Pada penghujung tahun 2006, 15 - 18 Disember aku mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti rehat tahunan ke kawasan Utara. Distinasi pilihan adalah Pulau Pinang dan Kedah. Di Pulau Pinang aku menginap di City Bayview, Georghtown manakala di Kedah Hotel Seri Malaysia menjadi sasaran aku coz murah.... Ahaks............. Dari Kuala Lumpur aku bertolak dengan AEL67 bersama Azrin kemudiannya Faiz di Penang.
Di Butterworth aku sempat berjumpa kawan baik aku semasa bertugas di Kuala Lumpur dahulu, Norhayati Yusof, sudah beberapa tahun saya tidak berjumpa beliau hanya bercakap melalui telefon sahaja. Hilang juga rasa rindu sebagai seorang sahabat.
Di Kedah, macam biasalah aku menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi hobi yang berhubungkait dengan raja-raja. Apalagi tempat yang aku ingin kunjungi adalah Makam DiRaja Langgar. Aku juga melawat Masjid Zahir, Balai Nobat dan Balai Besar. Sayang seribu kali sayang, aku tak ada rezeki melawat Istana Pelamin (Muzium DiRaja) kerana kerja-kerja ubahsuai sedang giat dilaksanakan. Hemmm........ Awat lah hang nieee bila aku mai sini baru tulah hang nak buat renovation nor.....
Disini aku ingin berkongsi pengalaman semasa lawatan ke Makam DiRaja Langgar, Kedah Darul Aman melalui gambar-gambar yang diambil.


Tunku mula melanjutkan pelajarannya ke Luar Negara seawal umur 10 tahun di Bangkok dan pada usia 16 tahun beliau dihantar ke England untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Disebabkan peperangan dan perkara yang tidak dapat dielakkan Tunku terpaksa berulang-alik ke England untuk menghabiskan pengajiannya sehingga tahun 1949.
Tunku berkahwin dengan Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas itu, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Ekoran dari peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan sebarang wanita Inggeris. Pemangku Raja Kedah ketika itu menitahkan agar Tunku menceraikan Violet.
Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh dan perkahwinan ini direstui kerana beliau berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Perkahwinan ini tidak dikurniakan sebarang cahayamata lantas mereka mengambil empat orang anak angkat. Telah dipercayai bahawa Tunku berkahwin sekurang-kurangnya empat kali. Beliau juga berkahwin dengan Leela Murugesu, seorang guru India.
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 di Kuala Lumpur, dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah dengan penuh adat istiadat penghormatan Negara.

