Tuesday, January 17, 2012

Muhammad Faez Putera Bongsu Ku Yah

17.01.2012, Selasa - Lelaki yang segak bergaya dalam photo ini adalah Muhammad Faez Muhammad Taib merupakan Putera Bongsu Ku Yah atau YAM Dato’ Seri Tengku Puteri Zahariah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berusia 22 tahun. Ayahandanya adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-11, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Kedua ayahanda dan bondanya telah berpisah. Beliau merupakan Penuntut Ijazah Perdagangan disalah sebuah universiti ternama di Melbourne, Australia dan begitu berminat dalam bidang politik. Walau bagaimanapun bidang perniagaan merupakan pilihan utamanya.

Katanya dalam majalah Nona Isu Jan 2012 “Di universiti, saya aktif dalam persatuan seperti Malaysian Society. Kerap kali kami anjurkan acara yang dapat mengeratkan silaturahim seperti sambutan berbuka puasa dan rumah terbuka. Memang seronok dapat bergiat aktif dalam persatuan sebegini, sekurang-kurangnya terubat juga rasa rindu pada keluarga di Malaysia. Lagipun di Melbourne ada ramai rakyat kita yang bermastautin disana, jadi suasana cukup meriah seperti di rumah.

Menjawab soalan Nona mengenai sikap orang luar yang mengambil kesempatan keatas beliau dan dengki terhadap beliau jawabnya :-

Sejujurnya pernah tetapi itu dulu, kini saya lebih berfikiran positif dan bertindak bijak dalam memilih sahabat. Kalau ada waktu terluang untuk lepak-lepak pun, saya dan kawan-kawan tidak ketempat mewah, sebaliknya kami selesa memilih kedai mamak ataupun bermain futsal sahaja.

Sumber :- Majalah Nona Jan 2012

Jadi Geng Bas Sekolah Pagi Nie

17.02.2011, Selasa - Pagi nie bas mini ke Pekan Rawang buat hal lah plak tak muncul-muncul. Jam sudah hampir 06:30hrs dan panas hati rasanya takkan nak lambat masuk kerja. Biasanya Syah jalan kaki tetapi hari nie tergerak nak tunggu kat bas stop bersama-sama yang lainnya. Memang bas tak ada dan dalam hati Syah akan tunggu sampai bas datang dan kalau lewat sangat urgent leave jew nak buat macam mana kan? Akhirnya Syah lihat yang lain tu tahan dan naik bas sekolah dan Syah tanya bas boleh ambil kita ker dan kata mereka boleh tapi kena bayar RM1.00 dan turun kat sekolah dan kalau nak ke KTM kena tahan bas lain. No problem jalan kakipun boleh sebab dah dekat. So Syahpun joinlah mereka-mereka tu dan duduk sekali dengan budak sekolah. Hehehe jadi geng bas budak sekolah kami hari nie. Shukur alhamdulillah ada alternatif lain berkat kesabaran Syah tadi. Nasib baik lagi pagi tadi kerana bas berhentikan kami di KTM Rawang dan Syah tak perlu jalan kaki.

Semasa Syah sampai KTM Rawang, komuter ke Bangi jam 07:00hrs sudah berlepas dan terpaksa tunggu next komuter ke Sungai Gadut jam 07:15hrs dan disebabkan dia beri laluan kepada ETS kami bergerak jam 07:25hrs. Syah sampai office ngam-ngam 08:30hrs dan shukur alhamdulillah sempat sampai office walaupun on the dot. Masa kat KTM terfikir nak beli basikal coz basikal lama Syah tu dah Syah bagi kat anak jiran. Rasanya nak naik basikal jer dari Rawang Residence ke KTM dan Syah dah survey area KTM Rawang pagi tadi dan ada juga orang letak basikal kat situ tetapi kena kuncilah. Nak beli basikallah coz bosan sudah dengan kerenah bas yang tak tentu schedulenya dan akan menyebabkan Syah lambat masuk kerja. Lagipun doktor memang galakkan Syah cycling dan tidak benarkan berjoging.

Nak beli motor tak reti nak bawa dan walaupun Syah ada kereta tetapi tak tau memandu dan lesen elek (bahasa tamil membawa makna takada). Mungkin lepas nie nak gagahkan juga belajar memandu. Teringat pesan Almarhumah Bonda Ucu pernah sound Syah, katanya kalau kau tak belajar kereta dari sekarang (waktu beli tahun 2001) sampai jadi besi buruk baru kau boleh bawa kereta nie. Memang benar kata Almarhumah Bonda Ucu dan kereta tupun dah ada part yang sedikit berkarat baru Syah nak belajar memandu. Syah tak berani bawa sebenarnya........... tetapi kena kuatkan semangat dan sampai bila nak jadi macam nie kan? Insyallah .............. Doa kan Yer...................

Monday, January 16, 2012

40 Tahun Pemerintahan Queen Margrethe II diatas Tahta Denmark

16.01.2011, Isnin - Pada 14.01.2012 lepas Her Majesty Queen Margrethe II, Queen of Denmark yang berusia 71 tahun telah menyambut ulangtahun pemerintahan baginda yang ke 40 tahun. Baginda menaiki tahta pada 14.01.1972 setelah kemangkatan ayahandanya. Pada hari Sabtu lepas bersamaan 14.01.2012 Baginda telah melawat Makam kedua ayahanda dan bonda baginda Mendiang King Frederik IX dan Queen Ingrid di Roskilde Catherdal. Turut mengiringi baginda adalah kerbat-kerabat diraja Denmark, suami baginda, Prince Henrik dan putera-putera baginda, Crown Prince Frederik dan Prince Joacim.

Rombongan Diraja kemudiannya kembali ke Ibu Negara menggunakan keretapi peribadi baginda dan setibanya di Copenhagen baginda telah dibawa dengan pedati emas berkuda mengelilingi bandar ke City Hall untuk istiadat sambutan rasmi pemerintahan baginda ke-40 tahun. Beribu-ribu warga Denmark beratur disepanjang jalan dengan mengibarkan bendera bagi menyaksikan baginda Queen dari dekat. Setibanya di City Hall baginda Queen dan suami melambai tangan kearah lebih kurang 5,000 rakyat yang sedia menunggu kemunculan baginda berdua di beranda City Hall berkenaan. Pelbagai aturcara telah diatur sempena keraian ini.

Gambar diatas diambil pada 15.01.2012 lepas dan kelihatan baginda sedang menyampaikan ucapan dalam Istiadat Santapan Malam sempena ulangtahun pemerintahan ke-40 baginda yang diadakan di Christiansborg Castle. Dikiri baginda adalah Raja Sewden King Carl Gustav dan dikanan adalah Raja Norway King Harald V.

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Menyaksikan Perlumbaan G0-Kart

16.01.2012, Isnin - Semalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik telah berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan Go-Kart sempena memperingati penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan ke-41. Keberangkatan Pengiran Muda disambut oleh Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Baddaruddin Haji Othman. Pengiran Muda turut berkenan mengibarkan bendera perlepasan perlumbaan bagi kedua-dua kategori utama iaitu Perlumbaan Go-Kart Rotax 125cc dan juga Go-Kart Terbuka Akhir. Pengiran Muda kemudiannya berkenan menyampaikan hadiah kepada kesemua kategori yang dipertandingkan termasuk juga pemenang Perlumbaan akhir Go-Kart Novis. Turutserta dalam majlis ini adalah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Pembangunan dan Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Sumber - Pelita Brunei /Infofoto

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Anugerahkan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah

15.01.2012, Ahad - Semalam sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-84 tahun, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan sebagai wakil Sultan Kedah untuk menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran Negeri Kedah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Turut serta dalam majlis ini adalah ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Dalam istiadat ini tiga orang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim (D.H.M.S) yang membawa gelaran Dato' Paduka, empat orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (D.G.M.K) membawa gelaran Dato' Wira dan seorang menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (D.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato'.

Sumber :- Utusan Malaysia

Sultan Perak Lancarkan Buku Selvamany : More Than a Teacher

16.01.2012, Isnin - Semalam Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan melancarkan buku biografi "Selvamany : More Than a Teacher". Majlis diadakan di Hotel Royale of Chulan, Kuala Lumpur. Cikgu Selvamany atau Datuk Seri N.S. Selvamany berusia 86 tahun telah mengabdikan hidupnya selama 20 tahun sebagai pendidik. Bermula pada tahun 1952 beliau mengajar di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh Perak dan terkenal bukan sahaja sebagai pendidik yang berdidikasi tetapi mengambil berat aspek kesihatan dan kebajikan murid-murid dan digambarkan oleh anak-anak muridnya sebagai bukan sekadar seorang guru tetapi seorang sahabat.

Buku setebal 280 muka surat ini menceritakan secara terperinci pengalaman pahit manis Selvamany sebagai pendidik. Buku ini diterbitkan oleh bekas pelajar beliau yang juga merupakan karyawan tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekas professor di Jabatan Antropologi Universiti Malaya, Dr. Rokiah Talib. Selvamany juga merupakan rakan sekolah Tuanku Azlan semasa di Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf. Beliau juga merupakan tokoh Guru Perak 1996 dan Tokoh Guru peringkat kebangsaan 1997.

Tuanku Azlan dalam kata aluan dibuku tersebut menyatakan :-

Ia satu penghargaan daripada sekumpulan pelajar Sekolah Anderson (yang turut disokong oleh rakan lain disekolah yang sama, Sekolah Menengah Idris Shah dan Sekolah Menengah Seri Teja, Gopeng) yang percaya guru mereka itu memberi kesan besar terhadap kehidupan mereka menghadapi cabaran dunia moden.

Selvamany dilihat mewarisi pengaruh datuk beliau (Malaiperumal Pillay yang mengasaskan Sekolah Sultan Yussuf) yang begitu berminat terhadap bidang pendidikan.

Sebenarnya beliau merupakan seorang guru berbakat menggambarkan kemuliaan profesion perguruan dan lebih daripada itu beliau mengangap semua anak muridnya seperti anaknya sendiri.

Salah seorang anak didiknya adalah Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan seorang Kerabat Diraja Kelantan dan Ahli Parlimen Gua Musang. Didalam buku biografi berkenaan, Tengku menyifatkan Selvamany sebagai seorang yang penyayang dan amat mengambil berat terhadap permasalahan pelajar-pelajarnya. Menurut Tengku, Silvamany tidak pernah berlaku kasar terhadap pelajarnya malah menambat hati pelajarnya dengan kasih sayang, keihklasan dan sikap mengambil berat yang tulus. Selvasamy melayan mereka sebagai sahabat bukan pelajar.

Turut berangkat sama dalam majlis ini adalah DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan isteri, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan. Turut serta adalah bekas-bekas pelajar beliau diantaranya Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, bekas Pengerusi Bernama.

Sumber : Bernama / Utusan Malaysia

Sunday, January 15, 2012

@ Kak Long Residence

15.01.2012, Ahad - Sekarang jam 22:11hrs dan Syah masih di Kak Long Residence lagi dan sebentar lagi Mamat akan hantar Syah ke Rawang Residence dan dia akan balik ke KL bersama Iza. Agak penat dan letih sedikit hari nie kerana busy dengan preparation majlis perkahwinan anak Kak Long, Hafis pada Februari nie nanti. So memang tak dapat update awal blog hari nie. Maaf yer semua................

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz Berjalan Lancar

15.01.2012, Ahad - Semalam Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 173 penerima sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda Yang ke-64. Istiadat ini diadakan di Balairong Seri Istana Seri Menanti dihadiri oleh Undang Luak Sungai Ujong Dato' Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Dato' Musa Wahab, Undang Luak Johol Dato' Mohd. Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Dato' Muhammad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Turut serta adalah dua orang Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar. Gambar menunjukkan Tuanku Muhriz sedang mengurniakan Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang atau DSTM kepada Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki yang merupakan pengasas Yayasan Sofa yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri.

Dalam titahnya Tuanku Muhrz menzahirkan rasa dukicita bagnda terhadap segelintir umat islam yang menjalankan aktiviti memesongkan akidah masyarakat walaupun pelbagai program keagamaan diatur demi meningkatkan ilmu serta kefahaman Islam kepada masyarakat. Titah Baginda :-
  • Beta mengingatkan, jangan sesekali menyalahgunakan agama Islam yang suci ini untuk kepentngan politik mana-mana pihak, mahupun untuk mendapatkan keuntungan peribadi.
  • Beta menyeru supaya kesucian agama Islam ini terus dipelihara dan dipertahankan.
Baginda juga berharap agar Negeri Sembilan dapat meneruskan mementum kejayaan yang dicapai sebelum ini bagi memastikan negeri ini mencapai status negeri maju menjelang 2020.

Saturday, January 14, 2012

Tunku Alang Tunku Dato' Seri Iskandar Dianugerahkan SSTM

14.01.2012, Sabtu - Tahniah diucapkan kepada Tunku Alang Tunku Dato' Seri Iskandar bin Tunku Abdullah kerana dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Dato' Seri. Beliau yang memiliki Sarjana Sains daripada Universiti Strathclydeb United Kingdom merupakan penerima tunggal SSTM dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-64 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini.

Ikan & Ayam Bakar, Rojak Buah dan Nasi Impit Kuah Kacang

14.01.2011, Sabtu - Hari nie Syah di rumah Kak Long di Bistari Jaya sebab nak tolong buat preparation perkahwinan anaknya Februari nanti. Pagi tadi dari rumah Kak Lang, Syah balik Rawang Residence sebab ada appointment pemasangan Astro Beyond dan kemudiannya ke Pekan Rawang bersama Mamat dan Wak Baha untuk beli cat dan survey tiles. Kami sampai ke rumah Kak Long jam 15:00hrs. Petang tadi plak Syah, Kak Long dan Iza ke Econsave Puncak Alam untuk beli keperluan dapur kerana Kak Long nak buat Ikan Bakar.



Juadah kami malam nie Ikan Bakar, Ayam Bakar, Rojak Buah, Nasi Impit dan Kuah Kaca. Masa tengah bakar ikan dan Ayam tadi, suami Kak Long, Abang Tooha busy sket sebab ada pesakit datang berubat. Abang Tooha adalah pengamal perubatan Islam - Arkine dan terjerit-jerit pesakitnya bile hendak dikeluarkan mahluk halus tue (jin). Yang kena rasuk tu ada bercakap lorat Cina pun ada. Hehehhe .............. lawaknya Syah tengok......... Kalau anda ada masalah dirasuk atau disihir, masalah saka dan seumpamanya bolehlah berubat dengan Abang Tooha untuk mendapatkan rawatan.

Hari Keputeran Ke-64 Tuanku Muhriz


DAULAT TUANKU
Kami Dari Maharum Bugis Syah Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Tahniah
Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Semuga Allah Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Tuanku
Sempena Hari Keputeraan Ke-64
Pada
14 Januari 2012 bersamaan 20 Safar 1433H
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Pizza dan Tidur @ Kak Lang Residence

14.01.2011, Sabtu - Sekarang jam 07:30hrs dan Syah di rumah Kak Lang di Taman Seri Bayu bersama Mamat, Haziq dan Eza. Jam 09:00hrs nanti Syah, Mamat dan Eza akan bertolak balik ke Rawang Residence ada appointment dengan Astro dan Wak Baha. Selepas kedua-dua appointment tu selesai kami akan ke rumah Kak Long untuk bantu dia buat persiapan perkahwinan anaknya yang akan berlangsung Februari nanti.

By the way malam tadi Kak Lang invite kami semua makan malam di Pizza Hut Jalan Dewan Sultan Sulaiman berhampiran Chow Kit tue. Turut hadir sama Mamat dan Eza serta Haziq. Suami Kak Lang belanja kami dinner nie sempena ulangtahun dia yang ke-50........... Thanx Azam.

Sebenarnya ikut plan, Syah nak tidur rumah Kak Lang dan pagi nanti jam 09:00hrs Syah minta Mamat fetch Syah di rumah Kak Lang. Disebabkan pagi sangat Mamat kata lebih baik dia tidur sekali rumah Kak Lang. So Syah cadangkan Haziqpun tidur sekali rumah Kak Lang dan dia kata ok gak sebab hari Sabtu dia kerja petang. On the way balik ke rumah Kak Lang singgah KL Residence jumpa Muss untuk ambil dokumen perumahan Syah yang tertinggal hari tue.

Sampai rumah Kak Lang hampir jam 23:30hrs dan kami sembang-sembang hampir jam 01:00hrs baru semuanya masuk tidur. Sekarang nie Kak Lang dan anaknya tengah buat preparation untuk breakfast dan suaminya, Azam baru balik dari masjid dan keluar semula untuk beli roti canai. Jam 08:00hrs nanti nak kejutkan Mamat coz jam 09:00hrs nanti Syah nak berangkat ke Rawang. Ok lah semua, sehingga berjumpa lagi dilain entry .................

Friday, January 13, 2012

Sultan Selangor Berkenan Batalkan Perlantikan Hassan Ali Sebagai Anggota Exco

13.01.2012, Jumaat - Hari ini bernama melaporkan bahawa Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan membatalkan perlantikan Dato' Dr Hassan Ali sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menteri Besar telah mengadap Tuanku Sultan pagi tadi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.

Menteri Besar dalam kenyataan medianya hari ini memaklumkan :-
  • Memandangkan Dato’ Dr Hassan bukan lagi anggota PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi anggota Exco dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau. Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dato’ Dr Hassan Ali sebagai ahli Exco.
  • Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Menurut Menteri Besar, beliau telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa PAS Pusat pada 10.01.2012 lepas berkenaan pemecatan Dato' Dr Hassan Ali dari parti itu dengan serta-merta. Tambah beliau lagi, Perlantikan Exco baru akan disempurnakan di Istana Bukit Kayangan pada Rabu ini. 18.01.2012.

YAM Tunku Tun Maimunah Almarhum Sultan Ismail Mangkat

13.01.2011, Jumaat - Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pagi tadi lebih kurang jam 04:01hrs dalam usia 72 tahun. Almarhumah mangkat dikediamannya di Bukit Gedung, Jalan Abdul Samad, Johor Baharu, Johor. Syah sempat menelefon ke kediaman Almarhumah sebentar tadi dan dimaklumkan Jenazah kini berada dikediaman beliau dan akan dimakamkan selepas Solat Jumaat nanti di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu Johor. Ini adalah gambar Almarhumah bersama salah seorang anakanda Sultan Johor, YAM Tunku Idris Iskandar. Tunku Idris dalam facebooknya mezahirkan kesedihannya :- Will miss you dearly my beloved grandaunt...Al-Fatihah.

Almarhumah dikatakan mengidap beberapa penyakit diantaranya paru-paru berair, jantung, kencing manis dan telah diserang mild stroke dan keadaan Almarhumah semakin membimbangkan semenjak 03.01.2012 lepas lagi. Almarhumah diputerikan pada 12.02.1939 dan mangkat hari ini 13.01.2012 iaitu sebulan sebelum sambutah kelahiran Almarhumah ke 73 tahun. Bonda Almarhumah adalah Sultanah Tun Aminah yang merupakan juga bonda kepada Almarhum Sultan Iskandar. Almarhumah berkahwin dengan sepupunya Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad yang merupakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.

Al-Fatihah .......... Semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN. Takziah diucapkan kepada suami Almarhumah, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dan keluarga semuga tabah menghadapi dugaan ini.

Cerita Pagi Nie

13.01.2012, Jumaat - Assalammualaikum WBT kepada anda semua. Harap hari nie menceriakan anda semua dan kepada kaum Adam diluar sana jangan lupa Solat Jumaat hari nie yer? dan pada kaum hawa manfaatkan waktu rehat panjang tu dengan menghadiri kuliah-kuliah agama ditempat kerja ataupun Shopping Timeeeeeeeeeeee....... By the way macam nie lah routin awal pagi Syah, bangun jam 05:00hrs mandi, bersiap, solat dan tunggu bas depan rumah yang akan tiba diantara jam 06:20-06:30hrs. Kalau bangun terlewat sket, rambut taklah terpacak macam nie kerana tak sempat nak buat....hehehehhe. Ada kalanya bas tak ada dan terpaksa jalan kaki ke KTM hampir satu jam dan ada juga kadangkala orang pelawa tumpang sampai KTM tetapi biasnya Syah lebih suka jalan kaki sendiri dari tumpang orang. Sampai KTM Rawang biasanya Syah akan ke toilet dahulu sebelum menanti komuter jam 07:00hrs ke KL Sentral. Gambar nie Syah ambil pagi tadi didalam toilet KTM yang kena bayar tiga puluh sen sekali masuk.

Macam nie ler Syah kalau dalam komuter bertemankan dengan lagu-lagu atau mendengar radio dari handphone Syah ......... Handphone biasa-biasa jew yang murah punya. Kadangkala Syah naik bas ke KL tetapi most of the time naik komuter. Naik komuter RM3.60 ke KL Sentral tetapi kalau naik bas RM1.50 ke Bangkok Bank. Samada dari Bangkok Bank atau KL Sentral Syah kena ambil LRT pula ke LRT Krinchi dan office Syah bersebelahan LRT tu. Biasanya pagi naik komuter dan petang balik naik bas untuk jimatkan kos. Biasanya Syah akan sampai Rawang Residence jam 21:00hrs. Nak buat macam mana itulah kehidupan namanya dan kalau kita rasa ianya susah tetapi ada orang lain yang lebih susah lagi dari kita..... so bershukur jerlah dengan apa yang ada/berlaku kepada kita.

Syah naik komuter waktu pagi kerana nak kejar masa takut lambat coz masuk jam 08:30hrs. Walau bagaimanapun KTM nie ada masalah sedikit kerana komuter ke Bangi yang Syah selalu naik jam 07:00hrs tu selalu dibatalkan dan kena tunggu next train ke Sungai Gadut jam 07:15hrs atau lewat sedikit kerana beri laluan pada Train ETS dari Ipoh. Inilah masalahnya selalu train dibatalkan dan akhirnya lewat gak masuk kerja ada masa-masa nya atau terpaksa bekejar supaya dapat masuk office tepat jam 08:30hrs. Tak sedaplah orang tengok selalu lambat jer kan? Jika ada program kat office Syah dan nak sampai awal, Syah akan naik train ETS dengan kadar bayaran RM6.00 ke KL Sentral. Memanglah cepat sampai kerana dia tidak berhenti disemua stesyen, dari Rawang terus ke KL Sentral. Tak bolehlah nak naik hari-hari nanti gaji habis kat tambang jer....... marah plak awek Syah nanti. Ewahhhhhhhh........ ada ker ..... adaaa lerrr.

Nak jadi cerita, mengumpatlah sket pagi-pagi Jumaat nie kan? train jam 07:00hrs tu memang ada tetapi lambat dan kena beri laluan pada ETS dahulu. Fine ........ tak apa lah tetapi apabila sampai di Stesyen Bank Negara train berhenti lama dan kami semua ingatkan dia beri laluan pada train lain. Tiba-tiba ada announcement minta kami semua keluar dari train. Rupa-rupanya train ada masalah teknikal. Gambar kat atas tulah komuter yang rosak tu. Kami terpaksa menunggu lebih dari 30 minit untuk train seterusnya sampai.

Bila next komuter sampai macam biasa penuh dan train tu berhenti kebelakang sedikit dari tempat biasa supaya orang tak berebut nak naik. So Syah ambil keputusan berlari ke gerabak last sekali kerana orang tak ramai ke gerabak tu kerana malas nak jalan kot? Shukur alhamdulillah dapat masuk. Sampai office lambat, hampir jam 09:00hrs. Sampai office jer ada program Seteguk Kopi. Program baru yang diperkenalkan oleh Dr. Zainal dimana kami boleh sembang-sembang sambil minum dan sarapan. Minuman disediakan manakala makanan bibawa secara pot luck. Program nie diadakan setiap pagi Jumaat.

Thursday, January 12, 2012

YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Mangkat

Jenazah Almarhumah YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang

12.01.2012, Khamis - Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un . Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah mangkat hari ini 12.01.2011 pada jam 05:30hrs tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dalam usia 84 tahun. Almarhumah merupakan kekanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Almarhumah juga merupakan bekas Tengku Ampuan Terengganu ketika bekas suaminya Tengku Ali (Sultan Ali) menjadi Sultan Terengganu sewaktu pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Jenazah telah dibawa ke Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang untuk penghormatan terakhir mulai jam 11:00hrs dan akan dimakamkan di Makam Diraja Pahang selepas solat Zohor nanti. Al-Fatihah kepada Almarhumah YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ........ Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Entry Syah mengenai Almarhumah sebelum ini.

Wednesday, January 11, 2012

Jadual Hari Keputeraan Sultan Kedah Berjalan Lancar

11.01.2012, Rabu - Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, En Mohamad Rizal Mohamad memaklukkan kepada Bernama hari ini bahawa jadual sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-84 pada Ahad ini akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Sebanyak 21 acara akan diadakan dinegeri ini sempena sambutan berkenaan. Majlis sambutan dimulai dengan bacaan yasin, doa dan jamuan kesyukuran di Masjid Zahir, Alor Star pada malam Sabtu ini yang akan dihadiri oleh empat orang jemaah pemangku Sultan Kedah yang akan diketuai oleh pengerusinya Dato' Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah. Turut dijadualkan hadir sama adalah Raja Muda Kedah Darul Aman Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Duli Yang Teramat Mulia Tunku Hajah Raudzah bt Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Pada hari Ahad pula akan diadakan Istiadat Perbarisan Kehormat di Dataran Balai Besar Alor Star yang akan disempurnakan oleh Tunku Anuar dimana beliau akan menerima kawalan kehormat diraja oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta tembakan 21 das meriam. Sebagai wakil Sultan Kedah beliau akan menganugerahkan darjah serta bintang kebesaran negeri di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit. Pada sebelah petangnya pula Tunku Anuar dan Ahli Jemah Pemangku Sultan Kedah akan berangkat menghadiri majlis jamuan teh pada jam 16:00hrs bertempat di Perkarangan Istana Anak Bukit.

Sultan dan Sultanah Negeri Kedah yang kini bersemayam di singahsana Persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong akan kembali ke Kedah untuk menghadiri Majlis Jamuan Negeri pada malam Isnin, 16.01.2011 di Dewan Santapan Istana Anak Bukit. Selain daripada itu acara-acara yang telah diatur adalah perasmian masjid oleh Tunku Anuar, majlis jamuan rakyat, jamuan Persatuan Jaksa Pendamai, temasya sukan sungai, jamuan Jemaah Datuk-Datuk dan pertandingan golf keputeran.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-84 Syah ucapkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlish, Semuga Tuanku dipanjangkan Usia dan Di Murahkan Rezeki. AMIN Dirgahayu Tuanku Patik.

Sumber : Bernama

Tak Sihat Hari Nie dan MC

11.01.2012, Rabu - Pagi nie Syah rasa tak sihat dan bangun lewat hampir jam 06:30hrs, Badan rasa lemah, nak muntah dan macam nak demam serta rasa senak sedikit kat testis Syah. Lately awal tahun nie Syah selalu rasa tak sihat dan ada-ada jer masalahnya, sakit tulang belakang, lutut, masalah dibahagian pinggang kebawah yang rasa nilu ada masa-masanya, masalah buang air kecil dan besar............... dan macam-macam lagilah, agaknya faktor usia kot? Heheheh tak tahulah mengapa, apa-apapun kehidupan harus diteruskan. Kita sebenarnya jangan fikirkan sangat pasal sakit nie kerana benda yang tak sakipun akan jadi sakit nanti. So kena kuatkan semangat and take it easy disamping berikan rawatan pada kesakitan tu.

Sebentar tadi Syah ke kelinik di Rawang dan dah terlanjur kat pekan Syah ke kedai cat untuk ambil katalog sebab Wak baha sudah hendak pasang tile dan mengecat sekali. Syah tak jadi pasang tiles kat pillar Syah kerana harganya mahal sangat dan terkejut beruk Syah tengok quotation yang Wak Baha bagi tadi....... Heheheh diluar kemampuan kerana nak buat pagar lagi. Keputusan yang Syah buat cuma tembok pagar jer lah guna tiles manakala yang lainnya Syah cat dengan ICI jew supaya tahan lama sket. Betul juga kata Arip hari tue, tak payah tile sampai kat atas tiang kerana kalau boring tengok kita boleh tukar warna tetapi kalau guna tiles nak ubah kosnya mahal lagipun kalau satu tercabut nak ganti nanti susah kerana jarang ada design yang sama in future so kena ganti semua.

Oklah Semua, sehingga berjumpa lagi dilain Entry .............. Byeeeeeeeeeee

Besan sultan Brunei Meninggal Dunia

11.01.2012, Rabu, - Besan kepada Sultan Brunei yang merupakan salah seorang tokoh terkemuka dan berpengaruh di Brunei telah kembali ke rahmatullah dan jenazah Allahyarham telah disempurnakan semalam di Kubah Makam Diraja Brunei. Allahyarham YAM Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd Yassin berusia 82 tahun ditemui mangkat dalam beradu pada tengahari 09.01.2011. Menurut salah seorang ahli keluarganya, Allahyarham kelihatan sihat pada sebelah paginya dan kemudian berehat sebentar dibiliknya. Pada jam 12:30hrs salah seorang ahli keluarganya cuba mengejutkan Allahyarham tetapi tidak mendapat sebarang tindakbalas dan Paramedik telah dipanggil. Allahyarham kemudiannya disahkan telah mangkat. Allahyarham meninggalkan seorang isteri iaitu Pengiran Anak Datin Paduka Siti Rafiah dan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan serta 16 orang cucu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarha dirumahnya di Jalan Jangsak. Turut Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta kerabat-kerabat Diraja yang lain.

Tuanku Sultan dan bersama-sama yang lainnya melakukan Solat Jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Abdul Aziz Juned. Setelah selesai solat jenazah, baginda berserta Kerabat Diraja berangkat ke Kubah Makam Diraja bagi Istiadat Pengebumian jenazah. Jenazah Allahyarham dibawa ke Kubah Makam Diraja dengan kenderaan khas yang diiringi dengan Alat-Alat Kebesaran Diraja. Di Kubah Makam Diraja, Tuanku Sultan berkenan mendahului menjirus 'Ayeng Asah-Asahan' atau kalu kita disini disebut air mawar/air paip di pusara Allahyarham diikuti dengan paduka-paduka adinda serta kerabat-kerabat Diraja.

Gambar disebelah diambil semasa Istiadat Perkahwinan putera Allahyarham dan Puteri Sultan Brunai. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Dato' Laila Utama Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajjah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkahwin pada tahun 1996 dengan penuh adat istiadat diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Al-Fatihah ................. Semuga Roh Allahyarham YAM Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN

Tuesday, January 10, 2012

YM Datin Raja Nor Zaharah Kembali Ke Rahmatullah

10.01.2012, Selasa - Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kerabat diraja Perak Darul Ridzuan, YM Datin Raja Nor Zaharah binti Raja Badiozaman telah kembali ke Rahmatullah hari ini di Ipoh, Perak. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke Kuala Kangsar untuk di makamkan di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Allahyarhamah merupakan adik kepada Allahyarham YM Raja Tun Mohar Raja Badiozaman, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Wanita bertudung purple itu adalah Allahyarhamah manakala lelaki disebelahnya adalah putera Allahyarhamah, YM Raja Chulan bin Almarhum Dato' Raja Ahmad Tajudin.





Majlis pengkebumian ini turut dihadiri oleh YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan Isteri, Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya Sultan Abd Halim serta kerabat-kerabat Diraja. Jenazah disempurnakan selepas solat Zohor dan dikebumikan bersebelahan pusara adindanya, Allahyarhamah Raja Petri @ Ku Ee dan Allahyarham Laksamana Mohd Amin yang merupakan pahlawan Melayu dan bapa mertua kepada Ngah Ibrahim.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah YM Datin Raja Nor Zaharah binti Raja Badiozaman bin Raja Ngah Mansor Ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Semuga Roh Allahyarhamah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

Syah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah semuga kalian tabah dengan dugaan ini.

Sumber :- Raja Mariam/Sembang Kuala

Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum Dikurniakan Seorang Putera

10.01.2012, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Naib Presiden dan Perdana Menteri United Arab Emirates (UAE) yang juga merupakan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Rahsid Al Maktoum dan isterinya Princess Haya yang telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 07.01.2012 lepas. Bayi lelaki tersebut dinamakan Zayed sempena nama pengasas UAE Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Sheikh Mohammed menerima beribu-ribu ucapan tahniah dalam laman sesawang facebooknya manakala dalam akaun twitternya, Sheikh Zayed memaklumkan :-
  • Princess Haya and I were blessed with a baby boy. We named him Zayed,
Princess Haya merupakan puteri kepada Raja Jordan Almarhum King Hussein. Beliau berkahwin pada 10.04.2004 dan dikurniakan seorang puteri sebelum ini bernama Al-Jalila pada 02.12.2007. Sheikh Muhammed dikurniakan dengan 21 orang cahayamata, 8 putera dan 13 puteri dari isteri-isteri beliau. Princess Haya merupakan salah seorang isteri beliau yang paling dikenali ramai.

Monday, January 9, 2012

Internet di Rawang Residence dah Ok Dah

09.01.2012, Isnin - Shukur Alhamdulillah hari nie streamyx dan talian telefon Syah di Rawang Residence dah boleh digunakan semula. Actually malam tadi masa balik dari KL line telefon sudah ada tetapi Syah tak bawa balik netbook Syah yang disimpan kat office. lega rasanya keadaan dah jadi macam biasa semula.

By the way gambar nie Syah ambil semalam ketika solat zohor berjemaah di Masji India berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kebetulan awal pagi Syah bertolak dari KL Residence dan jalan-jalan sekejap dan bila tiba waktu Zohor singgah sini jap solat Zohor sebelum balik semula ke Rawang Residence.

Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain entry ...................... Selamat Malam Yer semuga dibuai mimpi-mimpi yang Indah hendaknya.

Pengisytiharan Che Puan Kedah Hajah Haminah sebagai Sultanah Kedah

09.01.2012, Isnin - Pada hari ini dalam tahun 2004, Che Puan Kedah Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah dalam satu majlis penuh adat istiadat diraja yang berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Istiadat pemasyhuran ini dimulakan dengan bacaan selawat dan paluan nobat mengiringi keberangkatan masuk Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan Che Puan Hajah Haminah binti Haji Hamidun ke dewan penghadapan dan diikuti dengan perarakan membawa masuk alat-alat kebesaran diraja. Watikah pemasyhuran telah dibacakan oleh Menteri Besar, YAB Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang diikuti dengan istiadat memakaikan mahkota kebesaran oleh Sultan kepada Che Puan Kedah.

Upacara itu melayakkan Che Puan Kedah menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman. Baginda Sultan kemudiannya berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran (DK) kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Serentak itu tembakan meriam dilepaskan menandakan istiadat telah disempurnakan. Istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbullah Abd. Halim. Istiadat pemasyhuran ini diadakan berikutan kemangkatan Sultanah yang lepas, Almarhumah Tuanku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 26 Ogos 2003. Berangkat sama pada majlis bersejarah ini ialah Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, putera-puteri, kerabat-kerabat diraja.

Sumber : Arkib Negara

Tuanku Hajjah Haminah di Majlis Graduasi MSU

09.01.2012, Isnin - Semalam Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan menghadiri Majlis Konvokesyen ke-10 Management and Science University atau MSU di Shah ALam, Selangor. Dalam majlis ini seramai 647 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing termasuk 60 graduan sulong Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS). Program perubatan ini dijalankan di International Medical School (IMS), Kampus MSU Bangolore, India.

Dalam titahnya, baginda menzahirkan harapan agar kesemua graduan MBBS dapat berkhidmat di Malaysia dan menabur bakti kepada bangsa dan negara. Baginda juga berharap agar semua para graduan menyumbang kembali jasa mereka kepada MSU dalam pelbagai cara termasuk melalui alumni. Baginda juga berpuas hati dengan pembinaan kampus baru yang serba moden dan terkini dengan kos mencecah RM570 Juta, disiapkan secara berperingkat dimana fasa satu telah siap sepenuhnya, manakala fasa dua siap tahun ini dan fasa ketiga yang melibatkan pembinaan hospital dan asrama pelajar diijangka siap sepenuhnya pada 2013.

Uniknya konvo pada kali ini adalah dimana tujuh pasangan suami isteri menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan. Kumpulan 60 pelajar MBBS ini juga merupakan graduan sulong MBBS yang mengikuti program berkenaan di kampus cawangan MSU di Banglore. Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada majlis ini adalah Muhammad Fairuz Shah Abd. Karim merupakan pelajar MBBS. Gambar diatas menunjukkan Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun menyampaikan anugerah kepada Muhammad Fairuz.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, January 8, 2012

Balik Ke Rawang Residence

08.01.2012, Ahad - Sekarang jam 09:40hrs dan sekejap lagi Syah hendak balik ke Rawang Residence. So means tak boleh update blog lagi kerana masalah Internet seperti yang Syah inform sebelum nie. Maaf yer kepada semua setakat ini sahaja buah tangan Syah untuk anda semua hari ini. Insyallah esok waktu rehat Syah update blog di office. Syah doakan semuga anda dan keluarga/orang tersayang menghabiskan cuti hari minggu ini dengan perkara-perkara yang befaedah untuk kebaikan bersama. Byeeeeeeeeeeeee.................

Istana Hinggap Seremban

08.01.2011, Ahad - Semalam selepas kerja-kerja Syah selesai Syah jalan-jalan sekitar kawasan Taman Tasik sementara menunggu program selesai. Jalan punya jalan Syah ternampak satu pagar besar dan nampak lain jer rupanya tetapi tak ada signboard. Syah pusing kawasan tu dan terjumpa seorang perempuan tukang sapu Majlis Perbandaran Seremban. Syah tanya tempat apa nie dan dia inform Istana Hinggap. Dalam hati kata betul tekaan Syah tadi. Dia sempat tanya dari mana dan buat apa.

Syah ceritakan program kami dan terus dia beri cadangan. Katanya elok kalau awak semua buat gotong royong bersihkan Makam Sheikh katanya sebab kawasan tu katanya sudah semak dan bahagian depan jer cantik. Maksudnya mungkin kawasan Makam Tuan Haji Said di Seremban yang merupakan kawasan tanah perkuburan awam dimana disemadikan Tuan Sheikh Haji Muhammad Said Al Linggi seorang ulama tersohor Negeri Sembilan yang meninggal dunia pada tahun 1962. Syah senyum jer dan ingat hendak ke makam tu tetapi bila tanya orang mereka kata jauh sedikit tempat tu dari tempat Syah sekarang dan Syah batalkan niat kesana.

Pusing punya pusing kawasan Istana tu akhirnya dapat gak lihat sedikit bentuk Istana Hinggap tu. Actually dari luar memang tak nampak kerana kawasan istana dikelilingi pokok-pokok besar. Heheheh rezeki dapat port baik punya dan boleh "mengintai" istana nie. Masa ambil gambar nie Syah zoom dari luar. Waktu nie (tengahari) kelihatan seorang anggota polis sedang menaikkan bendera diperkarangan Istana. Actually Istana Hinggap nie semasa pemerintahan Almarhum Tuanku Jaafar dijadikan kediaman rasmi Almarhum tetapi Tuanku Muhriz tidak bersemayam di Istana ini dan bersemayam di kediaman peribadi baginda di Istana Munarah. Kelihatan istana nie sedang buat renovation sedikit dibahagian luarnya mungkin sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz tak lama lagi kot? Akhirnya dapat juga lihat Istana Hinggap nie dari dekat kerana selama nie pernahlah telefon Istana nie beberapa kali untuk buat beberapa pertanyaan mengenai Negeri Sembilan.

TM Goes Green Berjalan Lancar

Syah dan En Azman one of the AGM di Group Human Capital Management sedang mengangkat Pokok yang hendak ditanam kedalam lubang yang disediakan.

08.01.2011, Ahad - Shukur Alhamdulillah Program TM Goes Green berjalan lancar semalam dengan pelbagai aktiviti yang diadakan. Last sekali Jamuan Makan Tengahari secara buffet untuk kami semua yang dianggarkan berjumlah 400 - 500 orang. VVIP pula makan berasingan di kawasan khas dengan deco ala-ala Perkahwinan Dalam Taman jer Syah tengok siap dengan pintu gerbang berbunga lagi, Hiasan meja makan janganlah cakap cantiknya ........... Berbaloilah kot harga yang ditawarkan oleh pembekal.

Actually Syah ditugaskan untuk menanam bunga tetapi apabila semua kumpulan dipanggil, nama Syah dan beberapa orang lainnya tak dipanggil dan diminta berkumpul. Tukang beri arahan tu agih-agihkan kami kedalam kumpulan yang sediada means mereka tak ikut jadual yang telah disediakan. Tak kisalah tu .............. small matters jew dan dari menanam bunga Syah kena tanam pokok.


Alamak tanam pokok ........... dah lah Syah ada masalah sendi tetapi tak mengapa ........... Hentam Saja lah Labu. Berat gak pokok tu exspecially bila nak angkat bahagian akarnya tu berat giler walaupun batangnya halus jew. Apa-apapun Syah berjaya lakukannya secara berkumpulan. Mungkin satu hari nanti bila Syah datang semula ke taman nie mesti rasa bangga tengok pokok-pokok yang kami tanam tue nanti. Selepas lunch, approx jam 13:00hrs rombongan kami bertolak semula ke Kuala Lumpur dengan tiga buah bas. Letih dan penatnya terasa sampai hari ini tetapi happy sangat kerana dapat buat kerja-kerja kebajikan macam nie. Terima kasih kepada TM kerana beri peluang kepada kami menyertai program ini.


Inilah salah satu pokok yang kami tanam. Dari kiri sekali Kak Rohana, Syah, Azlina dan salah seorang pelajar tajaan TM.
Gambar diatas adalah tempat Makan VVIP dan Bawah Tempat Makan Staff. Sedap menunya walaupun Syah tak makan nasi coz diet cuma ambil buah, pajeri nenas dan papadom serta Cendol dan Sagu Santan. Ada Nasi Beryani (tak silap Syah), Rendang Daging, Ayam dan Dalca. Sebelah pagi pula disediakan minuman panas serta Nasi Lemak, Green Apple dan Mineral Water yang di pack dalam beg plastik kepada setiap peserta. Ada disediakan kupon untuk minum pagi tetapi lunch tak ada kupon, self service cuma ada tukang cedok lauk supaya tak membazir.


Saturday, January 7, 2012

Tunku Jalil Segak Dengan Uniform PDRM

07.01.2011, Sabtu - Kelihatan Inspektor Tunku Jalil begitu segak mengenakan pakaian rasmi Polis Diraja Malaysia semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan 1/2011 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pagi tadi. Dari kiri Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, YAM Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Malaysia Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein.

Sumber : Acai

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan 1/2011 Tunku Jalil

07.01.2012, Sabtu - Semalam Syah ada buat entry mengenai Tunku Jalil yang akan menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan beliau sebagai Inspektor Polis dan majlis itu dirasmikan oleh Ayahandanya Tuanku Sultan Johor di Pulapol. Inilah gambarnya yang Syah hendak kongsi dengan anda semua. Kelihatan Tunku Jalil mengiringi Tuanku Sultan Johor memeriksa perbarisan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan 1/2011 pagi tadi. Turut menghadiri majlis ini adalah bonda beliau.

Menurut Tunku Jalil, tidak ada layanan istemewa kepada beliau semasa menjalani latihan ini selama sembilan bulan dan beliau dilayan sama seperti pelatih yang lainnya dan menerima hukuman bila melakukan kesalahan. Pada mulanya beliau menghadapi sedikit kesukaran kerana ianya berbeza dengan kehidupan hariannya sebagai putera Sultan tetapi lama kelamaan beliau dapat mengadaptasi disiplin berkenaan. Tambah beliau lagi, dengan menyertai pasukan PDRM, ini adalah salah satu cara beliau berterima kasih dan membalas budi pasukan Polis yang menjaga keselamatan Kerabat Diraja dan Rakyat Johor selama ini.

Sekali lagi Tahniah Inspektor Tunku Jalil.

Sumber :- Page Kesultanan Johor/Bernama

Tuanku Faizuddin Putra Berada Di Melaka Untuk Lawatan Rasmi

07.01.2012, Sabtu - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya UniMAP telah merasmikan program promosi UniMAP bertempat di Dataran Rempah, Bandar Melaka. Turut mengiringi baginda adalah Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman serta Naib Canselor UniMAP Dato' Prof Dr Kamarudin. Tuanku Syed Faizuddin Putra dan rombongan sedang berada di Melaka atas urusan lawatan rasmi selama tiga hari bermula semalam, Jumaat 06.01.2012.

Dato' Prof Dr Kamarudin dalam kenyataannya memaklumkan bahawa program ini akan diadakan selama dua hari bermula hari ini yang mana iannya adalah idea daripada Tuanku Faizuddin Putra sendiri yang ingin memberi peluang kepada rakyat Melaka melihat hasil idea dan kecemerlangan UniMAP. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran pelajar lepasan SPM dan STPM untuk memasuki UniMAP. So apa lagi .......... kepada adik-adik yang berada di Melaka dan jika berminat melanjutkan pelajaran ke UniMAP, pergilah beramai-ramai ke Dataran Rempah untuk melihat sendiri apa yang UniMAP sediakan untuk anda semua.

Beberapa program lagi telah disediakan sempena lawatan rasmi Tuanku Faizuddin Putra dan rombongan ke Melaka diantaranya Menyusuri Sungai Melaka, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan lima buah syarikat di Melaka dan lawatan ke Taman Mini Malaysia.

Sumber :- Bernama

Bersiap ke Seremban untuk Program TM Goes Green

07.01.2012, Sabtu - Salam Semua apa khabar anda hari nie, Syah berharap anda semua berada dalam keadaan yang memuaskan dan dilindungi Allah hendaknya. Sekarang jam 05:51hrs dan Syah sedang menunggu Azan Subuh dan lepas solat nanti hendak bertolak ke office di Menara TM kerana jika mengikut jadual jam 07:00hrs kami dikehendaki berkumpul di Taxi Stand Menara TM untuk ke Seremban Negeri Sembilan bagi Program TM Goes Green. Purchasing Order untuk perogram ini telah dikeluarkan dan Syah yang create Shopping Cartnya. Banyaklah juga belanjanya tetapi rahsia tak boleh informed .............. Hehehhehe. Program nie satu hari jer dan petang nanti kami semua akan bertolak balik ke KL semula dan malam nie Syah masih lagi di KL Residence dan bolehlah update blog nanti. Oklah yer Syah GTG nie................... Sehingga berjumpa lagi dilain Entry dan doakan Perjalanan dan Program kami berjalan dengan lancar dan Syah juga doakan anda agar program yang anda dan keluarga/teman rancang berjalan dengan lancar hari ini dan berikutnya. Amin.

Friday, January 6, 2012

Syah @ KL Residence Malam Nie

06.01.2011, Jumaat - Sekarang jam 22:35hrs dan Syah berada di KL Residence sebab tu boleh update blog malam nie. Rawang Residence macam biasalah entah bila tahunnya streamyx dan line telefon nak ok. Syah tidur di KL Residence sebab esok Syah ada Program TM Goes Green di Seremban dan kena ada depan office jam 07:00hrs untuk ke Seremban. Petang kami akan balik semula ke KL. Syah dan Kak Rose serta beberapa orang lagi ditugaskan untuk menanam pokok di Taman Temadun Islam tak silap Syah dan yang lain-lainnya pula telah ada program yang diatur mengikut kumpulan. Dapatlah baju-T Bumiku Hijau yang diwajibkan sebagai busana kami esok. Hehehhehe..................... Boleh?

Malam Rabu hari tu Syah gunting rambut dan bercukur dengan Putu, kedai gunting India kat Rawang Residence Syah. Kena caj RM10.00 jew.... ok tak....... Pagi tadi bas tak ada dan Syah jalan kaki sampai jalan utama. Berbalik cerita KL Residence tadi, Syah sampai rumah selepas waktu Maghrib. Mus dan Cd tak ada kerana tidur rumah Kak Ngah Faziah di Ampang dan yang menyambut Syah dua ekor kucing hitam si Noami dan Blackie manakala Hamster yang semakin tembam tu ada dalam sangkar dibiliknya.

Nampak tak Syah yang semakin tembam dan sebenarnya semenjak 01.01.2012 hari tue Syah dah start Diet. Pagi Syah makan Horlic atau Nestum dan tengahari Syah makan betik dan roti ikan bilis dan tengahari tadi Syah makan kacang kuda. Dalam bas masa balik ke Rawang Syah makan roti ikan bilis seketul atau jagung. Malam pula Syah tak makan dan akan ambil makanan nutrisi Herbalife yang memang ada dalam simpanan Syah yang dah lama tak makan. Malam nie Syah makan kacang yang Syah jumpa kat dapur dan tak ambil makanan nutrisi tu sebab ada di Rawang Residence. Mudah-mudahan menjelang majlis perkahwinan anak saudara Syah Februari nanti dah slim sket.........

Malam nie tak ada apa nak buat dan Muss plak tak ada di rumah. Baru jenguk si Hamster jap tadi dalam bilik dia manakala Noami dan Blackie tidur kat mini bar. Ingat nak jalan-jalan kat Uptown depan KL Residence Syah nie tetapi malas pulak hendak keluar. So mentenet jer lah kat KL Residence, lepaskan gian mentenet sambil menonton Astro dalam bilik Syah di KL Residence.
Ahaks ................

Tunku Jalil Sultan Ibrahim Kini bergelar Inspektor

06.01.2011, Jumaat - Tahniah diucapkan kepada YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim kerana telah berjaya menamatkan kursus Latihan Inspektor siri 1/2011. Tunku Jalil merupakan putera ketiga Sultan Johor diputerakan pada 05.07.1990. Kebiasaannya kita selalu mendengar anak-anak raja dihantar menyertai tentera tetapi Tunku Jalil agak unik sedikit kerana memilih bidang kepolisian. Tahniah diucapkan kepada Tunku Jalil kerana telah menamatkan latihan inspektor beliau dan kini bergelar Inspektor Tunku Jalil.

Esok pula akan diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Polis Diraja Malaysia di PULAPOL atau Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Majlis ini mencatat sejarah kerana ianya membabitkan jumlah pelatih inspektor paling ramai iaitu sebanyak 960 orang dan akan dirasmikan oleh Ayahanda Tunku Jalil sendiri iaitu Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Majlis ini juga akan disiarkan secara langsung oleh RTM melalui TV1. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Inspektor Tunku Jalil.

Tunku Jalil dalam message laman sesawang facebooknya hari ini menzahirkan rasa gementarnya untuk hari yang penuh bermakna esok, katanya :-
  • Tak pernah rasa gementar macam ni,jantung rasa macam nak terkeluar dari mulot!

Gelaran Megat, Puteri, Tun dan Meor Boleh Digunakan Semula

06.01.2012, Jumaat - Tiga bulan lepas terdapat sedikit kekecohan apabila ada kerabat diraja Perak yang ingin mendaftarkan nama cucundanya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dengan gelaran Megat kerana suami anaknya “orang kebanyakan” tidak dibenarkan lagi oleh pihak JPN kecuali ayahnya memang ada gelaran Megat. Isu ini sebenarnya memang hangat diperbincangkan dikalangan kerabat diraja terlibat. Kebiasaannya di Perak jika seorang Perempuan daripada kerabat Diraja Perak berkahwinan dengan lelaki kebanyakan iaitu lelaki yang tidak mempunyai gelaran dihadapan namanya, anak-anak yang lahir akan menggunakan gelaran Megat jika lelaki dan Puteri jika perempuan. Walau bagaimanapun cucunda-cucunda lelaki Sultan Perak sekarang yang berbapakan orang kebanyakan memang tidak menggunakan gelaran Megat dihadapan nama mereka.

Semalam persoalan ini telah terungkai dan memberi nafas lega kepada mereka yang berhak untuk menggunakan gelaran-gelaran tersebut. Ini adalah kerana gelaran Megat, Puteri, Tun dan Meor kini boleh diwarisi oleh anak-anak kepada kaum wanita dari tiga keturunan di Perak iaitu Keturunan Megat Terawis, Keluarga Jamalullail Perak serta waris dan Kerabat Diraja Melayu Negeri Perak. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin kepada Bernama. Keputusan ini adalah hasil daripada pertemuan Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Persatuan Keluarga Jamalullail Perak serta waris dan Kerabat Diraja Melayu Negeri Perak dengan JPN semalam 05.01.2012.

Menurut beliau, JPN telah memberi persetujuan untuk menimbang permohonan anggota keluarga daripada kaum wanita keturunan berkenaan mewarisi gelaran-gelaran tersebut dimana pemohon perlu mengemukakan dua dokumen penting kepada JPN iaitu surat salahsilah keluarga mereka dan juga surat pengesahan waris masing-masing. Jika tiada dokumen-dokumen berkenaan permohonan mereka akan ditolak.

Gambar diatas menunjukkan sebahagian daripada Jawatan Kuasa Kerja - Aristokrat Melayu Perak bertungkus lumus berbincang mengenai isi ini sebelum perbincangan diadakan bersama JPN. Apa-apapun tahniah dan Syabas Syah ucapkan kepada mereka-mereka yang perihatin dan bertungkus lumus dalam memperjuangkan hak mereka untuk menyelesaikan isu gelaran ini sehingga ianya boleh diguna pakai semula.

Sumber :- Bernama / Raja Nur Jannah

Thursday, January 5, 2012

Pewaris Kedua Monaco Hadapi Masalah Undang-Undang Jalanraya di Perancis

05.01.2012, Khamis - Baru-baru ini Prince Andrea Casiraghi yang merupakan anak saudara kepada Prince of Monaco, His Serene Highness Prince Albert dilaporkan menghadapi masalah undang-undang jalanraya di Perancis kerana memandu 200km/jam melebihi hadlaju yang dibenarkan menyebabkan selepas kejadian itu lesen memandunya ditahan untuk tempoh 5 bulan dan kereta Audinya ditunda dan beliau terpaksa meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju menggunakan keratapi. Andrea merupakan anak lelaki sulung His Royal Highness Princess Caroline of Monaco dan merupakan pewaris kedua tahta Monaco.

Beliau berusia 27 tahun dan merupakan seorang pelajar dijangka akan menghadapi tindakan undang-undang yang akan mengikabatkan lesen memandu beliau ditahan untuk tempoh tiga tahun dan ditegah daripada memandu beberapa jenis kenderaan jika disabitkan dengan kesalahan berkenaan. Beliau sekarang sedang menyambung pelajarannya (master degree) di Universiti of Barcelona dan kerap dilihat dalam majlis-majlis rasmi. Pemerhati berpendapat kemungkinan kerajaan Monaco akan mengadakan rundingan diluar mahkamah untuk menangani masalah ini bagi mengelakkan iannya diperbesar-besarkan oleh pihak Media.

Fixed Line TM dan Streamyx : - Tak Pasal-Pasal Mengamuk Dengan TM100

05.01.2012, Khamis - Jam 10:25hrs tadi Syah terima panggilan telefon daripada juruteknik Telekom Malaysia mengenai talian Rawang Residence Syah yang sudah hampir seminggu tidak dapat diselesaikan masalahnya. Hari nie that guy tu inform nak masuk rumah pula dan Syah kata Syah tak ada. Dia hendak datang hari Sabtu tetapi Syah ada program TM di Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu nie. Kemudiannya dia nak buat appointment esok jam 10:00hrs dan Syah inform nak call saudara Syah, Azrin kerana dia ada kunci dan Syah kata akan call mereka semula. Dia jawab dia tak ada contact number untuk dihubungi. Syah beri dia nombor Azrin dan minta dia call Syah semula Syah kalau tak dapat Azrin untuk setupkan new appointment esok.

Tak lama kemudian Syah call Azrin dan Azrin inform tak ada sesiapapun call. Syah tunggu dia call semula untuk setkan appointment esok tetapi tak call plak. Terus Syah call talian kerosakan TM 100 dan mengamuk kat situ. Cerita apa masalahnya dengan pegawai berkenaan dan macam biasa mereka ambil note jer lah. Pening kepala Syah dah seminggu tak dapat dibaiki apa masalahnya. Patutlah banyak orang keberatan nak pakai fixed line sekarang nie. Yang Syah marah tu buka apa :-

  • Syah report kerosakan pada hari Khamis 29.12.2011 dan Jumaat mereka datang. Mereka tinggalkan nota dan minta buat appointment dengan meninggalkan nombor telefon. Sehari suntuk call tak dapat kerana taliannya enggage. Kemudiannya Syah buat report baru.
  • Sabtu 30.12.2011 staff TM datang dan buat inspection dengan memanjat tiang telefon dibelakang Rawang Residence Syah dengan pakai selipar jer. Mereka inform Syah tak ada line dan kalau macam nie katanya kabel putus atau dicuri orang.
  • 01.01.2011 Syah terima message dari 62100 inform - your report has been attended. It will be resolve within the next 24hrs. Kemudiannya ada call dari TM inform mereka akan siasat perkara ini mungkin kabel putus.
  • 02.01.2011 Syah terima SMS yang sama dari 62100.
  • 03.01.2011 terima SMS dari 603 77299900 - Dear Customer, your connection has been restored. If you still have issue with your fixwd line/internet connection, kindlycall 100/1300888123. Balik rumah angkat telefon talian sunyi sepi.
  • 04.01.2011 call semula 100 dan inform talian masih lagi tak ada.
  • 05.01.2011 Technician call kata nak masuk rumah pula. Mengapa masa hari Sabtu tu mereka tak masuk rumah, bukannya senang nak ambil cuti sesuka hati.
Pening kepala dan maaflah dengan pegawai perhubungan pelanggan TM tu kerana Syah tinggikan suara bila bercakap dengan mereka kerana tak tahan sangat dengan masalah line telefon dan streamyx. Pernah sekali sakit hati rasanya bila Syah buat report kata line telefon tak ada mereka boleh tanya plak Internet ok tak? KAlau tak ada talian telefon macam mana streamyx nak jalan kan..................... Aduih .................... pening kepala dibuatnya.

Sebentar tadi staff 100 call Syah tanya ada tak technician call untuk appointment dan Syah kata tak ada. Mereka akan highlight kan perkara ini, katanya. Entah-entah technician tu tinggalkan nota lagi macam hari tu minta buat appointment baru dan bila call nombor tu enggage sepanjang masa.

Wednesday, January 4, 2012

Line Telefon dan Internet Masih Tak Ok Lagi

04.12.2011, Rabu - SMS nie Syah terima malam tadi semasa dalam bas on the way ke Pekan Rawang dari Kuala Lumpur. Tersenyum lebar bibir Syah yang dah memang lebar nie bila baca yang internet dah ok. Sampai jer rumah terus angkat phone tetapi senyap sunyi. Hampeh..... macam mana nie cakap tak serupa bikin dan panas hati rasanya tetapi buat-buat sabar. kerana kat bawah message tu ada kata kalau tak ok call mereka semula......... Itu Macam Ka? Hemmm apa-apa jer lah by the way I Love TM kerana itu tempat Syah cari rezeki.

Pagi tadi Syah call 100 dan tanya mereka mengapa line saya tak ok lagi tetapi bagi message kata dah ok. Kemudian staff tu kata nak buat note pasal perkara nie. So tension sebenarnya tanpa internet exspecially blogger seperti Syah nie. Nak update blog kat office mana boleh kerana ada kerja yang perlu diselesaikan melainkan waktu rehat/free time. Actually banyak yang hendak dikongsi bersama anda semua.

Ada juga pembaca yang bertanya kepada Syah mengapa tak update blog. So inilah masalah Syah sekarang nie talian telefon dan internet di Rawang Residence Syah tak ada dan kata mereka mungkin kabel kena potong oleh sipencuri. Lahanat betul pencuri tu mencuri harta TM dan menyebabkan masalah kepada pengguna. Minta-minta perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Kes-kes kecurian kabel nie memang berleluasa sekarang nie dan jika anda semua ternampak ada individu yang memanjat tiang atau mengorek tanah dikawasan tertentu dalam keadaan mencurigakan buat-buatlah laporan kepada pihak polis Yew......

Tuesday, January 3, 2012

Tunku Tun Maimunah Gering

03.01.2012, Selasa - Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail dilaporkan sedang gering sekarang ini. Tunku Tun Maimunah merupakan Bonda Saudara kepada Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Tunku Tun Maimunah berusia 72 tahun dan diputerikan pada 12.02.1939. Tunku Tun Aminah dilaporkan mengidap paru-paru berair, jantung, kencing manis dan telah diserang mild stroke tetapi berada dalam keadaan stabil. Bersama-samalah kita mendoakan agar Tunku Tun Maimunah sembuh dari gering dan dip anjangkan umur. Amin.


Talian TM dan Bas Tak Ada Pagi Nie

03.01.2012, Selasa - Semalam staff TM telefon Syah dan inform mengenai talian telefon dan internet Syah. Disebabkan mungkin ada kabel yang telah dicuri mereka akan mengambil masa lebih lama lagi untuk memperbaikinya. Syah tanya bila dan jawabnya mungkin 1 minggu atau lebih. Alamak ............. tak dapat update bloglah jawapnya kerana Syah update blog dirumah kerana dioffice sibuk dengan tugas kecuali ada masa terluang seperti waktu lunch macam nie.

Pagi tadi hampeh betul kerana bas tak ada dan Syah terpaksa jalan kaki dari Rawang Residence Syah ke KTM Rawang hampir satu jam. Jam 06:30hrs bas tak ada dan Syah saja tunggu takut dia lewat tetapi hampir jam tujuh tak ada juga dan Syah ambil keputusan jalan kaki jew dan disebabkan hari sudah siang maka habis lencun baju Syah basah dengan peluh. Kalau awal pagi jalan kaki tak terasa sangat kerana masih sejuk. Sampai je kat jambatan nampak Komuter dah Jalan dan terpaksalah tunggu next train. Gambar nie Syah ambil masa dijambatan nak masuk ke Pekan Rawang.

Syah naik komuter jam 08:15hrs dan sampai KL Sentral jam 09:00hrs. Dari KL Sentral macam biasa naik LRT ke Kerinchi dan sampai office jam 09:15hrs. Geram betul dengan bas nie, melampau lah, suka-suka hati dia jer .......................

Sunday, January 1, 2012

Titah Sultan Brunei Sempena Tahun Baru 2012

01.01.2012, Ahad - Syah hendak berkongsi dengan anda semua mengenai teks Titah ucapan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2012. Ini sajalah buah tangan pertama Syah mengenai entry raja-raja bagi tahun 2012 kerana tak sempat nak buat entry dirumah kerana masalah Internet. Selepas Asar nanti Syah nak berangkat pulang ke Rawang Residence Syah.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Baru sahaja lebih sebulan kita melangkah ke dalam Tahun Baru Hijrah 1433, dan kini, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, kita memasuki pula Tahun Baru Masihi 2012.

Sewajarnyalah kita wajib bersyukur di atas rahmat Allah kepada kita berupa umur panjang dan keamanan negara.

Keamanan itu tidak ternilai harganya. Ia bukan saja patut disyukuri malahan juga mesti dipelihara. Memelihara keamanan adalah tanggungjawab semua. Pembangunan tidak ada ertinya tanpa keamanan. Kerana keamananlah satu-satu pembangunan itu dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Sebaliknya jika tidak ada keamanan, semua pembangunan boleh tergendala dan gagal.

Kita melangkah ke tahun baru dengan azam, untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan jika ada, disamping bersedia menghadapi cabaran-cabaran mendatang yang pasti wujud.

Sama ada cabaran itu bersifat dalaman atau global, kedua-duanya perlu dihadapi dengan penuh kebijaksanaan dan lapang dada.

Contoh satu cabaran besar, apabila beberapa bulan yang lalu, dunia telah dikejutkan oleh satu berita tentang hutang yang amat tinggi bagi sebilangan negara-negara maju. Impaknya, turut menjadikan ekonomi dan kewangan global semakin meruncing.

Kadar hutang yang tinggi dan diluar kemampuan, bukan saja menjejaskan pertumbuhan sesebuah negara, malahan juga mampu menggugat ekonomi global. Banyak negara, termasuk negara-negara di rantau ini, turut mengalami kesannya.

Ini, jika berlarutan, boleh saja turut menjejaskan ekonomi kita sendiri yang lebih bergantung kepada industri minyak dan gas.

Kerana itu, Beta dengan tidak jemu-jemunya mengingatkan, supaya kita melipatgandakan lagi usaha kearah mempelbagaikan ekonomi negara.

Pada tahun 2012 ini, insya Allah, kita akan mengukuhkan lagi usaha-usaha kearah itu, melalui Rancangan Kemajuan Negara ke-10 (RKN ke-10) yang akan bermula pada 1 April 2012.

Salah satu fokusnya nanti ialah untuk mewujudkan suasana perniagaan yang lebih kondusif supaya sektor swasta akan dapat berkembang dengan lebih cepat dan mudah.

Oleh itu, Beta berharap, kita akan lebih komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif dan projek-projek di bawah RKN ini, terutamanya dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.

Ini adalah tanggungjawab kita semua untuk memikulnya dengan penuh kesungguhan. Dengan adanya pencapaian kita di dalam bidang-bidang yang penting, maka sudah barang tentu, negara dan rakyat akan dapat mengekalkan kehidupan yang makmur dengan izin Allah.

Disamping itu, jangan pula lupa, turut menjadi kunci kestablilan dan kemakmuran ialah amalan "berjimat cermat". Sikap berhemat dalam berbelanja, sama ada di peringkat kerajaan, rumah tangga mahupun individu adalah tonggak survival ekonomi negara. Kerana itu, berbelanja besar di luar kemampuan adalah satu tragedi pahit.

Oleh itu, tidak ada pilihan lain dari mengawal dan mengelakkan apa jua jenis pembaziran, termasuk ke atas kemudahan-kemudahan yang diberikan subsidi, seperti tenaga.

Penguatkuasaan tariff eletrik yang baru akan bermula esok. Ia perlu mendapat sokongan daripada kita semua sebagai langkah mengawal pembaziran.

Penjimatan tenaga, akan secara langsung mengurangkan kadar penggunaan minyak dan gas tempatan, yang juga akan membolehkannya lebih banyak untuk ekspot dan industri hiliran bagi meningkatkan lagi pendapatan negara dan juga peluang pekerjaan.

Dalam aspek sosial, Kerajaan Beta juga akan terus memberikan perhatian kepada program-program pembangunan, seperti perumahan, kesihatan dan keselamatan makanan.

Di bidang kesihatan, Beta sangatlah mengambil berat tentang peningkatkan penyakit-penyakit tidak berjangkit, seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kanser dan sakit jantung.

AKhir-akhir ini, Beta sangat bimbang terhadap dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan obesiti di negara ini. Ini adalah petanda adanya amalan kehidupan yang tidak seimbang.

Marilah sama-sama kita membina azam untuk lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan, khasnya dalam perkara memilih makanan sihat, menghindari rokok dan rajin beriadhah.

Sebagai sebahagian dari proses pendidikan dan pembinaan disiplin diri, Kerajaan Beta telah meluluskan Program Khidmat Bakti Negara untuk para belia.

Program ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dari skala kecil, bagi mempastikan kemajuannya adalah teratur.

Di arena antarabangsa, Beta gembira negara kita akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2013. Dengan demikian, pada tahun 2012 ini, kita kenalah mempastikan persiapan awal untuk menjayakan mesyuarat yang penting itu.

Akhir sekali, Beta sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan dan juga kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala usaha melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Di kesempatan ini juga, Beta dan keluarga Beta tidak lupa mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2012 kepada seluruh rakyat dan penduduk, semoga kita dan negara akan terus mendapat rahmat dan pemeliharaan Allah subhanahu Wata'ala. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sumber : Information foto/Information Department Pressroom