerana antaranya ialah terdapat dikalangan umat Islam sendiri yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama dan bangsa kerana kepentingan diri dan ideologi masing-masing serta ada yang sanggup bersubahat dengan pihak-pihak tertentu untuk mempertikaikannya atas alasan bagi mempertahankan hak asasi pihak lain. Oleh itu, mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa mereka yang menyokong pihak memusuhi umat Islam sebenarnya meletakkan dirinya sebagai musuh Islam, ini disebabkan pengaruh musuh Islam yang mampu mengawal pemikiran dan tindakan mereka demi untuk mendapat apa yang diingini.

Ingatlah bahawa musuh-musuh Islam senantiasa berusaha memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat. Konsep pecah dan perintah menjadi alat musuh Islam untuk berkuasa, mengeksploitasi, menjajah dan menindas mana-mana umat yang lemah. Jika umat Islam hilang integriti, hilang maruah dan diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri. Justeru, bagi mengekalkan keadaan dan suasana ini mimbar menyeru kepada semua jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita sebagai rakyat jelata bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi Raja Berpelembagaan. Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh mengugat atau mencemar institusi Raja- Raja serta mempertikai perkara-perkara yang telah termaktub di dalam perlembagaan yang telah dipersetujui termasuklah kesucian Agama Islam sebagai Agama Rasmi di Negara ini

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan seluruh umat Islam sekalian bahawa kedaulatan Islam dan perpaduan ummah menjadi tonggak kepada kekuatan kepimpinan. Oleh itu, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara samada dari segi keperibadiannya atau dalam menjalankan bidang kuasa untuk menjaga Negara dan kesucian Agama Islam amatlah dikagumi oleh rakyat jelata. Rakyat menjunjung kasih dan merafak sembah atas keprihatinan Baginda dalam memartabatkan agama, memajukan Negara dan membantu kehidupan rakyat jelata agar dapat hidup dengan aman dan harmoni. Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda sebagai pemerintah Negara. Lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:

Maksudnya: " Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." .

Dan sabda Rasulullah SAW :
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Akhir sekali, mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jemaah dan rakyat Malaysia bersempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke 14 Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badalishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 11 April 2012, marilah sama-sama kita merafak sembah, menjunjung kasih taat setia kepada Baginda sepanjang takhta pemerintahan. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta kerabat-kerabat Baginda sentiasa dibawah payung rahmat Ilahi, diteguh keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Semoga Baginda dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan Negara. Kita doakan juga agar Negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.

Sumber : - Text khutbah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Dapat Cium Tangan Tuanku Abdul Halim Selepas Solat Jumaat

13.04.2012, Jumaat - Shukur Alhamdulillah hari nie Syah dapat mencium tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Hari ini Tuanku solat Jumaat di Masjid Negara dan Syah memang tahu Tuanku akan kesana sebab Syah call Istana Negara sebelum itu. Gambar ini Syah ambil sebelum Tuanku menghampiri Syah dan terus Syah sambut tangan baginda dan menciumnya.

Dirgahayu Tuanku Patik.

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Pertabalan Baginda Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14

13.04.2012, Jumaat - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Majlis yang diadakan di Masjid Negara ini turut disertai oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Hari Pertabalan YB Datuk Dr Rais Yatim.

Sumber :- Bernama

Thursday, April 12, 2012

Aktiviti hari ini

12.03.2012, Khamis - Pagi nie Syah ketempat kerja dari KL Residence co pagi nie terpaksa ke Plaza Vads, Taman Tun Dr Ismail kerana ada English Assessment. Projek nie dipanggil "Back to Oxford" dan iannya adalah diwajibkan. 1st time kesana dan tak reti jalan sebenarnya. Member Syah, Kak Laili google cari bas ketempat tu dan dapat. Syah tunggu Rapid Bas U82 di KL Sentral dihadapan bas yang ke LCCI-Air Asia tu, Syah inform driver tu bagi tahu bila dah sampai tempat tu tetapi bila sampai Syah nampak bangunan tu dari tepi jalan dan terus turun dan di lupa kot nak inform syah. Untung ternampak kalau tak merewang kemana pun tak tahulah.

Sampai jer, Syah ronda-ronda kawasan tu dan singgah pasar besar TTDI, bersih gak pasarnya dan sayuran nampak segar tetapi harga barang kat sini mahal sebab Syah tanya jambu air satu pack tak sampai sepuluh biji dijual dengan harga RM10.00/pack. Hampir jam 08;30hrs Syah bergerak ke Plaa Vads dan tanya jaga mana M Floor dan dia boleh kata tak tahu dan minta kami semak signboard. Ada-ada jer kan. Assessment bermula jam 09;00hrs dan berakhir jam 11:00hrs. Sebelum balik Syah ke pasar sekali lagi tengok-tengok barang. Sampai office hampir jam 12;30hrs dan terus lunch Laksa @ gerai Pak Yope. Lepas makan naik office semula.

Gambar kat atas tu PC baru Syah. Shukur alhamdulillah dapat gak pc baru akhirnya dan senanglah sedikit kerja lepas nie............ Balik macam biasa naik komuter tetapi masa sampai di KL Sentral tak sempat nak masuk komuter kerana dah tutup. So tunggu next train. Sampai Rawang hampir jam 19:30hrs dan Syah dapat naikbas jam tujuh setengah. Sampaijer Rawang Residence Syah ke pasar malam beli air cincau soya dan laksa untuk dinner. Hari nie dua kali makan laksa.

Sekarang jam 23:55hrs dan Syah hendak tidur ............ jumpa lagi dilain entry

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ditunda

12.04.2012, Khamis - Setelah 13 hari meninggalkan kita semua pada 30.03.2012 lepas inilah makam Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang disemadikan di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Makam dihadapan Almarhum adalah Makam Sultan Perak Ke-33 iaitu Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah atau dikenali dengan nama Marhum Affifullah selepas kemangkatan baginda.

Dengan kemangkatan Allahyarham, sambutan Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 19 April ini akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Al-Fatihah ............. Semuga Roh Almarhum dan Almarhumah di Makam Diraja Al-Ghufran ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber :- Istana Iskandariah/Gambar dari Raja Mariam

Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14

12.04.2012, Khamis - Inilah dia cenderahati daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang diberikan kepada para jemputan khas ke Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Iannya merupakan Duit siling emas edisi khas bernilai 10Dirham, Purity Ag999, berat 29.75g dengan diameter 38mm. Setiap wang siling disertakan dengan nombor siri. Bertuah kepada sesiapa yang memilikinya sebagai koleksi peribadi istiadat pertabalan yang bersejarah ini dimana ianya adalah pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dan yang uniknya ianya merupakan pertabalan kedua Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sumber :- Gambar dari Engku Azuan

Majlis Santapan Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14

12.04.2012, Khamis - Malam tadi telah diadakan Majlis Santapan Diraja sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14. Majlis santapan diadakan di Istana Negara.

Wednesday, April 11, 2012

Syah @ KL Residence

11.04.2012, Rabu - Hari nie Syah busy update blog mengenai Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan tak sedar hari dah petang rupanya. Kebetulan Haziq dan Papanya datang ke KL Residence dan mereka tidur kat sini malam tadi dan tengahari tadi Cd dan Haziq masak untuk lunch. Syah tak boleh makan cuma ambil sayur jer. Hari nie mereka masak Kailan, Telur Dadar, Ayam Masak Merah, Cendawan & Sayur Campur serta Fruits. Petang tadi Cd beli air kelapa, goreng pisang dan kuih untuk minum petang. Lepas tu Syah beli laksa pula kat gerai tepi jalan dihadapan KL Residence.

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Selamat Disempurnakan Hari Ini

11.04.2012, Rabu - Shukur Alhamdulillah Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah selamat disempurnakan sebentar tadi di Balai Rongseri Istana Negara di Jalan Duta, kuala Lumpur. Setelah hampir empat bulan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan disempurnakan maka hari ini 11 April 2012 bersamaan 19 Jamadillawal 1433H Sultan Kedah KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di tabalkan dengan penuh adat istiadat kesultanan Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14.

Pagi ini cuaca tidak begitu baik dan hujan. Istiadat dijangka akan berlangsung agak lebih lama sedikit dari kebiasaanya sebelum ini kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik.Tuanku Abdul Halim dan Tuanhku Hajah Haminah berangkat tiba di perkarangan Istana Negara lebih kurang jam 09:59hrs disambut oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Jawatankuasa Khas Hari Pertabalan YB Datuk Dr Rais Yatim serta Isteri masing-masing dan pasukan kawalan kehormat utama. Setibanya baginda, lagu kebangasaan Negaraku berkumandang diudara.

Tuanku kemudiannya melakukan pemeriksaan barisan. Seri Paduka baginda berdua kemudiannya berangkat masuk ke Dewan Seri Maharaja untuk bertemu dengan Sultan/Raja/Yang DiPertua Negeri dan bersalaman dengan mereka dan bersemayam seketika dibilik berkenaan sebelum berangkat masuk ke Balai Rongseri didahuluui oleh Sultan/Raja/Yang DiPertua Negeri.

Keberangkatan Masuk Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah ke Balairong Seri Istana Negara disambut dengan tiupan Nafiri dan paluan Nobat "Raja Berangkat" oleh Kumpulan Nobat Diraja Kedah. Keberangkata masuk Tuanku Berdua didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini berserta panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama serta peralatan kebesaran diraja seperti pedang, keris, cokmar, sundang dan tombak berambu.


Kumpulan Nobat Diraja Kedah

Datuk Paduka Maharaja Lela (DPL) Azwan Effendy Zairakithnaini mengadap dan memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk memulakan Istiadat Pertabalan.

"Ampun Tuanku sembah patek Mohon diampun. Patik pohon lempah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk memulakan istiadat pertabalan. Ampun Tuanku titah dijunjung.

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim. Menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka inilah diistiharkan bahawa istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dizahirkan sekarang. Ampun Tuanku.

DPML kemudiannya mengadap dan memohon perkenan Tuanku untuk membawa masuk Al-Quraan Ul-Karim dan alat-alat kebesaran istiadat pertabalan ke Balai Rongseri.

"Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, patik mohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk membawa masuk Al-Quraan Ul-Karim dan alat-alat kebesaran bagi istiadat pertabalan ke Balai Rongseri, Ampun Tuanku, Titah dijunjung.

Panglima-panglima membawa masuk peralatan berkenaan seperti Al-Quraan, Keris Kerajaan, Surat Pengistiharan dan Warkah Lafaz Ikrar ke Balai Rongseri diiringi paluan Nobat "Menjunjung Duli". DPML kemudiannya menyembahkan Al-Quraan kepada Tuanku.

"Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, patik mohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk menyembahkan Al-Quraan Ul-Karim, Ampun Tuanku".

Tuanku menerim Al-Quraan berkenaan daripada DPML lalu menciumnya beberapa kali dan kemudiannya meletakkannya diatas rehal yang berada diatas meja diantara baginda berdua dan akan diletakkan disitu sepanjang istiadat pertabalan

Kemudiannya DPML mengadap dan memohon perkenan Seri Pduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membawa mengadap YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri untuk membaca surat pengistihiran.

"Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, patik mohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk membawa mengadap YAB Perdana Menteri untuk membacakan surat pengistiharaan"

"Bismillah Hir Rahman Nir Rahim , Bahawa inilah dimasyhurkan kepada sekalian orang serta penduduk negara Malaysia iaitu Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja telah memilih Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan pada hari ini, waktu dan saat yang gilang gemilang ini maka Seri Paduka Baginda ditabalkan naik tahta kerajaan menjadi turus negara bagi Malaysia dengan bergelar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong."

Kemudiannya DPML mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembahkan Keris Kerajaan atau Keris Panjang Diraja.

"Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, patik mohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk menyembahkan Keris Kerajaan. Ampun Tuanku"

DPML menyerahkan Keris Kerajaan kepada Tuanku. Tuanku kemudiannya menghunus, mengucup dan menyarungkannya semula sebagai tanda kebesaran dan kekuasan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum diletakkan diatas meja yang terletak dihadapan naskah Al-Quraan diantara baginda berdua.


Kemudiannya DPML mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembahkan Warkah Ikrar. Warkah Ikrar ini ditulis diatas kulit kambing yang telah diproses menjadi kertas dan boleh bertahan dalam jangkamasa yang lama dan ditulis dengan menggunakan tulisan khat Nasah untuk text dan Khat Sulus untuk bahagian tajuk.

Warkah Ikrar diserahkan kepada Tuanku dan sebelum melafazkan Ikrar berkenaan def-def dipersilakan berdiri.

'Bismillah Hir Rahman Nir Rahim, Beta Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya, beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Dengan ini beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negara serta memulihara dengan sempurnanya setiap masa ugama Islam dan berdiri teguh diatas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara"

Setelah selesai lafaz Ikrar oleh Tuanku, kedengaran paluan Nobat "Raja Bertabal" berkumandang didalam Balai Rongseri Istana Negara. DPML kemudian Melaungkan DAULAT TUANKU sebanyak 3 kali diikuti oleh para hidirin dan kemudiannya Lagu Kebangsaan Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat TUDM diketuai oleh Kapten Sabri Abdullah dan dalam masa yang sama kedengaran bunyi tembakan mariam sebanyak 21 das keudara sebagai simbolik Pertabalan telah disempurnakan.

Kemudiannya DPML mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membawa mengadap YAB Perdana Menteri untuk menyembahkan ucpan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, patik mohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk membawa mengadap YAB Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan serta rakyat Malaysia. Ampun Tuanku."

Ucapan Tahniah dan Ikrar dibacakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kemudiannya DPML mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembahkan Warkah Titah Diraja.

Tuanku membaca Titah Diraja.

Setelah selesai Titah Diraja, Pegawai Agama Istana Negara mengadap bersama-sama Dato' Penghulu Istiadat untuk membacakan Doa Selamat. Doa dibacakan oleh Y.Bhg Datuk Abdul Aziz Che Yaacob yang juga merupakan Mufti Wiliyah Persekutuan.

Diantaranya :-
"Dipagi yang bersejarah ini sempena istiadat pertabalan hamba mu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, kami memohon Ya Allah berkatilah istiadat pertabalan ini, Engkau limpahkanlah riayah dan innayah Mu, kurniakan lah Ya Allah taufik dan hidayah yang berkekalan, istiqamah dan keazaman keatas baginda supaya dapat melaksana tugas dan kewajipannya ini dengan dengan sempurna dan jayanya ini. Tanpa bantuan dan innayah dari Mu Ya Allah tiada yang upaya sesiapa jua untuk melakukannya"

DPML mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menerima balik Al-Quraan dari atas singahsana.

"Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, patik mohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk menyambut kembali Al-Quraan Ul-Karim. Ampun Tuanku."

DPML mengadap dan memohon perkenan Tuanku untuk memaklumkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah selamat disempurnakan.

"Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun, patik mohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku bagi patik untuk menyembah maklum bahawa dengan izin Allah SWT dan Riayahnya serta dengan berkat daulat Tuanku Jua, maka istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 telah pun selamat disempurnakan. Ampun Tuanku, Menjunjung Kasih Tuanku.

"Dengan lafaz suci Alhamdulillahhirrabbilalamin, adalah dimaklumkan bahawa istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 telahpun selamat disempurnakan".

Kemudiannya pada jam 12:02hrs diumumkan Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Meninggalkan Balai Rongseri. Semua hadiri bangun dan Tuanku mengambil Keris Kerajaan dan turun dari singahsana diringi Raja Permaisuri Agong dengan tiupan Nafiri dan paluan nobat lagu Belayar - Raja Berangkat.


Shukur Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Sumber :- RTM - TV1 Siaran Langsung

Suasana Di Istana Negara Pagi Ini

11.04.2012, Rabu - Cuaca pagi ini kurang baik dan hujan agak lebat sedikit. Syah hendak share sedikit keadaan di Istana Negara sekarang yang Syah lihat melalui saluran TV1. Dijangkakan istiadat akan berlangsung agak lebih lama dari kebiasaanya disebabkan keadaan cuaca ini.

Keberangkatan tiba Sultan Perak dan Raja-Raja serta Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri ke Istana Negara dan ditempatkan di Bilik Seri Maharaja sementara menunggu ketibaan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah untuk Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balai Rongseri Istana Negara, Jalan Duta pagi ini.
.
Para Tetamu dan Def-def kehormat mengambil tempat di Balai Rongseri Istana Negara

Naik Lori Ke Pekan Rawang pagi Nie

11.03.2012, Rabu - Sekarang jam 08:55hrs dan Syah sudah ada di KL Residence. Pagi tadi Syah bangun awal macam biasa dan selepas solat Subuh terus Syah keluar takut bas lambat dan Syah buat decision jalan kaki ke KTM kerana uncle driver bas informed dia cuti 2 hari mulai hari nie. Tak sampai jalan 10 minit ada lori berhenti nak tumpangkan Syah. On the way jumpa bas . Ingatkan hendak turun dekat sekolah dan jalan kaki ke KTM tetapi uncle yang bawa lori tu inform dia lalu pekan Rawang. Dia turunkan Syah berhampiran McD dan Syah jalan kaki ke KTM. Naik train 06:45hrs ke KL Sentral. Shukur Alhamdulillah Allah makbulkan doa Syah supaya perjalanan pagi nie berjalan lancar. Sekarang kat KL Residence untuk menonton siaran langsung Pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan buat recording di Astro Beyond.

Tuesday, April 10, 2012

Pengiran Muda Mahkota Brunei dan Rombongan Tiba di Kuala Lumpur Untuk Menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

10.04.2012, Selasa - Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat ke negara kita untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 esok sebagai wakil kepada Sultan Brunei. Keberangkatan tiba rombongan diraja Brunei ke Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang disambut oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri Datuk Richard Riot Anak Jaen. Dari Pengkalan TUDM Subang, Pengiran Muda Mahkota dan rombongan berangkat ke penginapan mereka di Hotel Mandarin Oriental. Kelihatan Pengurus Besar Hotel Mandarin Oriental, Frank Peter Stocek menyambut keberangkatan tiba Pengiran Muda Mahkota dan rombongan Diraja Brunei.

Sumber :- Infofoto/Information Department

Gambar Rasmi Tuanku Abdul Halim Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-V

10.04.2012, Selasa - Ini pula adalah gambar rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah ketika menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-V dan disebelah Tuanku Abdul Halim adalah Isteri Pertama Tuanku iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah ketika menjadi Raja Permaisuri Agong menggunakan gelaran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Bahiyah binti AlMarhum Tuanku Abdul Rahman. Tuanku Abdul Halim menjadi Ketua Negara dalam tempoh lima tahun bermula 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Ketika ini Baginda berusia 43 tahun dan esok baginda akan mencipta sejarah dalam sistem beraja di negara kita dimana baginda adalah satu-satunya Sultan/Raja yang ditabalkan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong semenjak Sistem Giliran memegang jawatan dikalangan sembilan Sultan dan Raja diamalkan selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957. Esok Tuanku Abdul Halim akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam usia 84 tahun. Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku dan Diberikan Tahap Kesihatan Yang Baik Agar Dapat Terus Memerintah Sebagai Ketua Negara Malaysia.

DIRGAHAYU TUANKU PATEK

Gambar Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-14

10.04.2012, Selasa - Ini adalah gambar rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon. Kedua-dua Seri Paduka Baginda akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ke-14 dalam satu majlis yang penuh dengan adat istiadat Diraja pada hari esok bersamaan 11 April 2012 di Balai Rongseri Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

DIRGAHAYU TUANKU PATEK

Sumber : Rais Yatim FB

His Royal Majesty King Bhumibol Hadiri Istiadat Pengkebumian Mendiang Her Royal Highness Princess Bejaratana Rajasuda Sirisobhababbavadi

10.04.2012, Selasa - Semalam His Royal Majesty King Bhumibol Adulyadej yang merupakan seorang Raja yang paling lama berada diatas tahta didunia ini telah meninggalkan Hospital Siriraj buat seketika untuk menghadiri istiadat pengkebumian sepupu baginda di Sanam Luang, Bangkok. Turut mengiringi baginda adalah HRM Queen Sirikit. Baginda sebenarnya bersemayam dihospital berkenaan hampir dua tahun semenjak 2009 memandangkan tahap kesihatan baginda yang tidak begitu memuaskan. Kelihatan baginda diatas kerusi roda dengan pakaian rasmi serta lilitan hitam dilengan baginda sebagai tanda berkabung diistiadat pengkebumian Mendiang Her Royal Highness Princess Bejaratana Rajasuda Sirisobhababbavadi.

Mendiang Princess Bejaratana merupakan satu-satunya anak tunggal Mendiang King Vajiravudh (Rama V1) meninggal dunia di Siriraj Hospital dalam usia 85 tahun pada 27 Julai 2011 lepas disebabkan jangkitan dalam darah. Jenazahnya diletakkan di Dewan Singahsana Dusit Maha Prasart didalam kawasan Grand Palace semenjak kemangkatannya. Semalam, Jenazahnya dibawa menggunakan pedati khas yang ditarik oleh 200 orang ketempat pembakaran.

Sumber :- AFP

Alat Kebesaran Diraja Untuk Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

10.04.2012, Selasa - Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke-14 akan disempurnakan di Balai Rongseri Istana Negara esok 11 April 2012 bersamaan 19 Jamadilawwal 1433H. Semasa istiadat dijalankan, alat-alat kebesaran diraja yang digunakan adalah seperti berikut yang Syah ambil daripada portal malaysianmonarchy yang diselenggara oleh Perpustakaan Negara Malaysia :-

  • TENGKOLOK DIRAJA
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.

Tengkolok DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

  • MUSKAT
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.

  • PENDING DIRAJA
Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas biji permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.

Pending DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

  • KERIS PENDIK DIRAJA
Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala "Garuda". Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Keris Pendek DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

  • GANDIK DIRAJA

Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikan loket dan keronsang.

Gandik DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

  • KALUNG DIRAJA

Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu.

Kalung DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

  • COGAN ALAM
Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.
  • COGAN AGAMA
Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Cogan Agama telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

  • COKMAR

Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.

Cokmar telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)

  • KERIS PANJANG DIRAJA
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

  • PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANG
Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.


  • PAYUNG UBUR-UBUR KUNING
Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

  • TOMBAK BERAMBU
Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.
  • NOBAT
Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi 'naubat' bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah ‘pancaragam’ Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:

  • PERAK
  • KEDAH
  • SELANGOR
  • TERENGGANU

NOBAT NEGERI PERAK

Nobat Negeri Perak mengandungi alat-alat berikut:

  • Gendang Nobat
  • Gendang Nobat ini biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu.

  • Nafiri
  • Nafiri digunakan dalam memulakan sesuatu lagu.

  • Gendang Nenghara
  • Gendang Nenghara ialah gendang yang membawa lagu.

  • Serunai
  • Serunai ialah alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan.

  • Gendang Penengkah
  • Gendang Penengkah ialah gendang yang memasuki irama ke dalam lagu.

Di antara senarai yang tersebut di atas Gendang Nobat adalah paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat dan menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Untuk Nobat Diraja Perak hanya lima daripada sembilan alat digunakan pada setiap masa.

Pemain-pemain alat Nobat adalah ahli daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang Kalur. Pada zaman dahulu kawasan Bilik Nobat dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa yang mencerobohi kawasan ini akan dihukum dan didenda. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia Guna dan pembantu Toh Setia Indera.

Mengikut Adat Istiadat Negeri Perak tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya ditabal dengan bunyian Nobat. Mengikut Adat Lembaga Negeri Perak menyatakan bahawa rangka yang digunakan di dalam membuat Gendang-gendang adalah berasal daripada Teras Kayu Jerun dan kulitnya adalah daripada Kulit Tumur. Walau bagaimanapun ini telah bertukar dan pembaharuan rangka ini sekarang diperbuat daripada kayu keras dan kulitnya adalah daripada kulit kambing.

Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu Nobat berikut:

  • RAJA BERANGKAT (GENDANG BERANGKAT)
  • PUTERI MANDI MAYANG
  • RAMA-RAMA TERBANG TINGGI
  • KUMBANG SI KUMALI (KUMBANG KEMBALI)
  • ARAK-ARAK ATANDIS (ENTEALS) (ARAK-ARAK UNTANDAI)
  • ALEH-ALEH PANJANG
  • ALEH-ALEH PANDAK
  • DANG GENDANG
  • LENGGANG CHE KOBAT
  • JONG BER-ALEH
  • ANAK RAJA MEMBASUH KAKI
  • GENDANG PERANG
  • NOBAT TABAL
  • NOBAT RAJA
  • NOBAT KHAMIS
  • NOBAT SUBOH

Nobat Diraja Perak dibunyikan untuk upacara atau tradisi yang berikut:

  • Sesuatu yang berkaitan dengan peribadi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
  • Masa Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri.
    • Masa Tabal Pusaka
    • Bersiram Tabal
  • Hari Meletak Kerja (Memulakan Kerja).
  • Hari meletak kerja menyambut perayaan ulangtahun Keputeraaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
  • Hari meletak kerja kerana perkahwinan atau berkhatan Putera dan Puteri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.
  • Perarakan mengambil Air Bersiram Tabal dan Berlimau Besar (tertaklum kepada titah).
  • Istiadat di Balairong Sri Menyambut Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
  • Istiadat Menjunjung Duli.
  • Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak melawat keluar negeri (tertakluk kepada titah).
  • Mengiringi Jenazah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri ke makam Diraja.
  • Perkahwinan dan Berkhatan Putera dan Puteri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
  • Istiadat Kebesaran negeri iaitu pada masa lawatan Raja-Raja negeri lain ke Negeri Perak.
  • Hendak memulakan Puasa pada bulan Ramadhan – tiga petang berturut-turut iaitu pada 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.
  • Pada petang 24 Ramadhan menyambut malam 25 Ramadhan dan petang 26 Ramadhan hingga sampai petang malam Hari Raya Aidil Fitri.
  • Pada masa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersiram pada hari Raya Aidil Fitri dan pagi Aidil Adha.
  • Tiga petang berturut-turut hendak menyambut Hari Raya Aidil Adha, iaitu pada petang 7, 8 dan 9 Zulhijjah.
  • Menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke masjid kerana bersembahyang Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha dan berangkat meninggal masjid.
  • Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu, lagu "Raja Berangkat" semasa Seri Paduka Baginda berdua berangkat masuk ke Balirong Seri; lagu "palu" semasa Alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke Balairong Seri; lagu "Raja Bertabal" selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengangkat Sumpah Diraja dan lagu "Raja Berangkat" sekali lagi apabila Seri Paduka Baginda berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

NOBAT NEGERI KEDAH

Alat-alat bunyian Nobat Negeri Kedah mengandungi seperti berikut:

  • Nahara iaitu dua buah gendang kecil.
  • Gendang Ibu dan Gendang Anak berukuran sederhana.
  • Nafiri iaitu Trumpet perak berukuran 83.8 sentimeter panjang.
  • Sebuah Gong yang tergantung.
  • Tongkat Cokmar Diraja iaitu Tongkat rotan panjang berbalut baldu.

Ketua Kumpulan Nobat bergelar Mahaguru. Mahaguru akan sentiasa bersama kumpulan muzik dengan memegang Tongkat Cokmar Diraja yang diperbuat daripada semambu (rotan Melaka) dan dibalut dengan kain kuning. Mahaguru iaitu Ketua Pemain juga dikenali atau bergelar “Kalur Besar”. Nobat hanya boleh dimainkan dengan titah Sultan, dan dalam istiadat Diraja seperti pertabalan, perkahwinan Diraja atau kemangkatan Diraja. Alat-alat Nobat hanya boleh dimain oleh pemain Diraja yang dipilih dari keluarga yang tertentu.

Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat Kedah ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaannya. Kemudian diperturunkan ke zaman Iskandar Dzulkarnain. Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di Tanah Arab, sehinggalah ke negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ataillah Mohamad Shah I.

Dalam riwayat yang lain pula menceritakan bahawa masa pemerintahan Almarhum Sultan Ataillah Mohammad Shah, Raja Kedah yang Pertama, seorang saudara adindanya iaitu Tunku Mohammad Jiwa telah melawat ke negeri India. Semasa lawatan itu, baginda telah menyaksikan suatu persembahan bunyi-bunyian yang menarik sekali. Setelah diselidiki, baginda mendapat tahu persembahan itu ialah Nobat. Sekembalinya ke Kedah dipersembahkan perkara tersebut kepada Sultan Ataillah Mohammad Shah iaitu bunyi-bunyian yang menjadi kebesaran dan kemuliaan Maharaja Hindustan itu. Baginda Sultan kemudiannya berkenan mewujudkan satu kumpulan Nobat bagi menandakan kebesaran dan kemuliaan Sultan dan sekalian kerabatnya.

Nobat biasanya dimainkan:

  • Setiap kali sebelum masuk sembahyang.
  • Setiap hari Jumaat.
  • Istiadat Pertabalan Raja (Sultan).
  • Istiadat perkahwinan Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja.
  • Nobat berjalan nobat berjalan naik ke lepau Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja yang sudah berumahtangga.
  • Istiadat berjalan naik oleh serunai nobat iaitu satu sahaja ke lepau Menteri Tunggal dan Menteri Empat.
  • Kemangkatan Sultan, Raja Muda, Kerabat Diraja dan lain-lain.
  • Istiadat Menyambut Pembesar-pembesar luar negeri yang melawat Kedah.
  • Memberitahu mengenai petang menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
  • Menghormati dukacita gerhana matahari dan gerhana bulan.

Lagu-lagu Nobat yang biasa dimainkan ialah:

  • Lagu Raja Burung
  • Lagu Belayar
  • Lagu Gendering Perang
  • Lagu Mambang Berkayuh
  • Lagu Seratan
  • Lagu Hayat/Lagu Dewa Raja
  • Lagu Arak-Arak


Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas lagu-lagu pilihan juga dimainkan seperti mengiringi BARISAN PEMERINTAH KEHORMAT ATAU JENAZAH DIRAJA. Lagu CENDERING PERANG dimainkan ketika Raja berangkat meninggalkan istana atau sekembali dari pengembaraan atau pelayaran. Lagu BERLIMAU pula dikhaskan semasa Raja Bersiram pada hari Istiadat Perkahwinan Diraja.

Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu lagu "Raja Berangkat" sekali lagi dimainkan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

NOBAT NEGERI SELANGOR

Nobat yang digunakan dalam istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI ialah Nobat Negeri Selangor. Nobat Negeri Selangor berasal dari Nobat Diraja Perak dan dipersembahkan untuk Upacara Majlis Istiadat tertentu iaitu Pertabalan Diraja, Perkahwinan Diraja, Majlis-majlis Rasmi Diraja dan Kemangkatan Diraja.

Nobat Negeri Selangot mengandungi:

  • Gendang Nobat (biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu)
  • Nafiri (digunakan dalam memulakan sesuatu lagu)
  • Gendang Nengkara (gendang yang membawa lagu)
  • Serunai (alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan)
  • Gendang Penengkah (gendang yang memasuki irama ke dalam lagu)


Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang digunakan.

Pemain-pemain alat nobat adalah terdiri daripada ahli keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang Kalur.

Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu berikut:

  • Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
  • Puteri Mandi Mayang
  • Rama-rama Terbang Tinggi
  • Kumbang Si Kumali (Kumbang Kembali)
  • Arak-arak Atandis (Enteals)
  • Arak-arak Untandi
  • Aleh-aleh Panjang
  • Aleh-aleh Pendek
  • Dong Gendang
  • Lenggang Che Kobat
  • Jong Beraleh
  • Anak Raja Membasuh Kaki
  • Gendang Perang
  • Raja Bertabal (Nobat Tabal)
  • Nobat Khamis
  • Nobat Subuh


Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan disebelah pagi dan petang dan lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut, iaitu petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun. Dalam istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XI yang lalu Nobat Negeri Selangor yang digunakan dalam istiadat tersebut telah memainkan tiga lagu Nobat. Lagu "Raja Berangkat" dimainkan semasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat masuk ke Balairong Seri. Lagu "Menjunjung Duli" dimainkan semasa Alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke Balairong Seri. Lagu "Raja Bertabal" dimainkan selepas Seri Paduka Baginda mengangkat Sumpah Diraja. Lagu "Raja Berangkat" dimainkan sekali lagi apabila Seri Paduka berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

NOBAT NEGERI TERENGGANU

Boleh dikatakan kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobat sebagai sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Demikian juga di Negeri Terengganu di mana Sultan yang memerintah menggunakan Nobat sebagai tanda alat kebesaran Diraja. Menurut cerita, Nobat Negeri Terengganu Darul Iman ini berasal dari Riau dan mula digunakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Orang yang pertama sekali memnggunakan Nobat ialah Puteri Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani Bentan yang juga digelar dengan nama Tun Telanai.

Nobat Diraja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagai Negara, dua buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatang Serunai. Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala serunainya pula diperbuat daripada gading yang di bahagian hujung diperbuat daripada perak. Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang daripada keturunan Raja pada hari istiadat.

Nobat Negeri Terengganu mempunyai tiga belas buah lagu seperti berikut:

  • Lagu Iskandar Shah
  • Lagu Ibrahim Khalil
  • Lagu Seri Istana (Semang)
  • Lagu Anak Kuda Ragam/Raja Beradu
  • Lagu Seri Istana
  • Lagu Petang Khamis
  • Lagu Palu-Palu Melayu
  • Lagu Lapan
  • Lagu Petang Jumaat
  • Lagu Palu-Palu Nigiri
  • Lagu Petang Khamis Perak
  • Lagu Arak-Arak
  • Lagu Perang


Bagaimanapun daripada tiga belas lagu-lagu yang tersebut di atas hanya tiga lagu sahaja yang selalu dimainkan dalam istiadat di Singgahsana. Lagu-lagu yang berkenaan adalah seperti berikut:

  • LAGU ISKANDAR SHAH
  • LAGU IBRAHIM KHALIL
  • LAGU SERI ISTANA


Nobat Negeri Terengganu dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang semasa berlangsung istiadat perkahwinan Diraja dan juga pada waktu-waktu tertentu. Nobat juga dimainkan pada tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadan dan petang Aidil Fitri dan Aidil Adha. Nobat turut dimainkan pada tiap-tiap petang Khamis malam Jumaat di Istana.

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah menerima kembali Nafiri asal istana Sutlan Terengganu yang telah dikembalikan oleh keluarga Tengku Hamid bin Tengku Mandur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.

Sehingga kini Nobat Diraja Negeri Terengganu ini belum pernah dimainkan dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


  • PANJI-PANJI DIRAJA
Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.

Rekabentuk

Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kepada ketaatan warga Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan. Paji-panji Diraja adalah simbol kepada kewujudan Institusi Yang di-Pertuan Agong. Panji-panji yang berlatar belakangkan warna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi warna kuning adalah warna Diraja manakala karangan padi pula yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan dan kemakmuran.

Jata Malaysia di tengah-tengah adalah menunjukkan:

  1. Bulan serta bintang yang mempunyai 14 cabang adalah menunjukkan 14 buah negeri yang menjadi komponen negeri dalam Malaysia dan juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama bagi Malaysia;
  2. Lima bilah keris adalah melambangkan lima buah negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu (sebelum merdeka) iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu;
  3. Di kiri kanan perisai adalah melambangkan negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang;
  4. Manakala empat panel yang mempunyai ukuran yang sama di tengah-tengah perisai yang mengandungi warna-warna puteh adalah warna negeri Pahang; merah dan kuning warna negeri Selangor; hitam, dan kuning warna negeri Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah asalnya negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pengibaran Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di tempat-tempat lain selain dari Istana Negara

Dalam keadaan-keadaan tertentu iaitu apabila Seri Paduka Baginda berangkat menghadiri upacara penting misalnya, merasmikan Mesyuarat Penggal Parlimen, lawatan rasmi atau ke majlis-majlis rasmi, Panji-panji Diraja adalah dikibarkan di tempat Seri Paduka Baginda berangkat hadir. Apabila Seri Paduka Baginda berangkat tiba, Panji-panji Diraja dinaikkan dan panji-panji berkenaan akan diturunkan apabila Seri Paduka Baginda berangkat meninggalkan majlis itu.

Panji-panji Diraja di Istana Negara hanya akan dikibarkan separuh tiang apabila berlaku kemangkatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ukuran Panji-panji Yang di-Pertuan Agong

Ukuran besar -6’ x 12’ (untuk tiang di Istana Negara)
Ukuran biasa-3’ x 6’ (dikibarkan di tempat-tempat di mana Seri Paduka Baginda berangkat hadir atas urusan rasmi)
Ukuran kereta -12’ x 18’
Ukuran untuk keretapi -12’ x 18’
Ukuran untuk kapal terbang -12’ x 18’
Ukuran untuk kapal -2 ½’ x 4 ½’

Panji-Panji Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu Permaisuri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan dan keistimewaan selepas Yang di-Pertuan Agong. Oleh demikian baginda mempunyai panji baginda sendiri dan bagi membolehkan rakyat senang mengenali baginda apabila baginda berangkat berasingan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke majlis-majlis rasmi.

Oleh kerana jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah dilantik oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh masa lima tahun, maka Permaisuri baginda iaitu Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah mendapat keistimewaan yang sama dan mempunyai keistimewaan menggunakan panji-panji itu semasa baginda menjadi Raja Permaisuri Agong.

Rekabentuk Panji-panji Raja Permaisuri Agong ialah menyamai Panji-panji Yang di-Pertuan Agong. Warna latar belakangnya digantikan dari warna kuning (light yellow) kepada warna hijau (light green).

Ukuran panji-panji Raja Permaisuri Agong ialah 4 ½’ x 9’, manakala bagi kegunaan kereta pula ialah 12’ x 18&rsquo.

Panji-panji Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Bagi tempoh masa Yang di-Pertuan Agong gering atau tidak dapat menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong maka tugas-tugas baginda perlu dilakukan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan hendaklah melepaskan semua tanggungjawabnya sebagai Raja negeri itu melainkan tugas Ketua Agama Negeri berkenaan. Sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, baginda memiliki panji-panji khas dan layak dikibarkan selagi baginda menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian atas panji-panji Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah berwarna kuning yang melambangkan Diraja manakala di bahagian bawahnya berwarna biru cerah. Di bahagian tengah panji-panji itu ialah Jata Malaysia dan di bawah jata itu tertulis ’Timbalan Yang di-Pertuan Agong’. Jata ini tidak dilingkari dengan karangan padi seperti panji-panji Yang di-Pertuan Agong. Ukuran Panji-panji ini adalah sama seperti ukuran panji-panji Yang di-Pertuan Agong.

Panji-Panji DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009 (P.U. (A) 121)