Friday, February 17, 2012

DYTM Pengiran Muda Mahkota Hadri Majlis Santapan Petang Sempena Hari Puja Usia Baginda

17.02.2012, Jumaat - Terlebih dahulu Syah merafak sembah ucap tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sempena hari keputeraan baginda yang ke 38 hari ini. DYTM Pengiran Muda Mahkota yang juga merupakan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diraikan oleh ABDB dalam satu Majlis Santapan Petang sempena hari puja usia DYTM Pengiran Muda Mahkota di Mes Pegawai Berakas Garison. Turut mengiringi DYTM Pengiran Muda Mahkota adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Keberangkatan tiba DYTM Pengiran Muda Mahkota dan rombongan telah disambut oleh Timbalan Menteri, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat ; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok. Majlis bermula dengan sesi bergambar bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. DYTM Pengiran Muda Mahkota kemudiannya menyaksikan pameran koleksi gambar-gambar siri keberangkatan DYTM Pengiran Muda Mahkota ke acara-acara rasmi Kementerian Pertahanan dan ABDB sepanjang tahun 2011 hingga Februari, 2012. DYTM Pengiran Muda Mahkota kemudiannya dipersembahkan buku album bertajuk ‘Sejambak Ristaan V’ iaitu koleksi gambar-gambar kenangan lawatan DYTM Pengiran Muda Mahkota ke Kementeian Pertahanan dan ABDB.

Kemudiannya DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan memotong kek puja usia dan berkenan menerima hadiah daripada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Doa kesyukuran kemudiannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JA’MAAT), Kolonel Ariffin bin Amit. Setelah selesai majlis santapan dan menandatangani buku pelawat DYTM Pengiran Muda Mahkota menerima mengadap Pegawai-Pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-38 Kepada Duli Yang Teramat Mulia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Semuga DYTM Pengiran Muda Mahkota DiPanjangkan Usia dan Dilindungi Allah Hendaknya. Amin

Sumber :- RBAF

Thursday, February 16, 2012

Busy Gila Hari Nie

16.12.2012, Khamis - Hari nie Syah memang busy dan tak dapat update blog awal kerana ada payment yang perlu diuruskan sebelum 21.02.2012 nie dan banyak maklumat yang dihantar kepada kami untuk diproses tidak lengkap dan terpaksa kami yang settlekan. Pening kepala dibuatnya dan mungkin Sabtu dan Ahad nie Syah kena kerja. Entry kat bawah tu je lah buah tanggan Syah untuk hari ini. Sekarang jam 22:18hrs dan Syah makan Mee Segera sahaja kerana tak selera nak beli makanan kat pasar malam tadi kerana banyak gerai tak buka dan pilihan pun tak seberapa. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry .......Byeeeeee

Tunku Mahkota Johor Dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor Yang Baru

16.02.2012, Khamis - Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Tuanku Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang baru bagi menggantikan Jais Sarday dalam mesyuarat agung luar biasa PBNJ hari ini. Dalam kenyataan baginda selepas perlantikan ini mengambarkan Johor yang sebelum ini mempunyai tiga pasukan bolasepak iaitu Johor FC, Majlis Bandaraya Johor Baharu FC dan Majlis Perbandaran Muar akan hanya mempunyai satu pasukan sahaja selepas ini. Tambah baginda lagi dengan adanya pelbagai pasukan rakyat akan berpecah dan menyokong pasukan-pasukan pilihan mereka sahaja.

Titah baginda "Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"

Sumber :- Bernama /Berita TV3

Perdana Menteri Bertemu Yang Di-Pertua Negeri Sabah

16.02.2012, Khamis - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin telah menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Sabah dalam rangka lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini. Pertemua yang diadakan di Istana Negeri ini turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sumber :- Bernama

Wednesday, February 15, 2012

Raja Nong Chik Mengadap Sultan Brunei

15.02.2012, Rabu - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Yang Berhormat Mulia Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin dan rombongan kini berada di Brunei Darussalam untuk lawatan kerja selama dua hari telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman, Semalam. Turut mengadap ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam Dato' Abdullah Sani bin Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Dato' Adnan bin Haji Mohd Ikhsan. turut serta adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Agensi Pelaburan Brunei.

Sumber : Media Permata / Infofoto

Naik Bas Sekolah Pagi Nie

15.02.2012, Rabu - Jika semalam bas sampai awal ke Rawang Residence tetapi pagi nie bas tak sampai-sampai walaupun dah jam 06:40hrs. Jadi Syah dan beberapa penumpang lainnya naik bas sekolah yang biasa benarkan kami naik dengan kadar bayaran RM1.00. Shukur Alhamdulillah ada alternatif lain untuk ke Pekan Rawang jika tak menapak lah selama sejam baru sampai ke KTM Rawang. Yang bestnya bas sekolah nie hantar kami sampai Pekan Rawang. Sampai jer ada komuter jam 07:00hrs belum jalan lagi tetapi pintu dah tutup. Syah berkejar masuk stesyen dan cuba tekan butang buka kad pintu komuter tu tapi tak terbuka dan sejurus kemudian komuter tu jalan. Alahaiiiiiiii ...penat Syah berlari tadi dan terpakasa tunggu next train jam 07:15hrs yang akan bergerak agak lewat sedikit kerana beri laluan kepada ETS Ipoh-KL.

Biasanya komuter jam 07:15hrs nie penuh kerana dia dari next station dan jika kita cepat-cepat masuk mungkin dapat duduk. Kebiasaannya Syah dapat duduk tetapi pagi nie nasib tak baik sebab ada passenger lelaki depan Syah tu masukkomuter macam semut dan orang lain yang masuk dulu dan mengisi kekosongan tersebut. Syah masuk kedalam sedikit ada nampak satu seat kosong tetapi belum sampai ada peumpang wanita masuk dan terus duduk. Akhirnya sampai KL Sentral Syah berdiri. Berdiri dalam public transport nie perkara biasa kepada semua orang kecuali jika that person tu jenis mengada lainlah ceritanya.

Apa-apapun Syah sampai office before jam 08:30hrs dan shukur alhamdulillah dapat masuk kerja dalam jangkamasa yang ditentukan. Since monday my boss, Dik Nor Emergency Leave coz baby girl Aisya nya yang comel tu tak sihat. Baby Aisya, Baby Aisya, uncle doakan agar baby Aisya cepat sembuh yer. Oklah Syah nak sambung tugas nie dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........... Selamat bertugas semua.

Tuesday, February 14, 2012

Ketinggalan Bas Pagi Tadi

14.02.2012, Selasa- Nak jadi cerita pagi tadi Syah terlepas bas. Syah keluar macam biasa dan asik pandang kearah jalan utama yang bas biasa datang sebab jam baru 06:25hrs dan bila jam 06:30hrs Syah nampak ada bas hendak keluar dan ingatkan bas sekolah tetapi rupanya bas yang Syah sepatutnya naik. Awalnya bas masuk dan biasanya 06:30hrs baru nak masuk area Rawang Residence ini jam 06:30hrs dia dah nak keluar dari taman nie. Rupa-rupanya driver lain, dan Syah macam tergamam dan biarkan jer bas tu jalan dan tetiba terpandang dengan seorang aunty indian dalam bas tu dan baru Syah perasaan itu bas yang Syah sepatutnya naik buka bas sekolah, alamak ........... dah terlepas lalu Syah berjalan cepat-cepat tunggu kat satu simpang yang agak jauh sedikit dari Rawang Residence Syah sebab bas tu akan masuk kat satu lagi taman kat dalam tu. Terkejar-kejar Syah dibuatnya tetapi sempat kejar bas tu. Entahlah pening kepala pasal transpot kat sini tetapi apa-apapun Syah hari nie sampai kat office before 08:30hrs kerana dapat naik komuter jam 07:00hrs.

Sekarang jam 21:30hrs dan kepala Syah sakit sedikit tak tahulah nape tetapi ada kalanya macam tu, mungkin tak selesa baring sambil menaip dan menntenet. Gambar kat atas tu pemandangan agak biasa kat Pekan Rawang. Uncle tu agaknya terlebih minum dan tengah lalok dan terbaring kat kaki lima kedai tempat Syah selalu tunggu bas ke Rawang Residence......... Macam-macam perangai manusiakan cuma yang baik kita jadikan teladan dan yang tak baik kita jadikan sempadan dalam melayari kehidupan yang sementara didunia yang fana ini. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry .................. Byeeeeeeeeeeeee

Raja Dr Nazrin Shah Menyampaikan Titah Dalam Seminar Wakaf Penjana Pembangunan

14.02.2012, Selasa - Hari ini DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menyampaikan titah dalam Seminar Wakaf Penjana Pembangunan yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara. Dalam titahnya baginda menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah menjalankan Dasar Ekonomi baru (DEB) sehingga dasar itu gagal dalam matlamatnya membantu orang Melayu dan umat Islam. Akibatnya matlamat mengimbangkan agihan ekuti dikalangan ummah gagal dicapai dan dasar yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.

Tambah baginda lagi, kajian menunjukkan enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja dapat disalurkan ke generasi seterusnya. Sehubungan dengan itu baginda mengesyorkan agar satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada sebagai jaminan semua pegangan ekuiti Melayu Islam tidak cepat terhakis.

Baginda juga menzahirkan kekesalan terhadap segelintir individu yang bersifat "pagar makan padi" menyebabkan beberapa institusi yang diwujudkan kerajaan untuk menjaga kepentingan ummah menghadapi masalah hingga muflis atau terpaksa diselamatkan oleh pemerintah.

Titah baginda :- "Konsep wakaf korporat difikirkan sebagai satu alternatif yang berpotensi menggantikan kaedah sediada. Konsep yang sedang dirintis ini menyuntik pendekatan arus niaga bersandarkan roh Islam, berpegang kepada konsep iman dan takwa. Idea wakaf korporat sudahpun tercetus sejak dari beberapa tahun lepas dan pada zaman dahulu ia berperanan sebagai sumber ekuatan ekonomi ummah sehingga tidak perlu terlalu bergantung kepada dana kerajaan sehingga akhirnya ia bekubur akibat manipulasi penjajah".

Konsep ini telah terbukti kejayaanya melalui penubuhan Waqaf An Nur Corporation yang ditubuhkan pada 03.08.2006 yang dijadikan rujukan untuk diterima pakai di peringkat lebih luas. Menurut baginda lagi bagi membolehkan konsep ini berjaya, idea itu perlu diangkat untuk pertimbangan di Persidangan Majlis Raja-Raja Mac ini, selain mendapat sokongan ulama serta mendapatkan persefahaman diperingkat kerajaan persekutuan dan negeri manakala individu yang dipilih memegang amanah nanti terdiri daripada mereka yang menghayati semangat Fisabilillah.

Sumber :- Bernama

Jubli Intan Pemerintahan baginda Queen Elizabeth II


14.02.2012, Selasa - Ini merupakan portrait rasmi Baginda Queen Elizabeth II yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham baru-baru ini sempena sambutan Jubli Intan Pemerintahan Baginda yang ke-60 diatas tahta Britain tahun ini. Pada 1977 baginda telah menyambut perayaan Jubli Perak pemerintahan baginda manakala sambutan jubli emas baginda pula diadakan pada 2002.

Buat masa ini, baginda merupakan pemerintah kedua paling lama didunia selepas Raja Bhumibol Adulyadej yang berada diatas tahta selama 65 tahun ( 09 Jun 2012 – 66 tahun) dari Thailand dan merupakan pemerintah kedua paling lama di United Kingdom selepas Queen Victoria yang memerintah selama 63 tahun 7 bulan. Dalam tempoh pemerintahan Baginda selama 60 tahun, United Kingdom telah dipimpin oleh dua belas orang Perdana Menteri. Jika umur baginda boleh bertahan sehingga 09.09.2015 iaitu dalam usia 89 tahun, baginda akan menjadi pemerintah paling lama di Britain. Tahukah anda bahawa bonda baginda mangkat dalam usia 101 tahun., mana tahu baginda juga akan mengikut jejak langkah bondanya mangkat dalam usia yang lanjut.

Baginda diputerikan pada 21.04.1926 di 17 Bruton Street, Mayfair, London merupakan puteri kepada Prince Albert, Duke of York dan kemudiannya bergelar HM King George VI dan bondanya Elizebth Bowes-Lyon yang kemudiannya bergelar HM Queen Elizabeth dan dikenali dengan panggilan The Queen Mother selepas kemangkatan suaminya.

Baginda merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita Britain yang menyertai angkatan tentera pada 1945. Baginda berkahwin dengan dua pupunya Putera Philip, Duke of Edinburgh ketika berusia 13 tahun pada 20.11.1947. Baginda dikurniakan tiga putera dan seorang puteri iaitu Pewaris Tahta Prince Charles, Prince of Wales (14.11.1948) ; Puteri Anne, The Royal Princess (15.08.1950) ; Prince Andrew, Duke of York (19.02.1960) dan Prince Edward, Earl of Wessek (10.03.1964).

Baginda menaiki tahta pada 06.02.1952 selepas kemangkatan Ayahandanya King George VI akibat kanser paru-paru ketika baginda dan suami berada di Kenya untuk lawatan rasmi negara. Baginda ditabalkan sebagai Ratu Britain (Queen of Great Britain) Pada 02.06.1953 dengan penuh adat istiadat diraja Britain di Westminister Abbey.

Seperti mana yang Syah maklumkan tadi gambar diatas itu merupakan potrait rasmi sambutan Jubli Intan baginda. Gambar ini diambil oleh Mr John Swannell di Center Room, Istana Buckingham pada Disember 2011 lepas. Mr Swannell dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beliau berasa amat bershukur kerana ini adalah kali ketiga beliau diberi kepercayaan untuk mengambil gambar peribadi baginda Queen. Menurut beliau lagi baginda Queen dan Duke of Edinburgh begitu santai pada hari berkenaan dan ini memberikan mood yang baik pada gambar baginda berdua.

Baginda mengenakan Pakain Rasmi yang diperbuat daripada sutera, satin dan lace dengan taburan labuci bewarna silver (perak). Pakaian ini disiapkan di Istana Buckingham oleh Miss Angela Kelly. Baginda tampil dengam Mahkota kerajaan yang diperbuat pada tahun 1820 dan kebiasaannya dipakai sewaktu istiadat rasmi seperti pembukaan Parlimen dan pertabalan. Kalung yang dipakai oleh baginda merupakan kalung yang sama dipakai oleh mendiang Queen Victoria untuk sesi gambar rasmi sambutan Jubli Intan Queen Victoria pada 1897 yang mana kalung ini juga telah dipakai oleh lima generasi Ratu England bermula dari Queen Victoria, Queen Alexandra, Queen Mary, Queen Elizabeth (Queen Mother) dan baginda sendiri.

Pada selimpang diraja bewarna biru, baginda memakai darjah kebesaran diraja mendiang nenda baginda King George V dan Ayahandanya King George VI. Central Room dipilih sebagai lokasi pengambaran kerana ianya berada ditengah-tengah bangunan baru yang dibina di Istana Buckingham pada 1848 dan Center Room ini juga merupakan laluan ke Beranda Istana yang digunakan oleh kerabat diraja untuk muncul dikhalayak ramai semasa istiadat khas seperti pertabalan dan perkahwinan diraja. Bilik ini juga menghadap Memorial Victoria berupa patung gansa mendiang yang dibina sempena memperingati mendiang sebagai satu-satunya raja yang memerintah paling lama di Britain (1837 – 1901) dan menyambut Jubli Intan pemerintahan pada 1897.

Tahniah Syah ucapkan kepada baginda Queen Elizabeth II sempena sambutan Jubli Intan Pemerintahan baginda selama 60 tahun diatas tahta Britain. Syah mendoakan agat Baginda Queen Elizabeth dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

Sumber :- Royalty.nu / Wikipedia

Monday, February 13, 2012

Perjalanan Hidup Syah Hari Nie

13.02.2012, Isnin - Pagi tadi bangun tidur macam biasa jam 05:00hrs, mandi dan bersiap manakala masuk waktu Subuh agak leat sekarang hampir jam 06:15hrs dan bas biasanya akan tiba disimpang jalan jam 06:30hrs dari Rawang Residence Syah ke Pekan Rawang. Jadi agak tergesa-gesa sedikit tetapi buat relax jer lah. Hari nie dapat naik komuter Rawang-Bangi jam 07:00hrs dan sempat sampai office before 08:30hrs. Hari nie Syah puasa dan banyak kerja sedikit dan agak bermasalah tetapi dah selesai semua tu.

Syah tiba di KTM Rawang jam 18:10hrs dan bas ke Rawang Residence Syah jam 18:30hrs. Mulanya ingatkan hendak beli Nasi Goreng dan Tom Yam di Lambaian Seafood tetapi ramaipula pelanggannya hari nie dan takut terlepas bas pula nanti. lalu Syah beli Kuih di KTM dan sementara menunggu bas Syah beli Bakso untuk buka puasa. Ini 2nd time makan dan 1st time makan kat Ampang park tetapi tak sedap tetapi Syah gamble jew beli sebab tak ada pilihan lain nak makan. Hemmm sedap plak kali nie rasanya, bolehlah. Syah buat Teh Boh Panas perisa Laici dan Ros. Masa Azan tadi Syah makan ubat dan kemudiannya minum air akar kayu kordial tu sebelum solat. Lepas Solat baru Syah mamam.

Balik tadi hujan lebat dan sampai di Rawang Residence Syah nampak Wak Baha dan pekerjanya masih ada sedang berkemas. Syah lihat dia dah pasang separuh tiles warna coklat yang baru tu didepan tembok Syah. Cantik gak nampaknya dan Wak tanya Syah lagi nak ganti semua macam tiles tu tak ? dan Syah kata tak cukup budget dan guna jer tile lama tu. Nak buat macam mana, budget dah lari dan tile lama tupun elok lagi cuma Syah minta dia cuci dengan Asid jer tile lama tu bagi hilangkan kotorannya. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........ Selamat Malam semua.

Tuanku Mizan Bakal Rasmikan Masjid Kayu di Terengganu

13.02.2012, Isnin - Terengganu memang terkenal dengan keindahan senibina Masjidnya yang tersohor seperti Masjid Terapung dan Masjid Kristal. Kini ada pula Masjid Kayu yang telah siap dibina di Darul Iman ini. Photo ini merupakan ruang solat utama Masjid Kayu di Seberang Jerteh yang dibina menggunakan kayu bermutu tinggi seperti cengal dan meranti yang berkonsepkan tradisional Melayu Terengganu. Seniman Negara Wan Mustaffa Wan Su telah diberikan penghormatan menggunakan kepakaran seniukir beliau untuk mengukir hiasan pada daun pintu, dinding, jendela, mimbar khutbah, tangga dan sudut-sudut tertentu. Masjid ini mula dibina pada akhir 2009 dan siap pada Julai 2011 dan boleh menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Sultan Terengganu KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di jangka akan merasmikan Masjid ini dalam waktu terdekat. Selepas perasmian nanti baru nama Masjid ini akan diumumkan. Teringat Syah pada Allahyarham Tengku Ismail Su, jika Allahyarham masih hidup lagi tentu dia gembira melihat hasil seni yang indah ini.

Sumber :- Bernama

Pengiran Muda Mahkota Brunei Saksikan Perlawanan Pembukaan Bolasepak Liga Singapura 2012/2013

13.02.2012, Isnin - Semalam Duli Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda Mahkota Brunei telah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pembukaan Bolasepak Liga Singapura musim 2012/2013 diantara Brunie DPMM (Duli Pengiran Muda Makota) FC melawan juara bertahan Tampines Rovers FC. Perlawanan yang diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah di Berakas ini turut disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan kerabat-kerabat diraja lainnya. Perlawanan berakhir dengan seri 2-2.

Sumber :- Borneo Bulletin/Infofoto

Sunday, February 12, 2012

Aktiviti Hari Ahad Syah

12.02.2012, Ahad - Sekarang hujan lebat sangat dan jam menunjukkan angka 21:19hrs dan Syah baru lepas mandi dan sampai ke Rawang Residence Syah jam 20:15hrs tadi. Turun bas jer nampak macam ada orang panggil Syah kat kedai nasi lemak cantik, rupa-rupanya Yarzar member Syah. Lama tak jumpa dia sebab phonenya sentiasa bertukar dan rupa-rupanya dia tak stay kat area Rawang Residence Syah lagi, patutlah. Dulu dia stay dengan cousinnya tetapi sekarang menyewa di Country Homes katanya sebab kat sini susah nak pergi kerja. Syah ajak dia singgah dan tidur kat rumah tetapi katanya hari nie tak boleh sebab sedang tunggu kawannya nak balik ke Country Homes.

Dia inform Syah kalau dia nak tidur/datang rumah dia call Syah, tapi tak taulah dia ingat atau tak nombor phone Syah sebab tadi dia bagi nombor baru lagi, kerap tukar nombor phone dan masuk nie dah empat nombor dia bagi Syah. Adalah dua tiga kali dia melawat Syah di Rawang Residence dan pernah tidur kat rumah syah sekali. Sekarang dia dah pindah nie entah bila agaknya berumpa lagi. Ahakss..... Itulah realiti kehidupan, walaupun dia nie orang Asing tetapi baik budi pekertinya dan menghormati orang. Syah doakan agar dia bahagia dengan kehidupannya sekarang dan dipermudahkan segala urusannya.

Nie plak cerita pagi tadi, sebelum tu gambar nie diambil dalam bilik Syah lepas bersiap. Bas sampai ke Rawang Residence jam 10:00hrs tetapi pelik sebab bas jalan perlahan dan bila sampai area rumah double storey tu bunyi benda meletup dan bas rosak. Bas tu orang lain bawa bukan Abang yang biasa tu dan bila tanya katannya bearing tak silap syah kat tayar rosak dan tayar meletup. Adalah dekat 45 minit tunggu bas ganti datang tetapi taklah berpeluh walaupun cuaca panas sebab berteduh bawa pokok dengan penumpang-penumpang lain. Syah naik bas ke KL dan singgah makan di Semua House sebelum ambil train ke Ampang Park.

Dari Ampang Park, Syah jalan kaki ke Citibank buat payment dan minta mereka wavekan late charges kerana Syah lewat bayar bulan nie. Mereka wavekan sebab rekod bayaran Syah bayar penuh setiap bulan dan mereka tak ada masalah nak wavekan. Due date 05 Februari lepas dan Syah tak sempat bayar sebab uruskan perkahwinan Hafis dan lepas tu Syah pula MC kena piles. Dari Citibank jalan kaki ke KLCC untuk solat Zohor dan kemudiannya makan McD tetapi burgernya Syah bawa balik untuk sahur sebab esok nak puasa sunat. Lepas tu Syah ke Kinokuniya baca buku dan terjumpa Kak Long Fadhilah dan suami serta anaknya. Dari Kinokuniya ke Pos Malaysia KLCC bayar bil Astro sebelum tunggu waktu Asar.

Lepas Asar beli nasi goreng kat supermarket dan bertolak ke Masjid Jamek untuk balik ke Rawang naik bas. Ahaks.... jangan terperanjat yer sebab biasanya hari Sabtu/Ahad hari Syah makan banyak.............. Oklah gtg sehingga berjumpa lagi dilain Entry

Ke Kuala Lumpur

12.02.2011, Ahad - Selamat Pagi dan Apa Khabar Semua. Sekarang jam 09:13hrs dan sebentar lagi jam 10:00hrs Syah akan ke KL untuk bayar credit card Citibank dan kemudiannya mungkin lepak-lepak sekejap di Kuala Lumpur tetapi tak tahu kat mana lagi melepaknya. Ingatkan hendak bertolak jam 08:00hrs tadi tetapi biasalah ada jer benda yang hendak dibereskan di rumah Syah nie. Insyallah, petang nanti baru Syah kembali semula ke Rawang Residence. So Insyallah malam nanti Syah update tengkusyah.blogspot.com. Jumpa lagi semua yaaaaaaaaaaa.......... semuga bahagia dan ceria disamping keluarga dan orang tersayang dihujung minggu ini.

Saturday, February 11, 2012

Dinner Dengan Mee Segera

11.02.2012, Sabtu - Sekarang jam 18:30hrs dan Syah baru lepas siapkan Mee Segera Cintan nie untuk dinner. pagi tadi makan Meehon Goreng dan Kuih yang Syah beli kat gerai berhampiran bas stand Rawang Residence Syah. Bila nak senja nie lapar lak lalu Syah ke kedai beli instant mee nie dan tambah dengan sayuran yang ada dalam fridge tu. Syah buat Teh Boh Panas perisa Laychee and Rose. Tak kemanapun hari nie, malas tetapi mungkin esok hendak ke Citibank bayar credit card yang dah seminggu due, mesti kena caj late payment nanti tetapi boleh minta wave sebab rekod bayaran Syah ok sebelum nie cuma kali nie Syah busy dengan perkahwinan Hafis dan lepas tu kan Syah MC sampai hari Jumaat lepas.

Petang tadi Syah baru sahaja spray lampu dinding luar rumah Syah. Hari nie Wak tak buat kerja, Isnin katnya, cuma dia betulkan air sinki Syah yang tak keluar sebab tutup stokupnya, Ok air laju macam biasa cuma shower Syah airnya tetap meleleh gak. Hem........ no comment. Biarlah kalau nak betulkan mesti ada caj lagi. Ahaks............ Sebelum tu Wak Baha hantar tiles untuk depan pagar Syah dan katanya cantik kalau tukar semua dan Syah kata budget lari Wak?. Ok lah Syah nak dinner nie........... Jumpa lagi dilain Enty.

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

11.02.2012, Sabtu - Pagi tadi diadakan Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Didalam istiadat ini, Pegawai Tentera daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menyerahkan bendera kepada pegawai serta anggota pengawal baru yang akan bertugas di Istana berkenaan. Istiadat ini melibatkan empat pegawai dan 70 anggota disaksikan oleh Pegawai Memerintah 1 RAMD, Lt Kol. Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Sumber : Bernama

Perdana Menteri Rasmikan Jubli Emas PSSGM dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012

11.02.2012, Sabtu - Sempena Lawatan Sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Negeri Sembilan semalam, anak Bugis ini yang juga merupakan Imam Khalifah Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) telah merasmikan sambutan Perayaan Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 PSSGM dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012. Sambutan ini berlangsung di padang Majlis Perbandaran Seremban, Seremban, Negeri Sembilan. Dalam ucapannya beliau berkata rakyat harus mempunyai jati diri yang ampuh dan minda terbuka untuk menimba segala ilmu bagi memastikan kelangsungan dan identiti bangsa tidak mudah tergadai. Tambah beliau lagi, jatidiri ibarat akar pokok, ianya perlu kukuh dan teguh agar tidak mudah dicabut mana-mana pihak.

Majlis ini dihadiri lebih kurang 6,000 pesilat gayong dari seluruh negara termasuk jemputan khas dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Syria, Thailand, Indonesia, Singapura dan Tunisia hadir . Turut serta adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan yang uga merupakan Timbalan Khalifah Agung PSSGM, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia dan Dato' Adiwijaya Abdullah Yang Dipertua PSSGM. Dalam majlis ini juga, Datin Seri Rosman Mansor telah dianugerahkan Selendang Kehormat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak telah memakaikan seledang berkenaan kepada isteri beliau dalam majlis itu.

Sumber :- Berita Harian

Friday, February 10, 2012

Tuanku Muhriz Menerima Mengadap Perdana Menteri

10.02.2012, Jumaat - Hari ini Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini menerima mengadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Besar Seri Menanti, Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hassan. Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Negeri Sembilan dalam rangka lawatan sehari ke negeri berkenaan. Datuk Seri Najib Tun Razak mengadap baginda lebih kurang jam 08:45hrs dan berada hampir satu jam di Istana berkenaan dan sebelum beredar diadakan jamuan minum pagi dan sesi bergambar bersama Tuanku Muhriz dan Tunku Aishah Rohani.

Turut serta adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud, Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Ziarahi Jenazah Allahyarham Lt Kol Habibullah Ismail

10.02.2012, Jumaat - Pagi tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang berada di Alor Star telah berkenan menziarahi jenazah Pegawai Staf Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), Lt Kol Habibullah Ismail yang meninggal dunia di Lubnan akibat serangan sakit jantung pada 06 Februari lepas. Tuanku Abdul Halim menziarahi jenazah Allahyarham dikediaman Allahyarham di Lorong Madrasah, Tambak Bunga. Keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim disambut oleh Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin serta pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.

Tuanku Abdul Halim meluangkan masa selama 15 minit dikediaman Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sebelum berangkat pulang ke Istana Anak Bukit. Allahyarham berusia 42 tahun dan merupakan Pegawai Memerintah 23 Rejimen Askar Melayu (RAMD) di Ipoh, Perak dan menyertai UNIFIL pada 14.11.2011 dan akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 13.11.2012. Anak kelahiran Alor Star ini meninggalkan seorang isteri, Maryani Mahadzir dan tiga orang anak iaitu dua orang anak lelaki berusia 13 dan 9 tahun serta seorang anak perempuan berusia 6 tahun.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Malaysia menggunakan pesawat komersial Qatar dan selamat tiba ke KLIA jam 20:30hrs malam tadi (09.02.2012) dan di sembahyangkan di Masjid Pengkalan Udara Subang sebelum diterbangkan dengan pesawat C-130 TUDM ke Alor Star. Jenazah sekali lagi disembahyangkan di Masjid Tambak Bunga berimamkan abang Allahyarham sendiri, Fathullah Ismail (52 tahun) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambak Bunga pagi tadi.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhan dan Syah berharap agar kalian tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah ............. Semuga Roh Allahyarham Lt Kol Habibullah Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN.

Sumber :- Bernama

Aktiviti Jumaat dan Kunci Stor Office


10.02.2012, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com. Syah stil on MC dan berada di Rawang Residence dan pagi tadi approx jam 10:05hrs En Talib call tanya mengenai kunci store. Dipendekkan cerita Syah simpan kunci tu ditempat berkunci supaya tak semua orang boleh ambil kerana ada barang yang hilang sebelum nie tetapi masalahnya bila ada urgen matters nak ambil barang dalam tu dan Syah MC mereka tak boleh masuk. Itu yang dia pertikaikan kerana boss dia memerlukan sesuatu kat dalam tu dan nampak macam dia tak boleh buat kerja dengan baik. Tak apalah mungkin Syah akan letak kunci tu ditempat yang orang tertentu boleh ambil sahaja. Elok juga ikut cara terdahulu tu, kalau barang-barang kat dalam tu hilang, tak boleh nak pertikaikan Syah kerana bukan tanggungjawab Syah seorang sahaja kerana orang lainpun boleh access bilik tu. Nak buat macam mana kerana kunci tu special dan tak boleh buat pendua. Boleh tu boleh ............ tetapi prosesnya panjang tak dapat nak cerita kat sini. Maklumlah bangunan Menara TM nie kan cangih? Alah........... perkara kecil jer tu dan Syah tak terasa hatipun dengan En Talib tu, biasalah kalau bos Syah pertikaikan kerja Syah, mengelabah gakkan? Ahaks............... Itulah salah satu masalah ditempat kerja Syah, by the way kerja kalau tak ada masalah bukan kerjalah namanya kan?

Renovation Rawang Residence Syah berjalan lancar walaupun ada masalah sedikit sana situ, biasalahkan human error .......... Sekarang jam 10:18hrs dan ingatkan hendak beli kuih tadi tetapi gerai biasa tu tak jual hari nie dan yang ada gerai Indian jual kuih dan nasi lemak sahaja. So Syah makan Swiss Roll sahaja untuk alas perut kerana hendak ambil ubat. Sebenatar lagi jam 11:00hrs Syah akan ke Pekan Rawang untuk Solat Jumaat. Pelikan dengarnya keluar rumah jam 11:00 untuk solat Jumaat .............. Memanglah pelik kerana bas ke Rawang Residence nie sejam sekali tu yang kena keluar awal sedikit. Keluar jam 11:00hrs sampai Bandar hampir 11:30 hrs dan adalah masa ke Masjid jika keluar jam 12:00hrs dan sampai pekan mungkin selepas 12:30hrs itupun kalau jalan tak jem sebab waktu budak sekolah keluar. Nanti tergesa-gesa nak ke Masjid plak kerana Masjid agak jauh sedikit dari Pekan Rawang tu.

Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry .............................

Raja Nazrin Mencemar Duli Melawat Karangkraf

10.02.2012, Jumaat - Semalam Raja Muda Perak Darul Ridzuan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mencemar duli melawat Kompleks Kumpulan Media Karangkraft di Shah Alam, Selangor. Keberangkatan tiba baginda dan rombongan pada jam 10:00hrs disambut oleh Pengarah Urusan Karangkraf Dato' Dr Hussamuddin Yaacub, Timbalan Pengerusi Karangkraft Mohd Nasir Hamzah dan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Dato' Abd Jalil Ali dan 500 warga Karangkraf. Semasa berangkat tiba, baginda dan rombongan telah diperdengarkan dengan lagu "Karangkraft Bersatu" oleh kumpulan kior Karangkraft.

Baginda dan rombongan kemudiannya diberi taklimat selama 30minit oleh Pengarah Eksekutif Grup Digital Karangkraf Syamil Fahim Mohamed Fahim mengenai operasi Karangkraf berhubung operasi anak syarikatnya Grup Sinar, Grup Majalah, Grup Percetakan Ultimate, Grup Buku dan Grup Digital. Kemudiannya baginda dan rombongan dibawa ke Karangkraf Mall untuk meninjau Grup Majalah, Grup Sinar dan Kilang Percetakan. Baginda memberi pujian atas keupayaan Karangkraf mengaplikasikan teknologi terkini mesin Hi-Line yang digunakan oleh Sinar Harian untuk mencetak 500 naskah dalam tempoh kurang seminit.

Sebelum mengakhiri lawatan, baginda telah diberikan penghormatan menekan butang mula untuk mencetak sisipan Edisi Khas sempena kunjungan peribadi baginda. Sebelum berangkat pulang, baginda bertitah "Beta mendoakan semuga syarikat ini bertambah maju"

Sumber :- Sinar Harian

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kali Kedua sempen Hari Keputeraan Tuanku Muhriz yang ke-64.

10.02.2011, Jumat - Semalam Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menghadiri majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kali Kedua sempen Hari Keputeraan Baginda yang ke-64. Istiadat berlangsung di Balairong seri Istana Seri Menanti. Kelihatan Tuanku Muhriz berkenan menganugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato' kepada Pengarah NADI Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Dato' Rosni Abdul Malik.

Sumber :- Bernama

Thursday, February 9, 2012

Genap 13 Tahun Kemangkatan Almarhum King Hussein

09.02.2012, Khamis - Pada 07.02.2012 lepas genaplah 13 tahun kemangkatan Raja Jordan Almarhum King Hussein. Almarhum merupakan keturunan langsung daripada Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada 14.11.1935 merupakan putera kepada King Talal dan Queen Zein Al Sharaf. Almarhum menjadi Raja Jordan dalam usia 18 tahun menggantikan Ayahandanya. Almarhum mangkat dalam usia 63 tahun akibat kanser dan merupakan pemimpin negara paling lama memerintah ketika itu. Sepanjang lima dekat pemerintahannya, Almarhum telah berkerja keras untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat Jordan dan kadar buta huruf di Jordan dapat dikurangkan dengan jayanya.

Komitmen Almarhum memperjuangkan demokrasi, kebebasan awam dan hak asasi manusia telah menjadikan Jordan sebagai satu role module didunia Arab. Baginda percaya kerjasama merupakan asas utama untuk mencapai masa depan yang cemerlang melalui matlamat menyelesaikan konflik, keamanan, pendidikan untuk membebaskan diri dari kejahilan, kesefahaman dan pembangunan berterusan. Memperkukuh dan memperkasakan penyatuan dunia Arab merupakan keutamaan kepada misi Almarhum sehinggalah ke akhir hayatnya.

Al-Fatihah ........ Semuga Roh Almarhum King Hussien DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber :- The Jordan Times

Macam-Macam Dugaan Pada Syah

09.02.2012, Khamis - Macam-macam dugaan berlaku pada diri Syah lately nie. Tak mengapalah mungkin itu dugaan buat Syah dan ada hikmah disebaliknya.
  • Since Jumaat Sampai Isnin lepas Syah di Kajang dan Cempaka Sari, Ijok untuk membantu majlis perkahwinan anak Kak Long Syah, Hafis. Memang penat dan letih menguruskan malis ini dan shukur Alhamdulillah everything berjalan lancar. Cuma terlalu sibuk untuk memastikan majlis sempurna dan menguruskan 150 orang anak Yatim yang dijemput ke majlis ini. Ambil Kek Perkahwinan Hafis dan Kek Birthday abang pengantin, Hasif di Secrete Recipe Kuala Selangor bersama Razak dan on the way balik isteri Razak call minta cari fresh flower untuk "flower Girl" dan terpaksa bergesas ke Bistari Jaya pula cari bunga dan ada masalah sedikit kerana banyak bunga di sparekan untuk perayaan Taipusam, tetapi dapat gak beli bunga tu sedikit. Disebabkan sibuk Syah tak sempat nak jumpa parents Syah kerana bila Syah nak hantarkan potongan kek perkahwinan untuk mereka , family yang lain kata dah balik dah dan Syah pula tak bawa phone dan tengok dia ada call banyak kali. Walau bagaimanapun masa dia datang Syah dah jumpa dan salam mereka, cuma masa balik jer tak jumpa. Regret gak rasanya.
  • Baik ke Rawang Residence pada 07.02.2012 dan anak saudara Syah Hasif (Mamat) hantar Syah balik. Dari jauh nampak rumah dah bercat sebahagian dan bila Syah pandang atas jer ........... Alamak cornice tu pekerja Wak Baha salah cat. Syah panggil Wak datang juga petang tu dan bila dilakukan postmortem salah Syah kerana Syah tulis kat tong tu bunga refer to cornice. Syah gunakan tiga color untuk bahagian depan rumah Syah. Dan Syah terpaksa beli dua tong cat lagi. Kat atas tu Wak sedang cat semula bahagian yang salah tu. Warna sepatutnya putih. Macam-macam hal.................
  • Pada waktu majlis perkahwinan nak bermula, masa tulah tumbuh jerawat dan bengkak merah kat hidung Syah dan kelenjar kat ketiak Syah bengkak. Mungkin panas dan Syah kurang minum serta sibuk dan tension sket menguruskan persediaan perkahwinan. Sekarang jerawat dan sakit kat bawah ketiak tu dah ok, benda nie selalu gak berlaku ada masa-masanya dan kemudiannya ok.
  • Since Jumaat juga Syah tak boleh buang air besar lebih kurang empat hari. Dalam hati kata mesti masalah nanti nie. Bila Mamat hantar Syah balik ke Rawang Residence jer terus rasa nak buang air besar dan Syahpun buang air besar dan rasa sakit sedikit sebab Syah ada masalah piles. Pagi Rabu tu Syah buang air besar lagi macam biasa dan mula terasa sakit bahagian tu dan rasa tak selesa sangat. Syah ke kelinik dan dapat MC, Isnin nie baru Syah masuk kerja.
  • Disebabkan Wak Baha perlukan cat, Syah ke Bandar Rawang untuk beli cat. Sebelum tu Syah ke kelinik macam cerita kat atas tu dan kemudiannya breakfast lontong kat gerai sebelah Tenaga Nasional Rawang. Lepas makan Syah jalan kaki ke kedai Cat di batu 17. Selepas beli cat time nak bayar ada masalah alat credit card kedai tu tak function dan terpaksa jalan kaki ke Maybank yang agak jauh sedikit dan terpaksa lintas jalan besar yang banyak kereta. Bila dah settle semuanya Syah tunggu bas depan kedai tu dan pekerja tu macam terkejut sebab dia ingat Syah naik motor/kereta. Dengan dua tong cat lama gak Syah tunggu bas untuk ke Pekan Rawang dan dari Pekan naik bas lagi ke Rawang Residence Syah. Lama betul bas dan nak menangis rasanya kerana kepanasan dan terpaksa baawa dua tong cat 5 liter setiap satu. Sampai lukalah kaki Syah mengelecet kerana berjalan jauh kena tali sandle Syah. Dugaannnnnnnnn ............ nak buat macam mana salah sendiri ada kereta tak tahu nak bawa.
  • Sampai jer Rawang Residence kepala Syah sakit sangat dan rasa mual nak muntah dan sendawa macam ada angin. Lalu Syah korek tekak Syah dan muntahkan supaya rasa lega sedikit tetapi rasa tu datang lagi Lalu Syah ke kedai makan dan minum teh ice sambil baca Kosmo. Ingatkan boleh hilang rasa nak muntah dan sakit kepala tu tetapi makin menjadi-jadi. Mungkin panas aganya masa tunggu bas tadi. Walau bagaimanapun petangnya Syah ceret berit dan sahlah keracunan makana nie dan tak tahu apa sebabnya.
  • Petang semalam lepas Asar Syah keluar lagi ke Bt 17 untuk survey tiles plak walaupun sakit .............. Walaupun perut terasa sakit sedikit. Syah kena buat semua ini kerana nak minta tolong kat siapa lagikan dah kita stay seorang-seorang kena buat sendiri dan tak payah minta tolong kat orang lain kecuali jika benar-benar memerlukan. Lepas tu ke Tesco dan ingatkan hendak makan tetapi tak berkenan. Lalu jalan kaki dan makan di Seri Abang Restoran. Syah makan Lai Chi Kang Special Panas, Nasi Goreng Sotong, Sayur Campur dan Telur Dadar. Semuanya RM12.70. Masa tu dah hampir jam 19:00hrs dan Syah jalan kaki jer ke Pekan Rawang dan berhenti solat Maghrib @ Masjid. Lepas solat teruskan perjalanan kat satu lorong yang suram kerana itu jalan pintas sambil berdoa supaya tak jadi benda yang tak elok dan akhirnya Shukur Alhamdulillah sampai ke Pekan Rawang untuk ambil bas balik ke Rawang Residence.
Macam-macam dugaan jadi pada Syah dan Syah redho dengan apa yang berlaku kerana ada hikmah disebalik dugaan ini. sekarang nie Wak Baha dan pekerjanya sedang buat kerja-kerja mengecat @ Rawang Residence Syah. Sekarang jam 10:58hrs, so Syah nak berehat sebentar dan hingga berjumpa lagi dilain Entry ...........

Wednesday, February 8, 2012

Sultan Johor Istiharkan Muar Sebagai Bandar Diraja Johor

Kelihatan Tuanku Sultan Johor dan Menteri Besar Serta Warga Johor Berarak Dalam Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Muar.

08.02.2012, Rabu - Pada 05.02.2012 lepas Bandar Muar atau juga dikenali sebagai Bandar Maharani telah di istiharkan sebagai Bandar Diraja Johor oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pengisythiran dibuat di Masjid Sultan Ibrahim, Muar, Johor sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri Johor 1433 Hirah. Turut serta berangkat ke Majlis ini adalah DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Dato' Zainal Abidin Osman, Ahli Parlimen Muar Dato' Razali Ibrahim dan Mufti Johor Dato' Mohamad Tahrir Samsuddin.

Dengan pengisytiharaan ini, Tuanku Ibrahim mahukan Muar menjadi bandar contoh bagi Johor dan warga Muar harus bersama-sama menjaga kebersihan bandar mereka dan bukan hanya bergantung kepada pihak Kerajaan dan Majlis Perbandaran sahaja. Titah ini dikeluarkan oleh Tuanku kerana tahap kebersihan Bandar Muar amat kurang memuaskan hari baginda.

Titah baginda :-
  • "Penduduk Muar juga harus memberi kerjasama untuk menjaga kebersihan bandar Muar, Jangan hanya serah tanggungjawab ini kepada kerajaan atau pihak majlis"
  • "Hari ini selepas majlis ini kita dapat nilai sendiri adakah masyarakat Muar benar-benar mengamalkan kebersihan. Adakah kita akan lihat sampah sarap, kita tunggu dan lihat."
Dalam sambutan Maulidur Rasul kali ini Baginda yang berbaju Teluk Belanga Merah Jambu bersama-sama Menteri Besar Johor dan 80 kontijen yang terdiri daripada 1500 kakitangan agensi kerajaan diseluruh negeri dan pertubuhan bukan kerajaan berarak sejauh 2.6 kilometer bermula dari Bangunan Sultan Abu Bakar dan berakhir di Sekolah Tinggi Muar. Untuk majlis di Masjid Sultan Ibrahim pula, baginda mengenakan busana Baju Melayu Teluk Belanga bewarna Keemasan.

Makam Almarhum Sultan Ali Diambil Semasa Lawatan Syah Ke Melaka pada 26 - 27.12.2010. Kedudukan makam ini didalam kubah bewarna kuning bersegi lapan. Lokasinya ditepi jalanraya dalam kawasan Masjid Al Kauthar atau dikenali juga dengan panggilan Masjid Umbai di Kampung Umbai.

Daerah Muar bersempada dengan Melaka dengan keluasan 234.12km persegi dengan penduduk seramai 328,695orang mengikut bancian tahun 2000. Muar satu ketika dahulu merupakan sebuah kerajaan merdeka dan berdaulat yang pernah diperintah oleh Almarhum Sultan Ali pada 1855-1877 selepas penguasaan Johor kecuali Muar diserahkan kepada Dato' Temenggong Daing Ibrahim dibawah perjanjian diantara Britis di Singapura. Sultan Ali adalah pewaris kesultanan Johor tetapi disebabkan kelemahan baginda, Johor dapat dikuasai oleh Temenggong sehingga sekarang. Selepas kemangkatan baginda pada 1877, Muar menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani yang telah diberikan namanya oleh Maharaja Abu Bakar (kemudiannya bergelar Sultan Abu bakar) pada 1884. Dari segi pentadbirannya Muar merupakan Bandar kedua penting selepas Johor Baharu.

Sumber : UtusanOnline/Bernama/tengkusyah.blogspot.com

Monday, February 6, 2012

Majlis Berinai Anak Saudara Syah Berjalan Lancar



06.02.2012, Isnin - Salam semua ........... rindu Syah kat anda semua dan So Sorry tak dapat update blog as usual kerana busy dengan majlis resepsi anak saudara Syah di Taman Cempaka Sari.. Sekarang jam 01:45hrs dan Syah curi-curi masa update blog nie. Baru selesai majlis berinai anak saudara Syah. Majlis dimulai dengan Marhaban, Majlis Berinai dan Jamuan Makan Malam. Penat nye ....................... tetapi happy dapat berkupul ramai-ramai dan majlis berjalan seperti yang dirancang. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Syah nak tidur kerana jam 07:00hrs dah ada tugas menunggu..............

Saturday, February 4, 2012

Syah @ Kajang

04.02.2012, Sabtu - Sekarang jam 00:53hrs dan Syah serta keluarga berada di D'Reko Hotel, Kajang dan baru sebentar tadi kami baru kembali dari dinner dirumah bakal pengantin perempauan. Tak banyak benda hendak dibuat dan sebentar lagi Syah hendak tidur kerana majlis akad nikah akan diadakan esok jam 09:00hrs. Cuma bengang sedikit pasal hantaran tetapi tak perlah buat apa nak sibuk hal orang kan? Yang pastinya semua perkara berjalan lancar, Insyallah. Yang ini adalah anak saudara Syah Haziq dan Firdaus and Syah stay dengan mereka dan seorang lagi nephew Syah Mamat, 1 bilik empat katil. Kami tempah 7 buah bilik. Oklah gtg sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Friday, February 3, 2012

PERHATIAN

03.02.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan selamat pagi kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot.com. Disini Syah ingin maklumkan dalam beberapa hari ini Syah tak dapat nak update blog sekerap biasa kerana sibuk dengan preparation perkahwinan anak saudara Syah Hafis. Sebentar lagi Syah akan bertolak ke Ijok dan petang nanti kami akan ke Kajang kerana esok majlis akad nikah dan resepsi sebelah pengantin perempuan manakala majlis disebelah pihak lelaki akan diadakan pada hari Isnin. Maaf yer, Insyallah selepas selesai majlis ini nanti tengkusyah.blogspot akan beroperasi seperti biasa berkongsi maklumat menyampaikan berita mengenai raja-raja dan aktiviti harian Syah. Hingga berjumpa lagi dilain Entry. Terima kasih atas sokongan anda semua kepada tengkusyah.blogspot.com dan doakan agar majlis perkahwinan anak saudara Syah berjalan lancar.

Wednesday, February 1, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan

01.02.2012, Rabu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah di Istana Malawati, Putrajaya. Turut berangkat mengiringi baginda adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri.

Dalam istiadat ini baginda bertitah agar semangat perpaduan diantara kaum diperkukuhkan lagi bagi memastikan kemakmuran dan keamanan sediada dapat dikekalkan. Baginda juga menzahirkan rasa sukacita baginda terhadap pembangunan Kuala Lumpur yang begitu pesat dan berada dilandasan yang tepat bagi menuju kearah pencapaian status bandaraya bertaraf dunia dan menjadi antara 20 bandaraya paling sesuai untuk didiami. Baginda juga berharap agar Wilayah Persekutuan Labuan akan terus berkembang menjadi hab halal bagi produk berasaskan keluaran laut dan hab logistik bagi minyak dan gas disamping menjadi distinasi pelancungan bertafraf dunia. Bagi Putrajaya pula, baginda berasa gembira kerana Putrajaya telah mengorak langkah menuju matlamat menjadi bandaraya yang mampan dan makmur demi kesejahteraan penduduknya.

Sempena sambutan Hari Persekutuan 2012 hari ini, baginda telah berkenan menyampaikan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan kepada 279 penerima.

Sumber :- Bernama

Gubahan Mas Kahwin Dah Siap

01.02.2012, Rabu - Hari nie serba tak kena dan tensionnya Syah terutamanya appointment deliver lampu. Syah minta mereka hantar pagi dan bossnya janji sebelum pukul satu tengahari tetapi tak sampai-sampai dan bila call semula kedai tu katanya sebelum jam tiga. Keduanya pula waktu Syah cuti nie Wak Baha pula tak datang buat kerja dan buat kerja kat tempat lain pula. Syah tanya staff dia katanya Wak kerja tempat lain dan simen gam Syah katanya sudah habis dan Wak sudah order. Tu yang tak kerja kat rumah Syah hari nie katanya. Ada-ada jelah kan.

Sehari dua nie Syah sibuk sediakan gubahan Mas kahwin Hafis yang akan digunakan Sabtu nie. MUla-mula dah siap dan Syah post di FB dan my sister Ella comment duit seringit tu bersepah lalu Syah gubah semula seperti yang di kanan tu. Syah tambahkan bunga-bunga kecil dan daun menggantikan duit RM1.00 tu. Syah gunakan separuh jer duit tu dan selebihnya Syah buatkan rama-rama. Gubahan nie semuanya berjumlah RM500.00. Hilang moodlah Syah hari nie...............

Tuesday, January 31, 2012

Pengiran Muda 'Abdul Wakeel Melawat Masjid Jame Asr'Hassanal Bolkiah

31.01.2012, Selasa - Semalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Masjid Jame Asr'Hassanal Bolkiah di Kampung Kiarong bagi lawatan rombongan sekolah beliau iaitu Jerudung International School atau lebih dikenali sebagai JIS. Pengiran Muda 'Abdul Wakeel yang diputerakan pada 01.06.2006 jam 12:43hrs merupakan putera kepada Sultan Brunei dan bekas isteri baginda Azrinaz Mahzar Hakim Mazhar. Masjid ini dibina pada 1988 diatas tanah seluas 20 ekar dan dirasmikan oleh Baginda Sultan Brunei pada 14.07.1994 sempena perayaan 25tahun pemerintahan baginda.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kiarong kerana lokasinya di Kampung Kiaorang kira-kira 4km dari Bandar Seri Bagawan dan merupakan masjid terbesar dan tersohor di Brunei Darussalam dengan kubah bersadur emas. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 5000 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan seumpamanya. Waktu melawat masjid ini adalah diantara jam 08:00 - 12:00hrs, 14:00 - 15:00hrs dan 20:00 - 21:30hrs kecuali hari Jumaat waktu lawatan sebelah petang bermula jam 16:30 - 18:00hrs. Bagi orang-orang Islam yang beribadat tidak tertakluk kepada jadual waktu lawatan ini dan pelawat-pelawat bukan Islam tidak dibenarkan membuat lawatan sewaktu majlis hari-hari kebesaran Islam, keugamaan dan kenegaraan diadakan. Jika anda melawat Brunei jangan ketinggalan untuk ziarah ke Masjid tercantik di Brunei ini.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Wikipedia

Gubahan Mas Kahwin

31.01.2012, Selasa - Hemmmmmmm....... Malam tadi hampir jam 02:00hrs Syah buat gubahan nie, maklumlah 1st time buat dan google dalam internet dan nasib baik ada beberapa blog yang tunjukkan bagai mana nak buat gubahan ros nie. Lepas tu Syah buat rama-rama plak, bila dah siap Syah simpan dan akan fikirkan hari nie pula bagaimana nak gubah benda nie. Rama-rama nie idea daripada Nik Nuramalina dan my Boss Dik Noor. Hehheh........... By the way gubahan Mas Kahwin nie untuk anak saudara Syah yang akan berkahwin Sabtu nie. Mas kahwin nie berjumlah RM500.00 dan Syah gunakan duit RM10.00 jew dan akan ditambah dengan daun plastik. Mulanya ada kawan cadangkan letak dalam frame jer dan bila Syah ke Selangor Pewter macam tak cantik sangat design framenya dan harga pula mahal sangat macam tak berbaloi lah plak. So Syah ambil keputusan buat gubahan juga walaupun sebenarnya tak pernah buatpun sebelum nie tetapi dah janji dengan Kak Long hendak buatkan so kenalah tunaikan janji.

Syah tak sempat hendak tunjukkan bagaimana nak buat gubahan bunga dan rama-rama nie sebab dah kesuntukan masa tetapi Insyallah Syah akan buat entry mengenainya nanti supaya orang lain pula boleh benchmark apa yang Syah buat dan ubahsuai ikut kreativiti masing-masing. Oklah gtg sehingga berjumpa di lain Entry, Selamat bertugas semua..........

Monday, January 30, 2012

Sultan Brunei Anugerahkan Darjah Kebesaran Kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia

30.01.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang (Darjah Pertama) kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jenaral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd Zin. Anugerah ini membawa gelaran Datuk Paduka Seri. Jeneral Tan Sri Zulkifeli dan rombongan sedang mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan istiadat ini diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Tahniah Syah ucapkan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Seri Datuk Paduka Seri Zulkifeli Mohd Zin diatas pengurniaan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang (Darjah Pertama) daripada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Bernama

Raja Muda Perlis di New Zealand Promosikan UniMAP

30.01.2012, Isnin - Hari ini Raja Muda Perlis dan juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin berada di Christchurch, New Zealand bagi mempromosikan UniMAP kepada warga New Zealand. Baginda dan rombongan berada di New Zealand selama lima hari dimana baginda akan melawat Universiti Canterbury, Christchurch dan Universiti Otago di Dunedin. Disamping itu akan diadakan juga promosi masakan Perlis di Christchurch dan Dunedin bagi menarik minat mereka berkunjung ke Perlis Indera Kayangan.

Turut mengiringi baginda adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis yang merupakan Pro Canselor UniMAP, Naib Canselor UniMAP Prof Dato' Dr Kamarudin Hussin, Pengerusi Puspanita UniMAP Datin Noridah Yangman serta 29 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAPS. Para pemimpin pelajar dibawa bersama bagi memberikan pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi dengan pelajar New Zealand bagi menarik minat mereka melanjutkan pelajaran di UniMAP.

Syah mendoakan semuga misi pada kali ini akan membawa hasil yang positif kepada UniMAP dan Negeri Perlis Indera Kayangan. AMIN.

Sumber : Bernama

Sunday, January 29, 2012

Kenduri Kahwin dan McD

29.01.2012, Ahad - Hari nie Syah di Cempaka Sari dan baru sampai Rawang Residence approx jam 18:00hrs tadi. Hari nie temankan Kak Long Zainab ke dua majlis perkahwinan di Cempaka Sari. Makan free hari nie dan bagi Angpau kat pengantin. Lepas balik dari majlis perkahwinan, Kak Long dan Hafis hantar Syah ke Rawang Residence tetapi singgah Country Homes sebab Syah hendak jenguk rumah sewa Syah dan kemudiannya ke rumah kawan Kak Long untuk jemput mereka minggu hadapan ke perkahwinan Hafis. Kawan kak Long siapkan minuman dan kuih muih lagi dan bagi Kak Long satu kotak buah limau, bahulu dan tempoyak.

Dari Country Homes ingatkan hendak ke pasar malam tetapi tak buka sebab awal lagi lalu kami ke Aeon Rawang sebab Kak Long hendak belikan suaminya seluar panjang. Pusing-pusing jap lepas tu kami bertolak ke Pekan Rawang coz kak Long belanja McD. Actually Hafis tak makan lagi dari pagi tetapi kami dah soru di dua rumah pengantin. Lepas makan Kak Long hanar Syah balik ke Rawang Residence. By the way thanks Kak Long kerana belanja syah semalam dan hari nie dan tak lupa juga thanx to Hafis sibakal pengantin baru kerana fetch Syah semalam dan hari nie..

Makan .... Makan ..... Makan .........


29.01.2012, Ahad - Nie cerita semalam 28.01.2012 dan sekarang jam 00:26hrs dan Syah di Kak Long Residence @ Cempaka Sari. Actually petang tadi Kak Long datang ke Rawang Residence Syah dengan anaknya bakal pengantin Hafiz. Dia ajak Syah makan dan kami ke Aeon Rawang untuk makan Pizza di Pizza Hut dan jalan-jalan kat shopping complex baru nie, On the way balik ke Rawang Residenca, Kak Long minta kami cari rumah kawannya di area Rawang Residence Syah untuk hantar kad jemputan perkahwin Hafiz minggu hadapan. Pusing, tanya, pusing, tanya akhirnya jumpa gak rumah tu. Kak rumah Kak Siti makan lagi, Kak Siti dan hubbynya hidangkan Rojak kerana petang tadi ada function kat surau dia buat rojak.

Kami sampai hampir jam 19:00hrs kar rumah Kak Siti dan selepas Azan Maghrib kami balik ke Rawang Residenca Syah. Kami rehat jap dan solat. Kak Long invite syah ke kediamannya dan Syah ikut Jer lagipun tak ada apa nak buat seorang-seorang kat umah. Malam tadi nie ada dua pesakit datang berubat dengan Abang Tooha dan lepas tu Abang Tooha ajak kami makan di Maliki Seafood. Hilang diet Syah hari nie dari pizza petang tadi dan nasi sebelah malamnya plak...... Ikan Tiga Rasa, Nasi Putih, Nasi Goreng, Kailan Goreng, Sup Kosong dan Telur Dadar disamping minuman panas dan sejuk. Terima Kasih kepada Kak Long sekeluarga. Oklah Syah nak tidur nie mengantuk sangat .......... Selamat malam Semua, have A Nice Dream.

Saturday, January 28, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pegawai Kadet UPNM

28.01.2012, Sabtu - Pagi ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pagawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Dalam Istiadat yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi ini, baginda telah diiringi oleh Naib Canselor UPNB Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Nor.

Seramai 302 Pegawai kadet yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia menerima watikah perlantikan masing-masing. Baginda juga telah berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan kepada Pegawai Rendah Kanan Luqman Hakim Sahar.

Sumber - Bernama

Aktiviti Sabtu -DIY

28.01.2012, Sabtu - Pagi tadi macam biasa start AEL bagi dia panas sambil lekatkan roadtax dia yang bertarikh 30.12.2012. Disember lalu Syah renew tetapi baru tadi sempat pasang pelekat tu. Sekarang jam 10:54hrs, Wak Baha dan stafnya sedang buat kerja kat depan rumah. Syah dah breakfast Tuna Mayo Sandwich dan Limau Raya Cina dan dah makan ubat yang patut diambil macam biasa. Lepas panaskan AEL tadi Syah nak cat lampu pagar lama Syah dan terpaksa dibuka untuk dibersihkan dulu sebab berhabuk almaklumlah buat renovation kat depan tu. Cuba punya cuba berjaya gak Syah buka lampu-lampu tu tetapi tercuculak screwdriver tu sket kat tangan Syah yang comel nie. Untug tak kuat kalau tak mahu berlubang dan luka tetapi adalah rasa sakit sket. Cat belum beli lagi mungkin hari nie atau esok kalau rajin nak beli cat spray tu jer. DIY jimat sket walaupun ada yang cadangkan beli yang baru jew? Tapi bagi Syah lampu tu tak rosakpun dan elok lagi cuma kalau nak nampak cantik cat semula. Oklah yer, sehingga berjumpa lagi dilain entry........ Daaaaaaaaaa...............

Baby Girl Prince Joacim of Denmark

28.01.2012, sabtu - Ingat tak entry Syah pada 25.01.2012 lepas mengenai kelahiran baby girl Prince Joacim of Denmark dibawah tajuk "Prince Joacim Dapat Anak Perempuan Akhirnya". Inilah dia gambar terbaru mereka yang diambil ketika meninggalkan Ringshospitalet, Copenhagen University Hospital semalam 27.01.2012. Dibawah nie pula link mengenai Entry kelahiran berkenaan. Sudi-sudikan click link tu yer.


Sumber : Royalty.nu / kongehuset.dk