Friday, October 21, 2011

Pengiran Sufri ke Australia

21.10.2011, Jumaat - Petang semalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah bersama anakandanya Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem serta rombongan telah berangkat ke Bidding Cities (Gold Coast), Australia. Pengiran Sufri yang juga merupakan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke Australia atas jemputan daripada Biding City bagi negara-negara yang menganggotai Commonwealth bagi rantau Asia untuk program lawatan menyaksikan persiapan Commonwealth Games 2018 Bidding Cities. Program lawatan ini bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober 2011. Turut mengucapkan selamat jalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas adalah Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Datin Paduka Hajah Adina Othman serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Tuanku Mizan Menerima Mengadap Duta Besar Arab Saudi

21.10.2011, Jumaat - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenaan menerima mengadap Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia Mohamed Reda Abu Al-Hamayel yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada penghujung tahun ini. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran dari University of King Abdul Aziz, Jedah memulakan perkhidmatannya sebagai Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia mulai 15.06.2006. Istiadat Mengadap diadakan di Istana Negara berlangsung hampir 45 minit.

Nota :- Informasi dari Bernama

Solat Jumaat di Masjid Negara

21.10.2011, Jumaat - Solat Jumaat tadi Syah solat di Masjid Negara dan macam biasa dari LRT Kerinchi ke Central Market dan kemudiannya jalan kaki ikut Pos Malaysia dan Dayabumi ke Masjid Negara. Sampai je Syah makan Meehon Sup dan beli air kelapa. Rehat sekejap dan beli kacang kuda rebus dan saja duduk kat salah satu gerai disitu. Hampir nak berlaku pergaduhan diantara peniaga disitu. Adalah seorang pekerja bisu nie bila boss dia tanya mana botol air lagi kerana kebiasaannya mereka bawa dua tong. Terus dia macam naik angin dan kata peniaga minuman dibelakang mereka tu ambil tong air mereka. Dia kemudiannya macam tak puas hati terus ambil tong air peniaga tu dan tuang airnya nak cek samada itu air atau air gula sebab peniaga tu infor itu air gula.

Rupa-rupanya memang air gula dan banyak dicurahkannya dan Peniaga tu macam nak naik angin jer tapi nampak kesabarannya. Kalau orang lain dah lama kena letup lelaki bisu tu. Menurut bosnya yang Syah dengar cakap dengan isterinya dia bagitahu lelaki bisu tu kata peniaga tu curi tong mereka dan isi dengan air gula. Syah sempat dengar lelaki tu cakap kat isterinya tak boleh jadi nie, dia nie macam tak boleh dikawal, katanya refering to lelaki bisu tadi. Macam-macam hal kan? Untung tak bertumbuk kat situ tadi. Gerai tu jual nasi ayam dan popia basah/goreng.

Lepas makan, Syah singgah kegerai dalam kawasan masjid sebab dah lama usha gerai tu tetapi tak tahu jual apa. Rupa-rupanya jual nasi arab.....Wowwwwwwwwwwww............. tetapi Syah dah makan taklah nak beli nasi tu tetapi tak tahulah next time kalau datang lagi kesini nak gak cuba. Nampak sedap jer dan Syah nampak dalam periuk tu mereka tanak nasi arab tu ngan ayam dan daging sekali. Ada Ayam, Kambing dan Lembu. Syah dengar ada pelangan tu beli Nasi dan Air RM11.00 kot tak silap Syah. Biasalah tu, nasi Arab memang mahal. Lepas ambil air sembahyang Syah macam biasa ke Makam Pahlawan membacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan Allahyarhamah dimakam berkenaan dan kemdiannya masuk ke Dewan Solat Utama Masjid Negara mendengar taskirah sebelum khutbah Jumaat dan diakhiri dengan Solat Jumaat.

Lepas solat biasanya Syah selalu minum percuma akar kayu yang mereka beri kepada pelanggan yang hendak mencuba. Akar kayu yang telah diproses khas untuk lelaki, perempuan dan untuk keluarga. Untuk lelaki dan perempuan tu tau-tau jer lah yer. Ingat nak beli gak satu hari nanti dan rasanya taklah pahit sangat sesuai untuk buang angin dan macam-macam khasiat akar kayu sepertimana amalan orang-orang zaman dahulu cuma ianya telah diinovasikan dalam bentuk kodial dan tak perlu nak rebus-rebus lagi akar kayu itew. Kalau nak cuba mailah ke Masjid Negara dan gerai-gerai disini hanya beroperasi sempena solat Jumaat sahaja.

Naik Kereta Sapu Ke KTM Rawang dan Koc Rakyat ke KL Sentral

21.10.2011, Jumaat - Pagi tadi masa tunggu bas nampak ada kereta sapu lalu dan Uncle Indian tu tanya hendak ke Pekan Rawang dan Syah kata yer. Kereta sapu nie kalau dari Pekan ke Rawang Residence mereka caj RM10.00 tetapi sesiapa yang naik dari taman nie ke pekan hanya dikenakan caj RM1.00 jer dan dah "undang-undang" dia cam tue. Hehhehe............ bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal Syah terus naik dan waktu tu hampir jam 06:30hrs dan bas belum sampai lagi. On the way tu nampak bas yang selalu Syah naik itew. Alamak.... pagi lagi dah sampai KTM dan ada komuter yang tertulis Koc Rakyat dan Syah tanya kaunter boleh masuk tak dan dia kata boleh dan terus Syah masuk. Coachnya sebiji macam ETS cuma bentuk kepala keretapinya jer lain tak cantik macam ETS tetapi yang lain semuanya sama. Masuk jer Syah tanya seorang Aci tu "train nie pergi ke Mana" - "Bangi" katanya.

Rupa-rupanya nie komuter enam gerabak dan menuju Bangi dan berhenti disetiap stesyen. Jam 06:40hrs dah jalan dan alangkah baiknya jika pada waktu peak hours KTM gunakan komuter enam gerabak sure bolehlah serba sedikit mengatasi masalah kesesakan melampau yang kami hadapi sejak azali lagi. Sampai office awal jam 07:40hrs dan alangkah bahagianya kalau macam nie hari-hari. Hari nie sebenarnya kalau diikutkan hati Syah nak cuti kerana letih sangat selepas menghadiri kursus dua hari di TM Training Center, walaupun letih tetapi it was a great experience dan kerana semangat Teaming With Passion TM tulah Syah gagahkan juga ketempat kerja. Sekarang nie kepala Syah sakit dibahagian tengah macam orang kena migrain pula dan badan agak lemah dan rasa macam nak demam dan sakit tekak.

Gambar kat dalam Entry kali nie sebagai panduan kepada anda supaya tak melakukkan perkara yang sama yang dilakukan sesetengah orang kita nie yang tak tak boleh diikut dan dicontohi. Ini adalah permainan kanak-kanak berhampiran pintu keluar Stesyen KTM KL Sentral yang perlu dimasukkan duit RM0.50 x 2 baru dia boleh bergerak. Memang cantik tetapi yang tak cantiknya ada diantara segelintir masyarakat kita menjadikan seat tempat duduk permainan tu sebagai tong sampah dengan meletakkan tiket-tiket KTM didalamnya walhal tak jauh dari tempat tu ada disediakan bakul sampah. Ada 5 tiket dalam seat tu dan itu baru awal pagi dan kalau sampai kepetang ?

So ambil ikthibar dari gambar nie supaya kita lebih menghargi kemudahan-kemudahan awam yang disediakan bukan sahaja di KL Sentral malah dimana-mana jua pun kerana kemudahan tu untuk diguna pakai bersama........ seperti tanda nama jalan, telefon awam, tandas awan dan seumpamanya. Jangan disebabkan sikap tak berdispilin kita tu menyusahkan orang lain yang lebih memerlukan kemudahan-kemudahan berkenaan............Bak kata Nabil Raja Lawak - Lu Fikirlah Sendiri.

Thursday, October 20, 2011

Tengku Mahkota Pahang Melawat Komplek Asnaf Majlis Agama Islam Pahang

20.10.2011, Khamis - Hari ini Tengku Makota Pahang KDYTM Tengku Abdullah dan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mengadakan lawatan kerja ke Komplek Asnaf Majlis Agama Islam Pahang di Kuantan. Tengku Mahkotan Pahang dan Tengku Puan Pahang juga telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada golongan Asnaf dipenempatan ini. Komplek ini telah dibangunkan dengan kos RM3.5 Juta sebagai penempatan tetap atau sementara bagi golongan Asnaf yang tidak mempunyai rumah atau tidak mampu memilik rumah sendiri, mualaf dan mangsa bencana alam seperti banjur dan seumpamanya.

Nota ; Informasi dari Bernama

Wednesday, October 19, 2011

Tak Dapat update Blog

Salam Semua apa khabar. Hari nie dan esok Syah ada kursus dan start hari Selasa lepas Syah ada di KL Residence. Maaf tak dapat update blog kerana ada masalah Internet sedikit di KL Residence Syah. Insyallah malam esok Syah balik ke Rawang Residence semula dan akan update blog seperti biasa. Kalau line Internet malam nie ok Syah akan update blog tapi kalau ada masalah kita jumpa semula tengah malam esok, Insyallah.

Tuesday, October 18, 2011

Naik ETS Lagi Pagi Nie

18.10.2011, Selasa - Assalammualaikum dan Selamat Pagi Syah ucapkan kepada pembaca setia tengkusyah. blogspot.com. Really appreciate your support. Apa khabar anda semua hari nie dan Syah harap anda berada dalam keadaan yang memuaskan dan everything run smoothly as scheduled. Pagi nie sampai KTM macam biasa hampir jam 07:00hrs dan berlari masuk KTM tetapi hampa komuter dah jalan kot? Sakit pulak lutut Syah pagi nie sebab berlari tadi agaknya, tak per lah jap lagi nak buat Phsio.

Malas nak tunggu next komuter takut lambat ............ dah lah semalam cuti dan mesti banyak kerja hendak dibereskan pagi nie. So Syah beli tiket ETS dan minta kaunter batalkan touch & go yang Syah dah swap tadi. Syah dapat seat no.1 tetapi ada chinese lady duduk sebelah dan tertidur manakala makanannya terletak atas seat Syah. Malas nak ganggu dia Syah duduk ditempat yang kosong dan inform "paramugari" dan dia kata tak apa boleh duduk seat yang kosong itew. Insyallah sampai office jam 08:15hrs dan kami mula bertugas @ 08:30hrs. Buka e-mail banyak perkara yang perlu dibereskan dan Syah akan buat lepas balik Phisio nanti dan esok pula Syah tak ada selama dua hari kerana ada kursus di TMTC dan Jumaat account closing. Masakkkkk............... Heheheheh.

Monday, October 17, 2011

Balik Ke KL Residence

17.10.2011, Isnin - Malam esok Syah akan balik ke KL Residence kerana hari Rabu dan Khamis Syah ada kursus "Teaming Wit Passion" di Kolej Latihan TM atau TM Training Center di Jalan Semarak, Kuala lumpur berhampiran Universiti Teknologi Malaysia. Tue yang ke KL Residence sebab senang sedikit hendak ke TMTC takut kalau dari Rawang nanti lambat pula sampai exspecially kalau train meragam. Lama dah Syah tak ke KL Residence since Raya hari tu. Nak jengok juga keadaan bilik Syah taku penuh dengan habuk dan sampah sarap. Lama tak jumpa Noami, Blackie dan Hamster. Hehehehe Rindu kat mereka ...........................

Tuanku Mizan Berangkat Pulang ke Malaysia

17.10.2011, Isnin - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan rombongan telah berangkat pulang ke Malaysia dari lawatan rasmi negara ke Indonesia hari ini. Keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah serta rombongan telah diiringi oleh Menteri Luar Indonesia Dr. R.M Marty Natalegawa selaku Menteri Pengiring. Lawatan Tuanku Mizan pada kali ini disifatkan sebagai pengukuhan jambatan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia yang merupakan sahabat paling rapat dengan Malaysia.

Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Republik Indonesia Adiputera yang diterima oleh Tuanku Mizan daripada Kerajaan Indonesia membuktikan lagi hubungan dua hala yang begitu akrab sebagai sebuah negara yang berjiran. Tuanku Mizan merupakan Ketua Negara Malaysia yang pertama menerima darjah kebesaran tertinggi Republik Indonesia ini. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dianugerakan darjah kebesaran yang sama sebelum ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Pengiring dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada Bapak Presiden dan Republik Indonesia diatas hubungan yang akrab dengan Malaysia serta penganugerahan anugerah tertinggi darjah kebesaran Bintang Republik Indonesia Adiputera kepada Tuanku Mizan. Tambah beliau lagi pengukuhan hubungan diantara kerajaan dengan kerajaan, hubungan perniagaan antara kedua negara dan hubungan pertahanan yang telah diperkuatkan lagi semasa lawatan ini merupakan tiga bidang utama yang menjadi tongak dalam hubungan Malaysia-Indonesia yang harus terus diperkukuhkan. Beliau juga berarap agar pihak media dan pihak-pihak tertentu tidak membangkitkan perkara-perkara yang tidak menguntungkan kedua negara.

Nota : Informasi dari Bernama

Terpaksa Bunuh Dua Ekor Cicak dan Anaknya

17.10.2011, Isnin - Masa nak solat Maghrib tadi Syah nampak ada cicak dalam sinki dan berlegar-legar dalam pinggan mangkuk yang Syah dah basuh. Selepas solat terus Syah ambil penyembur nyamuk dan spray cicak tu tapi tak mati juga lalu Syah alihkan semua pinggan dan bunuh cicak tu guna kayu. Rupanya ada dua ekor cicak besar dalam tu dan Syah bunuh dua-dua sekali. Bukan apa dia ada masanya masuk dalam tong sampah Syah dan bila nak ambil sampah selalu meloncat kat Syah dan buat Syah terperanjat. Tahinya tok usah cakaplah banyak kena kat pinggan mangkuk Syah, Itu Syah masih boleh tolak ansur lagi tetapi tadi masa Syah nak solat dan nampak dia dalam pinggan dan mangkuk Syah, hilang sabar Syah dan ambil keputusan hapuskan sahaja dia.

Lepas tu jumpa anaknya yang kecil plak dan Syah spray kemudian bunuh anaknya pula. Terpaksa cuci semua pinggan dan mangkuk dalam sinki tu yang kena spray nyamuk. So Sorry kerana terpaksa buat macam nie. Petang semalam pula Syah panas hati bila masuk bilik air tetamu Syah penuh dengan najis tikus dan bau air kencingnya. Ini lagi bahaya lalu Syah panaskan air dan siram lantai. Terpaksa cuci kerana penuh dengan najis dia. Kalau jumpa semalam memang nahas terpaksa dibunuh untuk keselamatan kita. Memang takut tapi kena kuatkan semangat sebab nie rumah kita sendiri, tau-tau jerlah tikus nie pembawa penyakit. Dulu pernah bunuh dua ekor dalam rumah Syah.

1st time lagi menakutkan, besar betul sebesar anak kucing dan Syah beranikan diri bunuh dia dengan kayu dan second time tu kecil jer...... Syah jarang naik ke atas, ialah dah stay seorang dan Syah tidurpun dalam bilik TVkat bawah dan every morning jer naik atas ambil baju kerja. So bilik tetamu tu terutananya tandas jarang Syah masuk tu jadi macam tu agaknya. Semalam bila buka bilik air rasa nak menangis Syah dibuatnya............. geram dan marah tetapi takut pun ada kalau ada tikus tu tetapi Syah cakap pada diri sendiri kena beranikan diri masuk tandas tu untuk cuci dan bunuh jer tikus kalau jumpa sebab Syah stay alone dan tak siapa nak tolong Syah kecuali Syah tolong diri Syah sendiri.

Tak tahu dari mana datangnya. Bilik kat rumah nie ada empat dan tiga bilik air dan duduknya Syah seorang. Beberapa minggu lepas ada anak lipan di dapur dan bilik air dan Syah bunuh juga. Lepas nie Syah kena masuk juga bilik-biliik nie supaya ada pergerakan didalamnya dan taklah tikus-tikus tu ingat rumah nie rumah kosong nanti bersarang dan beranak pinak pula dia. Kadangkala bila kita stay alone kita terpaksa buat semua benda serta cakap pada diri sendiri "Aku Boleh Buat" dan beranikan diri serta hilangkan rasa takut tu. Insyallah kita boleh hadapi semua masalah yang mendatang.

Lunch @ Lambaian Seafood Rawang

17.10.2011, Isnin - Hari nie Syah cuti urgent dan dah apply cuti tu secara on line tadi melalui securevpn. Jam 09:47 tadi Azrin call tanya Syah kat mana kerana dia nampak pintu Syah terbuka masa on the way ketempat kerja dan Syah infom Syah cuti. Ingatkan hendak lunch sama dengan dia tetapi katanya dia dah pergi kerja. So after solat Syah tunggu bas jam 14:00hrs dan masa nak keluar hujan kejap kemudian panas balik. Hemmmm........driver lama hari nie, dah kerja balik rupanya tak taulah mengapa dia nie kalau cuti mesti lama. Tak perlah itu hal dia yang penting bas jalan as scheduled.

Sampai Pekan Rawang Syah ke Lambaian Seafood ingat hendak makan makanan panas tetapi kata tukang masaknya makanan panas mula dijual jam 16:30hrs dan sekarang hanya makan berlauk jer. So Syah makan nasi putih, gulai lemak telur itik, ikan masin, kacang botol dan cincaluk manakala minuman pula milo ice dengan caj RM5.20 dan Syah beli goreng pisang RM1.00. Masa makan, Syah ambil gambar dan kakak pekerja kat situ tanya ambil gambar masuk internet yer dan Syah kata aa'aa nak masuk blog. Dia tanya sebab masa ambil gambar food tu Syah snap gambar dia sekali, siap tanya ambil gambar saya yer. Hehehe.......... Syah kat ya sebab nak masuk dalam internet aktiviti Syah hari nie. Dia senyum jer.

Lepas makan sambil nak tunggu next bas Syah ronda-ronda pekan rawang dan beli bunga melor yang orang India selalu buat sembahyang tu. Syah beli yang dah ikat untuk letak dalam hiasan kayu burung kenyalang Syah. Sekarang nie bandar Rawang busy dan banyak gerai-gerai sempena sambutan Deepavali 26.10. 2011 nie maklumlah disini kaum Indianya memang ramai. Jalan depan KTM sentiasa jem sebab banyak gerai dibuka dihadapan deretan kedai disitu. Masa Syah ambil gambar nie lelaki yang berdiri baju petak tu cakap dengan Syah dia kata ambil gambar saya ok - dia minta Syah snap gambarnya dan lepas tu Syah tunjukkan kat dia dan dia senyum jer sebelum Syah bertolak ke bas stand. Kat bas stand beli nenas yang dah siap dipotoong RM3.00 dan buah mata kucing sekilo RM7.00. Sampai Rawang Residence hampir jam 16:00hrs. Lepas sampai jer hujan lebat mencurah-curah dan sekarang dah reda.

Sehingga berjumpalagi dilain Entry ........ Byeeee............

Tuanku Mizan Hadiri Majlis Makan Malam Negara di Istana Merdeka.

17.10.2011, Isnin - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta rombongan telah di raikan dalam satu Majlis Makan Malam Negara yang dihostkan oleh Presiden Indonesia Bapak Susilo Bambang Yudhoyono dan Isteri, Ibu Negara Ibu Ani Yudhoyono di Istana Merdeka. Dalam majlis ini Tuanku Mizan telah berkenan menyampaikan ucapan persahabatan dan hubungan baik dua hala Malaysia-Indonesia. Tuanku Mizan dan rombongan kini berada dalam rangka lawatan rasmi negara ke Indonesia selama dua hari bermula semalam.

Note - Informasi dari Bernama

1st Public Kisses Perkahwinan Diraja dan Poligami di Bhutan

17.10.2011, Isnin - Gambar disebelah merupakan "1st Public Kisses" Pasangan Pengantin Diraja Bhutan, Comelkan ......So Sweet.. Hehehe........... Pada Sabtu lepas dianggarkan seramai 10,000 orang warga Bhutan membanjiri stadium utama di Thimpu, Bhutan bagi meraikan majlis perkahwinan raja mereka His Majesty Druk Gyalpo Jugme Khesar Namgyal Wangchuck dan Her Majesty Queen Jetsun Pima. Istiadat perkahwinan mengikut adat istiadat diraja Bhutan secara tradisional diadakan di sebuah bandar purba di Punakha Dzong pada hari Khamis lepas bersamaan 13.10.2011. Majlis keraian sempena perkahwinan telah diadakan selama tiga hari dan berakhir pada Sabtu lepas 15.10.2011 dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Utama di Bandar Thimpu yang merupakan ibu negara Bhutan.

Dalam majlis penutup ini baginda telah sempat mengabadikan kenangan "1st public kisses" baginda berdua di stadium ini. Para hadirin telah dihidangkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan Bhutan yang unik dan penuh dengan warna warni. Pasangan diraja dilihat turun ke padang stadium untuk sesi beramah mesra dengan para hadirin selama hampir satu jam sebelum majlis berakhir dengan kesemuanya menari dalam satu bulatan mengikut tradisi Bhutan. Bhutan merupakan sebagai sebuah negara yang terpencil di pergunungan Himalaya dan dihimpit oleh negara India dan Cina semakin menuju kearah pembangunan dan lebih terbuka dan pembaharuan inilah yang dikehendaki oleh Ayahanda baginda apabila dia melepaskan tahta kepada anaknya yang mendapat pendidikan di Oxford itu.

Tahukah anda telah menjadi satu tradisi di Bhutan seorang lelaki atau perempuan boleh berpologami mengahwini pasangan yang terdiri daripada adik beradik sekaligus. Sebagai contohnya Ayahanda baginda, His Majesty the Fourth Druk Gyalpo Jigme Singye Wangchuck telah mengahwini empat orang wanita adik beradik pada 1979 dan kesemuanya dimahkotakan sebagai Queen dalam istiadat yang sama. Tradisi yang diamalkan di Bhutan ini dikatakan bagi menjamin harta mereka hanya diwarisi oleh satu keluarga sahaja. Tradisi ini masih lagi diamalkan, walau bagaimanapun dengan perkahwinan diraja ini dilihat sebagai satu langkah perubahan tradisi kuno ini apabila pada Mei lepas baginda dalam kenyataannya mengenai perkahwinan ini memaklumkan bahawa Jetsun Pima akan menjadi satu-satunya isteri baginda. Mungkin selepas ini, tradisi poligami seperti ini tidak lagi popular di Bhutan selaras dengan arus permodenan mereka.

Dinasti Wangchuk diasaskan pada 1907 dimana kesemua Raja-Rajanya mengamalkan Poligami. Baginda merupakan putera sulung Ayahandanya daripada isteri ketiga. Isteri-Isteri Ayahandanya adalah merupakan anak-anak kepada pasangan Yab Ugen Dorji dan Yun Thuiji Zam iaitu :-
  1. Her Majesty Ashi Dorji Wangmo Wangchuck - diputerikan pada 20.12.1955 dan merupakan anak kedua Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera (HRH Prince Dasho Jigyel Ugyen Wangchuck - Pewaris Kedua tahta Bhutan) dua seorang puteri.
  2. Her Majesty Ashi Tshering Pem Wangchuck - diputerikan pada 20.12.1957 dan merupakan anak ketiga Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera dan dua puteri.
  3. Her Majesty Tshering Yangdon Wangchuk - diputerikan pada 21.06.1959 dan merupakan anak keempat Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera (Raja Bhutan sekarang) dan dua puteri.
  4. HM Ashi Sangay Choden Wangchuck - diputerikan pada 11.05.1963 merupakan anak kelima Yab Ugen Dorji dikurniakan seorang putera dan seorang puteri.

Sunday, October 16, 2011

Tuanku Mizan Dianugerahkan Bintang Republik Indonesia Adiputera

16.10.2011, Ahad - Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana telah dianugerahkan darjah tertinggi Indonesia, Bintang Republik Indonesia Adiputera petang tadi. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Presiden Indonesia Bapak Susilo Bambang Yudhoyono ketika kunjungan Tuanku Mizan dan rombongan ke Istana Merdeka. Anugerah ini diberikan sebagai mengenang jasa Tuanku Mizan dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan baik Malaysia-Indonesia. Turut serta dalam majlis ini adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Isteri Presiden Indonesia Ibu Negara Ibu Ani Yudhoyono.

Tuanku dan rombongan berada di Indonesia untuk laatan rasmi negara selama dua hari bermula hari ini. lawatan ini merupakan lawatan rasmi baginda kali kedua dan sebelum ini baginda pernah berkunjung ke Indonesia pada tahun 2007.

Keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh Menteri Luar Indonesia Dr Marty Natalegawa dan Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Prof Mohammad Nuh selaku Menteri Pengiring. Turut serta menyambut Tuanku adalah Duta Besar negara kita ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan serta pagawai-pegawai kanan kedutaan Malaysia.

Rombongan dari Malaysia terdiri daripada kedua puteri baginda Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatmatuz Zahra, Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pengiring serta delagasi pegawai-pegawai kanan Kerajaan Malaysia.

Note :- Informasi dari Bernama

Celebrate Birthday My Lill Sis Intan dan Nasi Arab D'Arab Cafe

16.10.2011, Ahad - Malam tadi dah buat appointment dengan my Lill Sis Intan untuk celebrate birthday dia yang ke 30++ di Rawang dan minta dia datang jam 11:00hrs. Pagi tadi Azrin pula call dan inform dia baca blog Syah mengenai Nasi Arab tu dan katanya kat Bandar Rawang pun dah ada restoran nasi Arab tu. Terkezutttt Syah ada rupanya dan tak payah nak gi jauh-jauh sampai KL sana. Dah jam 11:00hrs dan masih tak muncul dan tiba-tiba ada sms dari Intan inform before 12:00hrs akan bertolak kerana hubbynya tolong jiran betulkan kereta.

Jam 12:08 dia sms dan infrom "BMW Tengah Pecut Laju Nih...." refering to her Proton Saga. My Sis nie memang suka berlawak.Hehehe.. ada-ada jer kan. Sampai rumah hari dah mula nak hujan dan mereka minta mereka masuk dan rehat serta minum dahulu lepas tu baru bertolak ke Pekan Rawang gunakan kereta Syah.

Kepada anda yang berada di Rawang kalau nak mamam Nasi Beryani Arab atau Nasi Arab nie bolehlah datang ke D'Arab Cafe yang terletak di N0.38 Aras bawah, Jalan Bandar Baru Rawang 12, Bandar Rawang. Senang cakap di belakang Balai
Polis Bandar Baru Rawang atau disebelah Old Town White Cafe. Untuk keterangan lanjut boleh layyari laman sesawang mereka www.nasiarab.com atau hubungi hotline mereka 019 339 1700 atau Ghazali 010 318 6577.

Masa sampai hujan dah teduh tetapi masa nak balik hujan lebat. Menu kami hari nie ................Syah - Lamb Hanith RM21.80 dan minuman Teh Arab Ais RM2.80, Intan - Royal Arabic 13.80 dan minuman Teh Arab Ice RM2.80 dan Am - Kabash Gril Chicken RM 13.80 dan minuman Teh Ais RM2.80. Lepas tu Syah order Hummon tak silap namanya RM 5.80 iaitu macam roti nan dan kuah kacang dal macam paste jer dan tak habis pun coz macam tak boleh masuk jer rasanya. Heheheh........

Lepas makan kami bertolak balik ke Rawang Residence dan sampi rumah Am rehat sekejap dan periksa condition kereta Syah. Lepas tu mereka balik ke Selayang semula dalam hujan renyai-renyai. Jam 16:03hrs tadi Intan SMS inform dia sudah sampai rumah. By the way Happy Birthday to My Lill Sis Intan dengan ucapan semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. AMIN.

Shaikh Faisal Al-Abdullah Al-Sabah Di Jatuhkan Hukuman Mati

16.10.2011, Ahad - Hukuman tidak mengira siapa anda dan jika didapati anda bersalah iannya tetap menerima hukuman yang telah ditetapkan. Beginilah yang terjadi kepada seorang Putera Diraja Kuwait, Shaikh Faisal Al Abdullah Al Sabah (gambar disebelah) yang didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah dan menerima hukuman mati atas kesalahan membunuh anak saudara lelakinya Shaikh Basil Salem Sabah Al Salem Al Sabah. Menurut media Kuwait, Shaikh Faisal yang bertugas sebagai Kapten dalam Angkatan Tentera Kuwait dikatakan telah berjumpa Shaikh Basil pada Jun 2010 di Istana Maseelah yang dipunyai oleh bekas Emir Kuwit. pada mulanya mereka dikatakan sedang berbual bersama tetamu lain sebelum Shaikh Faisal memberitahu Shaikh Basil bahawa beliau ingin bercakap bersendirian dengan Shaikh basil.

Setelah meninggalkan bilik berkenan, beberapa minit kemudiannya para tetamu terdengar bunyi tembakan dan apabila memasuki bilik dimana tembakan itu didengar, mereka mendapati Shaikh Basil telah ditembak dan menghantar beliau ke hospital Mubarak Al Kabeer dan kemudiannya Shaikh Basil disahkan telah mangkat. Pasukan perubatan memaklumkan bahawa Shaikh Basil telah ditembak beberapa kali dari jarak dekat. Pihak berkuasa kemudiannya menahan Shaikh Faisal untuk siasatan lanjut.

Shaikh Basil berusia 52 tahun merupakan cucunda kepada Emir Kuwait ke-12, Shaikh Sabah Al Salem Al Sabah yang memerintah Kuwait mulai 24.11.1965 hingga 31.12.1977, beliau juga merupakan putera sulong Shaikh Salem Sabah Al Salem Al Sabah dan Shaikha Badriya Abdullah Al Jaber Al Sabah. Shaikh Salem merupakan Duta Kuwait ke Amerika Syarikat, Kanada dan Venezuela dar 1970 hingga 1975 dan kemudiannya terlibat dalam politik di Kuwait. Pembunuhan ini tidak ada kaitan dengan motif politik kerana Shaikh Basil tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.

Tiffany Bracelet Untuk My Lill Sis Birthday

16.10.2011, Ahad - Malam tadi Syah sampai Rawang Residence hampir jam 22:30hrs dan penat sangat tu yang tak update blog. Syah ke Midvalley pun lewat hampir jam 15:40hrs kerana bas lewat coz driver lain lagi semalam. Sampai Midvalley terus ke Makan Place ingatkan nak makan tempat biasa tu tetapi tutup sebab dia cat gerainya so makan Nasi Goreng Kampung dan cokodok jer. Nak beli ayam goreng kat kedai nasi kukus tetapi katanya ayam jer tak boleh beli. Tak per ler............

Lepas tu pusing-pusing nak cari birthday gift untuk my lill sister, Intan. Akhirnya dah lepas mencari pusing-pusing, Syah buat decision belikan dia Bracelet di Tiffany. Rasa-rasanya dia suka kot. Malam tai call dia dan ingat nak belanja makan nasi arab kat Setiawangsa tetapi dia tak tahu nak kesana pula dan dia cadangkan nak ambil Syah di Rawang. Mungkin kami makan-makan di Rawang jer kot? tapi tak tahu lagilah tengok macam mana coz Intan ada cadangkan celebrate di Rawang jer. Oklah sekarang jam 09:07hrs dan macam biasa time untuk mengemas rumah di hari minggu. Sehingga berjumpa lagi dilan Entry........... Byeeeeeeeeeeeee

Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14

Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-5

15.10.2011, Sabtu - Semalam 14.10.2100 Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bernama memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara yang dipengerusikan oleh Sultan Perak telah memutuskan Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan juga merupakan Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Baginda akan memulakan tugas-tugas rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 13.12.2011 bagi menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatan baginda selama lima tahun.

Bakal Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-14, KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun

Perlantikan ini telah mengukir sejarah dalam sistem beraja di Malaysia dimana Tuanku Abdul Halim telah dilantik buat kali keduanya sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pada 21.09.1970 Tuanku telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 bagi tempoh lima tahun dan berakhir pada 20.09.1975. Permaisuri baginda pada masa itu adalah Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman menggunakan gelaran Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-5 manakala dengan perlantikan kedua ini permaisuri baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun pula bakal dinobatkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia Ke-14.
Tuanku Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5

Tuanku Abdul Halim sekarang berusia 83 tahun dan mempunyai tahap kesihatan yang amat memuaskan. Pada 15.07.2008, baginda telah menyambut Perayaan Jubli Emas pemerintahan baginda sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan sambutan Jubli Perak pada 1983. Baginda diputerakan pada 28.11.1927 dan kehilangan bonda tercinta dalam usia tujuh tahun. Baginda merupakan bapa saudara kepada Bapa Kemerdekaan negara kita iaitu YBM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Baginda berkahwin buat pertama kalinya dengan Almarhum Tuanku Sultanah Bahiyah yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan pada 09.03.1956. Baginda berkahwin buat kali keduanya dengan Tuanku Sultanah Hajah Haminah pada 25.12.1975 selepas tiga bulan baginda menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 tamat.

Seri Paduka Baginda Tuanku Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong ke-5.

Hasil daripada perkahwina pertama, baginda dikurniakan dengan seorang puteri sahaja iaitu Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Intan Shafinaz manakala dengan Tuanku Hajah Haminah baginda tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Sembah Tahniah kepada KDYMM Tuanku Abdul Halim diatas perlantikan ini semuga Tuanku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. DIRGAHAYU TUANKU PATEK.

Salah satu Entry Syah mengenai Tuanku

Buat Buayan Dalam Komuter

15.10.2011, Sabtu - Semenjak dua menjak kebelakangan nie macam-macam jadi dalam komuter yang boleh dikongsi bersama. Sharing is Carring kan ....... ???? Tajuk blog nie buat buayan dalam komuter, pernah terfikir tak nak buat buayan anak dalam public transport dan mungkin ini yang pertama berlaku dinegara kita atau pernah terjadi tetapi tak dilaporkan.... citernya begini.............

Semalam sewaktu balik dari appointment di Midvalley, Syah ke Makan Place Food Court tetapi banyak dah tutup maklumlah food court untuk staff dan waktu begini staff pun dan standby nak balik. So Syah beli Popia Basah dan McD. lepas tu terus ke KTM Midvalley untuk balik Rawang approx jam 20:30hrs tak silap Syah. Dalam komuter selepas dua station Syaha dapat duduk shukur alhamdulillah.

Nak jadi cerita ada pasangan nie bawa anak dia dalam komuter, macam indonesian kot? Tiba-tiba anaknya menangis tak henti-henti dan penat dia buat berbagai aksi tetapi anaknya tak mahu diam dan asik nangis tak henti. Dia ingat anaknya hendak tidur lalu dia buka beg dan keluarkan kain pelikat dan ikat kat pemengan tangan dalam komuter tu dan sakgkutkan kain pelikatnya untuk buat buaian anaknya.

Malangnya plan tu tak jadi lalu dia dukung anaknya dan masik nangis lagi. Terus dia buka kain tu dan gantung kat leher dia buat buayai lagi tetapi tak jadi gak asik menangis. Orang dalam komuter tu ada yang pada mulanya nampak boring dek tangisan anaknya sempat tersenyum lihat gelagat bapanya dan mak budak tu.

Akhirnya dia bagi anaknya minum sambil dokong budak tu dan adalah diam lima minit lepas tu sambung balik nangisnya sampailah ke Stesyen KTM Rawang. Dari KTM Rawang Syah naik teksi kerana jam sudah pukul 21:30hrs dan bas tak ada lagi. Inilah insiden yang paling lawak pernah Syah tengok sepanjang Syah menggunakan komuter. Ada-ada jer kan? Kalau anda ada cerita yang lebih menarik, kongsilah dengan we all semua di blog nie, Okey.................

Friday, October 14, 2011

Raja Bhutan Mengakhiri Zaman Bujangnya



14.10.2011, Jumaat - Pada 13.10.2011 lepas telah diadakan perkahwinan diraja di Bhutan yang merupakan sebuah negara terpencil di pergunungan Himalaya yang dikatakan sebagai sebuah tempat yang paling mengembirakan di dunia dengan kapisiti penduduk sebanyak 700,000 orang. Istiadat perkahwinan disiarkan secara langsung oleh stesyen TV ke seluruh Bhutan. Negara ini mempunyai siaran Telivision hanya pada tahun 1999, tidak mempunyai lampu trafik dan hanya terdapat tiga kelinik gigi sahaja dan baru-baru ini dilaporkan escalator (tangga elektrik) yang pertama telah dipasang di Bhutan.


Perkahwinan Diraja ini merupakan perkahwinan Raja Bhutan sendiri iaitu King Jigme Khesar Namgyle Wangchuck atau dikenali sebagai "Dragon King ke-5" dengan seorang rakyat biasa Jetsun Pema yang berusia 21 tahun dan anak kepada seorang juruterbang. Pasangan pengantin mengenakan busana tradisi Bhutan yang dikenali sebagai Kira yang memerlukan masa selama tiga tahun untuk ditenun. Istiadat diadakan di Punnakha Dzong, Punnakha, Bhutan ditempat dimana baginda dimahkotakan sebagai Raja Bhutan pada 2008. Pada hari berkenaan diistiharkan sebagai cuti umum seluruh Bhutan. Istiadat Perkahwinan diadakan mengikut adat istiadat dirja Bhutan dan penuh dengan warna warni yang mengambarkan tradisi budha mereka.


Majlis perkahwinan ini dihadiri oleh kerabat diraja Bhutan, Pegawai-Pegawai kerajaan dan penduduk tempatan sahaja dan tiada tetamu dari kerajaan luar dijemput untuk istiadat ini. King Jigme, ayahandanya dan beberapa orang sami yang dikenali sebagai Je Khenpo kelihatan memasuki makam suci Zhabdrung yang merupakan kawasan larangan yang tidak dibenarkan sesiapun memasukinya kecuali mereka sahaja. Kemudiannya Ayahanda King Jigme menyerahkan lima pasang selindang (scarf) pelbagai warna sebagai restu daripada makam suci nenek moyang mereka kepada Jetsun. Jetsun kemudiannya menuju ke Singahsana Emas Diraja dengan membawa mangkuk wain yang berisi air minuman untuk "perhubungan yang kekal abadi dan berpanjangan" untuk diserahkan kepada suaminya untuk diminum.


King Jigme kemudiannya turun dari singahsana emasnya yang terletak dihadapan sebuah patung buda emas yang besar dan selepas meminum minuman tersebut baginda meletakkan mahkota yang diperbuat dari sulaman sutera di kepala permaisurinya sambil sami-sami budha membacakan doa diikuti paluan muzik tradisional Bhutan. Kemudiannya Je Khenpo menyerahkan hadiah berupa Cermin, Dadih, Rumput dan Kerang Besar simbolik untuk dipanjangkan umur, kebijaksanaan, kesucian dan kesejahteraan.Dengan perkahwinan ini Jetsun Pema bergelar Queen Jetsun Pema.


King Jigme ditabalkan sebagai raja menggantikan ayahandanya yang turun tahta pada 2008 bagi memberi laluan kepada baginda mengimplementasikan pemerintahan secara demokrasi di Bhutan dengan idea-idea yang baru sebagai seorang yang mendapat pendidikan di Oxford, United Kingdom. Sekarang baginda berusia 31 tahun dan merupakan seorang raja termuda memerintah didunia buat masa ini.

Forum Perdana Ehwal Islam Diraja sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-225

14.10.2011, Jumaat – Malam tadi telah diadakan buat julung kalinya Forum Perdana Ehwal Islam Diraja sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-225 bertempat di Istana Malawati, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman, Yang di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang DiPertua Negeri-Yang DiPertua Negeri, menteri-menteri kabinet serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Majlis ini bersiaran secara langsung di TV 1 membawa topik “Agama Dijunjung, Raja Disanjung” yang menyentuh peranan raja-raja dan pemerintah dalam memelihara agama Islam sebagai agama rasmi Negara dan hubungan antara para ulama dan pemimpin negara.

Anggota panel forum adalah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia Datuk Wan Mohamad Seikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara manakala moderator forum adalah Zakaria Othman. Forum ini merupakan anjuran bersama JAKIM, Istana Negara, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta RTM.

Nota : Gambar dari Bernama

Komuter Lambat Pagi Nie

14.10.2011, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com dan harap anda dan keluarga serta orang tersayang dalam keadaan yang mengembirakan. Pagi nie sampai KTM Rawang sebelum jam 07:00hrs dan kami semua berlari-lari masuk stesyen untuk kejar komuter jam 07:00hrs. Malangnya dah dua hari train jam 07:00hrs tak ada, tak tanya plak mereka nape. Jika tak ada terpaksalah tunggu komuter ke Sungai Gadut jam 07:15hrs. Tetapi pagi nie lain sket flownya.Heheheh........ ada-ada jer kan.

Tiba-tiba ada ekspress langkawi tak silap Syah landing kat landasan dan bagi laluan ETS dan mereka yang membeli ETS terpaksa naik tangga untuk ke platform sebelah sebab keretapi dah park kat tempat biasa. Lepas tu baru keretapi jalan dan komuter datang jadi lagi lewatlah jawapnya perjalanan kami ke Kuala Lumpur dan Syah sampai KL Sentral 08:30hrs dan biasanya jam 08:00hrs dah sampai. So masuk office lewat 15 minit hari nie.

Beginilah keadaan berhimpit dalam train dan ada yang kena muka orang yang dudukpun ada. Lihat jer lah si baju hijau dan muka kakak tu dekat jer hampir nak kena. Beginilah keadaanya dalam komuter pada waktu peak-hours. Kalau komuter tambah coach alangkan bahagianya. Terpijak kasut tu dah jadi lumrahlah. Orang dah penuh dan yang diluar tu menolak masuk sebab masing-masing nak kejar masa, beginilah jadinya macam ikan sardin.

Disebelah baju hijau tu ada orang buta nampak tak tangan kat beg lelaki baju hijau tu, itu tangan orang buta tu pegang tongkat tetapi tongkatnya tak nampak dalam gambar nie. Syah tak dapat nak bagi dia duduk kerana keadaan dalam tu dah sempit dan bila Syah bangun nanti lagi sukar untuk berdiri sebab jika orang tu duduk orang sebelah dia akan ambil tempatnya dan Syah nak berdiri kat mana, nanti kita sendiri pula tak ballance berdiri dalam tu sebab pernah terjadi jika sesak dan ada orang lain bagi penumpang lain duduk dia akan hadapi masalah untuk berdiri kerana kekurangan ruang.

Harap-harap KTM dapat mengatasi masalah nie bagi kesejahteraan masyarakat. Minta-mintalah menteri pengangkutan turun padang tinjau keadaan KTM waktu peak-hours kalau tak caya apa yang Syah cakapkan nie. Pergi secara mengegut baru terkejut nanti tengok keadaannya macam mana sistem pengangkutan kat Malaysia nie yang dibanga-bangakan tu. Kalau bagi tahu pihak pengurusan KTM nak melawat nampak gayanya "Tipah Tertipu" ler nanti Yer?

Thursday, October 13, 2011

Juadah Berbuka Puasa Hari Nie


13.10.2011, Khamis - Hari nie Syah puasa dan untuk buka puasa Syah ke pasar malam di Rawang Residence Syah untuk beli juadah buka puasa. Every Khamis malam Jumaat ada pasar malam. Syah beli Air Tebu, Young Tau Foo, Mee Goreng dan Buah Lai. Manakala Anggur tu Syah beli kat pekan Rawang tadi dan telur goreng mata tu Syah goreng sendiri. Manakala Cup Cake Red Valvet tu beli kat jualan di office Syah masa nak balik tadi. Kenyanggggg nyer............... Makan Semua

Sultan Kedah dan Raja Perlis melawat Tuanku Sultan Pahang di Ampang Puteri

13.10.2011, Khamis - Lunch tadi Syah ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan sempat melihat suasana disekitar hospital berkenaan. Pasukan polis dilihat berkawal bukan sahaja di premis hospital tetapi sehingga diluar kawasan hospital berhampiran deretan kedai-kedai terdapat anggota-anggota polis berkawal dari jauh. Banyak VVIP yang hadir, dari ahli politik sampailah ke Tentera dan Polis. Syah lihat banyak makanan dibawa dari luar dengan kenderaan khas dan dibawa masuk untuk Tuanku dan kaum kerabat oleh petugas-petugas khas beruniform biru. Semasa menunggu, Syah sempat melihat ketibaan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan menaiki sebuah Mercedes putih dengan pendaftaran WQF 11 tak silap Syah. Kemudiannya beliau diiringi ke wad Tuanku Sultan.Selepas itu Syah melihat keberangkatan tiba Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Keberangkatan tiba Tuanku SUltan Kedah telah disambut oleh dua orang puteri Sultan Pahang. Tuanku kelihatan sihat dan bertenaga walaupun sudah berada dalam usia 80an. Tidak berapa lama kemudian, kelihatan keberangkatan tiba Raja Negeri Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Beberapa mini kemudian dilihat Perdan Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba diperkarangan hospital berkenaan. Syah mendapat maklumat yang Tuanku Sultan Pahang akan berangkat pulang esok, sejauh mana kebenarnya itu Syah kurang maklum. Apa-apapun marilah kita beramai-ramai berdoa agar Tuanku Sultan Pahang diberikan kesihatan yang baik dan memuaskan. AMIN. Dirgahayu Tuanku Patik.

Tak Perihatin

13.10.2011, Khamis - Nie nak share gambar yang Syah ambil pagi tadi dalam bas dari Rawang Residence ke Pekan Rawang. Pertengahan jalan ada seorang perempuan India bawa anak kecil dan dia dukung budak tu. Yang duduk dihadapan dia adalah seorang gadis India juga tetapi dia buat tak tahu jer dan tak ada rasa kasihan kat wanita tu untuk bagi dia duduk, boleh buat bodoh jer.......... Sesama bangsapun buat tak kisah inikan pula yang berlainan bangsa kat dalam bas tue lagilah buat tak tahu jer. Walau bagaimanapun akhirnya dia dapat duduk apabila sepasang warga Maymar turun.

Sultan Pahang Masih Lagi Di Ampang Puteri

13.10.2011, Khamis - Tuanku Sultan Pahang masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri. Semalam Syah inform baginda akan berangkat pulang tetapi hari ini baginda masih lagi berada di pusat perubatan berkenaan.

Entry Syah terdahulu berhubung kemasukan Tuanku ke Ampang Puteri :-

Wednesday, October 12, 2011

Makan Free Hari Nie

12.10.2011, Rabu - Hemm .......... Mamam free jer hari nie. Balik dari fisio tadi tengok group Leadership and Talent Management ada buat makan-makan dan mereka invite Syah sekali. Untung Syah tak gi makan lepas fisio tadi . Ada nasi impit, pulut kuning, rendang daging dan ayam. Lunch pula mereka sambut birthday bos mereka Puan Mohana dan dapat lagi lunch yang dah siap dipack - Nasi Beryani Ayam Goreng yang Kak Lily serahkan pada Syah. Lepas tu ada kek, buah dan pencuci mulut lagi. Hem............ Makan...Makan...Makan... jer murah rezeki hari nie. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak.
Yang baju pink nie Nik, Account Exec di Telekom Training Center datang buat kerja kat office Syah sket petang tadi dan masa kami berdiskusi Jeeha yang baju hitam tu datang dan berikan kami pack makanan yang mengandungi pulut kuning dan sambal ikan bilis. Jeeha last day buat pratikel kat tempat Syah. Dia beri kami semua kat office nie pulut kuning sambil ucap terima kasih atas bantuan kami semasa dia buat pratikel. Syah bawa balik pulut kuning tu dan makan dirumah jam 21:30hrs tadi sekembali dari office. By the way Nik pula akan mengakhiri zaman bujangnya bulan depan. Hari nie tak keluar duitpun beli makanan, Shukur Alhamdulillah. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry......... Selamat Malam Semua..............

Sultan Muhammad ke-V Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-225

12.10.2011, Rabu - Hari ini Al-Sultan Kelantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V telah mempengerusikan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara. Mesyuarat hari pertama ini dihadir oleh semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang dan Terengganu. Pahang diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj manakala Terengganu diwakili olah Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel. Kesemua Raja-Raja Melayu dan wakil diiringi oleh Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertuan Negeri-Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang tidak dapat menghadiri mesyuarat Raja-Raja Melayu pada kali ini.

Jangan Tiru Aksi Ne

11.10.2011, Rabu - Pagi nie bas cepat 5 minit lah plak dan masa Syah nak kunci pintu pagar bas dah lalu tetapi dia berhenti di hadapan sedikit daripada bas stop dan Syah berlari kejar bas tu dan dapat naik. Rupa-rupanya driver ganti, patutlah dan agaknya ada orang inform bas gerak 06:30hrs tu yang dia tunggu tu takut ada yang terlepas bas nanti. Pergi kerja macam biasa cuma terlepas komuter jam 07:05hrs dan terpaksa tunggu next train jam 07:15hrs. Hari nie Syah ada fisio.

Saja nak share dengan anda semua gambar yang Syah ambil pagi tadi. Namapun public transport dan kita kena berkongsi dengan orang lain dan tidak pentingkan diri sendiri. Contohnya gambar yang Syah ambil pagi tadi dalam komuter. Nasihat Syah janganlah anda duduk macam perempuan ni. Mereka nie bukannya pasangan. Bukan apa bila anda bersila pangung macam tu iannya akan menggangu orang sebelah dan kadangkal kita tak menyedarinya.

Ialah buatnya orang tu nak solat ker nanti macam mana kalau kasut tu terpijak najis? Biasanya kalau ditegur nanti "buat muka". Begitu juga ada sesetengah orang suka menghenjut kaki ketika duduk dan henjutan tu sebenarnya menggangu orang disebelh kita. Anda sebagai penumpang public transport Syah mohon supaya tak buat kelakuan-kelakuan macam nie. Kita kena fikirkan hal orang lain juga dan cuba bawa pada diri sendiri kalau orang buat kat kita macam tu kita mesti marahkan.

Sultan Pahang Mendapat Rawatan di Ampang Puteri

12.10.2011, Rabu - Semalam ada sumber memaklumkan bahawa Sultan Pahang KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayyatuddin Al-Mu'adzam Shah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, Jalan Ampang untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selama satu hari. Baginda bukannya gering cuma membuat sedikit rawatan yang Syah tidak dapat nyatakan disini. Insyallah jika tida aral melintang, Tuanku dijadualkan berangkat pulang hari ini. Terdapat lima buah bilik telah ditempah oleh pihak Sultan Pahang di hospital berkenaan. Pada Jam 12:19hrs tadi kelihatan Tengku Mahkota Pahang Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj dan pengiringi memasuki lobi Hospital Pakar Ampang Puteri untuk melawat paduka ayahandanya. Beberapa minit setelah keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Malaysia dan juga merupakan anakanda saudara kepada Tuanku Sultan Pahang memasuki Hospital Ampang Puteri. Dato Seri Hishammuddin berkahwin dengan anakanda saudara Tuanku Sultan Pahang iaitu Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Update :- Dilaporkan pada jam 13:30hrs tadi, Yang DiPertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob datang melawat Tuanku Sultan Pahang di Ampang Puteri. Turut dilihat adalah Dato' Rajagopal Krishnasamy atau K.Rajagopal ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia mengadap Tuanku Sultan di Ampang Puteri.

Tuesday, October 11, 2011

Raja Isteri Terima Hadiah 40 Doa Rabanna Dalam Al-Quraan

11.10.2011, Selasa - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Beliawanis Brunei Darussalam sempena Hari Puja Usia baginda (hari lahir). Majlis mengadap diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Dsalam majlis ini, baginda telah menerima hadiah berupa kaligrafi tulisan khat tangan " 40 Doa Rabbana Dalam Al-Quran " yang telah dikumpulkan dalam buku khas berukuran 420mm x 250mm setebal 65 muka surat.

Kaligrafi ini telah ditulis tangan oleh 27 orang wanita yang terpilih daripada pelbagai ajensi dan jabatan kerajaan. Buku ini disiapkan dalam masa kurang daripada satu minggu dengan kulit hadapannya bermotifkan flora dan fauna.

Ke TMTC Petang Tadi

11.10.2011, Selasa - Syah sampai di Rawang Residence approx jam 08:00hrs dan petang tadi Syah tak ada di pejabat kerana kami semua ke Kolej Latihan Telekom atau TMTC di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. So sibuk dan tak dapat update blog waktu lunch tadi. Sorry yek? Hari nie ada Program PLD Engagement 3/2011 yang merupakan quarterly program Bahagian tempat kerja Syah dengan kehadiran adalah diwajibkan dan terpaksalah "tutup kedai". Syah tumpang Kak Rose ke TMTC dan balik pula Syah naik teksi ke Stesyen LRT Damai untuk ke Masjid Jamek sebelum ambil bas ke Rawang.


Majlis di mulai dengan persembahan "War Cry" setiap unit termasuk mereka yang berada di Region, By the way program nie dijalankan secara life streamyx ke semua bahagian kami di seluruh Malaysia. Selepas War Cry kami menyanyikan lagu kebangsaan Negara ku diikuti lagu KRISTAL TM dan kemudiannya bacaan doa. Selepas itu our Big-Big Boss Dr Zainal Abu Zarim menyampaikan amanatnya kepada kami, pemberian hadiah & anugerah dan last sekali sebelum makan diadakan sambutan birthday bagi mereka yang lahir dari July - September 2011. Semasa kami makan tiba-tiba terdengar Dr Zainal dan kakitangan lagi menyanyi diatas pentas utama. Selepas makan lebih kurang jam 17:00hrs, Syah terus balik sebab nak kejar bas ke Rawang.

Breakfast @ TM Food Court

11.10.2011, Selasa - Pagi nie sampai jer kat office Syah ke Aras tiga untuk beli sarapan. Pusing punya pusing akhirnya Syah beli Meehon Goreng. Lepas tu terasa nak makan nasi goreng kampung dan ayam goreng - RM4.00 dan meehon tu RM2.00. Nasi tu Syah makan kat food court jer dan tak order minuman coz bawa mineral water dari office. Meehon tu nanti makan untuk lunch karang. Jumpa Kak Rose dan rupa-rupanya ada Enggagement Program petang nie di TM Training Center dan kami semua diwajibkan pergi. Syah cup Kak Rose tumpang dia nanti dan Kak Rose kata nak bertolak jam 12:00hrs. Perut plak rasa macam sakit nie.............. heheh ok lah yer jumpa lagi dilain Entry.

Monday, October 10, 2011

Lunch Ikan Bakar

10.10.201, Isnin - Nie ler lunch teman tengahari nie. Ingatkan hendak makan Nasi Padang tetapi memandangkan kita nie seorang dan waktu lunch sure heboh penuh punya tempat tu. So tiba-tiba masa di masjid India nampak ada gerai Ikan Bakar dan Syah makan kat situ. Mereka caj semuanya RM9.20. Manakala minuman pula air tebu. Macam nak tercekiik tulang plak tadi tetapi untung dapat Syah luehkan sebelum tertelan.

Lepas mamam Syah beli nenas dan sebelum tu karipap dua. Singgah Sogo jap ...... sekejap jer sebelum bertolak ke KTM Bank Negara sebelah Sogo tu jer. Sampai Rawang Residence hari nie sebelum Asar dan Syah turun kat kedai runcit nak beli mineral water 2 katun dan minta merka hantarkan. Dinne plak hari nie bun ikan bilis dan mee segera perisa asam laksa.
Masa kat pekan Rawang tadi singgah Kedai Tenaga Nasional minta salinan bil coz Rawang Residence tak dapat bill. Alamak bulan nie kena bayar RM20.80 dan tak dapat rebet kerana lebih lapan pulush sen. Bawah RM20.00 tak perlu bayar tetapi disebabkan lebih lapan puluh sen kena bayar jumlah tu semua dan mereka tak tolak ddua puluh ringgit tue............ Ok lah penat rasanya coz cuaca panas tadi. Syah rasa macam nak tidurkan diri jer............ Sehingga berjumpa lagi di Entry seterusnya.


Jumpa My Boss di Kompleks Tabung Haji

10.10.2011, Isnin - Di Tabung Haji tadi semasa menunggu ketibaan Tuanku Mizan, tiba-tiba ada orang tegur Syah. Bila Syah lihat rupa-rupanya suami Norafizah Mohd Izat atau Dik Nor boss Syah yang sedang dalam pantang itew. Masa Syah hendak cari toilet terjumpa lagi tetapi terperanjat Syah Dik Nor pun ada sekali. Dalam pantangpun digagahkannya menghantar parents dia menunaikan Haji. Bila Syah kata eh diapun ada, refering to baby dia, Suami Dik Nor kata dia hendak hantar nenek dan datuknya sambil ketawa.

Syah sempat tanya dia dimana sekarang dan katanya dirumah mertua di Shah Alam. Lepas bersalin hari tu dia balik kampung dia dan setelah parentsnya ke Mekah dia transfer pula ke rumah mertuanya di Shah Alam. Bila dah balik baru teringat, Lupa lagi Syah nak tanya nama anaknya. Heheheh ada-ada jer kan........?

Dapat Berjumpa Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah di Kompleks Tabung Haji Kelana jaya

10.10.2011, Isnin - Shukur Alhamdulillah, Bertuah hari nie kerana dapat melihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dari dekat dan mengambil sendiri beberapa keping gambar baginda berdua. Kebetulan Syah di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya kerana menghantar Mak Uda untuk menunaikan fardu Haji. Hari ini Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji yang diadakan di Dewan Melawati, Taha D'Kelana, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.Baginda dan rombongan sampai lebih kurang jam 11:30hrs seperti yang dijadualkan dan telah disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Haji Jamil Khirbin Haji Baharum, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor dan isteri serta dif-dif kehormat dan dif-dif jemputan. Mengikut jadual yang Syah dapat di bahagian pendaftaran media, baginda akan berangkat pulang pada jam 13:00hrs. Syah tak tunggu sampai Tuanku berangkat pulang dan selepas Tuanku memasuki dewan, Syah pun balik.

Mak Uda Tunaikan Fardhu Haji

10.10.2011, Isnin - kum 36Salam semua apa khabar, Sorry tak dapat update blog awal hari nie kerana Syah ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Syah tak ingat Mak Uda ke Mekah hari nie cuma secara tiba-tiba subuh tadi Syah buka Facebook dan nampak entry dari Ain (Cousin Syah) inform mereka adik beradik di Tabung Haji. Nak call dia nombornya Syah tak ada lalu Syah call Nizam minta nombor Ain. Syah buat decision nak jumpa Mak Uda juga kerana dia dijadualkan masuk jam 10:00hrs. Dari Rawang Syah naik ETS sebab nak cepat dan kemudiannya ambil LRT ke Kelana Jaya. Sampai Kelana Jaya Syah tanya Mak Cik jual kuih mana bas hendak ke Tabung Haji. Dia jawab dari sini Jauh dik dan minta Syah turun di Stesyen Taman Bahagia dan naik bas 65 katanya. Termengah-mengah Syah naik tangga sebab nak kejar masa. Sampai Taman Berjaya tanya kaunter mana bas ke Tabung Haji dan mereka inform kat bawah dan bila Syah tanya bas nombor apa, tanya kat bawah katanya, mungin dia tak tahu kot.

Dalam tergesa-gesa nak cari bas sampai terpijak kaki seorang perempuan yang hendak beli tiket. Salah dia tiba-tiba depan Syah dan Syah nak cepat. So said sorry jer lah dan dia tengok jer Syah. Sampai bawah tengok tak ada bas 65 yang ada 625. Rupanya mereka kat situpun sebut 65 untuk bas nie. Pada anda yang hendak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jangan turun LRT Kelana Jaya tetapi turun di Stesyen LRT Taman Berjaya dan ambil bas 625 dengan kadar tambang RM1.00 jer. Tanya driver nak turun mana kerana kalau malu bertanya sesat jalan tau?

Dari bas stand tanya orang arah ke Tabung Haji dan follow jer instruction tu tak sampai 10minit sampai dah. Pusing-pusing cari keluarga Mak Uda akhirnya Anas (my cousin) nampan Syah dan panggil. Mereka sedang berkumpul dibawah khemah dan masa tu Mak Uda dan Ain tak ada coz ke toilet. Sempat bergambar, salam dan cium Mak Uda. Syah serahkan sedikit sumbangan untuk Mak Uda buat belanja disana dan Syah siap-siap tukarkan duit Saudi di KL Sentral pagi tadi. Mereka bertolak dari Kajang jam 05:00hrs pagi tadi. Hampir jam 10:00hrs Mak Uda dan para jemaah yang lain beratur masuk ke Bangunan Tabun Haji dan disinilah kami bersalam-salaman dan semuanya menangis dan mengalirkan air mata.

Nizam dan keluarga datang lewat dan tiba masa Mak Uda sedang beratur untuk masuk ke bangunan. Lepas Mak Uda masuk kami bersalaman dan kembali ke tempat masing-masing. Syah stay sebab nak tengok Tuanku Mizan yang dijadualkan sampai jam 11:30hrs. Masa tunggu Tuanku tu syah sempat mengintai kat satu pintu kaca dan nampak Mak Uda sedang diperiksa untuk masuk ke satu kawasan dalam kompleks tu tetapi dia tak nampak Syah sebab jauh. Syah doakan agar Mak Uda dapat beribadat dengan tenang dan dikurniakan Haji yang Mabrur. Amin. Mak Uda pergi seorang diri, suaminya Uncle Syah Almarhum Mon Al-Haj telah meninggal dunia.

Sunday, October 9, 2011

Ronda-Ronda Ahad @ Midvalley

09.10.2011, Ahad - Lepas Zohor tadi Syah keluar dar Rawang Residence coz hendak jalan-jalan ke Midvalley kerana lately Syah found out hanya tempat tu jer yang mudah untuk kemudahan Syah balik ke Rawang. Dari Rawang ada komuter ke Midvalley tu sebab dijadikan pilihan. Sampai hampir jam 15:50hrs dan Syah pusing-pusing dan sempat ke kedai tit-bits yang ada menyediakan sample untuk pelanggan. Ramai yang masuk tu merasa dan tak kurang juga yang membeli. Hampir masuk waktu Asar Syah ke Surau Jasco untuk solat Asar. Lepas solat baru nak cari tempat makan kerana lapo le teman nie dari pagi tak makan. Sampai Midvalley tadi sempat beli fruit. Tempat makan murah di Midvalley adalah di Food Court Makan Place ditingkat bawah sekali. Actually food court nie dikhaskan untuk pekerja Midvalley dan kawasan sekitarnya dan harganya memang berpatutan compare kalau nak makan di Midvally Food Court tu tetapi kat sini tak ada aircond cuma kipas. Orang luar nak makan kat sini pun boleh bukannya mereka halaupun cuma tak galmour jer lah.
Haaaaaaaaaaa......... Nie ler juadah dinner malam nie, Nasi Goreng Kampung yang kat sini mereka tak letak cili api dan memang sedap begitu juga Tom Yam Ayamnya memang terangkat bagi Syahlah tekak orang lain No Comment. Mereka caj RM9.00. Minuman pula Milo O panas dan Air Suam. Lepas makan ronda-ronda jap dan jam 06:00hrs gerak ke KTM Midvalley. Ada train jam 18:15hrs tetapi Syah tak dapat naik bukannya kerana penuh tetapi penumpang yang berada dihadapan tak mahu masuk kedalam, jadi nampak macam penuh dan kami tak boleh naik dan bila komuter jalan baru nampak belakang banyak kosong. Teruk betul perangai penumpang yang tak fikir pasal orang lain nie. Ada seorang abang tu menyumpah-nyumpah dia tengok perangai penumpang-penumpang itew.


Syah terpaksa naik next train dan komuter tu hanya berhenti di Sungai Buloh dan mereka minta kami ke platform sebelah untuk ke Rawang dan stesyen seterusnya. Masa di Midvalley tak dapat duduk sehingalah beberapa stesyen baru dapa duduk dan dari Sungai Buluh memang dapat duduk kerana orang banyak dan keluar. Tak lah lama sangat tunggu komuter di Sungai Buloh, kejap jer. Syah tiba Rawang hampir jam 19:40hrs dan memang kebiasaannya bas 19:30hrs dah lepas tetapi sampai je bas stand bas tak jalan lagi rupanya ........... apa lagi............ naiklah kita walaupun berhimpit dan berdiri kerana banyak warga Bangladish dalam tu kerana hari nie hari bergmbira mereka coz esok dah kerja semula. Alaaa macam kita jugak lah kan?


Sampai Rawang Residence Syah siram pokok binga dan kemudiannya solat Insyak dan qada Maghrib. Sekarang jam 22:10hrs dan Syah nak mandi kerana balik tadi tak mandi lagi. Memang tak elok mandi malan ditakut terkena paru-paru berair tetapi bukannya selalu pun. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ..... Selamat Malam Semua.

Raja Perlis Rasmikan Masjid Terapung Al-Hussain

09.10.2011, Ahad - Malam tadi Raja Negeri Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah merasmikan Masjid Terapung Al-Hussain. Masjid ini terletak di Muara Sungai Perlis yang merupakan laluan masuk utama pelancung ke Pulau Langkawi. Kos pembinaannya menelan belanja lebih kurang 12 juta telah ditaja oleh seorang ahli perniagaan Tan Sri Mohd Ariffin Yusoff dan keluarganya. Masjid ini mempunyai dewan solat yang menganjur ke laut dan boleh memuatkan seramai 1,000 jemaah pada satu-satu masa dan dikatakan sebagai satu mercu tanda baru bagi Perlis.

Masjid Terapung Al-Hussain dilengkapi dengan menara berkembar yang akan menyalakan lampu biru ketika masuknya waktu Solat Subuh dan Maghrib, manakala lampu hijau bagi waktu Isyak sebagai panduan kepada orang ramai terutamanya para nelayan akan waktu-waktu solat. Dalam titah ucapan perasmiannya, baginda menyarankan agar pihak masjid mengadakan pelbagai aktiviti yang akan menarik minat generasi muda untuk ke Masjid. Titah baginda lagi pegawai masjid harus menjaga kebersihan dan keindahan masjid disamping berpegang teguh kepada amalan sunnah wal jamaah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Baginda juga menggalakkan pelbagai pihak menyumbang pembinaan masjid di Perlis bagi menambahkan lagi bilangan masjid yang setakat ini berjumlah 104 buah.

Turut serta mengiringi baginda dalam majlis ini adalah Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra, Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman.

Note : gambar dari Bernama

Duchess of Alba Berkahwin Kali Ketiga Dalam Usia 85 Tahun

09.10.2011, Ahad - Siapa kata perempuan berusia lanjut tak layak untuk berkahwin ? Salah seorang wanita aristokrat terkaya di Eropah, The Most Excellent The Duchess of Alba de Tormes atau lebih dikenali dengan panggilan Dutchess of Alba yang berusia 85 tahun telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang berusia 24 tahun lebih muda dari usianya. Pada awalnya perkahwinan ini telah mendapat tentangan daripada anak-anak beliau dan keluarga diraja Spanyol tetapi segala kekusutan itu dapat direlaikan apabila beliau mengambil langkah membahagikan harta-hartanya pada Julai lepas kepada enam orang anaknya sehingga membawa kepada penyatuan diantara dua hati yang sedang dilamun cinta ini. Raja Spanyol, King Juan Carlos juga telah memberikan restu baginda kepada pasangan ini untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri.


Istiadat perkahwinan diantara Duchess of Alba dan Alfonso Diez Carabantes diadakan di Palacio de las Dueñas atau lebih dikenali sebagai Palace of The Dukes of Alba di Seville, Spanyol pada 05.10.2011 lepas. Gambar menunjukkan Duchess of Alba menari tenggo bersama suaminya selepas Istiadat Perkahwinan mereka. Mengikut Guinness World Records, Dutchess of Alba atau nama sebenarnya Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y Silva merupakan salah seorang kerabat diraja didunia yang menerima banyak gelaran rasmi iaitu lebih daripada 40 gelaran yang mendahului gelaran-gelaran yang diterima oleh Baginda Queen Elizabeth II dari Great Britain. Kekayaan Duchess of Alba merangkumi Istana-Istana Purba Sepanyol, Koleksi lukisan-lukisan karya Velazquez dan Goya serta Hartanah yang dianggarkan bernilai 600 million hingga 3.5 billion euros.

Perkahwinan ini telah mendapat liputan meluas media di Spanyol sehinggakan beranda sebuah bangunan yang mempunyai pemandangan terbaik menghadap pintu masuk Istana telah disewa oleh sebuah syarikat Tv dengan kadar 8,000 euros sepertimana yang dilaporkan oleh El Mundo newspapers. Duchess of Alba pernah membuat kenyataan berhubung bakal suaminya "I have stood alone with this plan, and everyone was against it until they realized the high caliber he is," .

Duchess of Alba berkahwin buat pertama kalinya pada 1947 dengan Don Pedro Luis Martinez de Irujo y Artacozan iaitu putera kepada Duke of Sotomayor. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan diraja terhebat pernah berlaku di Spanyol sehingga mengatasi populariti perkahwinan Princess Elizabeth (Queen Elizabeth II) yang berlangsung sebulan selepas perkahwinan mereka. Perkahwinan ini bertahan selama 25 tahun sebelum mendiang suaminya meninggal dunia akibat kanser. Keenam-enam anak beliau adalah hasil daripada perkahwinan pertama ini.

Duchess of Alba berkahwin semula pada 16.03.1978 dengan Jesús Aguirre y Ortiz de Zárate yang merupakan seorang Doktor dan bekas Padri yang 11 tahun lebih muda dari usia beliau. Perkahwinan ini bertahan selama 23 tahun sebelum mendiang meninggal dunia pada tahun 2001. Aguirree dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak tirinya sehingga menguruskan Alba Estate bersama anak tirinya Carlos. Setelah hidup bersendirian selama hampir 10 tahun akhirnya Duchess of Alba mengambil keputusan untuk berkahwin semula. Desas-desus hubungan Duchess dan Alfonso Diez Carabantes mula diperkatakan semenjak 2008 lagi.

Alfonso yang berusia 61 tahun akan meninggalkan perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan setelah perkahwinan ini dan akan menetap bersama isteri tercinta di Palacio de las Dueñas yang merupakan sebuah Istana yang mempunyai rekabentuk Renaissance dibina pada akhir abad ke-14. Duchess of Alba memaklumkan dalam kenyataannya "I am a practicing Roman Catholic, that's why I'm marrying for a third time, unfortunately my two previous husbands died".

Putera-puteri Duchess of Alba adalah :-

1. Carlos Fitz-James Stuart -14th Duke of Huéscar

2. Alfonso Martínez de Irujo - 15th Duke of Aliaga
3. Jacobo Fitz-James Stuart - 23rd Count of Siruela
4. Fernando Martínez de Irujo - 11th Marquis of San Vicente del Barco
5. Cayetano Martínez de Irujo - 13th Count of Salvatierra
6. María Eugenia Martínez de Irujo - 12th Duchess of Montoro