Saturday, February 4, 2017

Sultan Kedah Rasmikan Pameran Potret Diraja Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - Imej of Majesty

04 Februari 2017, Sabtu :-

Hari ini Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli merasmikan Pameran Potret Diraja Sultan Abdul Halim  Mu'adzam Shah - Imej of Majesty.  Majlis perasmian pameran berlangsung di Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah.

Sebanyak 100 keping potret yang mengambarkan perjalanan kehidupan Tuanku Sultan  dari zaman remaja sehingga menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebanyak dua kali akan dipamerkan untuk tatapan umum.  Pameran ini dibahagikan kepada empat segmen dan akan dijalankan sehingga hujung tahun ini. Pameran ini juga dijangka akan menjadi salah satu daya tarikan pelancung dari dalam dan luar negara ke negeri jelapang padi ini.

Pameran ini akan dibuka kepada umum bermula esok 05 Februari 2017 dan masuk adalah percuma.  Galeri dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula jam 10:00hrs hingga 17:00hrs.


Sumber : Bernama / UtusanOnline / MBS

Makam Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah

04 Februari 2017, Sabtu :-

Pada 30 Disember 2016, Syah telah ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak atas urusan peribadi dan sempat ziarah ke Makam Diraja Al-Ghufran.  Syah ingin berkongsi dengan anda semua gambar makam Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah. 

Almarhum merupakan putera bungsu kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ke-34 (1984 - 2014). Almarhum juga merupakan adinda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Sultan Perak ke-35 (2014 - kini).


Sila click link dibawah untuk entry Syah sebelum ini berhubung kemangkatan Almarhum :-

.......... Al-Fatihah ..........


Semuga Rohnya Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.


Sila click gambar untuk imej yang lebih besar :-