Maharum Bugis Syah Royal Crest
Thursday, September 27, 2007
Persamaan Masjid Zahir & Masjid Aziz
Masjid Zahir
Masjid Aziz

Interior Masjid Zahir

Pintu Gerbang Masjid Zahir
Masjid Zahir

Kubah Masjid Aziz, Langkat, Indonesia

Masjid Aziz, Pandangan luar

Mimbar Masjid Zahir

Mimbar Masjid Aziz
Mimbar Masjid Aziz

Masjid Aziz, Langkat, Indonesia

Masjid Zahir, Alor Star, Kedah, Malaysia
DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-21
Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas kegigihan Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak Masjid ini merupakan tanah perkuburan wira-wira Negeri Kedah yang telah gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari serangan Siam sekitar tahun 1821. Rekabentuk Masjid ini adalah diilhamkan dari Masjid Aziz, Bandar Langkat, Sumetera Utara. Lima buah kubah utama menghiasi Masjid ini melambang lima rukun islam. Masjid ini di rasmikan pada hari Jumaat 15 Oktober 1915 bersamaan 06 Zulhijjah 1333 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halinm Shah dimana baginda sendiri mengimamkan solat jumaat pada hari berkenaan manakala YTM Tunku Mahmud membacakan khutubah Jumaat.
Masjid Aziz
Masjid ini didirikan diatas tanah seluas 18,000 meter persegi dan dibina semasa pemerintahan KDYMM Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah, Sultan Langkat ke-7 (1897-1927). Masjid ini disiapkan dalam tempoh 18 bulan sahaja dengan kos RM200,000.00. Pada masa ini ekonomi Kesultanan Langkat begitu pesat membangun hasil daripada pendapatan minyak dan penanaman tembakau di era Hindia Belanda. Bangunan utamanya menerapkan rekabentuk Timur Tengah dan India dengan lebih dari sembilan buah kubah. Di dalamnya terdapat bangunan bersegi sembilan dengan tiang menjulang ke atas. Tempat khatib berkhutbah berbentuk mihrab berundak yang cukup tinggi seperti pelaminan raja.
Syah pun tak tahu bagaimana boleh berlakunya persamaan ini. MUNGKIN kerana hasil dari ikatan perkahwinan diantara Kerabat DiRaja Kedah dengan Sultan Langkat seperti kisah dibawah nie.
Isteri pertama Tuanku Sultan, Tengku Mahsuri Tengku Alautiah binti Raja Muda Tengku Sulaiman dari Kerabat Diraja Deli telah mangkat pada di Tanjung Pura, Langkat pada 31/10/1897. Sebagai pengantinya pada Januari 1898, Sultan Abdul Aziz telah berkahwin dengan YTM Tengku Aisha binti Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II kemudianya ditabalkan dengan gelaran Tengku Permaisuri. Tengku Permaisuri merupakan puteri Sultan Kedah Ke-24 dari bondanya YTM Tengku Miriam binti Tengku Ziauddin atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin.

Interior Masjid Zahir

Pintu Gerbang Masjid Zahir
Masjid Zahir

Kubah Masjid Aziz, Langkat, Indonesia

Masjid Aziz, Pandangan luar

Mimbar Masjid Zahir

Mimbar Masjid Aziz
Mimbar Masjid Aziz

Masjid Aziz, Langkat, Indonesia

Masjid Zahir, Alor Star, Kedah, Malaysia
DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-21
KDYMM Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah ibni Al-Marhum Sultan Haji Musa Al-Khalid Al-Mu'azzam Shah (1897-1927), Sultan Langkat ke-7
Thursday, December 28, 2006
MAKAM DIRAJA LANGGAR, KEDAH DARUL AMAN
Pada penghujung tahun 2006, 15 - 18 Disember aku mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti rehat tahunan ke kawasan Utara. Distinasi pilihan adalah Pulau Pinang dan Kedah. Di Pulau Pinang aku menginap di City Bayview, Georghtown manakala di Kedah Hotel Seri Malaysia menjadi sasaran aku coz murah.... Ahaks............. Dari Kuala Lumpur aku bertolak dengan AEL67 bersama Azrin kemudiannya Faiz di Penang.
Di Butterworth aku sempat berjumpa kawan baik aku semasa bertugas di Kuala Lumpur dahulu, Norhayati Yusof, sudah beberapa tahun saya tidak berjumpa beliau hanya bercakap melalui telefon sahaja. Hilang juga rasa rindu sebagai seorang sahabat.
Di Kedah, macam biasalah aku menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi hobi yang berhubungkait dengan raja-raja. Apalagi tempat yang aku ingin kunjungi adalah Makam DiRaja Langgar. Aku juga melawat Masjid Zahir, Balai Nobat dan Balai Besar. Sayang seribu kali sayang, aku tak ada rezeki melawat Istana Pelamin (Muzium DiRaja) kerana kerja-kerja ubahsuai sedang giat dilaksanakan. Hemmm........ Awat lah hang nieee bila aku mai sini baru tulah hang nak buat renovation nor.....
Disini aku ingin berkongsi pengalaman semasa lawatan ke Makam DiRaja Langgar, Kedah Darul Aman melalui gambar-gambar yang diambil.
Potrait KDYMM Al-Marhum Sultan Badlisyah ibni Al-MArhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Baginda mangkat pada 13 Julai 1958.
Gambar atas dan bawah : YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama selepas kemerdekaan pada tahun 1957 mulai 31/08/1957 sehingga 22/09/1970. Tunku diputrakan di Istana Tiga Tingkat atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak lelaki ke 7 dan anak ke 20 bagi KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah dengan isteri baginda bernama Che Manjalara binti Long Naraburi Rak, anak seorang Pegawai Daerah Thailand. Semasa kelahiran Tunku, Kekandanya Sultan Badlisyah (ketika itu Tunku Badlisyah) baru berusia 30 tahun. Tunku mula melanjutkan pelajarannya ke Luar Negara seawal umur 10 tahun di Bangkok dan pada usia 16 tahun beliau dihantar ke England untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Disebabkan peperangan dan perkara yang tidak dapat dielakkan Tunku terpaksa berulang-alik ke England untuk menghabiskan pengajiannya sehingga tahun 1949.
Tunku berkahwin dengan Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas itu, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Ekoran dari peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan sebarang wanita Inggeris. Pemangku Raja Kedah ketika itu menitahkan agar Tunku menceraikan Violet.
Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh dan perkahwinan ini direstui kerana beliau berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Perkahwinan ini tidak dikurniakan sebarang cahayamata lantas mereka mengambil empat orang anak angkat. Telah dipercayai bahawa Tunku berkahwin sekurang-kurangnya empat kali. Beliau juga berkahwin dengan Leela Murugesu, seorang guru India.
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 di Kuala Lumpur, dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah dengan penuh adat istiadat penghormatan Negara.

KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah ibni Al-MArhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah. Mangkat pada 08 Jamidulawal 1362H bersamaan 13/05/1943.Wednesday, December 27, 2006
Masjid Zahir - Kedah Darul Aman
Mimbar Masjid Zahir
Azrin & Faiz - Masa nie diaorang kurus lagi.
Pada 17 Disember 2006 Syah, Azrin & Faiz mengadakan Letour D'Kedah. Target Syah melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Zahir, Makam DiRaja Langgar, Balai Besar dan Balai Nobat. Malangnya kami tidak dapat memasuki Muzium Diraja kerana kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan.
Masjid Zahir
Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas kegigihan Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak Masjid ini merupakan tanah perkuburan wira-wira Negeri Kedah yang telah gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari serangan Siam sekitar tahun 1821. Rekabentuk Masjid ini adalah diilhamkan dari Masjid Aziz, Bandar Langkat, Sumetera Utara. Lima kubah utama menghiasi Masjid ini melambang lima rukun islam. Masjid ini di rasmikan pada hari Jumaat bersamaan 15 Oktober 1915 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halin Shah dimana baginda sendiri mengimamkan solat jumaat pada hari berkenaan manakala YTM Tunku Mahmud membacakan khutubah Jumaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)