Saturday, August 21, 2010

Syah Discharge dari SMC - 20.08.2010

Tengahari tadi Dr Bala jumpa Syah dan inform Syah boleh keluar petang nanti. Syahpun bersiap-siap untuk balik. Pagi tu my bro Muss inform sudah boleh keluar atau belum dan Syah inform petang. So Muss minta Syah tunggu dia lewat petang sedikit kerana dia keluar jam 05:00pm. Syah kata ok. Azrin pun ada call tanya Syah dimana dan Syah inform masih di hospital lagi. Dia inform hendak datang. Katil seelah Syah sudah ada penghuni baru, lelaki melayu yang hendak buat MRI pada kakinya. Masa Syah solat Zohor Azrin call Syah dan masa itu Syah di surau hendak solat Zohor kerana tak Solat Jumaat hari ini. Lepas solat Syah jumpa Azrin di loby wad Aras 5.Azrin kata nak hantar Syah balik kerana kebetulan dia ada kerja di Setiawangsa. Syah kata tak apa tapi dia hendak hantar juga kerana laluan yang sama. Syah keluar wad lebih kurang jam 03:30pm dan kemudiannya ke aras 1 untuk berjumpa person incharge untuk serahkan claim report form insuran untuk diisi oleh pihak hospital. Kena caj RM42.00 dan siap 3 minggu iaitu mengikut masa appointment Syah seterusnya. Hem no comment. .........tu untuk clain elaun harian daripada pihak insuran. Semasa buat bayaran Syah minta copy bill hospital Syah. Kena caj RM1,756.05. Setelah semua selesai Azrin hantar Syah balik ke KL Residence. Jalan jem sedikit kerana waktu orang balik kerja. Actually sudah hampir dua bulan Syah tak jumpa Azrin kerana masing-masing sibuk dan Azrin kadangkala tiada di Rawang lagi coz stay di Shah Alam dengan kawannya dan Syah pula on and off antara Rawang dan KL. By the way Thanks Azrin, really appreciate it walaupun sekarang ini kita sibuk dengan hal masing-masing.

Wednesday, August 18, 2010

Syah Warded @ Sentosa Medical Center - 18.08.2010

Hari ini Syah masuk Sentosa Medical Center, di No.38, Jalan Chemur Komplek Damai, Kuala Lumpur. Baru-baru ini Syah sakit bila hendak buang air kecil. Jam 11:30pm Syah sampai dan buat appointment dengan Dr Bala Sundram Mariapan, Pakar Urology dan hampir jam 04:00pm baru Syah dapat masuk wad kerana tiada kekosongan. Sebelum itu Syah buat ultra sound dan pemeriksaan air kencing. Petang tadi Dr Bala inform katanya buah pinggang dan pundi kencing ok cuma testicle Syah ada bengkak dikedua-dua epedemisnya (tak tau ejaan sebenar) dan doktor kata boleh makan ubat sahaja. Esok akan buat test mengukur kelajuan air kencing untuk prostate dan jika ada masalah baru doktor akan buat scope masukkan kamera melalui salur kencing. Minta-minta janganlah. Sebentar tadi lebih kurang jam 10:00pm nurse datang check Bp dan dia kata Bp Syah tinggi pula 140/100. Muss dan Cd datang bawa makanan Syah dan baju. Syah update blog nie pun guna laptop Muss kerana Syah punya tertinggal di Rawang. Kejap lagi mereka nak balik dan bawa laptop nie sekali. So apa-apa nanti bila ada kesempatan Syah update blog but sekarang laptop tak ada. Doakan Syah selamat ok kawan-kawan semua. Selamat Malam.

Cd Belanja Buka Puasa - 18.08.2010


Semalam 17.08.2010 Syah di KL Residence dan selepas office hours lepak sebentar di office sehingga jam 06:00pm. Sampai rumah hampir jam 07:25pm. On the way balik rumah Muss call inform Cd hendak belanja buka puasa di OM Juice Setapak di Jalan Genting Kelang. Sampai KL Residence Syah terus bersiap dan keluar dengan Muss dan fetch Cd di 7E Taman Teratai kerana dia ada kerja kat outlet tu. Syah dan Muss berbuka dalam kereta dengan minum mineral water jer. Sampai Om Jus hampir 07:45pm dan hari hujan. Parking tak ada so we all alihkan kerusi yang kedai tu letakkan kat parking lot dan Muss park disitu kerana hari hujan mana ada orang nak makan kat luar tu. We all dah biasa dengan restoran ini.

Menu buka puasa today adalah Ikan Siakap Stim Thai dan Som Tam atau Kerabu Betik untuk semua. Individual orde pula.... Syah order Meehon Tomyam Putih Sayur, sepotong buah betik dan Apple + Celary Juice Ice Blanded, Muss pula Meehon Hailam dan Koko Ice Blanded manakala Cd - Meehon Soup dan Barli Panas serta Air Suam. Semuanya RM 59.00. Thanx Cd. Ingatkan jam 11:30 hendak minum Jusmate 5 tapi letih sangat sampai Syah tertidur dan 04:30pm baru terangun. So Syah ambil Jusmate 5 dan minum air banyak-banyak sampai rasa senak pula perut sedikit sambil update blog ini.

Tuesday, August 17, 2010

Ragam Pengguna Komuter - 17.08.2010


Masa dalam Komuter Rawang ke KL pagi tadi Syah bengang dengan Kakak nie coz main sandar jer kat kerusi Syah sampai sakit bahu Syah kena beg tangan dia yang keras tu tapi tak adalah sampai nak sound dia coz dah namapun kita naik public transport kan?. Jadi, saja Syah ambil camera dan tangkap gambar nie tanpa flash. Bila tengok semula gambar nie kesian pula Syah kerana mungkin Kakak ini ada masalah. Mula-mula Syah tak perasaan keadaan Kakak ini tapi apabila Syah mengedit gambar, jelas tanpak kesedihan diwajahnya. Dari gambar kiri nampak dia menangis tapi matanya telah Syah tutup untuk menjaga identitinya. Manakala gambar satu lagi dengan keadaan sedih dia membaca SMS. Apa-apapun Syah doakan agar Kakak dapat menyelesaikan masalah Kakak. Take care Kak. Syahpun pernah mengalami situasi yang sama macam Kakak nie dan beginilah agaknya orang lihat kita tapi hakikatnya jika ada perkara yang menyusuk hati kita dan kita tidak dapat mengawalnya dengan sendiri air mata itu akan keluar tanpa kita sedari. Tapi kita perlu ingat jika orang tidak sudi dengan kita anggap sahaja mereka yang rugi kehilangan orang macam kita. Biar apapun kekecewaan yang melanda dalam hidup kita, kehidupan harus diteruskan dan buktikan kita akan berjaya tanpa dia disisi. Syah suka perkataan ini "The Show Must Go On".

Syah @ Snips Academy - 17.08.2010

Sebentar tadi Syah minta kebenaran daripada Boss untuk ke Maybank Bukit Bintang kerana ada urusan banking disana. Terlanjur Syah ke BB Syah singgah ke Snips Academy di Suite 4.0, Aras 4, Bangunan Yayasan Selangor bersebelahan Maybank sahaja iaitu berhampiran Stesyen Monorail Bukit Bintang. Syah hendak beli minyak rambut Hydromoist Aroma Ionic Series - H2O Mud. Syah memang biasa menggunakan produk dari Korea ini. Harganya RM60.00 dan pakai sedikit sahaja dan bolehlah tahan selama tiga bulan. Hari Ahad lepas, Syah ke salonnya di 1st Floor, Sungai Wang Plaza tapi kehabisan stock. Actually dari bulan lima lagi Syah nak beli tapi mereka tiada stock dan Syah beli waxnya dari jenama yang sama tapi ada masalah kulit kepala gatal bila pakai wax tu dan tak sampai sebulan habis. Jadi Syah terpaksa nipiskan rambut dan sekarang sudah hendak panjang sedikit tu lah sebabnya nak cari benda tu semola. Mud nie memang selesa memakainya kerana kita boleh ubah gaya rambut pada bila-bila masa kerana dia tidak mengeras seperti gell atau wax. Maksudnya, pagi nak rambut tegak dan petang kita boleh buat style lain tanpa membasuh rambut atau menambah minyak rambut. So mudahkan kalau anda nak cuba carilah produk ini di Snips Salon kerana iannya tidak dijual di supermarket.

Balik Rawang dan Internet Not Connected - 17.08.2010

Malam tadi Syah balik ke Rawang Residence. Sampai sahaja di KTM Rawang, sudah hujan tapi bolehlah diredah. Ingat nak naik teksi dan tanya pakcik tu dan dia caj RM15.00 kerana jalan jam terutamanya depan sekolah masuk ke Rawang Residence Syah. Tambang biasa RM10.00 sahaja, Bila Syah fikir balik, membazir saja dan buat apa nak balik cepatpun, bukannya hendak memasak. So Syah jalan kaki terus ke stesyen bas Rawang untuk naik bas sahaja dengan kos RM1.oo berbanging RM15.00. Sebelum naik bas Syah ke 7E untuk purchase 3 botol mineral water (1.5L), Roti Gardenia Breaktthru dan tuna in myao. +96Sampai Rawang Residence ingat hendak beri bubur lambuk pada Bak tapi dia tak ada rumah, mungkin tidur rumah Firdaus. Sampai rumah Syah bersihkan car porch dan cuci kereta sambil start enjinnya. Beberapa minit kemudian hujan turun mencurah-curah, shukur alhamdulilah Syah dan sampai rumah. Berbuka macam biasa dengan jusmate 5 dan jam 10:30pm makan kurma, Gardenia Breakthru - roti dengan formula multi wholegrain fibermeal yang mengandungi beta-glucan untuk membantu merendahkan kolestrol. Roti ini lebih baik daripada roti gandum penuh (wholemeal) dan bagi anda yang berdiet cubalah sekali sekali walaupun harganya agak mahal RM4.50. Syah mamam roti itew dengan Tuna in Mayo. Sambil menonton makan kacang goreng. Sepatutnya tak boleh makan groundnut tapi biasalah benda sudah ada dalam petisejuk, jadi Syah kasi habiskan. Heheheheh.

Ingat hendak mentenet tapi ada signal Internet not connected. Syah angkat phone tiada nada dail. Frustrated sangat dan cal 100 buat report. Customer servicepun ambil report Syah dan inform service akan dibaiki dalam masa selewat-lewatnya 72 jam atau tiga hari. Kalu cepat-cepatlah ianya diperbaiki. Pagi tadi masa tunggu bas Syah lihat ada kerja-kerja penyelanggaran oleh pihak Tm iaitu kerja-kerja pembinaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi. Patutlah internet tak jalan kerana ada maintenance work rupanya dan sepatutnya customer service perlu maklum akan perkara ini supya dapat disampaikan kepada pengguna apabila ada aduan seperti yang berlaku pada Syah. Mereka ini adalah kontraktor TM dan Syah rasa mereka bekerja 24 jam tapi tak tahu berapa shif untuk mencapai target mereka.

Monday, August 16, 2010

EN Ahmad Shukri Meninggal Dunia - 16.08.2010

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, En. Ahmad Shukri bin Hj. Hassan berumur 53 tahun dan bertugas sebagai Pegawai Teknik dari Unit Network Operation Zon 2 Alor Setar, Kedah telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 yang lalu bersamaan 26 Syaaban 1431H, jam 1.00 tengahari akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarhan telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, (dekat Pondok Pak Ya) Jalan Alor Setar Sungai Petani, Kedah selepas Solat Asar pada hari yang sama.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM dan sukar untuk di cari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

LRT Meragam Lagi - 16.08.2010

Hari ini Syah bangun awal dan bersiap awal. Lebih kurang 06:45am Syah sudah keluar dari KL Residence untuk jalan kaki ke stesyen LRT Taman Melawati. Sampai approx jam 07:00pm dan tiba-tiba terdengat annauncement LRT ada problem. LRT dari stesyen Setiawangsa dan Gombak ada masalah teknikal dan akan berhenti lama di setiap stesyen. Merek inform train akan delay lebih kurang dua jam. Bila dengar dua jam, banyak pelanggan yang keluar untuk mencari alternatif lain ke distinasi yang ditujui. LRT juga ada menyediakan bas ke Stesyen Setiawangsa kerana train dari Setiawangsa ke KL tak ada masalah cuma lambat sedikit kerana masalah ini. Adalah tunggu lebih kurang 45 minit baru LRT ok semula. Shukur alhamdulilah tak sampaipun dua jam. Sampai office lambat 10 minit jer dan jumpa Kak G (executive di floor Syah) yang juga lambat kerana masalah LRT ini.

Berbuka Puasa - 16.08.2010

Biasanya kalau habis terawikh hampir jam 10:20pm dan time ini memang sedang elok untuk Syah makan iaitu tiga jam selepas mengambil jusmate 5. Biasanya Syah masak sayur sahaja, pernah sekali buat sandwich dan salad tapi kebanyakannya sayur dan buah-buahan. Kadangkala ada juga curi-curi makan jajan. Hehehhe. Selepas solat terawikh hari hujan dan Syah call Muss untuk fatch Syah disurau tapi katanya dia sudah hendak tidur dan Syah inform akan balik sendiri. So Syah ke gerai Aziz Al-Amin berhampiran surau untuk dinner.Mula-mula Syah order soya panas dan bila dihantarnya kat Syah soya ice. Syah inform budak tu (perempuan) kata minta yang panas tadi dan kenudian dia datang semula inform soya tu tak boleh minum dan minta Syah order lain. Syah minta green apple juice kurang ice. Tak faham maksud dia soya tu tak boleh guna lagi coz Syah tengok orang lain dia bagi pula, mulanya ingat soya tu dah tak elok lagi untuk diminum. Tak apalah malas nak fikir. Makan Syah minta meehon tomyam putih letak sayur sahaja. Bila sampai ada isi ayam dalamnya. Malas nak bising Syah asingkan sahaja ayam tu. Memang ada kedai yang macam ini, mereka biasa dengan resipi standard mereka dan bila customer minta ubah sedikit terlupa. Harga semuanya lebih kurang RM7.50. So lain kali tak adalah jawabnya nak makan kat sini, coz macam mereka tak alert kehendak pelanggan kerana banyak lagi tempat makan best di area Setapak Indah nie.

Solat Terawikh - 16.08.2010

Semalam syah solat terawikh di Surau An-Nur berhampiran KL Residence Syah di Setapak Indah. Solat disini lapan rakaat dengan witir tiga rakaat dan dua salam. Baru dapat semula kamera dan nak kongsi bersama anda suasana solat terawikh disini. Surau dibahagikan kepada dua iaitu dihadapan untuk kaum muslimin dan belakangnya untuk kaum muslimah. Selepas solat Insya diadakan tahlil terlebih dahulu sebelum solat terawikh diikuti dengan taskirah (tak semua hari ada taskirah dan ianya bergantung pada keadaan). Selepas itu kami dihidangkan dengan morei. Malam ini ada bubur kacang hijau dan terpulang kepada jemaah jika hendak makan disitupun boleh atau nak bawa balikpun boleh. Biasanya Syah bawa balik bukan untuk Syah tapi untuk saudara-saudara di KL Residence.

Low Yat & Court Mammoth - 16.08.2010

Petang semalam Syah, Muss dan Cd ke Plaza Low Yatt, Bukit Bintang kerana hendak mengambil Kemara Samsung yang telah dibaiki. Shukur alhamdulilah siap juga akhirnya walaupun terpaksa menunggu selama sebulan. Kamera tu Muss yang ambil manakala Syah lari ke Sungai Wang Plaza sekejap untuk ke Snips di 1st floor kerana hendak beli mud tapi sayangnya stock sudah habis dan yang tinggal hanya wax sahaja. So tak jadi beli kerana wax tu akan membuatkan kulit kepala Syah gatal jer. Muss ingat hendak carikan kamera untuk Kak Ngah Faziah tapi tak jadi.
Dari Bukit Bintang we all ke Court Mammoth Setapak untuk mengintai offer yang di war-warkan dalam akhbar. Syah tanya mengenai produk yang dioffer beli satu dan dapat percuma. Sales girls tu inform salah satunya TV tapi kalau hendak purchase TV tu kena buat installment 5 tahun dan bukan bayaran secara cash. Hampehhhhh......... sama juga rasanya bila dikira interest serupa walaupun tak sama macam beli dua TV juga. Balik dai Court singgah ke Platinium Walk kerana Cd hendak belanja buka puasa Steam Boat tapi bila ke restoran tu sudah hampir penuh dan yang ada kosong hanya di luar restoran yang agak jauh, jadi Syah & Muss cakap dengan Cd lain kali sahaja buka kat situ dan we all balik rumah. Dipendekkan cerita rupanya Cd merajuk coz dia sebenarnya teringin hendak makan steam boat sampai dia tak masak kepah yang Muss beli pagi tadi dan makan meggi sahaja masa berbuka. Syah masakkan kepah tu untuk Muss tapi adalah bahan yang tak cukup seperti sos tiran dan sos cili tapi bolehlah? Syah minum Jusmate 5 dulu dan lepas solat terawikh baru makan. Syah cakap dengan Cd lain kali kalau nak betul-betul makan kat situ cakap jer bila kita orang kata tidak, Ini dia diam sahaja dan we all ingat dia setuju. Heheheehh Cd..Cd... untuk dia tak mengamuk al-maklumlah musim puasa sekarang nie banyak kes orang mengamuk dalam paper. hehehehh.....

Friday, August 13, 2010

Merasa Masakan Semasa Berpuasa - 13.08.2010


Memasak dibulan puasa adalah kemestian bagi yang tidak suka makan luar. Walau bagaimanapun untuk menentukan keenak sesuatu hidangan itu adalah bergantung pada rasanya. Kalau tak dirasa masam, manis dan masinya tak sempurnalah makanan tu dan ditakuti akan terlalu tawar atau terlalu masin. Timbul kemusykilan berhubung cara merasa masakan yang kita masak dibulan puasa. Jangan bimbang, bagi anda yang suka memasak tidak akan batal puasanya jika ia merasa makanan itu dihujung lidah sahaja. Tetapi bagi individu yang tidak terlibat dengan aktiviti memasak makanan berkenaan tidak boleh berbuat demikian dan jika dilakukan akan batal puasanya. Contohnya seperti gambar di atas, jika anda memasak dan anak-anak melihat anda semasa memasak maka yang boleh merasa hanya anda sahaja manakala anak-anak tidak boleh berbuat begitu. So apa lagi cik akak dan cik abang yang memasak tu jangan was-was untuk merasa masakan anda hanya dihujung lidah sahaja.

2nd Day Puasa - 13.08.2010

Semalm 12.08.2010, Syah berbuka puasa di Rawang Residence. Macam biasa perjalanan balik berjalan dengan lancar. Sampai rumah, hari baru lepas hujan dan Syah cuci kereta dan laman sambil start enjen kereta. Masa buat kerja Syah lihat jiran Syah, Chong baru balik dan selepas tu ada dua jentolak lagi saudara dia parking kat depan. Tak tahu mungkin saudara dia tumpang parking kat situ tapi taklah ganggu kawasan depan rumah Syah. Lately banyak pula jentolak, nak kata dia punya semua tak mungkin, agaknya kawan-kawan dia tumpang kot sebab rumah kami depannya longkag dan tak ada rumah lain sebab tu senang parking........... Entahlah……..

Siap kerja hampir jam 07:30pm dan hendak masuk waktu berbuka. So Syah berbuka dengan Jusmate 5 dan jam 10:30pm baru makan. Hari nie tak pergi solat terawikh dan Syah mentenet kat rumah. Berbalik kepada cerita berbuka tadi Syah makan kurma, lepas tu masak guna microwave - quaker oat kosong campur quaker oat 3in one dan Syah taburkan kurma atasnya. Resipi dari idea member office Syah, Abang Razak. Lepas tu Syah ambil biskut cream craker – high fiber low salt dan sedikit kacang goreng yang Azrin bagi lama dah dan dan Syah simpan dalam petisejuk dan tak expired lagi. Sebenarnya dalam petisejuk ada bubur lambuk yang Syah ambil dari Surau Menara TM, ingatkan hendak bagi Bak (ayah Azrin) kerana teringat dia suka bubur lambuk. Tetapi masa Syah balik tengok keretanya tiada dan tanya anak jiran sebelah rumah dia, budak tu kata tak tahu. Tapi masa pergi kerja tadi nampak pula ada kereta 5077 tu. Ingatkan dia pergi rumah anaknya si Firdaus. Tak tahu bila dia balik dan bubur lambuk tu still ada dalam petisejuk lagi. Heheheh minggu depan balik mesti dah basi.

Thursday, August 12, 2010

Tahlil di Makam Diraja - 12.08.2010


Semalam 11.08.2010, Kementerian Kewangan Brunei dan Jabatan dibawah seliaan kementerian berkenaan telah mengadakan majlis tahlil di Makam Diraja Brunei. Majlis tahlil ini diketuai oleh Awang Haji Ali Yusoff bin bin Haji Arshad, Imam Masjid Kampung Pintu Malim. Turut serta dalam majlis tahlil ini adalah Menteri Kewangan II Brunei, Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato' Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim. Ini adalah aktiviti biasa di Brunei dan molek juga jika ada kementeria di Malaysia atau Kerajan Negeri mengadaptasi aktiviti seperti ini terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Untuk pengetahuan anda semua Negara Brunei mula berpuasa pada hari ini Khamis 12.08.2010. Atas titah Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tarikh berpuasa bagi Negara Brunei Darussalam berkenaan telah disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Brunei, Dato' Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji bin Haji Baki petang semalam secara langsung keseluruh negara melalui Radio dan Telivesyen Brunei atau RTB. Bagi kakitangan kerajaan waktu bekerja mereka telah dipendikkan sepertimana kita di Malaysia tetapi di Brunei agak istemewa sedikit iaitu bermula jam 08:00am sehingga 02:00pm sahaja. Nape ...best kan?

En Rosdi Meninggal Dunia - 12.08.2010

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, En. Rosdi Bin Mohamad merupakan seorang Juruteknik daripada Unit Transmission, Dungun, Terengganu berumur 53 tahun telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad yang lalu, 8 Ogos 2010 bersamaan 27 Syaaban 1431H, jam 5:45 petang akibat penyakit Barah. Jenazah Allahyarham telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu selepas Solat Isyak pada hari yang sama.
Allahyarham En Rosdi Mohamad

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah.

AL-FATIHAH.

1st Day Buka Puasa - 12.08.2010

1st day puasa Syah berbuka di KL Residence. Sampai rumah hampir jam 07:00pm dan Syah terpaksa ketuk tingkap bilik Cd coz Syah terlupa bawa kunci rumah. Syah lihat Cd buat nasi goring dan ada sardine siap standby keropok goreng satu balang lagi. Syah berbuka dengan Jusmate 5 dan lepas tu minum air banyak-banyak dan selalulah ke toilet tapi taklah sampai menggangu solat terawikh Syah, means kena cari masa sesuai bila nak ke toilet dalam waktu terawikh tu. Surau Al-Amin di KL Residence Syah buat solat terawikh 8 rakaat sahaja dan lepas to morei. Syah sempat beri sumbangan dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak surau. Habis terawikh hampir 10:15pm. Sampai rumah, Syah malas nak masak pula dan Syah buat sandwich dan makan kurma, ambil sedikit sardine Cd, hiris kobis dan tomato kemudiannya makan sambil menonton TV. Syah gunakankan roti gardenia yang boleh turunka kolestrol tu. Sahur tadi Syah kejutkan Cd dan kebetulan Muss pun call Syah kejutkan untuk sahur. Bila nak makan Cd kata nasi goreng yang dia buat semalam tu sudah basi dan Syah kata makanlah bubur lambuk yang Syah bawa dari office tu tapi Syah tengok dia makan kuih morei yang Syah bawa dari surau (Syah tak makan kuih tu dan memang bawa balik untuk Cd). Bubur lambuk tu Syah simpan dalam petisejuk. Syah makan buah betik dan kurma sambil minum air kosong.

Wednesday, August 11, 2010

1st Day Puasa - 11.08.2010

Hari ini 1st day puasa dan Syah tak rasa kemeriahan berpuasa, nak kata sebab kita nie bujang tak juga coz tahun-tahun yang lepas rasa macam best jer. Tak tahulah nape, mungkin lepas nie baru rasa meriah kot? hehehhehe. Malam tadi makan dengan fruit, kurma dan curi-curi makan kerepek bawang jam 10:00am dan tiga jam kemudian Syah minum Jusmate 5. Minum air kosong sampai ke pagi. Nampak Cd sahur dan temankan dia makan sekejap (temankan jer dan Syah tak makan pun). Dia masak sardin dan telur dadar makan dengan nasi putih. Rasa macam letih pula hari ini dan walaupun kerja banyak tapi malas nak buat. Hehheh sambung esoklah. Bulan Puasa office Syah balik jam 04:30pm dan sekarang Syah masih dioffice lepaking. Nak balik cepat bukannya nak masakpun coz Syah masak ringkas jer sekarang nie, Sup sayur main campak jer, kejap masaklah. Malam nie nak terawikh, semalam absecne coz jalan-jalan ke KLCC. Malam tadi dan hari ini banyak terima e-mail dan sms mengucapkan selamat berpuasa dari kenalan dan saudara mara. Syah pun ada call relatif minta maaf dan ucap selamat berpuasa. Oklah, selamat berpuasa kepada pembaca semua dan maafkan Syah jika ada entry/perkataan Syah dalam tulisan Syah menyinggung hati dan perasan anda semua.

Sultan Johor Murka - 11.08.2010

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sulktan Iskandar telah menzahirkan kemurkaan baginda terhadap sebuah parti pembangkang yang menggunakan gambar baginda pada poster disebuah majlis cermah politik di Batu Pahat, Johor baru-baru ini. Dengan rasa kesal baginda bertitah kepada rakyat Johor agar tidak terpengaruh dan terpedaya dengan pihak yang cuba merosakkan perpaduan di negeri Johor sambil menyifatkan mereka ini sebagai membuat tindakan biadap dan tidak seharusnya berlaku. Kenyataan ini dibuat semasa majlis penutup Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 fasa 2, di Majlis Daerah Kota Tinggi Johor pada 09.08.2010.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff
Baginda Sultan Johor bertambah murka lagi semalam 10.08.2010 apabila mengetahui ada pihak-pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan menjual sijil kurnia bintang kebesaran baginda, PIS II iaitu Pingat Ibrahin Sultan Pangkat Kedua dengan harga RM5,000.00. Kemurkan ini telah dizahirkan oleh baginda kepada kepada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff sewaktu beliau mempersembahkan berita ini kepada Tuanku Sultan. Rahsia penyangak ini terbongkar apabila seorang mangsa yang telah membayar deposit RM3,000.00 dan kemudiannya menyedarinya dirinya tertipu membuat laporan polis mengenai kegiatan individu berkenaan. Bertindak dari laporan tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan dua individu berumur antara 40 dan 49 tahun di Seri Alam, Johor Baharu. Menurut Datuk Mohd, baginda bertitah supaya rakyat jangan terpedaya dengan tipuhelah sebegini. Seperkara lagi perlu diingat, pengurniaan darjah kebesaran adalah hak Sultan Johor dan pihak Istana tidak pernah melantik mana-mana pihak berhubung pengurusan pengurniaan tersebut. So kepada anda diluar sana janganlah terlalu mengejar pangkat dan darjat hingga terpedaya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Elak Nafas Berbau Semasa Berpuasa - 11.08.2010

Biasalah jika berpuasa nafas kita akan berbau kerana kita tidak makan dan minum. Keadaan ini akan membuatkan kita rasa malu dan tidak selesa bila berhadapan dengan orang ramai apatah lagi bila kita bermomunikasi dengan sesorang individu dan mereka menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau nafas kita. Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya adalah suatu kebiasaan bagi orang berpuasa. Walau bagaimanapun keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Ada beberapa cara untuk mengelakkan bau nafas ketika berpuasa seperti berikut :-
  • Jangan atau kurangkan pengambilan makanan yang berbau seperti petai, jering, bawang putih atau bawang mentah ketika bersahur.
  • Selepas sahur minum air kosong dengan kuantiti yang banyak.
  • Disarankan berkumur-kumur dengan antiseptik untuk menghilangkan bau mulut.
  • Mengosok gigi dan lidah anda sebelum tidur dan selepas bersahur.

Raja Muda Perlis menyampaikan Ijazah & Anugerah di KLIA - 11.08.2010

Keperhatinan Canselor Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP harus mendapat pujian dan sanjungan kerana telah sudi mencemar duli menyampaikan ijazah dan anugerah kepada graduan cemerlang UniMAP, Mohd Hafiz Zakaria yang tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen UniMAP Sabtu lepas kerana kematian ibunya pada malam Jumaat iaitu sehari sebelum majlis konvo berkenaan. Mohd Hafiz mendapat berita kematian ibunya semasa sedang beratur untuk menerima pingat dalam satu majlis makan malam anjuran UniMAP bagi pelajar-pelajar yang berjaya. Beliau yang dijadualkan berucap sebagai wakil pelajar pada malam itu terpaksa meninggalkan majlis tersebut untuk pulang ke Johor. Ibunya, Jaonah Bahari (61 tahun) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur jam 10:20pm malam Jumaat 06.08.2010 kerana mengidap ketumbuhan dalam otak.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan juga merupakan Canselor UniMAP telah mengambil kesempatan mencemar duli menyampaikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar dan Anugerah Emas Diraja Universiti Malaysia Perlis kepada pelajar cemerlang UniMAP, Mohd Hafiz Zakaria dalam satu istiadat ringkas di VIP Lounge, Kuala Lumpur International Airport pada hari Isnin, 10.08.2010. Baginda sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Perlis melalui Pulau Pinang. Turut mengiringi baginda adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr Kamaruddin Hussin. Hafiz (25 tahun) sekarang bertugas sebagai Jurutera di Melaka. Beliau melahirkan rasa terharu dan gembira atas kesudian Raja Muda Perlis menyampaikan ijazah kepada beliau walaupun konvokesyen telah berakhir dan beliau merasa sedih kerana arwah ibunya tiada bersama pada hari istemewa ini. Walau bagaimanapun beliau telah memaklumkan kepada arwah ibunya mengenai kejayaan beliau memperolehi Anugerah Emas Diraja dan arwah begitu teruja untuk menghadiri konvokesyen berkenaan tetapi takdir yang telah ditentukan tiada siapa yang boleh merubahnya. Hafiz reda dengan ketentuan ini dan menyifatkannya sebagai satu dugaan.

Tuesday, August 10, 2010

Surat Titah Cerai Sultan Kelantan / Elia - 10.08.2010

Tergendala lagi kes perbicaraan tertutup pengesahan lafaz cerai talak tiga Al-Sultan Kelantan terhadap Isteri Kedua Baginda yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Baharu, Kelantan pada Ahad lepas bersamaan 08.08.2010. Kita yang mengikuti kisah ini pun naik letih dengan keadaan yang berlaku apatah lagi pihak defendan yang berada dalam kemelut ini lagilah tertekan. Sekali lagi pihak plaintif buat hal dengan mengemukakan dua pucuk surat yang didakwa titah baginda melafazkan talak terhadap Cik Puan Elia dan arahan kepada Dato' Azamli Jamaluddin, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) supaya mendaftarkan penceraian baginda. Tak habis-habis dengan modal "titah baginda" oleh pihak-pihak tertentu dalam kemelut keluarga DiRaja Kelantan semenjak kebelakangan ini.
Gambar terbaru Cik Puan Elia Suhana Ahmad pada 08.08.2010 di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru, Kelantan.
  • Komentar Cik Puan Elia Suhana " Apa-apapun Hakim akan mengadap Tuanku Sultan sendiri dan kita tunggulah, insya-Allah saya kenal Tuanku Sultan "
Sehubungan dengan ini peguam defendan (Cik Puan Elia Suhana Ahmad), Fakhrul Azman Abu Bakar telah membuat bantahan terhadap surat-surat yang dikemukakan oleh plaintif (Nik Rorhana Wan Abdul Rahman) menyebabkan Mahkamah membuat keputusan untuk mengadap Al-Sultan Kelantan sendiri untuk mendapatkan pengesahan dan kepastian berhubung isu ini. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Abdullah Man memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Al-Sultan Kelantan di Istana Mahkota pada tarikh yang sesuai setelah mendapat kebenaran pihak Istana Kelantan.

Sunday, August 8, 2010

Polis Kawalan DiRaja Brunei buat Amal - 08.08.2010


Pada hari Khamis lepas bersamaan 05.08.2010, seramai 45 anggota dari Polis Kawalan Diraja Istana Nurul Iman atau di Malaysia kita istilahkan sebagai Pengawal Istana DiRaja telah mengadakan gotong royong dan kempen membersihkan tanah perkuburan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Kampong Pulaie. Aktiiviti membersihkan tanah perkuburan itu telah diketuai oleh pegawai pemerintah Polis Kawalan Diraja, Penguasa Mohammad Metussin. Program social responsibility seperti ini diadakan sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir beberapa hari lagi. Rasanya di Malaysiapun pihak-pihak tertentu boleh benchmark program seperti ini bagi mendekatkan lagi Istana dengan rakyat dan lagi bermakna jika ianya disertai oleh kerabat diraja.

Pagi Ahad dan Mak Uda kena Denggi - 08.08.2010

Pagi nie ke Pasar Tani Setapak Indah dengan Muss dan Cd. Macam biasa beli akhbar, sayuran dan fruit untuk spare puasa nanti. Petang nanti Muss nak outstation ke Kuantan, Pahang dan bawa kereta dia kali ini. Cd sibuk mengemas bilik tidur dia, basuh kain dan cadar sekali. Sebentar tadi Syah masakkan Muss kepah sweet and sour, kepah tu tadi dia beli di pasar tani. Muss beli Young Tau Foo dan Tau Foo Fa sekali. Syah makan apple hijau dan rasa sedikit kuah kepah tu. Sekarang jam 10:59am dan lunch nanti Syah nak belanja Muss dan CD di Om Jus, Jalan Genting Kelang. Masa masak tadi Kak Lang Ella call inform Mak Uda Rahmah demam denggi dan dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, No. 34, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Syah doakan semuga Mak Uda cepat sembuh. Mungkin petang nanti Kak Lang nak melawat Mak Uda.

Saturday, August 7, 2010

YMM Raja Perempuan Muzwin Perak - 07.08.2010


Tahukan anda semua siapakah gerangannya dua wanita anggun ini, Sama tapi tak serupa dan ini bukannya versi hitam dan warna wanita yang sama. Disebelah kiri anda adalah Isteri Kepada DYMM Sultan Johor, Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Jangan terkejut kerana baginda tidak menggunakan gelaran KDYMM atau DYMM kerana gelaran-gelaran diRaja Johor agak unik dari lain-lain negeri di Malaysia. Bertuah dua beranak ini yang telah menjadi Raja Permaisuri bak kata pepatah orang-orang lama, Tuah Ayam Nampak di Kakinya Tuah Manusia Tidak Siapa Yang Tahu.



Wanita disebelah kiri pula adalah bonda YMM Raja Zarith Sofiah iaitu YMM Raja Perempuan Muzwin Perak. YMM Raja Perempuan Muzwin merupakan mantan DYMM Raja Perempuan Perak sebelum Tuanku Bainun. YMM Raja Perempuan Muzwin diputerikan pada 01.03.1929 dan merupakan anakanda kepada Y.M. Raja Dato’ Sri Arif Shah ibni Al-Marhum Raja Haji Harun Al-Rashid merupakan Kerabat Diraja Perak dan bonda bagida Che Puan Azizah Abdullah. YMM Raja Perempuan Muzwin merupakan isteri kedua Sultan Perak ke-33 iaitu Al-Marhum Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Shah atau dikenali dengan panggilan Marhum Afifullah Shah selepas kemangkatan Baginda. YMM Raja Perempuan Muzwin ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26.10.1963 semasa pertabalan Paduka Suami baginda di Balai Rongseri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Banyak yang tidak mengetahui bahawa YMM Raja Perempuan Muzwin fasih berbahasa kantonis. Sekarang YMM Raja Perempuan Muzwin bersemayam di Istana Riswin, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Friday, August 6, 2010

Gambar Kahwin Fatin - 06.08.2010

Masih ingat tak Entry Syah pada 14.07.2010 bertajuk Fatin Last Day dan 01.07.2010 bertajuk Fatin Kahwin. So baru hari ini dapat gambar perkahwinan mereka melalui e-mail yang diberi oleh Fatin. Mereka diijab kabul pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 bersamaan 12 Syaaban 1431 Hijrah di Masjid Ladang manakala majlis resepsi diadakan dirumah bapa Fatin di Jalan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. Actually function dalam gambar ini hanya untuk majlis keluarga dan teman rapat sahaja sahaja selepas majlis akad nikah sebelum para jemputan hadir pada sebelah tengaharinya untuk Majlis Kesyukuran Perkahwinan Mereka.
Nor Azhar Azlan dan Fatin Farhana Mohd Azemi mengabadikan kenangan manis diatas singahsana Raja Sehari mereka. Bak kata orang tua-tua bagai pinang dibelah dua. Nampak kegembiraan dan keceriaan tergambar diwajah Fatin selepas segala kerisauan sebagai seorang bakal pengantin sebelum diijabkabulkan selesai seperti yang dirancang dan dia kini bergelar Isteri kepada Jejaka Idamannya Azhar. Semuga kalian berdua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan memperolehi anak-anak yang soleh dan membanggakan bangsa dan negara. Amin.
Wajah ayu Fatin Farhana terserlah kejelitaannya dengan busana Jubah Putih untuk Majlis Akad Nikah yang diadakan di Masjid Ladang atau dahulu dikenali sebagai Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Bandar Kuala Terengganu. Kepada anda yang pernah ke Kuala Terengganu, lokasi masjid ini berhampiran Bultan Batu bersurat atau dahulunya bulatan penyu. Masjid ini merupakan salah satu masjid utama di Bandar Kuala Terengganu selepas Masjid Putih atau Masjid Zainal Abidin. Di Masjid ini juga terletaknya Makam DiRaja yang mengabadikan Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Ayahanda Tuanku Mizan), Tengku Farah (Kekanda Tuanku Mizan) dan Nenda Tuanku Mizan sebelah bondanya.
Fatin dan Azemi disamping sepasang lagi pengantin baru iaitu adik lelaki Fatin iaitu Mohd Syafiq Mohd Azemi @ Syafiq bersama pasangannya Siti Sahara Niza Baharudin @ Niza. Bertuah kedua ayah dan ibu mereka menyambut dua menantu sekaligus dalam satu majlis. Dan lebih unik lagi apabila majlis resepsi dipihak lelaki nanti yang akan di adakan di Hotel Istana dalam waktu terdekat ini dengan tiga pasang pengantin sekaligus.

Inilah buah hati pengarang jantung Fatin Farhana iaitu kedua ibubapanya yang telah melahirkan Fatin ke dunia yang fana ini dan memberi pendidikan secukupnya sehingga menjadi seorang muslimah yang berjaya dalam hidup dan kerjaya. Disebelah kiri adalah Bondanya, Hajah Fatimah Rohaya Ab Manan manakala disebelah kirinya adalah Ayahanda Fatin, Haji Mohd Azemi Awang Chik, seorang yang mempunyai pertalian saudara dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud AL-Muktafi Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII dan juga merupakan Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman dan Jajahan Takluknya.

Istana Negara Beri Penjelasan - 06.08.2010

Semalam 05.08.2010 Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival yang diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 04.07.2010 adalah atas urusan Rasmi Kerajaan Malaysia dan menafikannya ianya atas sebab peribadi. Dalam kenyataan itu Istana Negara juga menolak kenyataan yang mendakwa baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan kerana pihak penganjur telah dimaklumkan oleh Istana Negara bahawa baginda tidak dapat menghadiri majlis santapan selepas konsert.
  • Sehubungan dengan itu Istana Negara ingin menasihatkan pihak yang terbabit dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin akan mengeliru dan disalah tafsir oleh rakyaat.
Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan The Malay Mail bertajuk Being Frank : Selangor Royal Snub, Date with the Queen (Isnin/ 02.08.2010) dan "It was not a royal snub' (Selasa / 03.08.2010) telah menarik perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Laporan hari Selasa memaklumkan Kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapisiti peribadi dan beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir.

Lambat Masuk Kerja - 06.08.2010

Today 06.08.2010 Syah masuk lewat ke pejabat 10 minit kerana Bas di Rawang Residence tak muncul-muncul. Macam biasa Syah tunggu 06:30am tak datang sampai 06:40pm still tak ada juga. So Syah ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja hingga simpang jalan besar. Biasanya jalan kaki almost one hours, tapi nasib baik selepas lima minit jalan kaki ada sebuah lori berhenti dan tanya "mau pergi mana" dan Syah cakap depan dan dia ajak Syah naik. Pemandu dan kelindannya orang India, dia inform duduk di Taman yang sama dan hendak ke Sungai Buluh kerana hendak hantar barang. Dia turunkan Syah disimpang jalan utama. Muda lagi orangnya awal 30an dan sudah beristeri dan ada anak satu. Inilah namanya 1 Malaysia, menolong tak kira bangsa. Shukur Alhamdulilah. Dari jalan utama Syah naik bas Metro (RM1.00 tapi tiket tak bagi) ke Stesyen KTM. Sampai stesyen keretapi baru jalan dan tunggu next train yang dijadualkan jam 07:15am tapi datang agak lewat.

Sampai office my Boss, Dik Nor ingatkan mengenai Briefing on the revised SOP Management of Petty Cash di aras 50, Menara TM bermula jam 09:00am. Ingat hendak ke kelinik tapi kena beri priority pada kerja dulu. Masa Q&A Syah keluar ke Kelinik Zariff @ -1, Menara TM hampir jam 11:45am. Minta doktor periksa kenapa Syah buang air kecil kadangkala rasa sakit sedikit. Syah kadangkala mengalami masalah kencing ini tapi kali ini doktor kata tak ada apa-apa cuma air kencing Syah pekat menyebabkan kencing tu kadangkala rasa sakit. Syah inform dia Syah makan Jusmate 5 dan dia nasihatkan kena minum banyak air jika tidak dehydrated. Tapi Syah rasa setiap jam Syah minum, mungkin tak cukup dan kena minum banyak lagi dan Syah akan kurangkan pengambilan Jusmate 5 dari dua kali kepada sekali sahaja lepas ini.

Sekarang hampir jam 12:10 tengahari dan nak prepare untuk solat Jumaat. Petang nanti ada appointment dengan May di NY jam 06:30pm. Lepas solat nanti nak transfer duit dalam akaun Azrin untuk bagi Nenek dia di Pontian coz esok mungkin dia balik Pontian, Johor hantar ibunya (Kak Cik) yang akan berpuasa di kampung selama sebulan untuk jaga nenek yang sedang uzur, Raya baru balik Rawang semula.

Thursday, August 5, 2010

Perjalanan Yang Sempurna - 05.08.2010

Hari ini perjalanan ke Rawang berjalan lancar. Shuttle train hanya berhenti 10 minit sahaja. Bas ke Rawang Residence as schedule. Sempurna sungguh rasanya hari ini. Sampai rumah macam biasa start kereta. Cuma lepas Maghrib tadi rasa nilu pula. Tak tahu mengapa dah lama tak begini tapi Syah baru lepas minum Cellfood. Minta tak ada apa-apa. Sebentar tadi baru selesai uruskan pesaka Al-Marhumah Che Zan Al-Hajjah seperti biasa. Malam nie malam Jumaat dan esok hari Jumaat dan cepat benar rasanya masa berlalu. Bagaimana nanti bulan puasa tentu cepat masa berlalu dan tahu-tahu sahaja nanti Raya terus. Best sangatkan rasanya. Teringat makam keluarga di kampung yang sudah lama Syah tinggalkan di Tanah Perkuburan Islam Bt 40, Sabak Bernam, Selangor dan Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak. Insyallah akan sampai juga Syah kesana sebelum Syawal menjelma untuk menguruskan makam seperti tahun-tahun yang lepas. Memang sedih rasanya tapi apa boleh buat Syah tak berdaya.......................

Bangun Lewat - 05.07.2010

Hari ini Syah bangun lewat. Tiba-tiba terbangun dan TV terpasang dan bila lihat jam 05:45am. Alamak dah lambat. Terus mandi, bersiap dan solat. Sebelum keluar rumah buat Jusmate 5 dan minum semasa tunggu bas. Keluar rumah jam 06:25am. Jam 06:30am bas tak datang lagi. Ingatkan driver biasa tu lambat tapi rupanya ada bas lain masuk, means pemandu biasa tu bercuti. Sampai stesyen KTM train tak ada tetapi 5 minit kemudian Train Shuttle dari Ipoh lalu dan Syah naik train tu terus ke KL Sentral coz dia tak berhenti di lain-lain stesyen lagi. Dari KL Sentral ke officew naik LRT. Shukur Alhamdulilah perjalanan hari ini berjalan lancar.

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Pengiran Muda Mahkota ke Kuwait - Hari Ketiga - 04.08.2010

Pada Hari Ketiga Pengiran Muda Mahkota (PMM) berada di Kuwait, PMM dan rombongan telah berkenaan melawat Pusat Pameran, Kuwait Oil Company (KOC) di Al-Ahmadi. PMM dan rombongan telah disambut oleh Gabenor Al-Ahmadi, Sheikh Ibrahim Al-Duaji Al-Sabah dan Pengerusi dan Pengarah Urusan KOC, Sami Fahad Al-Rushaid. PMM telah diberi taklimat mengenai galari pameran yang mengambarkan keseluruhan industri petrolium Kuwait. KOC merupakan salah satu syarikat petrolium terbesar didunia dan ditubuhkan pada tahun 1934 oleh Anglo-Persian Oil Company yang dikenali sekarang sebagai British Petrolium Company and Chevron Corporation. KOC telah diambil alih sepenuhnya oleh Kuwait pada 1975. Aktiviti KOC adalah termasuk mencarigali petrolium, kajiselidik lautdalam dan persisiran pantai, menggali telaga minyak kajian, Pembangunan dan pengeluran gas asli.

Pendikar Amin Mengadap SUltan Brunei - 04.08.2010

Semalam 03.08.2010 Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pendikar Amin bin Haji Mulia telah mengadap KDYMM Sultan Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Turut serta dalam rombongan ini adalah ahli parlimen Langkawi, Sepanggar, Batang Sadong dan Setiausaha Dewan Rakyat serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Dato' Ku Jaafar Ku Shaari. YB Tan Sri merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-8 menggantikan YB Tan Sri Datuk Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib pada 28.04.2008 hingga sekarang.

Tahukah anda jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merupakan satu jawatan yang penyandangnya boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyaat atau pun bukan ahli tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mestilah dipilih dari kalangan Ahli Parlimen (MP). Jika sesorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ingin menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat beliau hendaklah meletkkan jawatan sebagai ADUN. Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak hadir persidangan maka Timbalannya akan mengambil alih sebagai pengerusi persidangan.

Tugas-Tugas Yang di-Pertua Dewan Rakyat :-

  • Bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar
  • Memastikan perbahasan adalah berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
  • Membuat keputusan mengenai peraturan-peraturan mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • Mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil berkenaan dibawa kedalam Dewan Rakyat.

Balik Rawang - 04.07.2010

Hari ini balik ke Rawang Residence. Sibuk tanya kawan-kawan mengenai jadual shuttle train ke Ipoh yang telah bertukar. Selidik punya selidik rupa-rupanya bukan schedule bertukar tapi perhentian train telah diubah. Sebelum 01.08.2010 shuttle train akan berhenti di Stensyen KL Central, Stesyen Kuala Lumpur, Kepong Central, Sungai Buluh dan Rawang sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Mulai 01.08.2010 train ini akan bermula di KL Central dan terus ke Stesyen Rawang sebelum berhenti di stesyen terpilih sebelum sampai ke Ipoh. Sehubungan dengan itu bagi mereka yang turun distesyen KL, KL Central, Kepong Central dan Sungai Bulu tidak boleh menaiki Shuttle Train ke Ipoh lagi. Kesian mereka dan nasib baik Syah turun di Stesyen Rawang... Selamat.... Shukur Alhamdulilah. Jika dulu sampai Rawang lebih kurang satu jam tapi sekarang 45 minit sahaja tetapi kadangkala train terpaksa berhenti sekejap untuk memberi laluan pada train yang lain dan jika ini berlaku masa perjalanannya juga hampir sama jer approx satu jam. Dalam train Muss call tanya kat mana dan Syah inform nak balik Rawang dan dia maklumkan Ahad petang dia hendak outstation ke Kuantan, Pahang. Dari stesyen Rawang ke perhentian bas dan macam biasa bas akan gerak jam 07:30pm dan sampai Rawang Residence lebih kurang jam08:00pm. Macam biasa start kereta dan solat, selepas solat cuci kereta, bila selesi baru matikan enjin. Lepas tu baru Syah mandi dan sekarang jam 08:47pm dan Syah nak solat insyak. Jumpa lagi semua.

Majlis Tilawah Al-Quraan Peringkat Antarabangsa 2010 berakhir - 04.07.2010

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama lapan hari bermula 27.07.2010 dengan tema "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" telah berakhir malam semalam 03.08.2010. Nampak gayanya peserta dari Malaysia tidak mempunyai tempat dihati juri untuk memilih mereka sebagai Johan samada dalam kategori qari atau qariah. Sayang juga rasanya kerana hadiah yang ditawarkan bukanlah seperti tahun-tahun yang lepas, walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada semua 76 orang para pesereta (47 qari dan 29 qariah) dari 47 buah negara yang mengambil bahagian pada tahun ini. Kalah menang adalah lumrah dalam setiap pertandingan. Pada malam kemuncak ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang dan para peserta lainnya. Turut memeriahkan majlis pada malam ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam Pengiran Datuk Seri Setia Dr Mohammad Pengiran Abdul Rahman.

Kiri ke Kanan :- Samia mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu selepas beberapa kali menyertainya manakala Hani Abdel Aziz Ahmed berkata beliau amat terkejut dengan kejayaan yang dicapai tetapi menyifatkannya sebagai anugerah Allah

  • Peserta dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan, Samia Khanan dinobatkan malam tadi sebagai johan qari dan qariah pada tahun ini. Johan qari dan qariah membawa pulang membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan. Abdel Aziz memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara Samia mendapat 91.08 peratus.
  • Naib Johan pada tahun ini dirangkul oleh Wan Ainuddin Abdullah dari Malaysia dan qariah dari Brunei, Dayang Nurfaezah Emran. Dengan kemenangan ini mereka memperolehi hadiah wang tunai US$7,000 (RM22,382) bagi setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.
  • Tempat ketiga pula dimenangi qari dan qariah dari Filipina, iaitu Abdul Wadoud K. Esmail dan Monaifah A. Bogabong Alawi. Mereka membawa pulang wang tunai US$4,000 (RM12,790) setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.
  • Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai US$1,500 (RM4,796) setiap seorang, cenderamata serta sijil penyertaan.

Tuesday, August 3, 2010

Syah @ KL Residence - 03.07.2010

Petang tadi ingatkan hendak balik ke Rawang Residence tapi tak jadi coz Syah nak uruskan Credit Muss dan Syah di Citibank. Habis kerja terus ke LRT Kerinci dan distinasinya seterusnay Ampang Park, Dari Ampang Park, Syah ke Citibankdan lepas tu ingat nak beli air buah tapi orang tu inform strawberry sudah habis. So Syah terus balik coz dah janji untuk dinner sama Muss dan Cd di Om Juice, Jalan Genting Kelang. Thai and Chinese restoran. Syah makan Som Tam (kerabu betik) dan minum Green apple + Celery Ice blanded, Mus Meehon Tomyam dan Kerabu Mangga manakala Cd, Meehon Hailam. Minuman mereka Water Melon + Lychee gelas besa coz kongsi minum. Lepas tu Syah beli nenas dan buah dokong, makan kat situ sama-sama. Pagi tadi minum Jusmate 5 dan malam nie Syah ambil Clenx Tea. Tetiba teringat tenant kat Country Homes tak bayar sewa lagi. Syah tunggu sampai 05.08.2004 jika tak ada juga nak call dia tanya coz dia memang tak pernah lewat bayar.

Lawatan Pengiran Muda Mahkota ke Kuwait (Hari Kedua) - 03.07.2010

Hari Kedua di Kuwait :-
Tengahari semalam 02.07.2010, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei dan juga merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenaan untuk menghadiri majlis santapan tengahari yang di anjurkan oleh Pemangku Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan Kuwait, His Excellency Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah.Majlis diadakan di Chairman's Club, Burgan Bank Building. Turut serta dalam majlis ini adalah orang-orang kenamaan Kuwait dan rombongan DiRaja Brunei.

Pengiran Muda Mahkota (PMM) bersama Sheikh Jabir di Chairman's Club

Selepas majlis santapan, PMM dan rombongan telah berkenaan melawat Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Kuawit. Masjid ini boleh menempatkan seramai 10,000 orang jemaah dalam satu masa. PPM dan rombongan telah disambut oleh His Excellency Chancellor Rashed Abdul Mohsen Al-Hammad, Deputy Prime Minister for Legal, Minister of Justice, and Minister of Awqaf and Islamic Affairs . PMM dan rombongan telah diberi taklimat mengenai latarbelakang masjid dan kemudiannya dibawa melawat kawasan masjid ini termasuk pameran yang diadakan di masjid berkenaan. Diakhir lawatan PMM telah menerima persembahan (souvenir) daripada Rashed.


Dari Grand Mosque, PPM dan rombongan telah berangkat ke KCCI - Kuwait Chamber of Commerce and Industry. Ketibaan PMM dan rombongan telah disambut oleh, Mr Khalid Abdulla Hamad Al-Sagar, First Vice President of KCCI. KCCI ditubuhkan pada 1959 dan sehingga kini telah mempunyai seramai 79,000 ahli berdaftar. PMM dan rombongan telah di beri taklimat berhubung peranan dan aktiviti KCCI. Sebelum beredar PMM telah berkenaan menandatangani buku pelawat KCCI.

Sultan Brunei dan Raja Isteri terima megadap R V Warjri - 03.07.2010

Hari ini 03.07.2010 KDYMM Sultan Brunei, telah berkenaan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, TYT R V Warjri akan akan menamatkan tempoh perkhidmatannya di Negara Brunei Darussalam dalam satu istiadat ringkas di Ceradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman.

Dalam masa yang sama juga KDYMM Raja Isteri telah berkenaan menerima mengadap Dr. Beatrice, Isteri kepada TYT R.V. Warjri, Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam di.bilik yang berlainan di Istana Nurul Iman, Bandar Sri Bagawan, Brunei Darussalam.

Azah Aziz - 03.07.2010

Azah, 38 bersama suami tercinta, Daud Leroy Abdullah, 44 dan tiga hero kesayangannya, Aaron, 14, Ryun, 7 dan Justin, 4.
  • Semasa membaca Berita Harian hari ini Syah terlihat artikel mengenai pelakon Azah Aziz. Masih ingat tak anda semua kepada Azah Aziz, pelakon dan model hitam manis yang pernah membintangi siri Idaman bersama pelakon pujaan Syah, Sean Ghazi. Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini telah berkahwin dengan seorang jejaka berbangsa Perancis, Daud Leroy Abdullah 15 tahun lepas. Semenjak itu kita jarang mendengar kisah mengenai beliau. Selepas berkahwin beliau telah mengikut suaminya ke Perancis dan kemudiannya berpindah ke Londan dan sekarang menetap di Montreal, Kanada. Beliau sudah tidak aktif berlakon dan lebih selesa sebagai suri rumahtanggan. Sekarang beliau, suami dan anak-anak bercuti selama tiga minggu di Malaysia. Dah macam mat salleh Syah tengok Azah sekarang. ALl the best ye Azah........

Monday, August 2, 2010

Pengiran Mahkota Melawat Kuwit - 02.08.2010

Semalam 01.08.2010 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei dan juga merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakah kunjungan rasmi selama empat hari ke Kuwait. Berangkat sama mengiringi DYTM ialah sepupu baginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi. Ketibaan rombongan DiRaja telah disambut oleh Putera Mahkota Kuwit, His Highness Crown Prince Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan kenamaan Kuwait. Turut hadir sama adalah Pengiran Haji Mustapa bin Pengiran Haji Aliuddin, Duta Brunei di Kuwait and Mr Ghassan Mohammed Al-Duwaisan, Duta Kuwait di Brunei Darussalam.
Segak dan bergaya, dua orang Putera Mahkota berjalan seiringan.
DYTM juga telah berkenan mengunjungi Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah di Istana Al-Seif. Pada sebelah tengaharinya DYTM telah menghadiri Majlis Santapan Tengahari bersama Putera Mahkota Kuwait di Istana Bayan. Brunei dan Kuwait telah menjalani hubungan diplomatik pada 01 May 1990. Ini adalah merupakan lawatan pertama DYTM ke Kuwait atas undangan Putera Mahkota Kuwait.

Sunday, August 1, 2010

Ampang Puteri - 01.07.2010

Syah bertolak dari KL Residence selepas habis kerja rumah lebih kurang jam 12:00 tengahari. Hari ini sakit perut dari pagi lagi dan masa dalam LRT sakit perut lagi dan turun Stesyen Damai tapi tandas tutup - rosak. So Syah dan Firdaus naik semula taik semula train ke Ampang Park dan gunakan tandas disana. Sampai Ampang Point lebih kurang 01:00 tengahari dan call Kak Lang suruh datang Ampang Point dan dia kata tengah makan dan minta Syah belikan track suite dan pisau pemotong buah. Syah makan difood court lagi macam semalam Meehon Tom Yam Putih dan Syah bawa bracoli dan Salad Manis dari rumah. Firdaus makan nasi ayam dan we all minum air soya.

Lepas beli beli barang Kak Lang, Syah terus ke Ampang Puteri. Sampai di Ampang Puteri Syah singgah ke surau dan suruh Firdaus naik dulu. Masa kat surau jumpa Azam dan Ku Chik yang hendak solat juga. Dia inform baru hantar Haziq balik dengan Papanya. Tak per lah tak sempat nak jumpa, lagipun Haziq sudah hendak balik Sabak Bernam dan kalau nak panggil lambat pula dia nanti. Lagipun malam tadi sudah jumpa mereka di KLCC. Have a safe journey. Kak Lang beri fruit dan biskut pada Haziq untuk Ejon.

Nasi Lemak Udang Ayam Goreng - 01.07.2010

Nasi lemak udang dan ayam goreng. Terliur dibuatnya tetapi bukan untuk Syah untuk Firdaus. Syah belikan dia breakfast di Pasar Tani Setapak Indah. Syah belikan dia ayam goreng seketul dan dua bungkus nasi lemak udang ingat nak belikan nasi lemak ikan masin takut dia tak makan pula. Syah beli sayur dan paper manakala kuih Akok Syah beli RM3.00 (6 pcs) untuk dibawa ke Ampang Puteri sekejap lagi. Syah breakfast jam 07:00am dengan Jusmate 5. Firdaus inform Kak Lang Ella minta datang ke Ampang Puteri jam 10:00am sebab nak beli track suit di Ampang Point tetapi mana boleh coz Syah kena basuh kain dulu dan kemaskan sangkar kucing. Paling awal boleh bertolak jam 11:00am.

Sambutan Hari Pahlawan di Selangor - 01.07.2010


Semalam 31.07.2010, Kelihatan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sedang melakukan pemeriksaan kawalan kehormat sempena sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor di Perkarangan Tugu Peringatan Negeri Selangor. Setiap tahun tarikh 31.07.2010 telah diisytiharkan sebagai Hari Pahlawan di Malaysia sebagai mengenang jasa para pahlawan yang berbakti kepada bangsa dan negara. Istiadat dimulai dengan Tuanku menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan pengormatan 50 anggota dan pegawai Tentera Laut Malaysia. Kemudiannya Tuanku telah mencemar duli meletakkan kalungan bunga di tugu berkenaan.

Saturday, July 31, 2010

Dinner @ DOME KLCC - 31.07.2010

Syah keluar dari Ampang Puteri hampir hendak masuk waktu Maghrib. Syah tengok Firdaus dan adiknya asik bergaduh jer, so Syah invite dia ikut balik ke KL Residence kalau tak kecoh hospital dibuatnya coz Kak Lang stay kat sana hari ini. So Syah ambil bas dari Ampang Point ke Ampang Park. Dalam bas tanya Firdaus nak makan ker tidak, dia kata tak nak. So Syah ajak dia ke KLCC. Sampai KLCC Syah tanya nak minum tak dan dia kata ok. So Syah bawa dia ke DOME KLCC. Syah orderkan dia air dan sandwich. Syah makan sekali. Sambil makan we all google facebook dan update blog. Mungkin jam 10:00pm nanti Syah gerak balik ke KL Residence. Makan semua.

Firdaus minum Ice Chocolate -RM 13.50 dan Syah Evian Water - RM9.00. Makanan pula Chicken Ham, Chese-Baguette - RM18.40 we all kongsi. Firdaus complain roti tu keras dan liat. memang pong? roti tu cam tuh? Hehehehehhehe. Semuanya termasuk tax RM47.15. So kalau anda nak cuba sekali sekala makan di DOME Cafe datanglah ke KLCC. Dalanya macam romantik jer sesuailah bagi yang sedang dilamun cinta.

Ampang Puteri - 31.07.2010

Syah sampai Ampang Point lebih kurang hampir jam 02:00pm. Berpusing-pusing Syah cari ATM Maybank tapi tak jumpa coz duit sudah tinggal RM30.00 sahaja dalam poket. Tanya orang akhirnya jumpa Maybank tapi Jauh pulak tu tersorok, patutlah tak jumpa. Lepas tu call Kak Lang Ella, minta dia datang Ampang Point coz we all nak makan Meehon Tomyam di food court Ampang Point. Syah dengan Kak Lang makan Meehon Tom Yam Putih dan Firdaus Nasi Goreng Ayam. Kakak yang ambil order tu kata tak ada meehon tom yam putih, dan Syah inform semalam saya makan adapun, tetiba tukang masak tu mencelah dan inform ada-ada awak nak macam semalam yer? kakak tu macam malu jer tapi dia control macam tak ada apa-apa. Kak Lang minum Mineral Water, Syah - Soya dan Firdaus - Milo Ice. Masa nak balik Kak Lang belikan Ku Chik burger di KFC. Masa nie my Sis Intan dan hubby dia sudah sampai. Tak berapa lama we all sampai family Azam, Fendi dan keluarga pula sampai.

Lebih kurang jam 04:00pm tadi Azam ajak keluar minum di kantin tetapi bila kita kesana kantin sudah tutup. We all jalan keluar dan minum di Restoran Ishira, berhadapan Ampang Puteri. Kak Long Janet call inform nak datang bersama-sama suaminya tetap sekarang masih di area Sungai Buluh. Sebentar tadi Haziq call beritahu dia ada di KLCC dengan Papanya. Esok dia balik semula ke Sabak Bernam. Sekarang jam 05:15pm dan we all tak dapat nak balik ke Hospital kerana hujan lebat. Stranded di restoran nie dan Syahpun apa lagi update bloglah jawapnya.

Masa Kak Long Janet datang, tak lama kemudian vendor dari TM datang melawat Azam. Selepas nie Kak Long Janet dan Abang Tooha akan ke Melaka kerana ada seminar. Esok baru balik ke Ijok. Ok Kak Long, have a safe journey.

Jaga Kucing - 31.07.2010

Pagi nie Syah di KL Residence dan ada tugasan yang Muss beri pada Syah. Kena jaga kucing dia. So pagi nie kena bagi kucing empat ekor tu makan. Inilah makanan basah kucing Muss - Whitemeat Tuna Affair With Seafod Strips dari Royale. Untuk lunch dan dinner memang sudah ada dalam sangkar mereka, makanan kering dari Blue Seal - bentuknya macam coco crunch... hehehhehe
Malam tadi Muss call dan inform anak Salim Baby Kailan dan Baby Sawi dalam keadaan sihat dirumah Cd dan dia hanya berlegar-legar depan rumah dan tak keluar ke tanah. Mungkin dia dah biasa duduk dalam sangkar di KL. Semalam Cd bawa sangkar besar tu balik kampung untuk masukkan dua baby tuh. Awok dah hilang, begitu juga dengan Mila. Anak-anak Mila semuanya dah mati.

Nak bagi kucing-kucing nie makan kena keluarkan satu-satu kecuali Mila dan Blacky. Tunggu mereka makan habis dulu dan masukkan semula dalam sangkar. Lepas tu keluarkan Mona pula dan tunggu sampai habis makan dan kena jaga kalau tidak dia lari keluar rumah dan malam baru balik. Lepas tu giliran Baby Hamster pula. Sudah habis makan baru Syah kemas sangakar dan bersihkan lantai balcony.

Ini tugasan terakhir. Bersihkan Najis kucing dalam tempat dia buang air besar. Kita kena tapis najis nie dengan penapis khas hingga bersih. Masukkan najis tadi dalam plastic bag dan buang. Pasir yang telah dibersihkan tadi dimasukkan semula kedalam sangkar untuk dia orang melepaskan hajat dan esok pagi kena bersihkan lagi. Lepas tu Syah tambahkan air minuman mereka. Siap semuanya terus Syah bersihkan diri - mandi coz kulit Syah sensitif dan tak tahan benda-benda berhabuk atau kotor sebab mudah kena gatal-gatal. Sekejap lagi jam 12:00 tengahari nak ke Ampang Puteri semula. Ingat nak ke office ambil baju kotor Syah yang Syah bawa dari Rawang Residence hari Rabu lepas tapi malas pula nak pergi/balik........... naik LRT, so Isninlah Syah bawa balik. Tertinggal coz masa Azam accident hari tu Syah dari Rawang Residence, bila nak ke hospital malas nak bawa dua beg sekali dalam keadaan kelam kabut tue.

Haziq Melawat Azam di Ampang Puteri - 31.07.2010

Dari kiri : Haziq, Kak Lang Ella, Azam, Ku Chik @Ijat dan Firdaus. Papa Haziq tak ada dalam gambar nie? Malu katanya nak bergambar. Guna kamera Kak Lang lagi. Hehheheeh bilalah kamaera Syah nak siap niehhhhhhhh...

Semalam anak Kak Ngah Normah, Haziq Mohd Amin datang ke Ampang Puteri bersama Papanya untuk melawat Azam. Haziq sampai petang dan malam baru balik. Syah balik dulu semalam. Syah sampai Ampang Puteri lepas Solat Jumaat dan belikan mereka Lompat Tikan dan Kuih Akok - Saja beli kan Azam coz dia nie orang Pantai Timur. Actually Haziq ada appointment di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor semalam. Dari Kelang dia terus ke Ampang. Hari Khamis hari tu Haziq datang KL dari kampung di Sabak Bernam dan Ahad nie baru dia balik. Syah lihat dia bawa dunkin' donat untuk Azam dan we all makan ramai-ramai kecuali Syah lah coz on diet. By the way semalam sempat kidnap dua biji green apple azam.Hehehhehe..... memang banyak fruits dan makanan. Orang datang jer bawah buah, tak buah ada sahaja makanan yang dibawa sebab Azam kan patah tangan so bukannya deman atau sakit lain so semua benda dia boleh makan, tu yang pelawat bagi banyak fruit dan makanan tuh.

Tunku Marya Gagal Tuntut RM5.5 Juta - 31.07.2010

Tentu anda semua kenal dengan Personaliti TV3 dan juga bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Marya Tunku Sabri. Semalam 30.07.2010, Kerabat diraja Kedah ini telah gagal dalam kes penyelesaian perjanjian pampasan RM5.5 juta daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Wan Johani Wan Hussin yang didakwa memungkiri janji untuk berkahwin dengan beliau. Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd. Yusof membuat keputusan itu atas alasan perjanjian tersebut tidak sah, bersifat pramatang dan mendapati Datuk Wan Johani selaku defendan tidak pernah mengingkari perjanjian seperti yang didakwa oleh plaintif. Bukan sahaja hilang tuntutan RM5.5 juta malah Marya terpaksa menanggung kos guaman berjumlah RM10,000.00 atas arahan Mahkamah Tinggi. Semasa keputusan dibuat kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam masing-masing, Akbardin Abdul Kader dan Jagjit Singh yang mewakili Datuk Wan Johani dan Maria pula diwakili oleh Sangeet Kaur Deo.

Marya, Suami dan Anak-Anak

Keputusan ini dibuat kerana sebagai seorang wanita Islam dan masih mempunyai suami , Maria tidak boleh terlibat dengan perjanjian seperti ini.''Seksyen 14(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 jelas menyatakan bahawa seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin lain selagi perkahwinan asalnya masih wujud." Alasan Marya bahawa suaminya, Ahmad Nazri Abd. Malek akan menceraikan beliau tidak boleh diterima pakai kerana kuasa talak adalah ditangan suami bukan isteri. Menurut peguan Marya, samada Marya akan menfailkan semula rayuannya atau tidak berantung kepada keputusan Marya dan setakat ini beliau masih belum mendapat arahan selanjutnya daripada anak guamnya. Marya @ Tunku Marya berumur 40 tahun manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin berumur 57 tahun.


Raja Mohammad Mangkat - 31.07.2010

Al-Fatihah buat Almarhum Datuk Raja Mohammad bin Raja Ismail yang mangkat pada 29.07.2010 dalam usia 60 tahun kerana kemalangan jalanraya. Almarhum adalah salah seorang kerabat diraja Kelantan dan juga merupakan seorang ahli perniagaan. Kejadian berlaku lebih kurang jam 08:45 malam di kilometer 30.3 Lebuh Raya Elite berhampiran susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Al-Marhum sebenarnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bersama seorang rakan, Abu Bakar Ismail (43 tahun) dan anak saudaranya bernama Puteri Marini Arief (26 tahun) yang hendak pulang ke Kota Baharu, Kelantan. Apabila sampai ditempat kejadian kereta Volvo yang dipandu oleh Almarhum dilanggar dari belakang oleh sebuah lori Simen yang dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor selepas menghantar simen ke Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang. Menurut pemandu dan kelindan lori, Shamsuddin Pairin (43 tahun) dan Hamzha Mohd Desa (40 tahun) kereta Almarhum tiba-tiba berhenti dan mengundur menyebabkan mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan melanggarnya dari belakang dan kereta berkenaan diheret lebih kurang 20 meter sebelum ianya terbakar secara tiba-tiba. Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamakan kesemua mangsa, walau bagaimanapun mereka hanya sempat mengeluarkan dua orang sahaja melalui tingkap yang pecah manakala Almarhum yang tersepit didalam kereta tidak dapat dikeluarkan dan api semakin marak waktu itu menyebabkan Almarhum terbakar 100% bersama-sama kenderaannya. Jenazah Almarhum telah dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat manakala mangsa lain hanya cedera ringan dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya. Shamsuddin dan Hamzah tidak mendapat sebarang kecederaan. Seramai 30 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Cyberjaya Putrajaya telah bertindak pantas memadamkan kebakaran, walau bagaimanapun Alamarhum tidak dapat diselamatkan kerana takdir menentukan segalanya.


Makluman kemangkatan dan ucapan takziah dalam Facebook Kerabat D'Raja Kelantan untuk Almarhum Raja Mohammad Raja Ismail.
  • Al Fatihah buat Almarhum Raja Mohammad Raja Ismail, Semuga Roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. AMIN.

Friday, July 30, 2010

Cuti Today - 30.07.2010

Hari ini Syah cuti dan lepas solat Jumaat nanti hendak ke Ampang Puteri menjenguk Azam. Mus dan Cd akan ke Pahang tengahari ini. Muss ada family day kat Gambang Waterworld, Pahang dan Cd tumpang Muss balik Kuantan sekali. Syah kena jaga kucing mereka hari ini sampai Ahad. Apa-apapun have a safe journey semuga selamat sampai ke destinasi yang dituju. AMIN.

Ampang Puteri - Update Kes Kemalangan Azam - 30.07.2010

Semalam Syah cuti tapi ke office dahulu untuk selesaikan beberapa tugas urgent. Bangun jam 05:00am dan 06:30am bertolak ke pejabat naik LRT coz Syah di KL Residence. Sampai hampir jam tujuh lebih. Selesaikan apa yang patut dan Syah sempat ke food court beli dua bungkus nasi lemak, telur dadar dan ayam goreng untuk Firdaus dan Azam. Naik LRT Kerinci - Ampang Park dan kemudiannya Bas ke Ampang Point. Singgah sekejap belikan Teh O Ice Limau untuk Firdaus, baru ke Ampang Puteri. Syah sampai lebih kurang jam sembilan lebih (tak ingat kul berapa). Azam sudah mula sedar tapi kepalanya agak pening mungkin kesan ubat bius. Jam 10:00am Syah ikut nurse hantar Azam untuk X-Ray. Lepas tu adalah jiran dia datang dan waktu lunch bilik jadi penuh sesak dengan kawan-kawan Azam dari TM sampailah ke petang. Macam-macam mereka bawa buah, biskut dan yang last datang lebih kurang hampir Maghrib dan bawa Pizza Hut. Syah beli buah limau, apple dan jajan untuk Firdaus. Kak lang datang petang lepas lunch, CD hantar dia. Lepas Kak Lang sampai Syah bawa dia ke Pakar Kanak-Kanak untuk periksa Ijat yang selalu mengadu sakit perut sampai menguling-guling. Jumpa doktor dan ambil ubat adalah dua jam lebih menunggu sampai Ijat mengamuk.... katanya bosan dan buat kelakulah dia sampai doktorpun dimarahnya. Hehehehehe. Doktor inform Ijat tak ada apa-apa tapi kena tukar diet dia. Kena makan banyak fibre dan fruits. Sebenarnya Kak Lang inform dia makan nasi sekali sahaja sehari selainnya suka makan junk food dan air gas. Terkebil-kebil Syah tengok muka dia makan ubat. Cd datang amibl Kak lepas maghrib dan sempat makan sama-sama pizza. Kak Lang bagi juga pizza tu pada jiran sebelah yang kebetulan anaknya orang TM juga. Lepas hantar Kak Lang, Syah dan Cd terus balik rumah, Lepas mandi dan solat, Muss ajak keluar makan. Hemmmmm............
Akhirnya dapat juga ambil few gambar Azam guna kamera Kak Lang. Ini gambar semalam 29.07.2010. Masa ini Misi cuba cabutkan saluran tiub darah ditangan Azam tapi macm tak boleh jer.
Tak boleh cabut, tension agaknya dan dia terus inform Syah dengan nada yang agak tinggi tak boleh ambil gambar, ganggu kerja dia dan tutup tirai dengan agak kasar. Dia cakap kuat-kuat sampai satu bilik dengar. Rasa malu juga dengan orang lain especially pelawat dikatil sebelah tapi lantaklah mulut dia nak cakap apa sebab orang sebelah tu pun faham dan tanya nak masuk facebook ker dan Syah inform blog sambil kami ketawa. Agak kurang manis juga cara dia tapi tak perlah... actually dia boleh cakap baik-baikkan sebab masa di HKL hari tu masa jaga Ayahanda, ok jer nurse tu bila Syah rakam aktiviti dia selenggara Ayahanda dan dia akan inform baik-baik jika tak boleh rakam especially masuk nak masuk OT Room. So anda semua jangan ingat semuanya di Hospital Swasta tu semuanya baik perkhidmatannya tapi kadangkala HKL atau Hospital Kerajaan yang lain lebih bagus dari mereka dalam sesetengah perkara. Ingatkan Ampang Puteri ada guideline beri kat staff dia macam mana nak bercakap dengan pelanggan/pelawat tapi .no comment... mungkin minah nie tension masa tu coz tak dapat cabut tiub tu sebab tu dia meroyan kot. Akhirnya dia panggil nurse lain dan nurse tu guide dia macam mana nak cabut alat tu baru ok, tercabut pun. Sah meroyan kerana tension. Tak per bak kata orang belajar dari kesilapan tu bagus dari tak buat silap Dik Oiiiii..........

Lepas tu ada masalah sedikit. Lepas wayar dicabut dibiarkan begitu sahaja dan Azam complain mana Nurse nie sebab tangan dia tak ada penyokong dan rasa sakit sedikit. Sampai dia gumpalkan kain selimut untuk menyokong tangannya. Lepas tu baru dia masuk semula dan inform suruh tunggu sebab nak cari plaster untuk tampal plaster yang dia buka tadi. Agak lama juga menunggu. Syah dengar dia inform untuk sementara dia plaster yang pendek coz yang panjang tak ada. Rupanya dia cari plaster panjang rupanya dan terpaksa letak dua plaster pendek. Macam budak baru jer Misi nie. Actually Syah tak heranpun dengan apa yang dia cakap tu dan ingat nak complain cara dia handdle pelanggan/pelawat tapi tak per lah ... small matters jer. Tapi kadangkala small matters count terutamanya jika kita berurus dengan orang ramai. Syah cadangkan Ampang Puteri memberi latihan dari masa kesemasa terutamanya mengenai Stress Management untuk staff mereka. Jika sudah ada BAGUSLAH.

Nie lah dinner malam tadi, actually Syah tak makan lepas jam 07:00pm tapi hari ini cas pantang lah. Syah makan Tom Yam Sayur Puteh, Blanded Apple Jus dan Kerabu Betik. Cd pula makan Nasi Goreng Thai, Kerabu Mangga dan Muss Macam Yee Mee (tak ingat) dan Lala Masam Manis. Cd dan Muss kongsi Blanded Mango dan Watermelon. Balik tu Syah dan Muss minum green tea. Paginya Syah breakfast Jusmate 5. Malam nie tak sempat.

Ini gambar semalam, 28.07.2010. Masa ini Azam sedang dibawa semula ke Wad 433, Tingkat 4, Ampang Puteri. Pembedahan tangannya mengambil masa lebih kurang dua jam. Masa tanya nurse kat wad yang menolak katil Azam ke Operation Theater (OT) Room katanya 1/2 jam sahaja gerudi siaplah. GERUDI ...... bergurau misi tu kot? Heheheheh. Mereka tak tahu sebab mereka bukan nurse kat OT Room kot?. Tapi cuba bayangkan jika anda ada saudara yang akan menjalani operation nurse kata 1/2 jam dan kita pula tunggu hampir tiga jam. Apa perasaan anda?. Bagi Syah sebagai pekerja kita kena tahu semua benda walaupun bukan secara detail kerana jika ada pelanggan luar/dalam membuat pertanyaan kita akan dapat membantu mereka. Maksudnya kita kena jadi responsive dan bukan kata itu buka kerja saya, saya tak tahulah Encik/Puan. Jangan sesekali buat macam ini kerana ianya akan memalukan company anda. Tazkirah Pagi Jumaat nie...... heheheheh

Kami semua menunggu di Waiting Room OT, Aras dua, semasa Azam sedang menjalani pembedahan. Bila selesai tanya Nurse OT dan dia inform pembedahan sahaja mengambil masa dua jam. Actually Azam kat dalam tu tiga jam dan nurse inform banyak prosidur mereka lakukan sebelum dan selepas pembedahan. Sebab itulah we all semua tunggu lebih kurang tiga jam tu. Bila ada benda yang dia tak pasti jawapannya nurse tu inform Encik kena tanya doktor perkara ini? dan kitapun fahamlah. Ha........... macam nielah cara yang betul nak handle pelanggan dan jangan fikir diri sendiri sahaja yang tension coz keluarga orang yang masuk hospital tu lagi tension. Ialah bak kata orang dalam setandan pisang taklah semuanya busukkan? Sepatutnya semua nurse kena ada attitude macam nie.
Family Syah yang ada pada malam tu , Muss, Cd, Kak Lang Ella, Firdaus, Ku Chik (Ijat), Razak, Rahimah, Ajim dan Adik Rahimah. Kak Lang sibuk melayan panggilan telefon dari saudara-mara yang bertanya khabar perkembangan terbaru Azam. Syah tanya Kak Lang Ella nape pakai tudung biru, baju merah dan kain hijau. Katanya dia nak cepat dan pakai apa sahaja yang sempat dicapai. Yer lah sapa tak sapapun, kalau suami sendiri kemalangan, kalau boleh masa tu juga dia nak bersama-sama dengan Azam untuk lihat keadaan suaminya tapi tak dapat kerana dia tak berani nak memandu sampai ke Ampang Point dan dia sendiri tak tahu Ampang Puteri tu diarea mana. So Kak Lang terpaksa tunggu Razak fetch dia ke Ampang Puteri. Razak dari Bangi dan bertolak selepas balik kerja.