Monday, April 18, 2011

Jadual Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

Westminister Abbey - Disinilah nanti Prince William dan Kate Middleton Akan DiSatukan Sebagai Pasangan Suami Isteri Yang Sah pada 29.04.2011.

28.04.2011, Jumaat - Sebagai panduan kepada anda semua, disini Syah sertakan aturcara Istiadat Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton yang akan berlangsung pada 29.04.2011.


Between 08:15hrs and 09:45hrs:- The vast majority of the 1900 guests will arrive at the Great North Door of Westminster Abbey ahead of the 11am service.

From 09:50hrs:- Governors-general and prime ministers of realm countries, the Diplomatic Corps, and other distinguished guests arrive at the Abbey.

10:10hrs:- Prince William and his best man Prince Harry leave Clarence House in a Bentley for Westminster Abbey, arriving five minutes later. The route between Buckingham Palace and the Abbey goes by The Mall, Horse Guards Road, Horse Guards Parade, through Horse Guards Arch, Whitehall, Parliament Square (the south side) and Broad Sanctuary.

10:20hrs:- Members of foreign royal families arrive at the Abbey from Buckingham Palace.

10:20hrs:- Kate Middleton's mother Carole Middleton and brother James Middleton leave the Goring Hotel for the Abbey. They arrive at the Abbey at 10:27hrs.

10:25hrs:- Members of the Royal Family leave Buckingham Palace for the Abbey, arriving at 10:30hrs.

10:35hrs:- The Duke of York, Princess Beatrice, Princess Eugenie, The Earl and Countess of Wessex, The Princess Royal and Vice Admiral Timothy Laurence leave Buckingham Palace for the Abbey, arriving at 10:40hrs.

10:38hrs: The Prince of Wales and Duchess of Cornwall leave Clarence House, arriving at the Abbey at 10:42hrs.

10:40hrs: The Queen and the Duke of Edinburgh leave Buckingham Palace, arriving at the Abbey at 10:45hrs.

10:48hrs: The bridesmaids and pages leave the Goring Hotel, arriving at the Abbey at 10:55hrs

10:51hrs: The bride and her father Michael Middleton leave the Goring Hotel for Westminster Abbey in a Rolls Royce

11:00hrs:- The marriage service begins and is relayed by speakers along the route. There will also be big screens in Hyde Park and Trafalgar Square.

12:15hrs:- The carriage procession of the bride and groom with a Captain's Escort of the Household Cavalry, followed by the Queen's procession with a Sovereign's Escort of the Household Cavalry, leaves the Abbey for Buckingham Palace. The bride and groom will be in the 1902 State Landau, or the Glass Coach if it is raining.

12:30hrs:- The bride's carriage procession arrives at Buckingham Palace

12:40hrs:- Members of the Royal Family and members of foreign royal families arrive at Buckingham Palace.

From 12:40hrs:- Other guests for the reception arrive at Buckingham Palace

13:25hrs: The Queen and the bride and groom, together with their families, appear on the balcony.

13:30hrs: Fly-past by the Royal Air Force and Battle of Britain Memorial Flight.


The Queen will give a lunchtime reception at Buckingham Palace, which will be a private gathering for guests drawn from the congregation who will represent the couple’s official and private lives. During the reception, the couple will appear on the Buckingham Palace balcony with other members of the Royal family. The Reception is expected to finish mid-afternoon and guests will be served with canapés.

At some point in the afternoon, the bride and groom will leave Buckingham Palace for some downtime at St James's Palace.

In the evening, the Prince of Wales will give a private dinner, followed by dancing, at Buckingham Palace for the couple and their close friends and family.

Prince William dan Kate Middleton Akan Dipisahkan Sementara Waktu Menjelang Senja Hari Perkahwinan Mereka

William dan Kate - Darah Manis

28.04.2011, Khamis - Prince William dan Kate Middleton telah dimaklumkan oleh oleh pihak Istana Buckingham mengenai tatatertib yang harus mereka ikuti pada petang menjelang majlis perkahwinan mereka. Di Britain, pasangan yang akan berkahwin akan bersama-sama menghadiri jamuan makan malam bersama saudaramara terdekat dan teman rapat pada petang menjelang hari perkahwinan mereka tetapi situasi ini tidak akan berlaku dalam keluarga diraja yang penuh dengan protokol dan adat istiadat yang harus dipatuhi.

Mengikut tradisi keluarga diraja Britain pasangan yang akan berkahwin tidak dibenarkan berjumpa diantara satu sama lain menjelang senja sehinggalah pada majlis perkahwinan mereka keesokan harinya. Esok pagi 29.04.2011 lebih kurang jam 03:00hrs waktu Malaysia dan jam 19:00hrs waktu London (28.04.2011) Prince William dan Kate Middleton akan dipisahkan sementara waktu sehinggalah mereka berjumpa di Westminister Abbey pada pagi 29.04.2011 untuk majlis perkahwinan diraja. Majlis Perkahwinan dijangka bermula pada jam 18:00hrs waktu Malaysia dan jam 11:00hrs waktu London.

Sunday, April 17, 2011

Persediaan Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

28.04.2011, Khamis - Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton akan berlangsung esok 29.04.2011 di Westminister Abbey. Sekarang ini bandar London sedang sibuk dengan persiapan dan mengadakan raptai untuk memastikan majlis ini berjalan seperti yang dirancang. Jom kita ronda-ronda sebahagian aktiviti mereka. Kate Middleton kelihatan memendu kenderaan keluar dari kediaman keluargannya di Bucklebury menuju The Goring Hotel, London dimana beliau dan keluarga akan menginap sebelum Majlis Perkahwinan. Beliau ditemani oleh Pegawai Keselamatannya. Tak tahu bilakah lagi beliau akan kembali ke kawasan ini setelah bergelar Puteri Diraja nanti.

Persiapan terakhir Angkatan Tentera Udara Diraja Britain yang akan melakukan lintas hormat apabila Prince William dan Kate Middleton serta kerabat diraja Britain berada di beranda Buckingham Palace untuk melihat rakyat yang menunggu kemunculan mereka terutamannya Pasangan Penganti Diraja. Pedati khas yang akan membawa pasangan pengantin diraja dari Westminister Abbey ke Buckingham Palace selepas Majlis Perkahwinan sedang membuat raptai dihadapan Westminister Abbey dengan diringi oleh pasukan kawalan berkuda. Pasukan berkuda diraja dengan uniform lengkap mereka yang telah bersedia untuk menghadapi majlis perkahwinan diraja.
Kawalan keselamatan ketat dan kereta anti-bom dihadapan The Goring Hotel dimana Kate dan keluargannya akan menginap malam ini sempena Majlis Perkahwinan Diraja. Raptai yang diadakan dihadapan Istana Buckingham
Rolls-Royce Diraja yang akan membawa Kate Middleton dan Ayahandanya dari Goring Hotel ke Westminister Abbey sedang membuat latihan dijalanraya dari Goring-Westminister Abbey diikuti oleh polis pengiring.

Penyokong setia institusi beraja Britain sanggup berkampung dikawasan berhampiran Westminister Abbey untuk menyaksikan sendiri dari dekat majlis perkahwinan ini.

Pagi Khamis

28.04.2011, Khamis - Sekarang Jam 05:16hrs dan Syah baru bangun. Tekak Syah rasa kering macam nak sakit semula dan badan Syah rasa sakit-sakit mungkin lama sangat dalam bas. Tangan kanan Syah rasa macm nak kebas jer mungkin terhimpit masa tidur ker agaknya. Dua-dua tangan Syah rasa sakit coz bawa buku yang berat hari Isnin lepas yang hampir 8kg. Syah terpaksa pangku buku-buku tu coz takut rosak. Mata pularasa kering jer. Minggu nie Syah tak puasa sebab rasa tak sihat. Hehehehe ada-ada jerkan. Oklah Syah nak mandi dan lepas mandi nie baru segar agaknya. Malam tadi balik dari kerja memang Syah rasa letih sangat mungkin kerana perjalanan yang lama dalam bas. KL Rawang dekat jer tetapi disebabkan jem dan terpaksa menunggu bas lama yang menyebabkan nya jadi lambat. Jumpa lagi semua...................

Bonda Tiri Raja DiHilir Perak Mangkat

27.04.2011, Rabu - Che Puan Besar Dato' Wan Rafidah bt Wan Ahmad Rasidi yang merupakan Bonda Tiri kepada Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah mangkat malam tadi pada jam 20:15hrs di sebuah hospital swasta di Ipoh. Allahyarham berusia 78 tahun dan merupakan isteri keempat kepada Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz. Jenazah Allayharham telah selamat disempurnakan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas solat Zohor tadi. Hasil perkongsian hidup Allahyarham dengan Almarhum Raja Muda Musa telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan dua orang puteri iaitu Raja Shahril, Raja Hatta, Raja Abdul Rahman, Raja Nuraini dan Raja Saridatul Deva. Almarhum Raja Muda Musa dikurniakan dengan 20 orang cahayamata sepuluh lelaki dan sepuluh perempuan dengan lima orang isteri. Bonda Raja Dihilir adalah Cik Puan Mariam binti Abdullah yang merupakan isteri pertama Almarhum Raja Muda Musa. Al-Fatihah kepada Allahyarham Che Puan Besar Dato' Wan Rafidah bt Wan Ahmad Rasidi semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beramal soleh. AMIN

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah Ke London Untuk Menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Prince William dan Kate Middleton

27.04.2011, Rabu - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah merupakan salah seorang raja daripada 40 buah negara beraja didunia yang telah dijemput oleh Istana Buckingham bagi menghadiri Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada 29.04.2011 ini. Dari sumber yang Syah dapati kedua-dua Seri Paduka Baginda dan rombongan telah berangkat ke London untuk menghadiri majlis berkenaan.

Sampai Awal Ke Pejabat

27.04.2011, Rabu - Hari ini nasib baik kerana sampai KTM cepat dari biasa mungkin driver bas baru kot? Sampai jer ada announcement Komuter Rawang-Bangi akan bertolak dalam masa 1 minit setengah. Semua orang berlari naik jejantas sebab train di platform 3 dan Syah pun sama tapi naik slow-slow dan dalam hati kata ada rezeki dapatlah naik. Shukur Alhamdulillah dapat juga naik train tu. Sampai Stesyen LRT Kerinci jam 08:00hrs dan Syah terus ke Kelab Nutrisi dan terjumpa Fuad disana. Sebelum jam 08:30 Syah bergerak balik ke pejabat.

Hari Diramalkan Hujan Semasa Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

Payung akan dijadikan salah satu aksessori perkahwinan William dan Kate

26.04.2011, Selasa - Helen Rossington yang merupakan peramal kajicuaca Kanan dari MetroGroup meramalkan hujan lebat akan melanda London pada hari Perkahwinan Diraja diantara Prince William dan Kate Middleton pada 29.04.2011 nanti. Dijangka beratus-ratus orang yang beratur disepanjang jalan untuk menyaksikan pasangan pengantin diraja ini akan basah kuyup. Pada awalnya, diramalkan cuaca pada hari berkenaan panas.

Jika ramalan ini benar-benar berlaku, orang ramai akan terlepas peluang menyaksikan pasangan diraja diarak menggunakan pedati khas terbuka untuk mereka kembali ke Buckingham Palace selepas Majlis Perkahwinan di Westminister Abbey. Pedati khas tertutup yang disediakan untuk cuaca hujan akan digunapakai. Walau bagaimanapun ramalan tetap ramalan dan apa-apa sahaja boleh berlaku.

Putera Mahkota Bahrin Batalkan Kehadiran Ke Majlis Perkahwinan Prince William

26.04.2011, Selasa - Pada hari Ahad lepas Putera Mahkota Bahrin, Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa telah membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada 29.04.2011 nanti. Pada mulannya baginda telah bersetuju untuk menghadiri majlis ini. Walau bagaimanapun memandangkan keadaan politik yang tidak menentu di Bahrin ekoran reformasi yang berlaku di Negara-Negara Teluk kebelakangan ini iannya terpaksa dibatalkan. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akhbar Prince William yang memaklumkan ketidakhadiran baginda dan tiada sebarang wakil sebagai pengganti. Senarai jemputan perkahwinan Prince William dan Kate Middleton merangkumi kerabat diraja hampir 40 buah negara seluruh dunia.

Kerajaan Bahrin sebenarnya telah dikritik dalam tindakannya terhadap perusuh dan sebahagian aktivis kemanusiaan mendakwa Bahrin telah menyerang hospital dan menyeksa doktor dan pesakit dalam usahanya membentersa penunjuk perasaan. Kenyataan ini telah dinafikan oleh kerajaan Bahrin. British human rights campaigner Peter Tatchell menyatakan jemputan ini merupakan satu kesilapan besar oleh kerabat diraja Britain.

Senarai kehadiran tetamu yang telah diumumkan oleh pihak Istana pada hari Sabtu lepas menyenaraikan nama Putera Mahkota Bahrin termasuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Rowan Atkinson atau Mr Bean. Putera Mahkota Bahrin mendakwa media Britis telah memanipulasi keputusan baginda untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.

Saturday, April 16, 2011

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim rasmikan Program Penyerlahan Gagasan 1 Malaysia

Majlis Perasmian - Gambar dari Bernama

26.04.2011, Selasa - Hari ini kami semua berasa bertuah kerana Menara TM menerima kunjungan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Hari ini YB Datuk Menteri merasmikan Program Penyerlahan Gagasan 1 Malaysia yang diadakan di Multi Purpose Hall, Menara TM bersebelahan dengan surau kami. Jam 09:00hrs our Admin Manager inform semua kena turun untuk majlis berkenaan. Sebetulnya kami ingatkan kami dijemput untuk majlis perasmian tetapi bila turun di Lobi Menara TM rupa-rupannya kami diminta beratur untuk menyambut ketibaan YB Datuk Menteri.......... hehehehehe nasiblah Labukan?

Lama juga tunggu dan akhirnya YB Datuk Menteri dan rombongan sampai disambut oleh Pengerusi TM Datuk Dr. Halim Bin Shafie dan Isteri. Kami semua ingatkan dia ada bawa Datin sekali tapi tak ada, bukan apa, kami semua ingin melihat kejelitaan beliau dari dekat sebenarnya. Syah ingat hendak ambil gambar tetapi terlalu banyak photographer menghalang kami yang berbaris untuk melihat YB Datuk Menteri. Snap punya Snap dapat juga gambarnya tapi tak ada kepala, Hampeh betul coz ramai photographer berjalan depan beliau. Dalam hati nak tergelak pun ada kerana kami yang turun ingatkan dapatlah jadi guest dan dapat makan coz proses perolehan untuk F&B function nie Syah yang buat dan Syah inform mereka makanan untuk hari ini ada nasi goring kampung, daging dendeng, ubi kayu, sambal tumis ikan bilis, roti jala, kari ayam, serawa durian, kuih muih melayu dan buah-buahan. Rupa-rupannya we all turun bagi meramaikan crowd menyambut ketibaan YB Datuk Menteri. Sorrylah kengkawan yek buat terliur jer .......... heheheheh

Berdiri Satu Jam Dalam Komuter

26.04.2011, Selasa - Pagi ini Syah bangun agak lewat sedikit jam 05:45hrs dan biasanya jam 05:00hrs Syah kunci alarm dan kemudian guling-guling jam 05:15hrs bangun dari katil. Malam tadi lupa set alarm di handphone. Alamak......... macam lipas kudung Syah mandi dan sempat buang air besar sekali, bersiap dan solat. Syah tak sempat nak pakai baju kerja dan hari ini Syah pakai t-shirt berkolar dan jaket jer jadi taklah ketara sangat. Nak buat macam mana tak sempat nak gosok baju. Heheheheh.

Masa tunggu bas nampak jiran sebelah rumah Chong bawa anak anjing dia jalan-jalan. Baru bela lah tu sebab last week tak nampak pun. Anjing tu dia rantai dan kawasan Syah tu memang pagi-pagi atau malam ramai bawa anjing mereka jalan-jalan dengan rantainya sekali. Jangan berak depan rumah atau tempat tanaman Syah sudah. Syah tak kisah anjing jiran tapi jangan kotorkan kawasan Syah sudah. Anjing nie kalau bulu dia kering boleh dipegang tapi kalau basah atau terkena hidung dia ker terpaksa disamak tetapi lebih baik jangan disentuh dan jauhkan diri daripada mereka. Walau bagaimanapun jangan sesekali menganaya mereka jika iannya tidak memudaratkan kepada kita, berdosa tau sebab dia juga mahluk Allah.

Komuter Syah jalan jam 07:20hrs kerana macam biasa beri laluan dulu kepada train anak emas KTM iaitu ETS Ipoh - KL. Sampai stesyen Syah beli kuih kasui dan kemudiannya ketandas. Masa tunggu komuter Syah makan suppliment untuk lutut Syah kemudian makan seketul kuih tu dan kemudiannya makan Fish Oil dan Vic E. Lepas tu komuterpun datang dari arah Kuala Kubu dan macam biasa jika dari arah tu memang sure penuh dengan penumpang. Nasib tak menyebelahi Syah pagi ini kerana tak dapat duduk kerana tempat kosong terhad dan siapa masuk dulu di cup tempat tu. Dari Rawang sampai KL Sentral Syah berdiri satu jam lebih kurang. Terpaksalah Syah memberikan bebanan lebih kepada kaki sebelah kiri kerana lutut kanan Syahkan ada problem. Tapi ok tak apa-apa. Sampai office jam 08:25hrs.

Sultan Brunei Berangkat Ke London

25.04.2011, Isnin - Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat ke United Kingdom. Tujuan baginda ke London adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Prince William dan Kate Middleton. Baginda berdua juga akan mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan rakyat Brunei yang berada di United Kingdom dan Republik Irland.

Turut berangkat mengiringi Baginda berdua adalah YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Sebelum rombongan diraja berangkat, diadakan bacaan doa selamat di Istana Nurul Iman oleh Mufti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Turut mengucapkan selamat berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah serta kerabat-kerabat diraja yang lain, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Another Book For Birthday Present

25.04.2011, Isnin - Syah sampai Rawang Residence hampir jam 20:00hrs. Buka pintu dan letak beg tiba-tiba secara tak sengaja terpandang ada bungkusan diatas meja makan Syah diruang tamu. Iannya bungkusan hadiah dan bila Syah buka kadnya tertulis :-

To My Dear Brother Syah "Happy Bithday" 44th - From Azrin and Aris

Rupa-rupannya hadiah ulangtahun Syah dari Azrin dan Arip (Aris tetpi Syah suka call him Arip). Thanks kerana belikan hadiah yang memang Syah nanti-nantikan. Ini merupakan hadiah pertama Syah yang berbentuk buku. Pagi tadi Syah dapat 7 naskah buku mengenai Raja-Raja, walaupun iannya bukan purposely birthday present tetapi Syah anggapnya sebagai hadiah sempena ulangtahun Syah. Bestnya hari ini dapat buku-buku untuk koleksi Maharum Bugis Syah Mini Royal Library. Terus Syah call Azrin dan Arip to say thank you.

Raja Muda Perlis Rasmikan Seminar Berpegang Kepada Al-Quraan dan Sunnah

DYTM Raja Muda Perlis merasmikan seminar bersama Imam Masjidil Haram - gambar dari bernama.

25.04.2011, Isnin - Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenaan merasmikan Seminar Berpegang Kepada Al-Quraan dan Sunnah. Seminar diadakan di Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Turut serta dalam seminar ini adalah Imam Masjidil Haram Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim.

Dalam titahnya, Tuanku menyeru umat Islam agar kembali kepada Allah dan rasul iaitu dengan merujuk kepada ajaran al-Quran dan sunah apabila berlaku perbezaan pendapat. Titah baginda Apa yang perlu kita belajar dan pertingkatkan adalah cara untuk memahami antara satu sama lain, berlapang dada dengan perbezaan, sudi mendengar dan bertukar-tukar fikiran dalam suasana yang harmoni dan penuh ketamadunan.

Syah dan Abang Zaaba

26.04.2011, Isnin - Gambar nie Syah dengan Abang Zaaba salah seorang colleague Syah di TM. Abang Zaaba nie berumur 54 tahun dan bulan June nie dia akan menamatkan perkhidmatannya di TM kerana telah mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun. Gambar nie dan ada beberapa gambar Syah diambil minggu lepas lagi dan dia janji nak fowardkan pada Syah tetapi disebabkan ada masalah sedikit baru hari ini diserahkan kepada Syah. Dia berikakan Syah card reader sekali untuk Syah download di pc Syah. Heheheh Abang Zaaba, Abang Zaaba............

Seronoknya Dapat Buku Raja-Raja For My Mini Royal Library.

25.04.2011, Isnin - Seronoknya Syah hari ini kerana dapat buku-buku untuk koleksi Mini Royal Library Syah yang Syah namakan Maharum Bugis Syah Mini Royal Library di Rawang Residence. Yang istemewanya buku-buku ini tidak boleh didapati dimana-mana kedai buku dan iannya tidak dijual dan merupakan keluaran khas. Syah ucapkan terima kasih kepada Mr Beh dari salah satu Jabatan Kerajaan atas ihsan beliau memberikan buku-buku berkenaan kepada Syah. Thanx Mr Beh really appreciate it. Buku-buku tu seperti berikut :-


Coretan Kenangan - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Pertabalan Tuanku Mizan Sebagai Yang di-Pertuan Agong

Bertahta Duli Sejahtera Negeri (Sempena Pertabalan Tuanku Muhriz)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII

Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Dalam Kenangan

5 Tahun Penuh Kenangan - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII

Memori Perjuangan Bangsa


Shukur Alhamdulillah dan ini Syah anggap sebagai hadiah hari jadi pertama buat Syah dan ianya tidak Syah sangka langsung. Terima kasih sekali lagi Mr. Beh.

Gunting Rambut dan Book Fair

Syah @ E-Go Hair & Beauty Salon

24.04.2011, Ahad - Hari nie Syah gunting rambut kerana rambut Syah rasa panjang dan juga sempena birthday Syah saja nak buat sesuatu yang baru. Dari KTM Rawang Syah turun di KL Sentral. On the way ke KL Sentral Tunku Shah call inform ada book fair di PWTC dan dia hendak kesana jam tiga dan ajak Syah sekali dan Syah kata Insyallah. Sampai KL Sentral Syah terus ke E-Go Hair & Beauty Salon di 7A, Level 1, KL Sentral. Bulan lepas Syah gunting disini dan macam selesa dengan tukang gunting tu walaupun staff lainnya yang ado jer. Tapi yang penting Syah nak gunting rambut orang lain Syah tak kisah.


Syah dan Tunku Shah di PWTC Book Fair. Thanx Shah kerana ucapkan Happy Birthday dengan menyanyi lagi dalam phone. Heheheheh........ thanx Bro

Lepas gunting Syah naik LRT ke Stesyen Masjid Jame dan kemudiannya naik LRT Star ke PWTC. Pusing-pusing ingatkan hendak cari Kelab Nutrisi tapi tak jumpa pula dan Syah ke food court tetapi biasalah waktu lunch penuh. Lalu Syah ke McD jer dan tawpau tetapi bila nak keluar nampak ada meja kosong dan Syah makan disitu. Lepas tu Syah ke PWTC pusing-pusing tengok buku. Mahal betul semua buku-buku mengenai raja-raja semuanya beratus-ratus sampai RM450.00pun ada. jam 15:00hrs Syah jumpa Tunku Shah dan ronda-ronda kat pameran dan Tunku Shah beli novel dan selepas tu dia ada perjumpaan dengan penulis novel tu serta member-member facebbok. Dia invite Syah sekali tetapi Syah nak cepat coz balik Rawang.

Jam 18:00hrs Syah naik bas ke Rawang dan Syah beli meehon goreng dan makan dalam bas. Sampai Rawang Azrin call tanya nak ikut ke pasar malam Country Homes dan Syah inform Syah baru sampai bandar Rawang. Kalau nak ikut dia minta Syah tunggu depan sekolah, mana sempat nak tunggu bas lagi dah lah lambat dan nak jalan kaki lutut Syah sakit, so Syah inform tak ikut jer ngan Azrin. Azrin tanya hendak kirim apa dan syah kata tak. Syah sampai rumah jam 20:10hrs dan call Azrin dan tanya dia dimana tetapi Arip yang jawap dan kata masih di pasar malam dan Syah kirim laksa. Selepas solat dan masa Syah menonton TV Arip panggil dan beri laksa dan bila nak bayar dia kata tak perlu. Arip, Azrin dan Kak Cik ucapkan Happy Birthday kepada Syah.

Aktiviti Dipagi Hari Lahir Syah

Baru Lepas Mandi Di Rawang Residence

24.04.2011, Ahad - Pagi Nie Syah bersiap-siap nak mandi, ingat nak jalan-jalan ke KL dan gunting rambut sempena birthday Syah. Tak der ngan sapa-sapanye, macam biasa seorang-seorang. Mungkin jam 11:00hrs nanti baru nak gerak dan biasalah petang baru balik. Banyak ucapan happy birthday ke Facebook Syah dan terima kasih kawan-kawan facebookers. Setakat nie family yang sms Syah ucapkan happy birthday baru 3 orang sahaja. Mungkin yang lain tu terlupa atau nak wish petang nanti kot? SMS yang Syah terima 1st daripada Muss, 2nd Cd dan 3rd Kak Ngah Normah.

Muss - Happy besday to syah. moga sehat n ceria. 0k tje cre. hadiah ada kat umah. bye.

Cd - SELAMAT HARI LAHIR MOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI N SENTIASA SIHAT SELALU ..

Kak Ngah Normah - Hai u..dh solat..., selamat hari jadi.. semogapanjang umor murah rezeki

Sekarang jam 09:14hrs dan Syah nak buat apa yang perlu sedikit kat umah nie lepas tu baru keluar. Jam 09:50hrs tadi My Sister Intan Call ucap Happy Birthday dan today dia kerja dan kawan-kawan dia ucap happy birthday sekali kat Syah. Intan informed hadiah kemudian. Lepas tu Muss call dan petang nanti dia outstation ke Johor manakala renovation sudah hampir siap. Sehingga berjumpa lagi dilain entry...................

Happy Birthday To Me

23.04.2011, Sabtu ................... Ting Tong...Ting Tong...Ting Tong... jam menunjukkan jam 00:00 hrs dan sekarang tarikh berubah dari angka 23 kepada 24 April 2011. Shukur Alhamdulillah Mulai hari Ini Genaplah Usia Syah 44 Tahun. Terima Kasih Ayahanda dan Almarhumah Bonda kerana melahirkan Syah kedunia ini. Terima kasih kepada Almarhumah Mak atau Almarhumah Maharum Al-Hajjah yang merupakan nenda (nenek) Syah kerana membesarkan Syah dengan penuh kesempurnaan bagai menatang minyak yang penuh, Terima Kasih Almarhum Atuk atau Nenda Syah Ahmad Al-Haj yang begitu menyangi Syah, Terima Kasih Almarhumah Engah atau Nenda Sadu Al-Hajah yang menganggap Syah seperti cucunya sendiri dan tak berbelah bagi kasih sayangnya,

Terima kasih Almarhum Mon Al-Haj ayahanda saudara Syah yang mengambil berat tentang Syah, Terima kasih Almarhumah Ucu atau Che' Zan Al-Hajjah yang banyak berjasa dalam hidup Syah dan jadi Mentor Syah, Terima Kasih Ejon kerana menjaga Syah semenjak dari kecil bersama Mak, Terima kasih Encik atau Hajah Zawiyah, bonda tiri yang menganggap Syah seperti anaknya sendiri, Terima Kasih Almarhumah Nenda Hajah Saprah dan Almarhumah Wang (nenek dan ibu saudara sebelah bonda Syah) yang sentiasa menjenguk Syah sewaktu Syah kecil hingga dewasa, Terima Kasih Almarhum Yeoh (bapa saudara berlainan bapa) yang sentiasa cool dengan Syah.

Terima Kasih My Brother and Sister Muss, Intan, Kak Long Zainab, Kak Ngah Normah, Kak Lang Ella, Razak dan semua kaum keluarga Maharum Bugis Syah yang Syah tak dapat Syah nyatakan satu persatu kerana kalian menerima Syah dalam hidup anda semua. Terima kasih juga kepada kawan-kawan, rakan sekerja, my boss dan pembaca blog Syah yang sentiasa menyokong Syah selama ini. Last but not least Terima Kasih kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidup Syah dan pernah menyangi Syah. Terima Kasih Semua.

Nonton AF Sambil Dinner

23.04.2011, Sabtu - Sekarang jam 20:55hrs dan rasa Lega............. dah solat dan sudah masak sebab kejap lagi hendak menonton konsert AF di Astro 104 jam 21:00hrs nanti. Inilah satu-satunya hiburan malam minggu Syah......... hehehehe dah seorang-seorang kat rumah, apa-apa rancangan hiburan di TV semuannya rasa best. Nak gi clubbing dah bertahun Syah tinggalkan aktiviti tu atau lebih senang cakap dah pencen. Tapi tak tahulah nanti tiba-tiba gi clubbing plak itu Syah tak pasti sebab Syah tak mahu jadi hipokrit tapi setakat catitan ini ditulis Syah dah pencen clubbing lah.

Syah masak Mee Goreng Sayur AF. Memang banyak gila sayaur dalam mee goreng ini. Ada tahu, kobis, kacang buncis, lobak merah dan tomato. Ingatkan hendak buat sandwich dan Mushroom Soup tapi malaslah asik sandwich jer dari pagi tadi. Syah juga buat telur mata kerbau, actually dah lama Syah tak makan telur goreng. Tak perlah sekali sekala kan? Petang tadi Syah lapar dan buat Mee Segera Maggi Laksa. Minuman pula Syah buat Green Apple, Celery and Carrot Juice. Kali nie manis sedikit sebab Syah campurkan satu sudu gula. Actually Syah letak gula sebab Syah blend dengan ice. Rupa-rupanya manis plak. Makan Semua............. Opsssss AF Dah Start dah......... Yahoooooooooooooo...........

Tuanku Muhriz Rasmikan Persidangan DUN Ke-12

YAB Menteri Besar Mempersembahkan Titah Ucapan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Sempena Majlis Perasmian DUN Ke-12 - Gambar dari Bernama.

23.04.2011, Sabtu - Semalam Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenaan merasmikan Persidangan Perama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri ke-12. Seperti biasa sebelum majlis perasmian Tuanku Muhriz melakukan istiadat memeriksa perbarisan kehormat. Turut mengiringi Tuanku Muhriz adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Ketibaan baginda berdua disambut olah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Mohamad Hassan serta isteri, Raja Datin Salbiah Tengku Nujumuddin serta Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato' Razak Mansor.

Tidak Setuju Raja Swaziland King Maswati III Menghadiri Majlis Perkahwinan Prince Willian dan Kate Middleton

23.04.2011, Sabtu - The Gurdian dalam keluarannya semalam, Jumaat 22.04.2011 bertajuk "Anger over Swazi king's luxury plans for UK royal wedding melaporkan bahawa Raja Swaziland, King Maswati III telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada 29 April ini. Walau bagaimanapun rakyat Swaziland dikatakan menentang keras rancangan King Maswati III untuk menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Westminister Abbey, London. Sawaziland merupakan satu-satunya negara Afrika yang masih mempunyai sistem Monarki Penuh. Para aktivis Swaziland dilaporkan akan mengadakan tunjuk perasaan dihadapan hotel lima bintang Dorchester di Mayfair, London dimana King Maswati III dan 50 orang pengiring diraja baginda menginap.

Mary Pais Da Silva yang merupakan pemudahcara bagi Swaziland Democracy Campaign memberi komen terhadap pelan perbelanjaan mewah King Maswati III ke London memandangkan 70% rakyatnya hidup dalam kemiskinan. Kata beliau rakyat tidak tidak membenarkan Raja Maswati keluar negara dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda sekarang ini. Pihak kerajaan menggalakkan penjimatan dalam segala aktiviti tetapi tidak pada rajanya. Tambah beliau lagi keputusan kerajaan British menjemput King Maswati III kemajlis berkenaan merupakan satu kesilapan walhal kerajaan British sendiri mengetahui masalah dalaman yang dihadapi oleh Swaziland.

Fungayi Mabhunu yang merupakan pemudahcara bagi Swaziland Vigil pula mempertikaikan dari mana datangnya perbelanjaan Raja Maswati III dan Rombongan ke London memandangkan Swaziland merupakan salah satu negara termiskin didunia. Tambah beliau 80% penduduk Swaziland tidak mempunyai pekerjaan dan puncannya adalah dari King Maswati III sendiri yang dianggap sebagai diktator. Menurut beliau, Swaziland memerlukan pemerintahan secara Demokrasi bukannya Pemerintahan Beraja seperti sekarang ini. Mabhunu juga melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan British yang menjemput King Maswati III ke majlis berkenaan. Kerajaan British tahu apa yang berlaku di Swaziland tetapi disebabkan protokol mereka menjemput Raja Maswati III tanpa memikirkan bahawa dengan adanya bantahan dan tunjuk perasaan yang akan diadakan di London oleh aktivis Swaziland akan mencacatkan perjalanan majlis perkahwinan diraja.

Tony Dykes yang merupakan Pengarah bagi Action for Southern Africe dalam komentarnya memaklumkan bahawa adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila pihak Istana Buckingham mungkin dengan nasihat kerajaan British mengeluarkan jemputan kepada Raja Swaziland, King Maswati III untuk menghadiri majlis perkahwinan diraja diantara Prince William dan Kate Middleton. Tambah beliau, disebabkan protokol mereka sanggup membelakangkan hak kemanusiaan dengan memberi keutamaan kepada protokol itu sendiri

Jurucakap Clarence House (Kediaman Rasmi Prince of Wales) memaklumkan bahawa jemputan ini adalah untuk ketua negara dan mengikut protokol yang ditentukan. “The heads of state invited are members of royal families, in accordance with protocol for this kind of event.”

Friday, April 15, 2011

Aktiviti pagi Sabtu



23.04.2011, - Sabtu - Sekarang jam 10:30hrs dan Syah baru lepas breakfast dan makan ubat. Rasa nak demam dan tekak rasa sakit sedikit dan kering manakala lutu Syah macam biasa ada masanya sakit tetapi overall kira ok lah. Breakfast apa? Heheheh macam biasalah apa yang ada Syah makan jer. Tak habis-habis dengan Tuna Sandwich, tetapi kali ini untuk menghilangkan kebosanan makan benda yang sama Syah tukar presentation sandwich tu. Biasanya Syah suka buat sandwich tiga tingkat dan potong dua dipenjurunya dan berbentuk tiga segi. Untuk memberikan kelainan Syah potong empat pula kali ini dan benduknya empat segi pula. Rasa sama jer tetapi kalau iannya dipersembahkan dalam bentuk yang berlainan ianya akan jadi lain. Tak percaya cubalah pada menu anda. Minum pula pagi nie Syah buat Horlic O + Oat.

Dari pagi tadi Syah kemas pasu bunga dan rearrangenya semula, sapu dan cuci lantai car porch, basuh kereta dan buang sampah kerna hari ini lori sampah datang buat kutipan. Bila selesai semua baru Syah keluarkan baju yang Syah basuh dan jemur dalam rumah malam tadi. Hari ini rasanya Syah tak akan kemana-mana stay home alone jer.... Hehehehehhe ........

Thursday, April 14, 2011

Sultan Johor Terima Zakat Perniagaan RM4.5 Juta bagi tahun 2010 Bagi Pihak MAIJ

22.04.2011, Jumaat - Hari ini Sultan Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menerima pembayaran zakat perniagaan bagi pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam satu majlis yang diadakan di Istana Besar Johor Baharu. Zakat perniagaan berkenaan adalah bagi tahun 2010 diterima daripada Bank rakyat diserahkan oleh anggota lembaga pengarah Bank Rakyat, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berjumlah RM2,305,743 manakala daripada Tenaga Nasional Berhad berjumlah Rm2,222,733.87 disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Aminuddin Mohd Amin.

Turut serta dalam majlis ini adalah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli, Penasihat MAIJ, Dato' Nooh Gadut, Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Samsudin, anggota-anggota exco kerajaan negeri johor dan pegawai kanan kerajaan.

Tak Jadi Buah Dragon Tuna Sandwich Jadi Habuan

22.04.2011, Jumaat - Malam nie ingatkan nak makan buah jer dan Syahpun ambil Dragon Fruit yang ada dalam petisejuk. Buah tu dah lama dan Syah nampak ada bahagian yang bonyok (rosak dan lembik) Syah buang bahagian tu dan makan. habis separuh dan bila nak makan separuh lagi macam ada rasa lain jer. macam mana yek nak bagitau rasanya ... hemmmmmmmmmmmm rasa macam hapakpun ada dan macam bau racun semutpun ada teapi Syah makan juga tetapi rasa tak sedap hati pula lalu Syah buang. Harap-harap taklah sakit perut nanti.

Kena makan sebab nak makan ubat sakit tekak Syah. So Syah buka petisejuk dan keluarkan tomato, salad, tuna mayo (less fat) dan wholemil bread. Apa lagi macam biasa buat Three Layer Tuna Sandwich. Ingat hendak buat Horic O Panas tetapi memandangkan malas nak masak air atau panaskan air dalam microwave Syah minum mineral water jer. Sekarang jam 20:50hrs dan dah selesaipun dinner dan makan ubat. Jap lagi nak solat lepas tu jemur kain yang sedang dicuci oleh mesin basuh Syah itew. banyak lagi pakaian yang kena habuk di KL Residence untuk Syah basuh. Buat slow-slow ........... lama lama habislah tue.

Hari jumaat

22.04.2011, Jumaat - Pagi nie Syah sibuk sedikit coz baru masuk kerja dan today last day untuk doccument submission ke Processing Center Klang Valley. Jam 10:00hrs tadi Syah ke TM Annexe 2 untuk menghantar dokumen-dokumen berkenaan. Petang nanti ada appointment untuk fisio pula. Hari Jumaat memang rasa masa tu pendik dan sekejap lagi hendak solat Jumaat di Surau Menara TM. Perut pula macam meragam dari pagi tadi tapi taklah sampai cirit beret. Sakit jer tapi tak buang pun. Heheheheh. Mungkin malam baru Syah dapat update blog. Sehingga berjumpa lagi............................. bye........

Yang di-Pertua Negeri Sabah Hadiri Upacara Pembukaan DUN Sabah

Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama Isteri di Bangunan DUN Sabah - Gambar dari Bernama

21.04.2011, Khamis - Hari ini Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin telah menghadiri upacara pembukaan Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), Kota Kinabalu. Turut mengiringi TYT adalah Isteri kepada TYT Negeri Sabah, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah bt Datuk R.M. Jasni serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said. Terdahulu TYT telah melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat sempena upacara pembukaan DUN Sabah.

Wednesday, April 13, 2011

Makan Malam Hari Nie

21.04.2011, Khamis - Hemmmmm............. malam nie ada pasar malam di Rawang Residence dan macam biasa Syah pasti gi punya. Pusing punya pusing tak tahu nak beli apa dan akhirnya Syah beli Sate Ayam. Harganya RM0.50 secucuk dan Syah minta 5 cucuk means, RM2.50 terus Kakak yang jual tu kata ambil RM3.00 lah dengan muka yang tak senyum langsung dan Syah kata ok. Syah beli nasi impit sekali. Sebelum tu Syah beli Soyabean panas dan kacang rebus. Kacang rebus tu macam keras jer sket. Tak tahulah depa nie kalau nak niaga patutnya buatlah betul-betul, nanti kalau ada orang kata biasalah Melayu kita marah pula nantikan? last weak beli murtabak ayam kat pasar malam nie tapi ayamnya macam dah nak busuk dan Syah buang jer. Ingat nak beli juga tapi bila teringat insiden minggu lepas tu terus terpadam niat Syah. Sekarang jam 20:46hrs dan Syah nak solat dahulu lepas tu baru nak makan. Ok jumpa lagi di lain Entry............ Makan semua jom.

Raja Nazrin Hadir Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan MAIAMP dan Penyerahan Zakat Perniagaan

DYTM Raja Muda Perak menyerakan zakat perniagaan yang telah dikumpul kepada Pegawai Eksekutif MAIAMP.- gambar dari Bernama

21.04.2011, Khamis - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis penyampaian watikah perlantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang baru dan penyerahan zakat perniagaan di Kompleks Islam Darul Ridzuan di Ipoh. Diantara yang menerima watikah perlantikan pada hari ini adalah Ketua Hakim Syarie Perak, Dato' Muhamad Asri Abdullah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, En Mohd Yusop Husin. Dalam majlis ini DYTM telah menyerahkan zakat perniagaan yang telah dikumpul kepada Pegawai Eksekutif MAIAMP Dato' Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan. Sebanyak RM 9.65 juta telah berjaya dikumpul termasuk RM4,445,467.74 daripada Tenaga Nasional Berhad Perak yang disampaikan oleh Pengurs Besarnya Dato' Mohd Zahir Md. Nagor dalam majlis ini. Selepas itu DYTM telah mempengerusikan Persidangan MAIAMP .

Prince Charles Diistihar Pewaris Tahta Yang Paling Lama Menyandang Gelaran Berkenaan

Prince Charles Kiri dan di Kanan adalah King Edward VII


1.04.2011, Khamis - Semalam Clarence House yang merupakan kediaman rasmi Prince Charles mengistiharkan bahawa The Prince of Wales atau Prince Charles telah memecahkan rekod sebagai Pewaris Tahta Britain paling lama menyandang gelaran berkenaan. Baginda telah mengatasi rekod onyangnya HM King Edward VII. Prince Charles menjadi Pewaris Tahta apabila bondannya Princess Elizabeth menaiki tahta pada 06.02.1952. Ketika itu usia baginda baru tiga tahun dan dalam usia sembilan tahun baginda diberikan gelaran Prince of Wales pada tahun 1958, setahun selepas negara kita mendapat kemerdekaan daripada British.

King Edward pula menjadi Pewaris Tahta semenjak dilahirkan oleh bondanya Queen Victoria pada 09.11.1841 yang pada waktu itu telah menjadi Raja England. Selepas kemangkatan Queen Victoria pada 22.01.1901, King Edward menjadi Raja England menggantikan bondannya. Beliau menyandang gelaran Pewaris Tahta selama 59 Tahun 2 Bulan dan 13 hari. Semalam bersamaan 20.04.2011, Prince Charles telah menjadi Pewaris Tahta England selama 59 tahun 2 Bulan dan 14 hari dan secara tidak langsung telah mengatasi rekod King Edward sebagai Pewaris Tahta paling lama dalam sejarah Britain.

Jurugambar Rasmi Majlis Perkahwinan Prince William DiUmum

Potrait Rasmi Prince Charles sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda Ke-60 oleh Hugo Burnand. 21.04.2011, Khamis - Kalau ada majlis perkahwinan dah jadi trend mesti ada jurugambar yang akan mengabdikan kenangan manis raja sehari setiap pasangan pengantin. jurugambar atau photographer ini pula biasanya mereka akan buat yang terbaik dan menawarkan pakej yang istemewa untuk bakal pengantin dengan kreativiti masing-masing. Itu kebiasaan di Malaysia, dan iannya juga menjadi kelaziman disetiap pelusuk dunia bagi bakal-bakal pengantin termasuklan Prince William dan Kate Middleton yang akan melangsungkan hari bahagia mereka pada 29.04.2011 ini.

Pada Selasa lepas pihak Istana Buckingham memaklumkan bahawa Prince William dan Kate Middleton telah memilih Hugo Burnand sebagai jurugambar rasmi perkahwinan diraja mereka. Pasangan berkenaan akan merakamkan gambar rasmi perkahwinan mereka di Buckingham Palace dan Westminester Abbey.

Burnand merupakan seorang jurugambar portrait yang dikenali ramai dan tidak asing dikalangan keluarga diraja Britain. Potrait yang anda lihat diatas merupakan hasil kreativiti Burnand beberapa tahun lalu yang mengabadikan potrait rasmi Prince Charles sempena ulangtahun keputeraan baginda yang ke-60. Beliau juga merupakan jurugambar rasmi perkahwinan Prince Charles dan Camilla Parker Bowies pada tahun 2005. Selain daripada itu beliau juga pernah mengambil gambar-gambar rasmi Bill Clinton dan Victoria Beckham. Beliau juga akan mengambil gambar-gambar para tetamu pada majlis perkahwinan diraja akhir April ini.

Mee Lakna dan Green Apple + Celery Juice

21.04.2011, Khamis - Untuk lunch hari ini Syah masak Mee Lakna coz ada ballance yellow mee dalam peti sejuk. Syah letakkan kacang buncis, tomato, carrot, tahu, fish cake dan serai. Letak jer apa yang ada itu style Syah masak. Kuahnya pula Syah tumiskan bawang putih dan merah, masukkan cili giling dan masak hingga garing dan gunakan sedikit minyak jer. Lepas tu masukkan tomato dan cili sos serta kicap mee sebab tu warnanya kehitam-hitaman. Bila Semua bahan sudah masak Syah masukkan mee dan biatkan seketika. Angkat dan hidangkan seperti diatas itew. Minuman pula Syah buat Green Apple + Celery. Sekarang jam 15:00hrs dan Syah baru lepas jemur basuhan kedua (baju KL Residence yang kena habuk renovation). Makan semua.........

Tuesday, April 12, 2011

Syah Demam

21.04.2011, Khamis - Hari ini Syah demam dan tak larat hendak kerja. Tekak dan kerongkong Syah rasa macam ada benda jer tetapi sakit yang Syah inform semalam sudah berkurangan. Shukur Alhamdulullah dan minta-minta tak ada apa-apalah. Pagi tadi makan supplment untuk lutut sebelum breakfast. Makan pagi Syah buat Horlic O + Oat dan makan antibiotik untuk tekak Syah, ubat demam, fish oil dan vitamin E. Hari ini cuaca panas sedikit dan Syah basuh kain. Kepala Syah rasa pening sedikit dan sekarang jam 10:19hrs dan Syah hendak jemur pakaian yang dibasuh tadi.

Pagi ini Syah bangun jam 05:00hrs tetapi disebabkan demam Syah tidur semula dan bangun hampir jam 08:30hrs. Lepas tu Syah call Kak Rose tanya pasal bila due date account closing dan Kak Rose maklumkan esok. Sempatlah Syah sediakan semua doumen esok pagi dan petangnya pula ada appoint fisioterapi. Syah juga sempat call Mr Loo minta acount no dia sebab nak bank-in kan duit vitamin E yang diahantar ke office Syah tempohari. Dah dua minggu pending payment sebab bila dia datang Syah tak ada dipejabat. So call minta acc no dia coz nak transfer duit terus kepada dia.

Artis Malaysia Hasilkan Potret Prince William dan Kate Middleton Daripada Jarum Peniti

Nelson dan Potret Pasangan Pengantin Diraja - Gambar dari Bernama

20.04.2011, Rabu - Inilah yang dinamakan Malaysia Boleh. Hari ini seorang Ajen Hartanah yang juga merupakan seorang artis, Nelson Ponniah tidak ketinggalan menunjukkan kepada dunia kreativiti beliau menghasilkan potret Prince William dan Kate Middleton sempena perkahwinan mereka pada 29.04.2011. Nelson menghasilkan potret berkenaan menggunakan jarum peniti atau 'nickel plated pins". Beliau mengambil masa selama 10 hari untuk menyediakan potret berkenaan dengan menggunakan 77,000 jarum peniti.

Menurut Nelson beliau inginkan Malaysia menjadi terkenal dari hasil karya yang unik seperti ini dan berharap potret berkenaan dapat dihantar ke Istana Buckingham. Beliau berharap untuk meminta bantuan Datuk Jimmy Choo yang merupakan pereka kasut terkenal kelahiran Malaysia untuk merealisasikan impian beliau atau meletakkannya di Kedutaan British di Kuala Lumpur. Beliau juga akan mempertimbangkan jika ada badan korporat atau individu yang ingin memiliki potret berkenaan.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan beratus-ratus potret melalui kaedah ini termasuklah wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah, Presiden Barack Obama dan Bangunan KLCC. Tahniah Nelson atas kreativiti yang anda pamirkan yang pastinya membanggakan Malaysia.

Harta Pusaka Almarhum Syed Kechik Akhirnya Kekal Ditadbir Bersama

Syed Gamal ibni Almarhum Tan Sri Syed Kechik Al-Bukhary


20.04.2011, Rabu - Shukur Alhamdulillah Persengketaan diantara Syed Gamal dan Ibu Tiri nya serta adik-adik beliau (anak ibu tiri) berhubung siapakah yang berhak menjadi pentadbir harta pusaka Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary berakhir hari ini apabila Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan keputusan harta tersebut ditadbir secara bersama oleh Syed Gamal dan Ibu Tiri serta adik-adik beliau. Dengan keputusan ini bermakna Ibu Tiri Syed Gamal yang merupakan Isteri Kedua Almarhum Syed Kechik iaitu Puan Sri Sofiah Moo Abdullah dan anak-anak perempuannya Puan Sri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira gagal dalam usaha terakhir mereka menyekat Syed Gamal yang merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal Almarhum hasil perkahwinan pertama Almarhum sebagai pentadbir bersama harta pusaka yang dianggarkan bernilai RM 400 Juta itu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hamim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Seri Md Raus Sharif telah sebulat suara menolak permohonan Puan Sri dan anak-anaknya untuk mendapat kebenaran mahkamah mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Puan Sri diwakili oleh peguam Datuk N Vijaykumar dan Syed Gamal diwakili oleh peguam Pawancheek Merican. Mahkamah turut memerintahkan Puan Sri dan anak-anaknya menjelaskan kos guaman berjumlah RM30,000.00 kepada Syed Gamal selaku responden dalam kes ini.

Pada 30 Julai 2010 Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memutuskan harta pusaka Almarhum ditadbir bersama oleh Isteri Almarhum dan Tiga Anaknya. Pertenglikahan berhubung perebutan harta ini bermula selepas kemangkatan Almarhum pada 10.04.2009 dalam usia 80 tahun kerana sakit jantung dan tidak meninggalkan sebarang wasiat. Pada 15.09.2011 Puan Sri dan anak-anaknya memfailkan petisyen memohon supaya kuasa mentadbir harta pusaka almarhum diberikan kepada mereka sahaja. Syed Gamal kemudiannya memfailkan permohonan kaveat pada 14.04.2009 bagi menghalang Ibu Tiri dan Anak-Anak Ibu Tirinya dilantik sebagai satu-satunya pentadbir puasaka Allahyarham yang dianggarkan bernilai RM 400 Juta.

Syed Gamal berusia 46 tahun merupakan anak lelaki tunggal Almarhum bersama isteri pertamanya Zainab @ Eshah binti Abdullah. Beliau merupakan seorang pemilik cafe siber.

MC Hari Ini

20.04.2011, Rabu - Hari ini Syah dapat MC daripada Doktor sebab tak sihat dan masalah sakit dibawah leher Syah tu kata doktor disebabkan tonsil Syah bengkak. Syah tanya apa kena mengena tonsil dengan leher Syah, dia inform dibahagian tu banyak saraf dan mungkin rasa sakit tu akan terasa juga dibahagian leher Syah atau mungkin ada bengkak macam tonsil Syah juga dibahagian tu tetapi tak boleh hendak dilihat sebab didalam leher. Mula-mula bila Syah inform masa minum Semalam Syah sudah rasa sakit tu, Dr kata ada makan ikan tak takut ada tulang tetapi Syah kata Syah minum jer. Bila dia periksa tekak Syah merah dia inform seperti penerangan Syah diatas tu.

Dr bagi Syah MC sehari, Antiboitik untuk lima hari, ubat untuk ulser dan ubat demam. Dr minta Syah selalu kumur-kumur dengan air garam kerana katannya akan cepat menyembuhkan luka ditekak Syah. Lepas buat fisioterapi tadi macam mengeletar rasa bila berjalan sebab Syah buat exercise lebih sedikit daripada biasa. Rasa tu sementara jer. Lunch tadi Syah makan Meehon Sup Sayur di KLCC sebab hendak beli Green Apple tapi sama jer applenya sudah lusuh dan kesan dipicit dengan tangan. So tak jadi pergi, buat penat jer............... Sekarang jam 16:39hrs dan Syah balik naik bas dan baru sampai jam 16:00hrs tadi dan terus solat Zohor dan sekarang hendak tunggu Asar tapi belum dengar lagi Azan kat Surau atau mungkin orang tak ada disurau sebab waktu kerja kot? Sekarang hari dah gelap dan ada guruh dan macam nak hujan jer jap lagi, mesti Astro jadi macam CD Rosak jap lagi.

You-Tube Siarkan Majlis Perkahwinan Diraja Britain

20.04.2011, Rabu - Masa dengar berita di Suria FM pagi ini Syah terdengar yang You Tube telah diberi kebenaran oleh Keluarga Diraja Britain untuk membuat liputan perkahwinan Prince Willian dan Kate Middleton secara on line di You Tube pada 29.04.2011 ini. Apalagi jangan lupa pastikan anda berada didepan PC atau Laptop anda untuk menyaksikan majlis bersejarah ini atau standby You Tube anda manalah tau masa siaran secara langsung tu hujan lebat kat Malaysia dan Astro tak boleh pakai kan? lainlah kalau guna TM Unifi anda boleh search internet sambil menonton TV sekali tanpa ganguan walaupuan hujan lebat, ribut dan petir. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TM Unifi nie anda boleh pergi kemana-mana sahaja TM Point berhampiran tempat anda untuk sebarang keterangan lanjut. Macam-Macam Perkhidmatan Telekom Malaysia atau TM sekarang Nie............ Sudi-Sudikan Semua ke TM Point untuk sebarang pertanyaan. JOM UNIFI Semua.

Monday, April 11, 2011

Sakit Syah

20.04.2011, Rabu - Pagi nie hari hujan dan hari ini Syah ada sesi fisioterapi untuk lutut Syah. Sebelum tu nanti Syah hendak jumpa doktor kerana tak sihat sakit tekak dan kerongkong. Semalam semasa minum di Kelab Nutrisi tiba-tiba Syah rasa kerongkong Syah sakit sangat hendak menelan dan bila telan air liur macam sakit. Di gusi bawah Syah macam hendak kena ulser. Petang semalam rasa nak demam.

Mungkin kurang minum kerana Ahad lepas Syah keluar rumah dan minum kurang kemudian hari isnin Syah puasa. Pagi tadi tekak dan kerongkong Syah sakit lagi dan bila Syah tekan di bahagian leher dibawah halkum rasa sakit tapi lepas tu sakitnya kurang sikit. Bila Syah mendongak dengan regangan rasa sakit kat bahagian tu. Syah rasa macam nak demam jer dan kelenjar bawah ketiak Syah macam sakit masa bangun tidur tidur tadi tetapi sekaang ok plak............... cuma rasa nak demam jer.

Mata Syah pula kadangkala rasa sakit sket dan macam biasa rasa ada selaput tapi bila gosok hilang dan Syah letak artifical tears sebab Syah ada masalah Dry Eye. Syah ada rabun jauh dan dekat serta silau tapi Syah tak suka pakai cermin mata. Degil kan .............tetapi bila rasa penglihatan tu lain macam jer Syah pakai cermin mata. Syah juga ada masalah floaters kat mata Syah. Floaters tu bila kita tengok benda putih atau berada diluar rumah atau cahaya matahari mata akan nampak macam ada benda berterbangan warna hitam kecik-kecik. Masalah nie dari dulu lagi dan memang tak ada ubat.

Ibu jari kaki kiri Syah sakit dah berminggu macam ada cagu. Bila tekan sakit tapi Syah tengok kukunya ok mungkin ada masalah kuku tumbuh kat dalam kot? kalau kat kampung dulu jika kena macam nie Syah letakkan inai tapi kat KL nie mana nak cari daun inai. Hemm.......... ada-ada jer kan. Apa-apapun Syah doakan anda semua sihat dan memulakan pagi ini dengan dengan penuh semangat............. Doakan Syah diberikan kesihatan yang baik yer Kawan-Kawan Semua. Terima Kasih Semua.

Sultan Perak Menghadiri Pesta Panjut

Sultan Perak Beramah Mesra dengan Rakyat di Pesta Panjut - Gambar dari Bernama

20.04.2011, Rabu - Malam semalam (19.04.2011) DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Panjut yang diadakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda yang Ke-83 tahun. Pada malam ini Bandar Diraja Kuala Kangsar bergemelapan dengan cahaya daripada perarakan kereta berhias serta percikan bunga api sempena Pesta Panjut yang diadakan di tebing Sungai Perak. Pelbagai jenis rekabentuk, hiasan dan warna panjut menghiasi sepanjang Sungai Perak dimana masyarakat Kuala Kangsar khususnya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk melihat keunikan dan keindahan Pesta panjut ini disamping melihat sendiri dari dekat dan beramah mesra dengan Sultan yang mereka sayangi.

TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah Di Kurniakan Gelaran TUN

TYT Yang di-Pertuan Negeri Sabah dan Isteri

19.04.2011, Selasa - Hari ini Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin telah dikurniakan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuankku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan mengurniakan darjah kebesaran berkenaan di Istana Negara. TYT Tun merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru dilantik untuk tempoh 4 tahun mulai 01.01.2011 lepas menggantikan TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah yang telah memegang jawatan ini selama 8 tahun bermula 01.01.2003 selama 4 tahun dan dilantik semula pada 01.01.2007 dalam tempoh 4 tahun lagi sebelum digantikan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin. Dengan ini isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah menggunakan gelaran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni.

TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Dilantik Semula

Istiadat Penyerahan Surat Cara Perlantikan di Istana Negara hari ini - Gambar dari Bernama

19.04.2011, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas yang telah dilantik semula sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pada hari ini TYT Tun telah menghadiri istiadat menerima Surat Cara Perlantikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Bilik Singahsana Kecil, Istana Negara, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

TYT Tun dilantik buat pertama kalinya sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang Ke-7 pada 01.05.2001 untuk tempoh 4 tahun. Dilantik semula pada 01.05.2005 untuk tempoh 4 tahun lagi. Pada 01.05.2009 sekali lagi TYT Tun dilantik untuk tempoh dua tahun yang akan berakhir pada 01.05.2011. TYT diputerakan di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 15.04.1938 dan sekarang berusia 73 tahun. TYT Tun merupakan Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten). TYT Tun berkahwin dengan YAB Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt Shariff dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata.

Keluarga Kate Middleton Berhadapan Dengan Bil Perkahwinan Menjangkau 100,000.00 Pound

19.04.2011, Selasa - The Sunday Times Newspaper dalam keluaran 17.04.2011 melaporkan bahawa keluarga Middleton, Carole dan Michael Middleton dijangka akan menangung kos hampir 100,000.00 pound untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka. Bayaran ini termasuk tempahan bilik di The Goring Hotel untuk keluarga mereka, pakaian penganti perempuan, pakaian pengapit dan pengiring pengantin perempuan dan perbelanjaan bulan madu pengantin. Walau bagaimanapun akhbar tersebut tidak memaklumkan sumber dari mana mereka mendapatkan maklumat ini.

Bayaran bilik penginapan hotel yang berhampiran Buckingham Palace ini ditanggung sendiri oleh keluarga Middleton merangkumi sebuah bilik dua katil (two-bedroom) dan lima bilik suite untuk Kate, adiknya Pippa dan pengiring-pengiring mereka serta ayah, ibu dan adik lelaki Kate Middleton. Penginapan ini dianggarkan bernilai 20,000.00 pound dan digunakan sebagai penginapan mereka pada malam sebelum majlis perkahwinan yang diadakan di Westminister Abbey pada 29.04.2011 nanti.

Gaun pengantin Kate sahaja dianggarkan bernilai 30,000.00 pound manakala pakaian pengapit yang juga merupakan adik beliau Pipa bernilai 20,000.00 pound. Akhbar berkenaan melaporkan kos perkahwinan Prince William dan Kate Middleton dikongsi bersama diantara Keluarga Diraja dan Keluarga Middleton manakala pihak kerajaan akan memantau bil-bil yang dikeluarkan untuk majlis ini untuk tujuan keselamatan. 100,000.00 pound bersamaan lebih kurang RM507,930.00 berdasarkan kadar tukaran matawang asing hari ini (5.0793).

Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan Ke-83 Tahun



DIRGAHAYU TUANKU PATEK
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Tahniah
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Sultan, Yang Dipertuan dan PemerintahNegeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya
Sempena
Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-83 Tahun
Pada
19 April 2011 bersamaan 15 Jamadilawal 1432H

Tak Larat Kejar Train

19.04.2011, Selasa - Pagi nie dari Rawang Residence ke Pekan Rawang jalan agak jam sedikit exspecially area sekolah sebab ada bas sekolah yang panjang bagak menghalang perjalanan kami. Sampai KTM Rawang ada announcement komuter Rawang - Bangi akan bertolak sebentar lagi tetapi Syah tak kejar train tu macam biasa kerana dia berada di platform 2 yang terpaksa menggunakan jejantas. Standard lah semenjak dua menjak lutut sakit nie kan? Kesian ada jiran satu taman Syah tu Syah tengok dia berlari naik tangga dan bila sampai dihujung tangga di platform 2 train tu jalan dan terpaksa dia patah balik ke platform satu.

Kira terlepas train jam 07:15hrs dan nampak gayanya naik train jam 07:30hrs kerana beri laluan pada train ETS Ipoh - KL Sentral yang kami semua dilarang menggunakannya kecuali membeli tiket ETS yang mahal itew, walau bagaimanapun Shuttle Ipoh - KL Sentral kami dibenarkan naik. Dulu ada juga isu mereka tidak benarkan kami naik tapi entah macam mana dibenarkan semula menggunakan perkhidmatan Shuttle berkenaan. Syah sampai office lambat dua atau tiga minit kerana masuk jer Menara TM Doa pagi sudah berkumandang menandakan sudah jam 08:30hrs. Ok Semua, Sehingga Berjumpa Lagi Dilain Entry .......................

Sunday, April 10, 2011

Sempena 9 Tahun Kemangkatan Almarhumah Ucu

Dari hadapan kiri Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah dan Puan Maizon. Barisan belakang bermula dari Kiri Almarhum Mon Al-Haj, Almarhum Che Rus Al-Haj dan Shaari Al-Haj (Ayahanda Syah)

18.04.2011, Isnin - Sewaktu menyediakan blog ini kedengaran seruan Azan Subuh berkumandang di udara bagi mengingatkan kita untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa disamping memulakan hari yang baru. Dari semalam lagi tarikh ini bermain-main difikiran Syah. Tarikh 18.04.2002 merupakan tarik perginya salah seorang ahli keluarga Maharum Bugis Syah yang amat kami sayangi dan hormati iaitu Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah atau panggilan manja Syah Ucu.

Ucu merupakan adinda bongsu Ayahanda Syah. Walaupun Ucu seorang perempuan tetapi jasa dan pengorbanannya kepada keluarga amatlah besar dan tidak ternilai. Dengan ciri-ciri seorang wanita yang tegas dan berani menghadapi apa jua cabaran menjadikan Ucu seorang yang bertanggungjawab dan berdikiri serta tidak bergantung kepada sesiapa walaupun beliau masih bujang. Mungkin ciri-ciri ini dituruni daripada Onyang Syah yang merupakan guru silat yang dihormati oleh masyarakat setempat pada satu ketika dahulu iaitu Almarhum Abdul Rahman Al-Haj atau dikenali juga sebagai Abdul Rahman Sending. Mengikut cerita Mak (Almarhumah Nenda Maharum, Ninda Syah yang Syah panggil Mak) semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Onyang Syah tidak pernah diusik oleh Jepun kerana Almarhum boleh berbahasa Jepun ketika itu.

Pada Asalnya Almarhumah sakit tidak boleh berjalan dan mendapat rawatan di Hospital Tawakal dalam jangkamasa yang lama. Syah tak berapa ingat apa sakitnya tetapi Ucu tidak dapat bergerak. Biasalah mengikut Bomoh iannya buatan orang. Ucu bukan sahaj tegas dan berdisplin dirumah tetapi juga dipejabat apatah lagi Ucu bertugas menguruskan kewangan Syarikat yang berkaitan pembuatan peluru. Ucu terpaksa bergantung pada ubat dan akhirnya boleh berjalan semula.

Almarhum Abdul Rahman Sending, Onyang Syah

Walau bagaimanapun kesan dari ubat yang mengandungi morfin itu menyebabkan paru-paru ucu menjadi keras. Ucu mudah semput dan penat dan selalu batuk, akhirnya setelah mendapat pengesahan doktor, Ucu diberikan Medical Board dan mendapat Pencen Elat. Pencen berkenaan digunakan untuk perbelanjaan harian Ucu dan still hidup mewah seperti semasa bekerja dahulu kerana jumlah pencennya agar besar juga. Kehidupan Ucu macam biasa walaupun tak sihat tetapi still jadi ketua dalam keluarga kami dan menguruskan semua perkara termasuk perkahwinan sepupu Syah, menguruskan nenda yang sudah tua dan paling Syah tak boleh lupakan adalah Ucu sentiasa membantu Syah semasa Syah mula-mula mengalami penyakit kencing berdarah dengan menghantar Syah ke Hospital Pakar di KL, HKL dan bawa Syah balik Kampung dan sanggup ambil cuti (masa itu dia bekerja lagi) untuk jaga Syah.

Jodoh, Ajal dan Maut ditangan Tuhan. Akhirnya sebelum kemangkatan Ucu Syah telefon ke kampung dan dengar suara dia batuk dan nafasnya berbunyi kuat dan masa itu anak saudara Syah Mamat sedang menunggu keputusan SPM dan berada dikampung dengan Ucu. Syah minta dia hantar Ucu ke hospital. Syah terus call Kak Long Zainab suruh dia balik kampung sebab Syah rasa macam ada yang tak kena. Qada dan Qadar sudah ditentukan, pada jam 09:35hrs bertarikh 18.04.2011 Ucu yang kami Sayangi dan Hormati meninggalkan kami buat selama-lamanya di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam Selangor dalam usia 53 tahun. Pergi yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Kami seolah-olah hilang tempat bergantung tetapi dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ucu semasa hidupnya membangunkan kami semula. Sebab-sebab kematian seperti dalam Sijil Kematian adalah Septicaemia.

Ucu dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Batu 40, Sabak Bernam Selangor berhampiran Makam Nenda dan Nenda Sauydara Syah, Almarhumah Maharum Al-Hajjah dan Almarhumah Sadu Al-Hajjah. Selepas 100 hari Syah telah menempahkan sendiri makam Ucu dengan design yang Syah kehendaki daripada Encik Damanhore yang selalu membuat makam-makam diraja di Malaysia dan Brunei.

Selepas Kemangkatan Ucu, harta-hartanya yang banyak itu telah siap diagih-agihkan kepada pewaris yang dia kehendaki. Kami mengetahuinya apabila menjumpai dokumen-dokumen berkenaan yang telah siap ditukarkan kepada nama kami tanpa pengetahuan kami. Adalah sedikit harta yang tidak dinamakan dan iannya telah diserahkan kepada Amanah Raya Berhad untuk di agih-agihkan kepada waris-waris Ucu mengikut Faraid iaitu adik beradik Ucu sendiri. Urusan ARB Syah yang uruskan dan berjalan lancar kerana Syah berikan mereka semua dokumen lengkap berhubung harta-harta berkenaan.

Makam Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah ibni Almarhum Ahmad Al-Haj

Al-Fatihah

Semuga Roh Almarhumah Ucu @ Che' Zan Al-Hajjah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.

AMIN

Sahur

18.04.2011, Isnin - Sekarang jam 05:00hrs dan Syah bangun untuk bersahur. Syah makan roti jer sebagai alas perut sebab rasa sebulah. Lepas tu Syah makan Fish Oil dan Vic E. Lutut Syah sakit semula bila hendak berjalan. Hemmmm......... ada-ada jer kan? Pagi nie pula Syah ada Fisioterapi.

Aktiviti Ahad Syah - Penatnya

17.04.2011, Ahad - Sorry semua baru malam nie dapat update blog kerana baru sampai rumah. Pagi nie jam 08:00hrs Syah keluar rumah dan terus dapat bas. Di stesyen KTMpun sama sampai jer ada train. Sampai KL Sentral Jam menunjukkan jam 10:30hrs dan Syah rasa sempat untuk ke KL Residence coz jam 13:30hrs Syah ada appointment di NY. Sampai stesyen jelatik Muss call dan tanya Syah dimana dan Syah inform on the way ke KL Residence dan dia berada di Wizuri Condo. Dia minta Syah tunggu di LRT Wangsa Maju dan fetch Syah untuk ke KL Residence dan kebetulan dia nak hantar barang ke KL Residence. Hari ini Syah cukur misai dan janggut kasi licin. Sampai KL Residence Syah singah dulu rumah sebelah yang buat renovation juga. Memang cantik sebab dia kontraktor dan Muss inform akan buat Kitchen Cabinet dengan mereka. Muss tunjukkan renovation yang telah dibuat termasuk bilik air baru dan bilik tidur Syah yang bewarna purple. Keadaan rumah memang bersepah dan berhabuk, kesian Syah tengok Hamster, Nomi dan Blackie yang terpaksa terkena habuk. Dulu ada Syah cadangkan bawa kucing-kucing tu ke Rawang Residence masa renovation tetapi Muss tak mau. Muss sempat kemas sangkar kucing lagi dan Syah buangkan najis kucing tu. Muss inform dia ada kursus ADK Challange (Audit Dalam Kumpulan) di Jerantut minggu ini bertempat di Pusat Penyelidikan Pertanian Tekam Resort selama seminggu. Lepas balik kursus, macam biasa hari Ahad depan dia akan outstation macam biasa pula. Means dua minggu dia tiada di KL cuma hari Sabtu depan saja dia ada dirumah dan esoknya outstation lagi. On the way balik ke Wizuri Condo Muss turunkan Syah distesyen LRT Wangsa Maju kerana Syah hendak ke LRT Bangsar. Dari Bangsar Syah tunggu shuttle bus ke Mid Valley tapi lambat Syah naik teksi jer. Sebelum ke New York Skin Solution Syah makan di foodcourt staff kerana makanannya murah Syah makan Meehon goreng dan tempe goreng. Adalah dua jam Syah buat facial dan selepas selesai Syah minta May Tan buat analisa kulit muka Syah. Syah tambah lagi facial hingga bulan Disember dengan kadar bayaran yang ada diskaun kerana Syah regular customer mereka. Sudah dua tahun Syah buat facial di NY. Di NY kita kena bayar semua dulu ikut pakej yang kita ambil dan bukannya bayar bila setiap kali kita buat treatment. Sepatutnya Syah buat facial sebulan sekali tetapi disebabkan busy dah 3 bulan Syah tak ke NY. Dari NY Syah ke Mid Valley Megamall semula untuk jalan-jalan dan Syah makan lagi di foodcourt itew tetapi kali ini Maggi Goreng. Satu bungkus RM2.00 memang banyak. Lepas tu Syah beli assorted roti di Jaya Jasco. Pusing-Pusing terus ke kedai buku, sempat tengok buku-buku termasuk buku Prince William and Kate Middleton yang berharga RM74.00 tak silap Syah. Bestnya kalau ada orang hadiahkan untuk Birthday Syah............ Hehehhehe just kidding.

Dari kedai buku Syah menyaksikan Fesyen Show Vincci jam 18:00hrs. Selepas selesai Syah terus ke Stesyen KTM Mid Valley untuk balik ke Rawang. Dalam Train Mak Aiiiiii........... dapat duduk tapi macam cacing kepanasan kerana gerabak tak ada aircond. Semua orang berpelunh dan berkipas dengan apa sahaja benda yang ada ditangan. Ini lagi satu masalah Komuter nie, selalu ada gerabak yang tak ada aircond dan bayangkan ianya berlaku waktu peak hours terutamannya macam hari Ahad nie. Sampai Rawang hampir jam 19:30hrs dan bas tak ada. Jam 20:30hrs baru bas datang dan Syah sampai Rawang Residence jam 21:00hrs. Dinner malam nie Syah buat sandwich sahaja.

Sekarang jam 22:00hrs dan kepala Syah sakit sangat sebab lama kat luar agaknya, tunggu bas lama dan keratapi tak ada aircond. Masa turun tangga di KTM Midvalley tadi kaki Syah terkedu dan sakitnya lutut Syah. Bila berjalan terasa sakitnya dan sekarangpun lutut Syah sakit sedikit. Dalam train tadi Syah sapu minyak panas kat lutut dan Syah tak kisahpun semua orang tengok sebab lutu Syah sedang sakit. Ok lah semua..................... Syah nak mandi nie, Sehingga berjumpa lagi yer................

Hari Nie Keluar KL

17.04.2011, Ahad - Sekarang jam 07:49hrs dan Syah hendak ke KL kerana ada appointment di NY jam 13:30 nanti. Jika sempat singgah ke KL Residence tapi tengoklah macam mana sebab Syah naik public transport jadi banyak ambil masa. Today Muss outstation. Ok jumpa lagi di lain Entry......... Jangan lupa habiskan masa hari minggu anda bersama keluarga atau orang tersayang. Jumpa lagi ..........................

BN Menang Dua Pertiga Pilihanraya Sarawak

Majlis Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sarawak di Astana Negeri Malam ini - gambar dari Bernama


16.04.2011, Sabtu - Shukur Alhamdulillah Barisan Nasional telah memperolehi majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 hari ini. Sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan pada pilihanraya kali ini. Barisan Nasional memenangi 55 kerusi manakala pihak pembangkang yang terdiri daripada DAP memenangi 12 kerusi, PKR 3 dan Bebas 1 manakala PAS, SNAP dan parti Cinta Malaysia tidak memenangi sebarang kerusi.


Selepas pengumuman dibuat, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mengangkat sumpah Jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri. Ketua Menteri yang berbaju melayu unggu mengangkat sumpah dihadapan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng. Ini merupakan pengal kelapan Ketua Menteri yang juga merupakan Pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri semenjak 1981. Ketua Menteri sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri dan memaklumkan bahawa ini adalah pilihanraya terakhir dibawah pimpinan beliau.


Dalam pilihanrya 2006 lepas BN menang 62 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan manakala beliau mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri sehari selepas pengumuman dibuat tetapi pada pilihanraya kali ini beliau terus mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas sahaja diumumkan BN menang majoriti dua pertiga. Beliau mengekalkan kerusi Balingian dengan menewaskan dua pencabarnya iaitu Calon Bebas, Datuk salleh Jafaruddin dan Calon PKR, Suriati Abdullah dengan majoriti 5,154 undi.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbarnya malam ini mengucapkan terima kasih kepada Rakyat Sarawak atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Barisan Nasional. Tahniah diucapan kepada Barisan Nasional yang mengekalkan tampuk pemerintahan di negeri kenyalang ini semuga dengan kemenangan ini Negeri Sarawak akan bertambah Maju dibawah pemerintahan Barisan Nasional.